Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBISAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LAHAD DATU


PETI SURAT 60288, 91112 LAHAD DATU, SABAH
E-MAIL : sk_tambisan@yahoo.com

PROGRAM PENINGKATAN KESEDARAN


PATRIOTISME KALANGAN MURID

TAJUK:
PROJEK MENANAM BENIH CINTA KEMERDEKAAN

Disediakan oleh:

PANITIA KAJIAN TEMPATAN / PANITIA PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN / PANITIA


SEJARAH
1.0  PENGENALAN
Hari kemerdekaan negara yang di sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan
kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang
perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. sambutan hari
tersebut hendaklah disambut  agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada
masa hadapan akan mengerti dan menghayati hari kemerdekaan.

Bagi memenuhi keperluan ini, maka Panitia Kajian Tempatan. Program ini
bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair, mengasah dan menonjolkan bakat dan
juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga guru-guru.

2.0  OBJEKTIF
1) Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair, berdisiplin dan bekerjasama dan
mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.
2) Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
3) Dapat memupuk perpaduan kaum.
4) Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara.

3.0  TEMPAT DAN TARIKH


 Tempat         : SK Tambisan
 Tarikh           : 03 Ogos – 31 Ogos 2015
 Masa             : Waktu persekolahan

4.0  SASARAN PENYERTAAN
Penyertaan adalah di kalangan guru, murid pra sekolah, murid Tahap 1 dan 2.

5.0  JUMLAH PESERTA
Jumlah peserta adalah seramai 200 orang (anggaran)  iaitu guru, murid pra sekolah, murid
Tahap 1 dan 2.

6.0  PENGISIAN PROGRAM
Program yang dijadualkan berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan ( 01Ogos – 31 Ogos)
memuatkan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kenegaraan, kesenian dan kognitif 
bersesuaian dengan objektif aktiviti ini. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan
ialah:
1) Perarakan Merdeka/ laungan merdeka
2) Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan 2
3) Kuiz Merdeka
4) Pertandingan mendeklamasikan sajak murid tahap 2.
5) Keceriaan kelas (Kemerdekaan)
6) Sukan rakyat / sukaneka
7) Lagu patriotik setiap hari
7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

 PENASIHAT 1                      :En Joseph Kambina @ Mohd Noorshafiq Abdullah (GB)
 PENASIHAT 2                      :En Abdul Mutalib Apdal(PK. Kurikulum)
 PENASIHAT 3                      :En Rusli Ahmad (PK. KoKu)                           
 PENASIHAT 4                      :En Baharuddin Ibrahim (PK. HEM)
 PENGARAH PROGRAM     :En Epole Solinun
 AJK KECIL                           :Guru KT, Sejarah dan PSK
:Ketua Panitia yang terlibat
 AJK PELAKSANA               :Semua Guru

8.0 TENTATIF PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN


 HARI              :ISNIN - JUMAAT
 TARIKH         :03 Ogos hingga 31 Ogos 2015
 TEMPAT        :Perkarangan Sekolah.
 MASA            :Waktu Persekolahan. 
 Nota: Tentatif terperinci akan disediakan kelak        

10.0  ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT KOS


(RM) (RM)
1 Mewarna tahap 1 dan 2
Johan 2 unit 10.00 20.00
Naib Johan 2 unit 7.00 14.00
Ketiga 2 unit 5.00 10.00

2 Keceriaan Kelas
Johan 1 unit 30.00 30.00
Naib Johan 1 unit 30.00 30.00
Ketiga 1 unit 30.00 30.00

3 Kuiz Kemerdekaan Tahap 2


Johan 1 10.00 10.00
Naib johan 1 7.00 7.00
Ketiga 1 5.00 5.00

4. Sukan Rakyat / sukaneka


Johan 8 10.00 80.00
Naib johan 8 7.00 56.00
Ketiga 8 5.00 40.00

5 Petandingan Mendeklamasikan Sajak


Johan 1 10.00 10.00
Naib johan 1 7.00 7.00
Ketiga 1 5.00 5.00

6 Lain-lain
Bendera Malaysia 5 10.00 50.00
Bendera Sabah 5 10.00 50.00
Perbelanjaan luar jangka 100.00

JUMLAH 554.00
   
                                              
11.0  PENUTUP
Diharapkan agar Program Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2014 ini dapat dijalankan dengan
lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah
digariskan.  

Disediakan oleh,

__________________________
(Epole Solinun)
Ketua Panitia Kajian Tempatan

Disemak oleh,

__________________________
(Rusli Ahmad)
Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Disemak oleh,

__________________________
(Jaidi Kadim)
Ketua Panitia Sejarah

Disahkan oleh,

__________________________
(En Abdul Mutalib Apdal)
Penolong Kanan Kurilukum
Sk Tambisan,
Lahad Datu.

Anda mungkin juga menyukai