Anda di halaman 1dari 23

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI


PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2021

Senarai Semak Pengurusan Pembukaan Sekolah/Institusi Pendidikan Bawah


Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021 merangkumi aspek pengurusan
yang perlu diambil perhatian sebelum, semasa dan selepas pembukaan sekolah
Tahun 2021.

Senarai semak ini terbahagi kepada 10 Dimensi:


i. Dimensi 1 - Pengurusan Sekolah/Institusi Pendidikan
ii. Dimensi 2 - Pengurusan Prasarana Sekolah/Institusi Pendidikan
iii. Dimensi 3 - Pengurusan Keselamatan Murid/Pelajar, Guru/Pensyarah dan
Warga Sekolah/Institusi Pendidikan
iv. Dimensi 4 - Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
v. Dimensi 5 - Pengurusan Asrama/Kolej Kediaman
vi. Dimensi 6 - Pengurusan Bantuan Persekolahan
vii. Dimensi 7 - Pengurusan Peperiksaan dan Pentaksiran
(Dimensi 7 diisi selepas sekolah dibuka)
viii. Dimensi 8 - Pengurusan IPG dan Kolej Matrikulasi/Kolej Vokasional
ix. Dimensi 9 – Pengurusan Program Transisi Tahun Satu
x. Dimensi 10 - Pengurusan Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Versi 2.0

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 1
OBJEKTIF SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI
PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

Objektif senarai semak ini adalah seperti berikut:

i. Menjadi panduan bagi pengurusan pembukaan sekolah/institusi


pendidikan tahun 2021 kepada pihak sekolah/institusi pendidikan.

ii. Mengenal pasti status persediaan sekolah/institusi pendidikan dalam aspek


pengurusan fizikal, keselamatan dan kebersihan, sumber manusia,
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan premis sebelum sesi
persekolahan tahun 2021 bermula.

iii. Memastikan pihak sekolah/institusi pendidikan dapat melaksanakan


pembukaan sekolah/institusi pendidikan termasuk asrama/kolej kediaman
dengan teratur dan lancar.

iv. Memberi peringatan kepada pentadbir sekolah/institusi pendidikan supaya


mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) pembukaan
sekolah/institusi pendidikan.

v. Memastikan pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu dan Penjajaran


Kurikulum Versi 2.0.

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN

Kod Sekolah : ____________________________________


Nama Sekolah : ____________________________________
Pejabat Pendidikan Daerah : ____________________________________
Jabatan Pendidikan Negeri : ____________________________________

Nama IPG Kampus/


Kolej Matrikulasi/Kolej Vokasional : ____________________________________

Bilangan murid/pelajar yang tinggal di asrama/kolej kediaman semasa


pembukaan sekolah/IPG/kolej matrikulasi/kolej vokasional:

Lelaki
Perempuan
Jumlah

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 2
ARAHAN :
Sila tanda (/) dalam ruangan yang berkenaan.

DIMENSI 1 : PENGURUSAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN

STATUS
ITEM YA TIDAK
TINDAKAN/CATATAN

A. SEBELUM PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


Sekolah/Institusi Pendidikan
berada dalam keadaan selamat
1
untuk beroperasi dalam norma
baharu.
Jawatankuasa Pengurusan
2 Bencana Peringkat sekolah/
institusi pendidikan berfungsi.
Sekolah/Institusi Pendidikan
memiliki semua dokumen dan
3 SOP yang dikeluarkan oleh KPM
berkaitan pengurusan COVID-19
sebagai rujukan.
Guru/Pensyarah yang
berhalangan untuk hadir ke
sekolah dikenal pasti disebabkan
4 oleh:
a. sakit
b. cuti bersalin
c. kuarantin
Pengganti kepada guru/
pensyarah yang tidak hadir
5 dikenal pasti sama ada
disebabkan oleh sakit/cuti
bersalin.
Guru/Pensyarah yang dikuarantin
6 akibat COVID-19 perlu dipastikan
supaya Bekerja Dari Rumah (BDR).
Mesyuarat guru/pensyarah telah
dilaksanakan secara dalam talian
7
atau bersemuka atau secara
hibrid bergantung kepada situasi.
Guru/Pensyarah bertugas telah
dilantik dan jadual telah
disediakan bagi perkara berikut:
8 a. mengawal pergerakan
murid/pelajar di pintu masuk
utama sekolah semasa tiba
dan pulang;
SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 3
b. mengimbas suhu badan
murid/pelajar; dan
c. mengawal pergerakan
murid/pelajar semasa rehat.
Program orientasi dijadualkan
9 dan dilaksanakan selepas 20
Januari 2021.
Pemakluman kepada ibu
bapa/penjaga tentang
kehadiran murid prasekolah,
10
Tahun 1 - 6, Tingkatan 1, Tingkatan
4 dan Tingkatan 5 pada 20 Januari
2021.
Pemakluman berkaitan
pergerakan/kemasukan murid
11
Tingkatan 5 dan Tingkatan 6
kohort 2020.
Pemakluman kepada ibu
bapa/penjaga murid Tingkatan 2
dan Tingkatan 3:
a. Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah
(PdPR) bermula pada 20
12
Januari 2021 hingga 7 Mac
2021(murid tidak perlu hadir
ke sekolah).
b. Kehadiran murid ke sekolah
bagi murid Tingkatan 2 dan
Tingkatan 3 pada 8 Mac 2021.
Pemakluman kepada guru/
pensyarah, murid/pelajar, ibu
13
bapa/penjaga berkaitan model
pengoperasian sekolah.
Maklumat/rekod guru/pensyarah,
14 murid/pelajar dan warga sekolah
yang positif COVID-19 disediakan.
Pensanitasi tangan (hand
15 sanitizer)/sabun pencuci tangan
disediakan.
Tanda arah pergerakan bagi
16
penjarakan fizikal disediakan.
Pengawal keselamatan, pekerja
kantin dan pekerja kebersihan
17 sekolah/institusi pendidikan
menjalani ujian saringan COVID-
19.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 4
Ibu bapa/Penjaga menghantar
Borang Akuan Pengisytiharan
18 Kesihatan Murid Berkeperluan
Khas (BAPK) tiga (3) hari sebelum
sekolah bermula.
Jadual kerja Pembantu
19 Pengurusan Murid (PPM)
disediakan.
Laluan khas untuk mengimbas
20 suhu badan Murid Berkeperluan
Khas (MBK) disediakan.
Sekolah menyediakan drop off
point bagi MBK yang dihantar
21
dengan menaiki kenderaan ke
dalam kawasan sekolah.
B. SELEPAS PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN
Murid/pelajar, guru/pensyarah
sekolah/institusi pendidikan yang
1 hadir berada dalam keadaan
sihat, selamat dan mengikut SOP
yang telah ditetapkan.
Peringatan langkah kebersihan
dan keselamatan COVID-19
dibuat melalui siar raya pada
2
waktu pagi, waktu rehat dan
sebelum tamat sesi
persekolahan/kuliah setiap hari.
Semua warga sekolah/institusi
pendidikan/ibu bapa/pekerja
3
yang masuk ke premis mematuhi
SOP yang telah ditetapkan.
Semua warga sekolah/institusi
pendidikan/ibu bapa/pekerja/
murid/pelajar yang didapati suhu
4
badan melebihi 37.5°C atau
bergejala tidak dibenarkan masuk
ke kawasan sekolah.
MBK kurang upaya penglihatan
kategori B1 perlu menggunakan
5 tongkat putih semasa tiba dan
sepanjang waktu berada di
sekolah.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 5
DIMENSI 2 : PENGURUSAN PRASARANA SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN

STATUS
ITEM YA TIDAK
TINDAKAN/CATATAN

KEMUDAHAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


Bangunan sekolah/institusi
1 pendidikan dalam keadaan baik,
bersih dan selamat.
Kemudahan kerusi dan meja
2
murid/pelajar mencukupi.
BILIK PdP & BILIK-BILIK KHAS
Pelan susun atur disediakan
1 dengan mengambil kira
penjarakan fizikal.
2 Susun atur mengikut SOP.
Tanda penjarakan fizikal
3
disediakan.
Pengudaraan dan pencahayaan
4
yang mencukupi.
PEJABAT DAN BILIK GURU/PENSYARAH
Pelan susun atur disediakan
1 dengan mengambil kira
penjarakan fizikal.
2 Susun atur mengikut SOP.
Tanda penjarakan fizikal
3
disediakan.
Pengudaraan dan pencahayaan
4
yang mencukupi.
KANTIN/KAFETERIA
Jadual guru/pensyarah bertugas
1 untuk memantau pematuhan
SOP disediakan.
Pelan susun atur disediakan
2 dengan mengambil kira
penjarakan fizikal.
3 Susun atur mengikut SOP.
Tanda penjarakan fizikal
4
disediakan.
Ruang kantin tidak digunakan
5
untuk makan dan minum.
Kaunter jualan makanan dan
minuman disusun dan diurus
6
mengikut SOP.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 6
SURAU
Jadual guru/pensyarah bertugas
1 untuk memantau pematuhan
SOP disediakan.
Pelan susun atur disediakan
2 dengan mengambil kira
penjarakan fizikal.
Sejadah, telekung dan kain
3 pelikat wakaf disimpan dan tidak
digunakan.
Tatacara penggunaan tempat
wuduk, tandas, kain pelikat,
4
telekung dan sejadah mengikut
SOP.
LIF/TANGGA
Baik, bersih dan selamat untuk
1
digunakan.
Tanda penjarakan fizikal
2
disediakan.
TANDAS
Baik, bersih dan selamat untuk
1
digunakan.
Tanda penjarakan fizikal di luar
2
disediakan.
Kaedah kawalan penggunaan
3
tandas disediakan.
PADANG/GELANGGANG PERMAINAN
Baik, bersih dan selamat
1
digunakan.
Tatacara penggunaan
2
disediakan.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 7
DIMENSI 3 : PENGURUSAN KESELAMATAN MURID/PELAJAR, GURU/PENSYARAH
DAN WARGA SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN

STATUS
ITEM YA TIDAK
TINDAKAN/CATATAN
Hanya murid/pelajar, guru
/pensyarah dan warga
1 sekolah/institusi pendidikan bebas
dari COVID-19 dibenarkan
berada di sekolah.
Hanya pengawal keselamatan,
pekerja kantin dan pekerja
2 kebersihan sekolah/institusi
pendidikan bebas dari COVID-19
dibenarkan berada di sekolah.
Guru/Pensyarah bertugas telah
dilantik dan jadual telah
disediakan bagi perkara berikut:
a. mengawal pergerakan
murid/pelajar di pintu masuk
3 utama sekolah semasa tiba
dan pulang;
b. mengimbas suhu badan
murid/pelajar; dan
c. mengawal pergerakan
murid/pelajar semasa rehat.
Taklimat keselamatan kepada
kontraktor pembersihan,
pengusaha kantin dan pembekal
4
perkhidmatan makanan
bermasak di asrama
dilaksanakan.
5 Peralatan pengimbas suhu badan
berfungsi dan mencukupi (1:50).
Peralatan kebersihan disediakan
6
dan berfungsi.
Murid bergejala COVID-19 diurus
7 berdasarkan SOP yang
ditetapkan.
Bilik isolasi yang berasingan
8 disediakan bagi murid lelaki dan
perempuan.
Pengasingan murid/pelajar yang
9
tidak melepasi saringan suhu

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 8
badan dan bergejala di bilik
isolasi.
Pembersihan dan disinfeksi
10 dijalankan jika terdapat kes positif
COVID-19.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 9
DIMENSI 4 : PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
DI SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN

STATUS
ITEM YA TIDAK
TINDAKAN/CATATAN

A. SEBELUM PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


Agenda mesyuarat pengurusan
kurikulum tahun 2021 mengambil
1
kira data pelaksanaan PdPR
tahun 2020.
Jadual waktu tahun 2021
2
disediakan dan diedarkan.
3 Jadual waktu bagi murid
Tingkatan 5 kohort 2020
disediakan dan diedarkan.
4 Rancangan Pengajaran Tahunan
(RPT) disediakan.
5 Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) disediakan.
6 Senarai kelengkapan PdP atau
Bahan Bantu Mengajar yang
diperlukan oleh setiap panitia
disediakan.
SEKIRANYA SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN MELAKSANAKAN PdPR

1 Jadual waktu dengan mengambil


kira PdPR yang dilaksanakan
pada tahun 2020 disediakan.
2 Jadual waktu bagi sekolah
menengah juga mengambil kira
PdPR bagi murid Tingkatan 2 dan
Tingkatan 3 disediakan.
3 Perbincangan dengan ibu
bapa/penjaga untuk menyokong
PdPR bagi murid Tingkatan 2 dan
Tingkatan 3 dirancang.
4 Pelaksanaan PdPR disediakan
mengikut kesesuaian dan
keperluan guru/pensyarah serta
murid/pelajar dirancang.
5 Pemakluman kepada ibu
bapa/penjaga tentang jadual
PdPR dan jadual penyerahan hasil
tugasan PdPR.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 10
6 Rekod kehadiran/penglibatan
murid/pelajar dalam PdPR
disediakan.
7 Borang pemantau PdPR
disediakan.
B. SEMASA PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN
1 Pelaksanaan PdP oleh guru
/pensyarah dipantau.
2 PdP yang bersesuaian dengan
kesediaan guru/pensyarah dan
murid/pelajar dilaksanakan.
3 Pelaksanaan PdP berasaskan
projek menggunakan sumber
yang mudah diperoleh oleh
murid/pelajar dengan mematuhi
SOP yang ditetapkan.
SEKIRANYA SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN MELAKSANAKAN PdPR

1 Pentadbir memantau
pelaksanaan PdPR yang
dilaksana oleh guru/pensyarah.
2 Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) disemak.
3 Kaedah penyampaian PdPR yang
sesuai mengikut kesediaan dan
keperluan guru/pensyarah serta
murid/pelajar digunakan.
4 Pelaksanaan PdP berasaskan
projek menggunakan sumber
yang mudah diperoleh oleh
murid/pelajar.
5 Pelaksanaan pentaksiran selepas
PdPR oleh guru/pensyarah.
C. SELEPAS PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN
1 Kesesuaian jadual waktu tahun
2021 mengikut situasi semasa
(sekiranya perlu) disemak semula.
2 RPT yang disediakan mengikut
situasi semasa (sekiranya perlu)
disemak semula.
3 Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) disediakan oleh guru dan
dikongsi dengan ibu bapa/
penjaga (khusus bagi MBK).

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 11
SEKIRANYA SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN MELAKSANAKAN PdPR

1 Jadual waktu PdPR berdasarkan


pelibatan murid/pelajar disemak
semula.
2 Penghantaran dan penandaan
pentaksiran yang diberikan oleh
semasa PdPR disemak.
3 Surat pemakluman kepada ibu
bapa/penjaga tentang
ketidakhadiran murid/pelajar
semasa sesi PdPR dan
penghantaran tugasan/
pentaksiran yang telah diberikan
oleh guru/pensyarah.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 12
DIMENSI 5 : PENGURUSAN ASRAMA

STATUS
ITEM YA TIDAK
TINDAKAN/CATATAN

A. SEBELUM PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


Pemakluman kepada ibu
bapa/penjaga berkaitan tarikh
1
kemasukan murid/pelajar yang
dibenarkan kembali ke asrama.
Jadual pendaftaran
2 murid/pelajar ke asrama
disediakan.
Jadual bertugas warden asrama
3
disediakan.
Jadual bertugas PPM Asrama
4 disediakan (khusus bagi asrama
Sekolah Pendidikan Khas).
Penghadang fabrik selebar satu
(1) meter di bahagian sisi kiri dan
kanan katil (dari tiang bahagian
5
kepala) dari lapik tilam tingkat
atas ke lapik tilam tingkat bawah
katil dua (2) tingkat dipasang.
Jadual penggiliran waktu makan
6
disediakan di dewan makan.
Susun atur di dewan makan
dengan mengambil kira
7
penjarakan fizikal dan mengikut
SOP.
Dewan makan sentiasa bersih
serta penyedia dan pengendali
8 makanan mematuhi garis
panduan penyediaan makanan
yang ditetapkan oleh KKM.
Jadual guru/pensyarah bertugas
9 untuk memantau pematuhan
SOP di asrama.
Pelan pergerakan serta susun atur
10
surau mengikut SOP.
Tanda penjarakan fizikal
disediakan di asrama seperti di
11 dewan makan, tandas, bilik
mandi, bilik prep, bilik khas dan
surau.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 13
Pelan pergerakan dan susun atur
serta tatacara penggunaan
12 kemudahan surau mengikut SOP
seperti tempat wuduk, tandas
surau dan sejadah.
B. SELEPAS PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN
Saringan pintu masuk ke kawasan
asrama kepada murid/pelajar,
1
guru/pensyarah dan kakitangan
dilaksanakan.
Penghadang fabrik mesti
2 disanitasi sekurang-kurangnya
sekali sehari.
Dewan makan sentiasa bersih dan
penyedia serta pengendali
3 makanan mematuhi garis
panduan penyediaan makanan
yang ditetapkan oleh KKM.
Pengasingan bagi murid/pelajar
4
yang bergejala di bilik isolasi.
Pejabat/Klinik kesihatan daerah
dan ibu bapa/penjaga dihubungi
5
jika terdapat murid/pelajar
bergejala.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 14
DIMENSI 6 : PENGURUSAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

STATUS
ITEM YA TIDAK
TINDAKAN/CATATAN
Jadual pemulangan dan
1 pengagihan buku teks
disediakan.
Proses pemulangan dan
2 pengagihan buku teks mematuhi
SOP.
3 Bekalan buku teks mencukupi.
PPD atau JPN dimaklumkan jika
4 bekalan buku teks tidak
mencukupi.
Surat pemakluman pemulangan
5 dan pengagihan buku teks
kepada ibu bapa/penjaga.
Surat pemakluman pemulangan
buku teks kepada ibu
6
bapa/penjaga murid Tingkatan 5
Kohort 2020.
Pelan laluan lokasi pemulangan
7 dan pengagihan buku teks
disediakan.
Bilangan murid yang perlu hadir
8 dikawal dengan mematuhi
penjarakan fizikal.
Buku teks murid Tahun 6 tahun
2020 dikembalikan mengikut
jadual yang ditetapkan oleh
9
pihak sekolah sebelum sesi
persekolahan tahun 2021
bermula.
Buku teks murid Tingkatan 5 tahun
10 2020 dikembalikan sebaik sahaja
peperiksaan SPM tamat.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 15
DIMENSI 7 : PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Arahan : Diisi selepas sekolah dibuka

STATUS
ITEM YA TIDAK
TINDAKAN/CATATAN
Jadual bertugas guru/pensyarah
bagi menggantikan
guru/pensyarah yang terlibat
1
dengan pengawasan pusat
peperiksaan dan pemeriksaan
kertas.
Meja dan kerusi murid/pelajar
2
disusun mengikut SOP.
Dewan/bilik peperiksaan
mematuhi SOP:
3 - Bilik Ujian Speaking MUET
- Bilik Ujian Lisan Arab (ULBA)
- Bilik Isolasi
Pensanitasi tangan/sabun
4
disediakan.
Maklumat peperiksaan
dimaklumkan kepada semua
5
guru/pensyarah dan
murid/pelajar.
Slip peperiksaan/pernyataan
pendaftaran peperiksaan
6
diserahkan kepada calon
sebelum peperiksaan bermula.
Jadual penggiliran kehadiran
murid/pelajar bagi membolehkan
7
kelas digunakan untuk tujuan
peperiksaan.
Guru/pensyarah menjalankan
8 tugas pengawasan di pusat-pusat
peperiksaan mengikut SOP.
Murid/pelajar membawa
dokumen pengenalan diri
9
sepanjang peperiksaan
berlangsung.
Murid/pelajar membawa alat tulis
10 yang bersesuaian sepanjang
peperiksaan berlangsung.
MBK didaftarkan sebagai Calon
11 Berkeperluan Khas (CBK)
berdasarkan Panduan
SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 16
Pengurusan Peperiksaan bagi
Calon Berkeperluan Khas yang
dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan.
Keistimewaan, kemudahan dan
12 perkhidmatan sokongan CBK
disediakan mengikut keperluan.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 17
DIMENSI 8 : PENGURUSAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) DAN KOLEJ
MATRIKULASI (KM)/KOLEJ VOKASIONAL (KV)

STATUS
ITEM YA TIDAK
TINDAKAN/CATATAN

PENGURUSAN IPG/KOLEJ MATRIKULASI/KOLEJ VOKASIONAL


A. SEBELUM PEMBUKAAN SEMULA IPG/KOLEJ MATRIKULASI/KOLEJ
VOKASIONAL
1 IPG/KM/KV berada dalam
keadaan selamat untuk
beroperasi dalam norma baharu.
2 Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Peringkat IPG/KM/KV
berfungsi.
3 Proses pembersihan dan sanitasi
(sekiranya perlu) dijalankan.
4 Maklumat berkaitan COVID-19
dipaparkan di tempat yang
bersesuaian.
5 Warga IPG/KM/KV dipastikan
mengisi borang isytihar tahap
kesihatan berkaitan wabak
COVID-19.
6 SOP dan bahan berkaitan COVID-
19 didokumentasi dengan baik.
B. SEMASA DAN SELEPAS PEMBUKAAN SEMULA IPG/KM/KV
1 Warga kolej dan pelawat
membuat saringan suhu badan
dan merekodkan kehadiran di
pintu masuk (merujuk GP
Pengurusan dan Pengoperasian
IPG/Kolej Matrikulasi/Kolej
Vokasional dalam Norma
Baharu).
2 Peringatan kepada warga
IPG/KM/KV tentang SOP COVID-
19.
3 Dokumen dan garis panduan
berkaitan COVID-19 disebar luas.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 18
PENGURUSAN PRASARANA

A. SEBELUM/SEMASA/SELEPAS PEMBUKAAN SEMULA IPG/KM/KV

BANGUNAN AKADEMIK
1 Pelan penjarakan fizikal
disediakan di bilik PdP termasuk
makmal dan bengkel.
2 Penandaan laluan di pintu masuk
dan keluar secara sehala.
3 Pengudaraan dan pencahayaan
bilik dalam keadaan baik.
4 Lif dalam keadaan baik, bersih
dan selamat serta mempunyai
tanda penjarakan fizikal.
5 Sabun atau pensanitasi tangan
dan alat pengimbas suhu di
sediakan di tempat yang sesuai.
ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN
1 Jarak katil pelajar sekurang-
kurangnya dalam radius satu (1)
meter antara satu dengan yang
lain.
2 Tanda penjarakan fizikal
disediakan untuk pelajar beratur
bagi semua kemudahan (tandas,
bilik air/mandi, bilik cuci, bilik
gosok dan pantri).
3 Tanda penjarakan fizikal
disediakan di semua bilik khas
(bilik tv, bilik rekreasi, bilik
Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar).
4 Bilik isolasi disediakan bagi pelajar
yang bergejala dan dibekalkan
dengan pelitup separuh
muka/sabun/ pensanitasi tangan.
5 Sabun atau pensanitasi tangan
dan alat pengimbas suhu
disediakan di tempat yang sesuai.
6 Tempat khas pelawat berjumpa
pelajar disediakan.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 19
Penghadang fabrik selebar satu
(1) meter di bahagian sisi kiri dan
kanan katil (dari tiang bahagian
7
kepala) dari lapik tilam tingkat
atas ke lapik tilam tingkat bawah
katil dua (2) tingkat dipasang.
MASJID/SURAU
1 Tanda penjarakan fizikal
disediakan.
2 Sejadah, telekung dan kain
pelikat wakaf disimpan dan tidak
digunakan.
3 Tatacara penggunaan tempat
wuduk, tandas, kain pelikat,
telekung dan sejadah mengikut
SOP.
KAFETERIA/PUSAT SEHENTI/PUSAT PELAJAR
1 Laluan masuk dan keluar adalah
terarah dan sehala.
2 Tempat beratur dan kedudukan
tempat makan kafeteria
diletakkan penandaan bagi
penjarakan fizikal.
3 Susunan makanan perlu
diletakkan dalam jarak yang
sesuai.
4 Sabun/pensanitasi tangan
disediakan di singki dan di
kaunter.
5 Proses pembersihan dilakukan
dari semasa ke semasa.
6 Pekerja kafeteria sentiasa
memakai pelitup separuh muka.
KOMPLEKS SUKAN
1 Kehadiran dan penggunaan
gelanggang sukan dan dewan
tertutup direkodkan.
2 Pengoperasian mematuhi garis
panduan yang dikeluarkan oleh
KPM.
PUSAT SUMBER
1 Tempat beratur untuk pinjaman
dan pemulangan buku serta
kedudukan tempat duduk pelajar

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 20
diletakkan penandaan
penjarakan fizikal.
2 Meja dan peralatan dibersihkan
secara berjadual.
PENGURUSAN KENDERAAN
1 Kenderaan rasmi IPG/KM/KV
dibersihkan secara berjadual dan
disanitasi (jika perlu).
2 Kedudukan tempat duduk
diletakkan penandaan bagi
penjarakan fizikal.
PENGURUSAN AKADEMIK

SEMASA /SELEPAS PEMBUKAAN SEMULA IPG/KM/KV


1 Bahan PdP dalam dan luar talian
disediakan dan boleh diakses.
2 PdP (kuliah, amali, tutorial)
dilaksanakan secara dalam
talian/hibrid mengikut kesesuaian.
3 Pentaksiran dilaksanakan secara
dalam talian/hibrid/alternatif
mengikut kesesuaian.
PENGURUSAN PELAJAR/PELAWAT

SEBELUM/SEMASA /SELEPAS PEMBUKAAN SEMULA IPG/KM/KV


1 Jadual kebenaran pulang
bermalam bagi pelajar
disediakan.
2 Kebenaran outing adalah
mengikut SOP IPG/KM/KV
bergantung kepada keadaan
semasa COVID-19.
3 Saringan suhu badan warga
IPG/KM/KV dan pelawat dibuat
serta direkodkan di pondok
pengawal.
(merujuk GP Pengurusan dan
Pengoperasian IPG/Kolej
Matrikulasi dalam Norma Baharu).
4 Warga IPG/KM/KV dan pelawat
dengan bacaan suhu badan
melebihi 37.5ºC atau bergejala
tidak dibenarkan memasuki
premis.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 21
DIMENSI 9 : PENGURUSAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU

STATUS
ITEM YA TIDAK
TINDAKAN/CATATAN
PENGURUSAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU
1 Pemakluman kepada warga
sekolah/ibu bapa/penjaga/
Persatuan Ibu Bapa-Guru dan
Lembaga Pengelola Sekolah.
2 Guru yang terlibat dalam
program transisi dikenal pasti.
3 Jadual program transisi disedia
dan diedarkan.
4 Jadual bertugas guru semasa
program transisi disediakan.
5 Kit Program Transisi Tahun Satu
2021 disediakan.
6 Borang pemantauan dan
penilaian program disediakan.
7 Pentadbir memantau
pelaksanaan program.
8 Modul Orientasi dan Modul PdP
dirujuk.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 22
DIMENSI 10 : PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0

STATUS
ITEM YA TIDAK
TINDAKAN/CATATAN
PENGURUSAN PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM VERSI 2.0
1 Kandungan Surat Pemakluman
Pelaksanaan Program Transisi
Tahun Satu Dan Penjajaran
Kurikulum Versi 2.0 Bagi Tahun
2021 dimaklumkan kepada
semua pihak berkepentingan.
2 Pengesanan tahap penguasaan
murid berdasarkan pembelajaran
yang lalu dirancang dan
diselaraskan.
3 Pemantauan dilakukan kepada
panitia mata pelajaran supaya
kandungan kurikulum mata
pelajaran yang terkesan dan
intervensi dirancang dan dikenal
pasti.
4 Guru dikenal pasti merujuk
Dokumen Penjajaran Kurikulum
Versi 2.0 dan Kit Penjajaran
Kurikulum Versi 2.0 untuk
merancang pelaksanaan
kurikulum yang dijajarkan bagi
kandungan kurikulum mata
pelajaran yang terkesan.
5 Pemantauan berstruktur secara
berterusan dilakukan bagi
memastikan PdP dan PdPR serta
pentaksiran dilaksanakan seperti
yang dirancang.

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 23

Anda mungkin juga menyukai