Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NANGA DAP

LOT 204, BLOK 10, MAPAI LAND DISTRICT,


96700 KANOWIT, SARAWAK.
(YEA 3303) Tel : 084-755191(Pej. Am)
084-755196 (Pengetua)
Fax : 084-755002
Email: smkngdap@gmail.com

Ruj.Kami : JPS(W)SMKND(Kemd)/153/03/01/01(6)
Tarikh : 11 MAC 2015
KETUA BALAI BOMBA KANOWIT,
BALAI BOMBA KANOWIT,
JALAN LUKUT / PENYULAU,
96700 KANOWIT,
SARAWAK.
( UP:PPgB ARRAHMAN BIN CHIK )

Tuan,

PERUBAHAN TARIKH DAN TENTATIF PROGRAM DEMONSTRASI MEMADAM


KEBAKARAN DAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN

Dengan segala hormatnya surat kami rujukan JPS(W)SMKND(Kemd)/153/03/01/01(5) bertarikh 23 FEBRUARI


2015 yang berkaitan dengan perkara di atas dirujuk.

2. Maka itu, dimaklumkan bahawa tarikh baharu bagi Program Demonstrasi Memadam Kebakaran dan
Latihan Mengosongkan Bangunan SMK Nanga Dap adalah seperti berikut:

Tarikh : 2 APRIL 2015 ( KHAMIS )


Masa : 8:00-1:00 PTG
Tempat: KAWASAN AKADEMIK & ASRAMA
3. Bersama-sama surat ini dikepilkan tentatif program yang baharu untuk rujukan pihak tuan.

4. Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan program ini ialah Encik Tabor Ak
Merebai ( 084-755191 ).

Segala pertimbangan dan kerjasama daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………..
( FATHI BIN JALI )
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
b.p:Pengetua
SMK Nanga Dap, Kanowit
s.k
1. Fail HEM
2. Fail Sekolah
TENTATIF PROGRAM

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SELAMAT ( LATIHAN KEBAKARAN DAN


DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN 2015 )

OBJEKTIF

1. Pelajar dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat sewaktu berlakunya
kecemasan.

2. Pelajar mendapat maklumat yang betul tentang kaedah untuk mengawal kebakaran.

3. Semua warga SMK Nanga Dap mendapat pendedahan tentang bahayanya kebakaran.

ATUR CARA
11:00 pagi : Latihan mengosongkan bangunan

11:10 pagi : Guru tingkatan mengambil kehadiran murid

11:15 pagi : Ucapan alu-aluan Pengetua.

11:45 pagi : Ucapan Pegawai Latihan Bomba Kanowit

12:15 pagi : Demonstrasi memadam kebakaran

01:00 ptg : Makan tengah hari

02:00 ptg : Latihan mengosongkan bangunan asrama

Anda mungkin juga menyukai