Anda di halaman 1dari 21

I

ISI KANDUNGAN

KATA-KATA PENULIS 1
KATA-KATA PENERBIT IX
MUQADDIMAH 1

BAB SATU
MEMAHAMI HAKIKAT DAJJAL 5
Dajjal : Hakikat Atau Bayangan 10
Sudut Pandang Dan Pengetahuan Tentang Dajjal 11
Dajjal : Dalam Konteks Logik Dan Rasional 15
Mengubah Krisis Pemikiran Dajjal 21
Hubungan Hadis Tamim Ad-Dari dan Ibnu Shayyad 28

Perbezaan Pendapat Berlaku Ketika Mentakwilkan


Hadis-Hadis Mengenai Dajjal 34

BAB DUA

DAJJAL BERLINDUNG DI SEBALIK MISTERI


DUNIA 41
Siapa Pemilik Tamadun Purba (Ancient Civilization) 48
Apa Kata Ilmuwan Islam Kontemporari? 51
Misteri Yang Semakin Terang 52

BAB TIGA
MENJEJAKI PULAU MISTERI 59
Kisah Dajjal Persis Kisah Iblis (Azazil) 60
Perjalanan Kehidupan Dajjal Daripada Perspektif
II
Muhammad Isa Dawud 62
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Dajjal? 69
Jasad Dan Umur Dajjal 70
Pakatan Dajjal Dengan Kelompok lluminati dan Gerakan
Freemasons 73
Hakikat Fitnah dan Konspirasi Dunia 75
Menjejak Lokasi Pulau Yang Dihuni Dajjal 77
Misteri Pulau Atlantis 80
Mitos Atlantis Yang Aneh 82
Dajjal - Arkitek Tamadun Purba 86
Dajjal Mengatur Saat Kemuncul 91
Inilah Kronologi Perjalanan Kehtya Dajjal 92
Kedudukan Hadis Tamim Ad-Dari an Saat Dajjal
akan Keluar 96
Kekeliruan Tubuh Gergasi Dajjal 100

BAB EMPAT
PENGEMBARAAN LELAKI MISTERI
BERNAMA DAJJAL 103
Manusia Misteri Di Amerika Selatan Lokasi:
Semenanjung Yucatan, Mexico 104
Misteri Kaum Mayan 105
Jurubina Sebenar Piramid Mayan 108
Inkarnasi : Proses Menjadi Tuhan 112
Lelaki Misteri Itu Adalah Dajjal 114
Membongkar Misteri Simbol Dan Kod-Kod Aneh Lokasi :
Daerah Xian, China 117
Semuanya Satu Penipuan Yang Dirangka
Dengan Sempurna 125
Mengapa Piramid Dibina? 129

Bongkah-Bongkah Batu AgamLokasi :


Stonehenge, England 131
Rahsia Bongkah Stonehenge Terbongkar 132

BAB LIMA
III
DAJJAL IN-PERSON 139
Merlin a.k.a Dajjal 141

Kisah Merlin Bermula di Great Britain 143


Merlin Dan Epik King Arthur 144
Perincian Watak Merlin 146
Mitos Kelahiran Merlin 147
Merlin dan Atlantis 149
Merlin Boleh memanjangkan Usianya 151
Merlin Di Alam jin 153
Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman 155

BAB ENAM
SAAT KEMUNCULANNYA 159
Bagaimana Fitnah Dan Konspirasinya Dibina 160

Bakal Perang Yang Akan Menjelang:


Perang Dunia Ketiga 162
Bagaimana Kelompok Iluminati Menyiapkan :
Kehadiran Dajjal 171
Persediaan 1: Satu Titik Mula 176
Persediaan 2: Kedatangan Seorang Pembela 180

BAB TUJUH
PERSIAPAN MENGHADAPI FITNAH DAJJAL 185
Surah Al-Kahfi Dan Sains 188

Surah Al-Kahfi Merungkai Penipuan Dajjal 191

Surah Al-Kahfi Membenarkan Kisah Dajjal 200


Di Sebalik Kisah Iskandar Zulkarnain 203
Kisah Tujuh Pemuda Dan The Black Parade 204

BAB LAPAN
IV
BENTENG TERAKHIR 213
Peranan 'Dajjal Kecil' Dalam Memusnahkan
Tauhid Ihsan 223

BIBLIOGRAFI 237

V
KATA-KATA PENULIS

Segala puji bagi Allah yang menentukan setiap sesuatu. Tidak ada daya
dan kuasa yang telah, sedang dan akan berlaku melainkan dengan
ketentuanNya. Segala usaha dan ikhtiar yang terhasil dari penulisan buku
ini adalah di dalam takluk Ilmu dan ketentuanNya. Semoga natijah yang
baik terjelma dengan melahirkan rasa kehambaan secara berterusan pada
diri ini. Sesungguhnya Allah-lah yang memiliki segala kerajaan langit dan
bumi serta apa yang terkandung di antaranya bahkan segala kerajaan yang
di luar dari batas sempadan itu.
Selawat dan salanı ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad
s.a.w., ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat r.a. yang berjuang
dengan keringat, darah dan airmata. Merekalah perintis jalan kebenaran,
pejuang yang gigih, kental dan sabar. KeredhaanAllah meliputi mereka
semua.
Umat Islam khususnya di rantau ini masih janggal dengan cerita-
cerita mengenai Dajjal bahkan ada yang masih ragu. Walaupun namanya
sering disebut orang, hakikatnya masih ramai yang kabur akan
kedudukannya. Buku ini ditulis sebagai percubaan untuk menjelaskan
kekaburan itu lantas mengajak sidang pembaca memilih premis yang tepat

I
tentang segala isu dan permasalahan berkaitan Dajjal. Akan timbul
berbagai persepsi, namun ketahuilah kit ate;ah dibangkitkan menjadi
umat akhir zaman dan hidup pada saat kemunculanya. Justeru isu Dajjal
perlu ditanggapi dengan serius dan dibicarakan secara berulangkali.
Biarlah bahas sexara tuntas kerana fitnahnya adalah besar dan berbahaya.

Umat Islam perlu maklum akan masalah ini bahawa fitnah Dajjal

adalah satu hakikat yang perlu diterima; jika tidak kita, anak cucu kita

atau generasi selepas mereka. Namun jauh di sudut hati saya saat

kemunculannya semakin hamper. Itulah keyakinan saya. Itulah antara

dorongan mengapa saya menulis buku ini Sejauhmana kebenarannya saya

serahkan kepada tuan-tuan unnuk menilainya. Bagi diri saya ia

merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan, tanggungjawab untuk

menyampaikan apa yang telah saya temui. Setelah menghimpun sekian

banyak fakta dan bahan saya cerakinkan untuk tatapan sidang pembaca.

Mudah-mudahan penemuan ini memberi makna.

Umat Islam harus membacanya, pemimpin Islam patut tahu

maklumat ini, gerakan dakwah patut mengambil kira bahan yang saya

himpun di dalam buku ini; agar jelas bahawa segala kekacauan yang zahir

di dunia kontemporari hari ini berkait dan sejalan dengan apa yang

dipesankan oleh Nabi s.a.w. : Bahawa kita sedang menghadapi fitnah yang

paling dahsyat. Fitnah yang disusun, direncana dan digerakkan dalam satu

gelombang yang sukar untuk difahami bahkan sukar untuk dikesan.

Sungguh ia sesuatu yang nyata dan serius. Justeru perhatian anda

diperlukan.

Buku ini mengambil masa lebih lima tahun untuk disiapkan.la satu

tempoh yang panjang bagi penghasilan sebuah buku, la telah menempuh

fasa yang pelbagai; ketika masih di peringkat awal. Ketika bahan-bahan

penulisan masih di dalam bentuk asas, Dajjal yang saya fahami dan

bayangkan tidaklah seperinci begini. Namun semakin timbul minat yang

II
mendalam, semakin zahir bukti dan maklumat tambahan. la hadir secara

sengaja dan tidak sengaja. Pada ketika itu saya yakin ia satu ketentuan dan

tidak mungkin satu kebetulan.Sudah pasti ia terjadi dengan keizinanNya.

Maha Suci Allah yang menetapkan segala sesuatu. Justeru, buku ini

ditulis khusus untuk pencinta kebenaran- the truth seekers. Mereka yang

merindukan rahmat dan kasih sayang Tuhan dan mereka yang gigih

menyebarkan dakwah. Mereka yang percaya sesudah kepayahan itu ada

kesenangan dan mereka yang tidak berputus asa dengan rahmat tuhan;

bagi mereka yang sentiasa menagih janji Tuhan bahawa yang haq itu pasti

akan menang.

Buku ini bukanlah buku biasa, tidak juga luar biasa; ia one of its

kind. Bahannya diadun dari sumber yang pelbagai. Bermula dengan

percubaan untuk membongkar misteri dunia namun akhirnya bertemu

dengan satu noktah yang mengejutkan. Buku yang akan menyingkap tabir

penipuan Dajjal. Ia bukanlah seperti yang anda fikirkan iaitu satu lagi

koleksi buku Dajjal yang membosankan (saya berharap tidak).

Pada satu ketika penulisan buku ini dilihat sebagai satu

pembongkaran rahsia dan misteri Dajjal namun setelah anda mengikuti

penulisan ini anda akan faham bahawa ia lebih dari itu. Fitnah dan

konspirasi Dajjal dirancang dengan penuh teliti sejak berzaman lamanya

dengan jalan rahsia dan misteri. Dajjal sememangnya sentiasa

menyelubungi dirinya dengan kerahsiaan dan misteri kerana misteri

adalah tabir kehidupanya. Jika tidak menempuh proses pencarian ini

nescaya manusia tidak akan memahaminya.

Kita akan sentiasa melihatnya di dalam kekaburan dan penuh

dengan misteri dan persoalan. Tidak keterlaluan jika saya katakana ia satu

misi pembongkaran rahsia; namun saya selesa menamakannya sebagai

satu penemuan. Penemuan yang wajib saya kongsikan bersama.

III
Bahan dan sumber yang saya himpun terlalu banyak dan telah

memenuhi ruang bilik saya. Teman saya mempertikaikan apa faedahnya

saya menulis kisah Dajjal? Apakah mungkin manusia boleh berubah dan

dekat kepada Allah dengan kisah dan berita tentang Dajjal ? Sampai satu

ketika saya hampir mempercayai dan menerima kenyataan ini. Saya

sebenarnya turut rimas dengan keadaan ini sehinggalah saya menemui

sebuah buku yang di dalamnya tertulis kenyataan ini:

"Jika berita tentang Dajjal telah disampaikan melalui


sumber mutawatir yang masyhur dan bahawa dia
merupakan salah satu tanda-tanda datangnya kiamat,
maka merupakan suatu kewajipan bagi kita untuk
menjelaskan masalah ini kepada manusia terutama
kepada keluarga dan kerabat kita. A.s. Safe Al-
Hanbali berkata:
"Menupakan suatu keharusan bagi seorang alim
untuk menyebarluaskan hadis tentang Daijal di
antara anak- anak, wanita dan lelaki. Imam ibnu
Majah berkata: "Aku mendengar Ath-Thanafasi
berkata: "Aku mendengar Al- Muharibi - salah
seorang ahli hadis berkata: “Merupakan suatu yang
patut untuk dilakukan menyerahkan hadis tentang
Dajjal ini kepada para pendidik sehingga mereka
mengajarkannya kepada anak-anak di sekolah-
sekolah." (Ahmad Musthofa Al-Tantawi, Dajjal dan
Peristiwa Berakhirnya Alam Semesta, hlm. 9)

Bagi mereka yang memerhatikan kisah Dajjal tentu dapat berkongsi rasa

yang sama dengan saya betapa fitnah Dajjal itu sesuatu yang sulit untuk

IV
difahami. Fitnah dan tipuan Dajjal itu terangkum dalam belitan halus yang

sukar untuk didampakkan. Inilah yang sedang menyelubungi umat akhir

zaman 'penipuan' yang bersalut dengan 'manisan' dan 'keharuman'.

Malangnya apa yang terzahir adalah keindahan, keajaiban dan warna

kebenaran yang dipalsukan.

Justeru yang melihat serta mendengar fitnah Dajjal akan

menerimanya bahkan yang lebih teruk mereka menjadi penyebar berita

palsu ini. Getus hati saya, belitan fitnah dan tipuan ini perlu dicerakinkan

agar ia nampak jelas, terang dan nyata. Sejak itu saya tidak menoleh ke

belakang lagi. Saya menulis dan terus menulis. Semakin saya berusaha

semakin hadir ilham dan maklumat yang tidak pernah dijangkakan.

Subnahanallah... Inilah dorongan mengapa saya menulis kisah Dajjal

mengikut versi fahaman saya.

Dalam diri ini ada dorongan yang kuat untuk mengatakan bahawa

jika Dajjal itu adalah seorang manusia maka inilah ceritanya. Saya

bentangkan untuk anda memahaminya. Selebihnya saya serahkan kepada

anda untuk menilainya. Sama ada anda mahu menerima atau menolaknya,

anda bebas berbuat demikian. Semua penemuan yang diperolehi saya

sandarkan kepada Allah sebagai pemilik segala ilmu. Saya akur malah

anda juga mesti akur bahawa ilmu yang kita perolehi hanyalah setitis dari

lautan keilmuanNya yang Maha Luas.

Buku ini diolah dalam gaya bahasa yang mudah dan jalan cerita yang

penuh dengan adventure. Ia adalah sebuah kembara perjalanan Dajjal

yang merentasi zaman dan memecah tembok alam manusiawi. Ada

ketikanya karya ini agak rumit untuk dihadzam dan sedikit terperinci. Ini

kerana bahan dan sumber yang saya kutip adalah pelbagai. Dari buku yang

biasa sehingga buku luar biasa. Bahkan ada catatan yang berusia 300

tahun lamanya. Semuanya saya himpunkan di dalam penulisan buku ini

V
dengan penuh teruja. Namun saya masih berhati-hati. Disiplin dan batas

ilmu perlu saya jaga Saya masih mengekalkan panduan dan rujukan utama

pada Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.

Bagi mengukuhkan hujah saya dan menetapkan huraian agar selari

dengan A[-Quran dan Hadis, saya sandarkan bicara saya dengan tulisan

seorang ulama hadis kotemporari, Sheikh Muhammad Nashiruddin Al-

Albani dan Sheikh Ahmad Musthofa Al-Tahtawi. Hujahnya mengenai

Dajjal adalah konsisten dengan tema dan subjek perbicaran buku ini.

Maka langsung buku mereka menjadi penanda aras penulisan saya.

Bukunya berjudul Kisah Dajjal dan Turunnya Nabi Isa untuk

Membunuhnya dan Dajjal Peristiwa Berakhimya Alam Semesta adalah

hasil kerja yang authentic. Jika anda berkesempatan membaca buku beliau

tentu anda akan mengikuti betapa dia berhati hati mengumpul seluruh

hadis tentang Dajjal dan Nabi Isa a.s. lalu mentakhrij dan menyusunnya

mengikut kronologi. Sungguh ia telah membantu dan menyokong karva

ini.

Saya bersyukur kepada Allah kerana walaupun dalam tempoh yang

lama dan kerja penulisan sering tertangguh namun Allah masih memberi

kekuatan dan mengekalkan keazaman saya untuk menghabiskanya. Saya

juga terhutang budi kepada teman-teman yang memberikan idea dan

pandangan bahkan sokongan yang mahu melihat buku ini berada di

pasaran.

Di sini saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan itu dan

berterima kasih saya, jazakallahu khairan kathira yang tidak terhingga,

terutama ibu yang sering mendoakan kejayaan anak-anaknya, isteri yang

sabar menanti kelahiran buku sulung ini, guru dan pembimbing saya,

Tuan Guru Ibrahim Mohammad yang amat prihatin akan bencana fitnah

akhir zaman serta Ustar Syamsol Osman yang sudi member nasihat dan

VI
tunjuk ajar. Doa dan jasa mereka tidak mungkin dapat saya lupakan.

Penghargaan ini turut sayar akamkan kepada team lingkungan usrah Hj.

Mokhtar Stork, Mahathir, Sheikh Shahab danrakan-rakan lain yang ramai

menyokong agar buku ini diterbitkan. Saya dan mereka amat tahu tanpa

semua buku ini tidak akan terjelma.

Dengan seizin Allah saya persembahkan buku ini padaanda semua.

Pada mereka saya ucapkan terimakasih.

Akhirnya karya penulisan ini tidakmembawa apa-apa erti jika Kita

tidak kembali menjadikan diri kita sebagai seorang hamba Allah dan

berusaha menempatkan diri di dalam golongan para salihin. Perlindungan

mutlak dari segala fitnah Dajjal adalah Allah. Jangan harap kita boleh

berdepan denganDajjal. Tandingan Dajjal adalah para nabi dan orang

yang Allah izinkan. Kita adalah insane lemah yang terdedah dengan segala

macam fitnah dan tipu daya (nafsu, dunia, iblis danmakhluk).

Kita sudah berada di penghujung zaman. Maka sudah sewajarnya

kita memohon perlindungan dengan kembali kepada Allah dan 'duduk' di

bawah lembayung naunganNya.

Doa saya semoga Allah hitung usaha ini dan menilainya sebagai

amal soleh dan setiap amal soleh itu tidak boleh ditangguh lagi. Semoga

pahala amal soleh ini dipanjangkan kepada kedua ibubapa saya, guru-guru

saya, isteri dan ahli keluarga, sahabat dan teman seperjuangan serta

seluruh umat Islam mukminin dan mukminat.

VII
Akhir kata tetaplah memerhati hadis ini agar kita sentiasa waspada

dan mengikuti apa yang dipesan junjungan baginda Nabi Muhammad

s.a.w.;

Seandainya dia (Dajjal) keluar sedangkan aku berada di

kalangan kamu maka akulah yang akan berhadapan

dengannya bagi mewakili setiap umat Islam. Dan jika dia

(Dajjal) keluar selepas kematianku, maka setiap kamu

adalah penyelamat bagi dirinya sendiri (bertanggungjawab

untuk melawannya) dan Allah adalahsebagai penolong

kamusekalian." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Ibnu Majah

dan IbnuKhuzaimah dari Abu Umammah.)

Dengan seizin Allah,


MUHAMMAD NURANI MAARIF
April 2008

VIII
KATA-KATA PENERBIT

Apabila menyebut tentang Dajjal pasti terbayang cirri-ciri seperti


ini, susuk tubuh yang besar, bermata satu, sebelah tangannya membawa
air dan sebelah Lagi tangannya membawa api. Makhluk ini juga menjadi
antara tanda-tanda besar kedatangan kiamat Sama ada ciri ciri ini benar
atau tidak, wallahu'alam Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana
Dialah Pencipta setiap makhluk di bumi ini.
Tidak dapat dinafikan, kisah mengenai Dajjal sering mengundang
pelbagai persoalan dan penjelasan'. Dia dikatakan dikurung di sebuah
pulau yang tidak pernah dijejaki oleh manusia dan hanya menunggu masa
untuk muncul. Namun tak siapa yang dapat menghuraikan dengan tepat
mengenai sejarah hidupnya. Apa yang pasti, hakikat sebenar
kewujudannya hanya satu - sebagai fitnah terbesar menjelang kiamat.
Di dalam buku ini, penulis mengemukakan beberapa fakta
mengejutkan yang mengaitkannya dengan kehadiran Dajjal. Bongkah batu
Stonehenge, patung-patung Terracotta, patung-patung di Pulau Easter,
binaan piramid, kaum Mayan, Pulau Atlantis dan sebagainya adalah
monumen-monumen dan kisah-kisah misteri dunia yang dikaitkan
dengan Dajjal. Sejauh manakah kebenarannya hanya dapat ditemui
dengan menghayati dan mengikuti perjalanan setiap fakta di dalam buku
ini. Selebihnya, sebagai umat Islam, kita harus yakin pada kebesaran dan
kebijaksanaan Allah selaku Pemilik, Pencipta dan Perancang setiap
kejadian di dunia ini.

IX
Penerbit tidak bermaksud untuk menerbitkan buku ini hanya
sekadar sebagai salah satu koleksi bacaan khalayak sahaja. Tetapi tujuan
penerbitannya lebih dari itu; sebagai salah satu bahan ilmiah islamik yang
diharapkan dapat membuka minda dan hati kita semua untuk kembali
memikirkan kebesaran Allah. Sudah pasti sebagai makhluk yang lemah,
kita tidak akan mampu menyingkap setiap tabir rahsiaNya dengan
sempurna. Namun itu tidak bermakna yang kita tidak perlu
memikirkannya.
Sama-samalah kita menyelami setiap fakta di dalam buku ini
dengan penuh kebijaksanaan dan kesedaran yang tinggi bahawa tinta ilmu
yang kita miliki hanyalah umpama setitis air di lautan. Sedangkan kalam
Allah itu melebihi luas semesta. Semoga Allah melindungi kita dari fitnah
Dajjal dan makhluk-makhluk Allah yang lain.

MOHD. FAIZAL OSMAN


Penerbit
http://lamanpenerbithrp.blogspot.com/

X
Bab 1
MEMAHAMI HAKIKAT DAJAL

Tiada fitnah paling dan dahsyat sejak Allah mencipta dunia selain
fitnah Dajjal.1 Kita tahu kisah Namrud yang membina kota Babylon dan
mengaku dirinya sebagai tuhan. Dia adalah pencetus agama pagan yang
dianuti sehingga hari ini dan pernah mengarahkan tenteranya membakar
Nabi Ibrahim a.s. Kita juga tahu kisah Firaun yang piramid daripada
bongkah-bongkah segitiga gergasi. Dia juga dikatakan tidak pernah sakit
sepanjang hidup dan mengaku,...aku tuhan manusia'. Namun kedua-dua
individu ini tidak dianggap sebagai ancaman dahsyat kepada manusia.

Selepas itu, menyusul pula nama-nama pencetus krisis peradaban


manusia zaman baru seperti Ceaser, Attila the Hun, Mussolini, Hitler dan
banyak lagi tokoh kejam dan zalim. Namun tidak satu pun di antara
mereka pernah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai ancaman yang
dapat menandingi ancaman fitnah yang akan dicetuskan oleh Dajjal.

******************************************************************
1. Hadiwayat Ahmad di dalam musnadnya dari Hisyam bin 'Amar.

5
Ini adalah pengakuan Nabi yang dirakamkan 1,400 tahun dahulu.
Para sahabat yang mendengar kata-kata ini tergamam.Betapa ketika umat
Islam tandus imannya, Allah datangkan sebesar-besar fitnah di dalam
kehidupan mereka. Lantas Rasulullah s.a.w. mengungkapkan sebuah hadis
berupa munajat dan pengharapan;

"... seandainya dia (Dajjal) keluar sedangkan aku


berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan
berhadapan dengannya bagi mewakili setiap umat
Islam. Dan jika dia (Dajjal) keluar selepas kematianku,
maka setiap kamu adalah penyelamat bagi dirinya
sendiri (bertanggungjawab untuk melawannya) dan
Allah adalah sebagai penolong kamu sekalian." 2

Ramai yang cuba memahami kisahnya dan mengenali dirinya yang


sebenar. Namun lebih ramai yang keliru bahkan menyimpang jauh dari
hakikat sebenar. Hari ini kisah dan fitnah Dajjal 'dipandang sepi', tidak
lagi menjadi bicara umum, tidak disebut di dalam khutbah dan ceramah,
bahkan kini kisah Dajjal tampil dengan pelbagai 'wajah'.

Seolah-olah timbul keraguan ketika membicarakan kisah Dajjal,


apakah kisah itu satu hakikat atau hanya mitos agama? Sejauhmana kisah
itu menepati zaman sains dan teknologi? Ketika inilah hadir jalan takwil
dan tamsilan cerita Dajjal diukur mengikut jalan fikir yang selesa
sedangkan pada hakikatnya ia terkeluar dari konteks maksud asal hadis
Rasulullah saw. Jika dapat diputar kembali ke zaman Nabi, mungkin akan
timbul kekecewaan di hati baginda betapa amaran, harapan dan doanya
dipermudahkan sedemikian rupa

Fitnah Dajjal adalah fitnah terbesar, terakhir dan terdahsyat di


dalam sejarah manusia; itulah pesanan junjungan Rasulullah s.a.w.

**********************************************************************
2. Hadis sahih diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu
UmammabMemahami akal Dajjal

6
"Sejak Adam diciptakan sampai berdirinya kiamat tidak
ada hal yang lebih besar dari fitnah Dajjal." 3

Ironisnya ketika subjek Dajjal dibicarakan baik melalui penulisan buku,


media, laman-laman web dan blog, ia kerap ditampilkan di dalam bentuk
mitos atau misteri yang tak terungkap. Dalam masa yang sama ketika
hadis-hadis Dajjal yang sahih ini diketengahkan lebih ramai pembicaranya
selesa mengolah semula 'intipati' hadis ini mengikut kesesuaian zaman
dengan kaedah takwil, rukyah dan tamsilan.

Persoalannya, apakah pendekatan yang kita ambil ini benar


sepertimana Nabi dan para sahabat melihat dan memahami Dajjal!
Apakah kita lebih mengetahui perihal Dajjal dari Rasulullah saw. sendiri?

Ad-Dajjal bermaksud menutupi Ibnu Dihyah Al-Hafia berkata:


"Para ulama sepakat mengatakan perkataan Dajjal itu membawa sepuluh
pengertian." Semua pengertian itu tetap menghinakan Dajjal.

Antaranya dia menipu manusia, dia menutup bumi dengan


kepalsuan, dia menginjak setiap inci bumi kecuali Mekah dan Madinah
dengan maksud membawa kehinaan, dia mencelup warna kehidupan
manusia dengan kelalaian dan kefasikan dan membawa kilauan cahaya
yang mengaburi mata manusia dari sinar kebenaran.

Jelas yang dibahas secara terperinci tentang Dajjal tidak hanya


fitnahnya bahkan dikupas secara halus pengertian namanya. Imam Ibnu
Hajar di dalam kitab Fathul Baan, dan gurunya Syeikh Majduddin Asy
Syairazi Al Fairuz Abadi telah menghimpunkan 50 pendapat mengenai
mengapa manusia ini dinamakan Dajjal.

**********************************************************************

3. Riwayat Muslim dalam Sahih-nya kandungan kitab Fitan dan Hashim bin ‘Amir

Pertikaian penggunaan istilah 'Al-Masih' juga dibahaskan oleh para


ulama hadis kerana ia memberi konotasi yang silap dan menyimpang. Ia
7
menimbulkan kekeliruan di antara Nabi Isa a.s. dengan Dajjal . Terdapat
pendapat yang mahu membezakan Dajjal dengan Nabi Isa a.s. melalui
penambahan ejaan Al-Masikh.

Tetapi menurut Ibnu Hajar di dalam kitabnya, Fathul Baari, ia


adalah satu kesalahan yang diada-adakan. Sedangkan mengikut Al- Qadhi
Ibnu 'Arabi, Rasulullah saw. membezakan ia sebagai Masih Adh Dhalalah
yang bermaksud Al-Masih dengan kesesatan sementara Nabi Isa a.s.
digelar dengan Masih Al Huda bermaksud Al-Masih dengan kebenaran.

Al-Masih di dalam pengertian Bahasa Melayu adalah yang


menghapus' atau 'menutupi dan turut membawa makna 'yang
mengembara'. Justeru untuk Nabi Isa a.s., Al-Masih dipakaikan gelaran
itu kerana Nabi Isa a.s. menghapus penyakit-penyakit manusia melalui
tangannya dengan izin Allah. 4

Dajjal disebut sebagai sih kerana mata kanannya terhapus


(menutupi cahaya) danata kanannya juga terhapus atau menutupi dunia
dengan kehilan dan turut bermaksud Dajjal akan mengembara ke seluruh
pelusuk dunia.

Dajjal adalah antara kisah akhir zaman yang paling kerap disebut
oleh Rasulullah s.a.w. Ia adalah tanda bahawa dunia sudah sampai ke
penghujung. Namun peringatan tentang bahaya fitnah Dajjal disebut
seawal zaman Nabi Nuh a.s. lagi; bahkan setiap Nabi yang dibangkitkan
akan mengingatkan perkara yang sama bahawa Dajjal akan merosakkan
agama, memporak perandakan kesatuan manusia dan membawa
kemusnahan dunia.

**********************************************************************
"Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih
besar di muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam yang
4. Fathul Baari, Juz 3, kitab Al-Adzan. Dipetik dari huratan Amin Muhammad Jamaluddin
dan bukunya
melebihi Umur
dari UmatDajjal.
fitnah Islam, Kedatangan Imam Mahdi
Dan bahawasanya dan Munculnya
tidak ada satu Dajjal, hlm. 9
Nabi pun yang diutus oleh Allah yang tidak mengingatkan
Nabi Muhammad s.a.w.fitnah
umatnya tentang di dalam hadisnya
Dajjal, menyebut;
sedangkan aku Nabi yang
paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir.
Ingatlah tidak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti datang di
8
kalangan kamu..." 5
Menerusi bab awal ini, saya cuba membawa sidang pembaca
menjawab persoalan paling asas. Soalan ini nantinya akan membuka
dimensi baru dan mungkin memberi bentuk rupa fitnah Dajjal yang
dimaksudkan oleh Nabi. Persoalan asas itu adalah apakah Dajjal itu
makhluk atau sekadar simbol sahaja, institusi atau sememangnya seorang
manusia?

Persoalan ini adalah pun yang serius. Jelas soalan ini perlu ditanggapi
terlebih dahulu sebelum kita membicarakan bentuk rupa fitnah Dajjal.
Ramai di kalangan kita beranggapan soalan seperti ini termasuk di dalam
hal remeh-temeh dan tidak perlu dijawab. Boleh dibaca dan disapa begitu
saja. Melalui buku ini saya akan membuktikan bahawa tanggapan
sedemikian tidak hanya salah bahkan ianya permulaan segala fitnah.

**********************************************************************

5. Hadis sahih diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umamah. Al
Banni berkata: "Dan saya mempunyai sebuah tulisan tentang takhrij hadis ini dan
pentahkikan matannya di mana saya menemui banyak teks lain yang menguatkannya,

Dajjal : Hakikat Atau Bayangan


Apakah benar Dajjal seorang manusia, seorang lelaki bertubuh besar dan
bermata satu, usianya

9
panjang, menunggu saat muncul ke dunia dan akan
mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan? Atau Dajjal hanya satu bangsa,
kelompok manusia yang hidup dari generasi ke generasi, mengatur
segala rencana jahat demi mencapai cita-cita menguasai dunia!
Di sinilah dilemanya. Di sinilah kita bermula. Satu permulaan
yang menuntut jawapan muktamad; kita perlu memilih premis yang
tepat dan mengambil posisi yang jelas. Selama ini kita berlegar-legar
mencari jawapan, terperangkap di dalam mitos atau hujah agama
yang aneh. Dalam masa yang sama cuba memberikan hujah yang
logik dan rasional sehingga mewujudkan satu polemik yang panjang,
Tanpa sedar, polemik yang saya maksud menjadi semakin serius
sehingga melahirkan kelompok yang masih Dajjal dan fitnahnya
secara sinis. Mereka tidak menganggap fitnah Dajjal itu dahsyat
dan bahaya seperti yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w.
Bahkan paling dahsyat, Dajjal dan fitnahnya dianggap sebagai satu
mitos agama.
Buku ini ditulis bagi memberi amaran awal bahawa pendapat
dan pandangan logik serta rasional itu telah tersasar dari konteks dan
maksud hadis-hadis berkenaan Dajjal dan fitnahnya. Tidak bermakna
Rasulullah s.a.w. menolak logik dan rasional tetapi apa yang disebut
oleh baginda itu sudah mengandungi unsur logik dan rasional.
Jika benar kenyataan tadi lalu di mana hujahnya? Logik itu
adalah olahan akal, olahan yang boleh diterima oleh sudut pandang
kita. Justeru jika sudut pandang kita terhad dan tersudut pada satu
arah maka apakah boleh kita katakan hujah kita berada di dalam
lingkungan logik?

10

Anda mungkin juga menyukai