Anda di halaman 1dari 4

吉隆坡

甲洞国民型华文小学(一)校

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2019
SJK (C) KEPONG 1,
KUALA LUMPUR.
1. PENDAHULUAN
Perkhemahan adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha
menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan ini juga dapat mendidik murid-murid
percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan,
mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam
sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Perkhemahan ini akan memberikan peluang
kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Disamping menimba pengalaman,
perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

2. MATLAMAT
Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:
i. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari disekolah.
iii. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.
iv. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
v. Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.
vi. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-
sama rakan dan jurulatih.

3. OBJEKTIF
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:
i. Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha Esa.
ii. Bermalam di dalam khemah bersama-sama rakan/kumpulan masing-masing.
iii. Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti station game, night walk dan camp fire.
iv. Berdikari melalui kerja individu seperti mencuci pinggan mangkuk sendiri dan mengurus diri
sendiri.

4. SASARAN
Murid badan beruniform Tahun 4 – Tahun 6

5. BUTIRAN PERKHEMAHAN
Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:
i. Hari : Jumaat hingga Sabtu
ii. Tarikh : 18 Oct dan 19 Oct 2019
iii. Tempat : SJKC KEPONG 1

6. SUMBER KEWANGAN
Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)
7. PERUNTUKAN PERBELANJAAN PENYELENGGARAAN

PERKARA HARGA SEUNIT (RM) KUANTITI JUMLAH


MAKANAN:
* Sarapan Tengah Hari 5 119 595.00
* Sarapan Pagi 6 119 714.00
* Makan Tengah hari 5 119 595.00
* Makan Malam 5 119 595.00
HADIAH:
1) Piala peserta lelaki terbaik 12.00 1 12.00
2) Piala peserta perempuan terbaik 12.00 1 12.00
1) Kertas Sijil 40.00 5 200.00
2) Kertas warna 25.50 10 255.00
3) Canopy Tent 490.00 2 980.00
4) Tikar (3*6) 20.00 5 100.00
5) Tikar (6*6) 42.00 5 210.00
6) Mic Floor Stand 190.00 2 380.00
JUMLAH KESELURUHAN 4,648.00

8. CARTA ORGANISASI / AHLI JAWATANKUASA PELAKSAAN


Pengerusi : Ngoi Kwang Hong
Naib Pengerusi : Chow May Fong
Ketua Kem : Tan Wen Wen
Penolong Kem : Wong Pak Kiong
Setiausaha : Mak Chung Han
Bendahari : Liew Mei Siew
Permainan : Wong Ming Choo, Ng Chin Yin, Tan Wen Wen, Chew Xin Yi,
Wong Kah Mei, Lim Kuan Min, Irene Sii Leh Yung, Mak Chung Han
Ng Siew Chin, Yap Kar Muan, Loo Mei Mei, Liew Mei Siew, Tan Li Li,
Chang Kum Yee, Mohd Nazrin
Keselamatan : Eng Kim Yean , Thor Mai Lie

9. TENTATIF PROGRAM
Hari Pertama : 18-10-2019 (Jumaat )
Masa Aktiviti
12.30 p.m. Pendaftaran
2:00 p.m. Perkenalan
4:00 p.m. Station Games
6:30 p.m. Makan Malam & Rehat
7:30 p.m. Camp fire
9:00 p.m. Night games
10:00 p.m. Refleksi
10:30 p.m. Minum Malam
11:00 p.m. Tidur
Hari Kedua: 19-10-2019 (Sabtu)
Masa Aktiviti
7:00 a.m. Bangun
7:30 a.m. Senaman pagi
8:00 a.m. Sarapan Pagi
9:00 a.m. Aktiviti kumpulan
11:00 a.m. Station Games 2
1:30 p.m. Makan Tengah hari
2:30 p.m. Refleksi
3:30 p.m. Penutup/Penyampian hadian
4:30 p.m. Bersurai

10. PENUTUP
Program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat.
Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan
berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri
untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini diharapkan
ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya
program ini juga segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat
dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program
seumpama dengan lebih baik.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

________________ __________________ ____________________


(CHIN HUI SIAM) (CHOW MAY FONG) (NGOI KWANG HONG)
Setiausaha Ko-kurikulum GPK Ko-kurikulum Guru Besar
SJK(C) Kepong 1 SJK(C) Kepong 1 SJK(C) Kepong 1

Anda mungkin juga menyukai