Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KUMBAR

11920 BAYAN LEPAS


PULAU PINANG
TEL : 04 – 6491952 FAX : 04 – 6496707

Bil. Kami : PBA 3012/700-5/1/(23)


Bil. Tuan :
Tarikh : 4 Oktober 2016

SEMUA IBUBAPA / PENJAGA / WARIS,


Murid-Murid Sek. Keb. Telok Kumbar TAHAP 2,
Sek. Keb. Telok Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

Tuan/Puan,

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEK. KEB. TELOK KUMBAR


TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/puan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa


Program Hari Sukan Negara perlu dilaksanakan di peringkat JPN, PPD dan sekolah pada 8 Oktober
2016 (Sabtu).

3. Justeru itu, Sek. Keb. Telok Kumbar telah menetapkan bahawa acara Senamrobik dan
Jalanria akan dijalankan pada 8 Oktober 2016 (Sabtu) mulai 7.30 pagi hingga 10.30 pagi.

4. Semua murid (Tahun 4, 5 & 6) sahaja yang perlu hadir pada hari tersebut dengan berpakaian
baju rumah sukan serta berkasut. Semua murid juga perlu membawa surat kebenaran waris yang siap
dilengkapkan serta ditandatangani oleh ibubapa/penjaga/waris pada pagi 8 Oktober 2016. Semua
murid adalah dinasihatkan supaya membawa air minuman sendiri.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

[ AZLIN B. JAMBUT ]
Guru Besar,
Sek. Keb. Telok Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai