Anda di halaman 1dari 1

Terima Kasih Bomba

Pada petang Ahad yang lalu, dapur rumah Aidil dimasuki ular. Aidil
menelefon Chun Han. Dia meminta bantuan daripada rakannya itu.
Kemudian, Chun Han datang ke rumah Aidil. Dia tidak berani menangkap
ular itu.Ular itu berbisa. Chun Han segera menelefon pihak bomba.
Selepas itu, pihak bomba tiba ke rumah Aidil. Mereka membawa alatan
menangkap ular. Pihak bomba sangat cekap menangkap ular. Mereka juga sangat
berani.
Akhirnya, ular berjaya ditangkap oleh pihak bomba. Aidil dan Chun Han
berasa lega. Mereka mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba. Pihak bomba
memuji tindakan Aidil dan Chun Han.

Anda mungkin juga menyukai