Anda di halaman 1dari 14

SULIT 3767/1

SMK BANDAR SERI ALAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020


EKONOMI
Kertas 1 3767/1
Oktober
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada
kertas jawapan objektif yang disediakan

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT
SULIT 2 3767/1

1. Ilmu ekonomi ditakrifkan sebagai sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menguruskan sumber
ekonomi yang…
A. terhad bagi memenuhi kehendak yang terhad
B. tidak terhad bagi memenuhi kehendak yang terhad
C. terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad
D. tidak terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad

2. Masalah pilihan melibatkan pembuatan keputusan tentang…


A. Keperluan yang perlu dipenuhi untuk meneruskan hidup
B. Kehendak yang perlu dipenuhi dan melibatkan pengorbanan
C. Kehendak yang perlu dipenuhi untuk memaksimumkan kepuasan
D. Keperluan yang perlu dipenuhi untuk kehidupan yang lebih selesa

3. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan ciri usahawan?


A. Mencapai pengeluaran yang maksimum
B. Berani dalam mengambil risiko kerugian
C. Mengabungkan faktor-faktor pengeluaran
D. Menyumbangkan tenaga fizikal dan mental

4. Rajah 1 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran

Televisyen (unit)

.
X

0 Radio (unit)
Rajah 1
Situasi manakah yang berkaitan dengan titik X.
A. Sumber ekonomi digunakan secara optimum
B. Masalah pilihan pengeluaran
C. Ketidakupayaan ekonomi
D. Pengeluaran tidak cekap

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT
SULIT 3 3767/1

5. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan ciri sistem Ekonomi Islam
I. Bermatlamat mendapat keredhaan Allah
II. Kepentingan masyarakat lebih diutamakan
III. Kebebasan pengguna dikawal oleh kerajaan
IV. Individu cukup syarat wajib membayar zakat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi berapa yang hendak
dikeluarkan oleh sistem Ekonomi Pasaran Bebas?
A. Mekanisme pasaran
B. Permintaan pasaran
C. Kuasa beli pengguna
D. Agihan pendapatan wang

7. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan hukum permintaan.


I. Keluk permintaan berbentuk landai
II. Permintaan mesti disokong dengan kuasa beli
III. Harga dan kuantiti berhubungan secara songsang
IV. Kuantiti meningkat akibat penurunan harga barangan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT
SULIT 4 3767/1

8. Rajah 2 menunjukkan peralihan keluk permintaan ayam

Harga (RM)

D1 D0

P0
D0
D1

0 Kuantiti (unit)
Q1 Q0

Rajah 2
Situasi manakah yang berkaitan dengan situasi di atas.
I. Harga ayam meningkat
II. Harga daging lembu menurun
III. Jangkaan harga ayam menurun minggu hadapan
IV. Kerajaan menaikkan bantuan sara hidup kepada golongan B40
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

9. Rajah 3 menunjukkan keluk perubahan penawaran suatu barang

Rajah 2
Maklumat manakah yang berkaitan dengan rajah di atas.
I. Peralihan keluk S0S0 ke S1S1 dikenal sebagai pertambahan penawaran
II. Peralihan keluk disebab oleh perubahan harga barang itu sendiri
III. Melibatkan peralihan keluk ke kiri atau ke kanan
IV. Berlaku pergerakan di atas keluk penawaran

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT
SULIT 5 3767/1

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

10. Harga pasaran lebih rendah daripada harga keseimbangan menyebabkan harga cenderung….
A. naik
B. turun
C. infiniti
D. tidak berubah

11. Wang merupakan komoditi yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat…
A. ukuran nilai
B. simpanan nilai
C. bayaran tertunda
D. perantaraan pertukaran

12. Antara berikut, yang manakah berkaitan peranan bank pusat sebagai jurubank kepada bank kerajaan.
I. Mengeluarkan mata wang
II. Sumber pinjaman terakhir
III. Memberi nasihat pelaburan
IV. Menguruskan pertukaran asing
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT
SULIT 6 3767/1

13. Jadual 1 menunjukkan pembayaran yang perlu dilakukan oleh tiga individu
Adeline Syahidah Nadhirah
Bil elektrik dan air Gaji pekerja Insurans nyawa
Kaedah pembayaran manakah yang sesuai untuk individu di atas?
Adeline Syahidah Nadhirah
A Draf bank Debit langsung Pindahan kredit
B Perintah sedia ada Draf bank Debit langsung
C Debit langsung Pindahan kredit Perintah sedia ada
D Pindahan kredit Perintah sedia ada Draf bank

14. Gambar di bawah menunjukkan tiga jenis pekerjaan di Malaysia

Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3


Padanan manakah yang betul berkenaan pekerjaan dengan sektornya
Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3
A Sektor sekunder Sektor primer Sektor tertier
B Sektor tertier Sektor primer Sektor sekunder
C Sektor sekunder Sektor tertier Sektor primer
D Sektor primer Sektor sekunder Sektor tertier

15. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan faedah sampingan


A. Cuti bersalin
B. Kelayakan akademik
C. Tempat kerja yang selesa
D. Peluang kenaikan pangkat

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT
SULIT 7 3767/1

16. Antara berikut, yang manakah merupakan pendapatan tidak produktif


A. Upah wang
B. Biasiswa
C. Dividen
D. Sewa

17. Maklumat di bawah berkaitan satu rumus pendapatan boleh guna


Pendapatan boleh guna = Jumlah Pendapatan Individu – X
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan X
I. Pendapatan Boleh cukai
II. Premium Insurans Nyawa
III. Pertubuhan Kebajikan Sosial
IV. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

18. Gambar di bawah menunjukkan perbualan antara seorang ibu dan anak

Ibu…kenapa tak Bukan tak nak beli

belikan adik anak adik…duit ibu tadi

patung tadi….ibu hanya cukup untuk

cakap nak hadiahkan belikan beras dengan

adik anak patung jika minyak masak

adik tempat pertama sahaja….lain kali ibu

dalam kelas belikan ya…

Ibu tidak mengutamakan permintaan anaknya kerana beras dan minyak masak merupakan barang yang…
A. perlu dipenuhi
B. sukar dipenuhi
C. dikawal oleh kerajaan
D. memaksimumkan kepuasan

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT
SULIT 8 3767/1

19. Maklumat di bawah berkaitan dengan salah satu kaedah pembayaran

BAYARAN
PENDAHULUAN
RM7500
ANSURAN
BULANAN RM560

Apakah kelebihan kaedah pembayaran di atas


I. Harga lebih murah
II. Meringankan beban kewangan pembeli
III. Dapat menikmati barang walaupun belum habis bayar
IV. Barang boleh ditarik jika gagal membuat pembayaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

20. Maklumat di bawah berkaitan kos pengeluaran Kilang X


Kos bahan mentah RM 5000
Insurans kilang RM 2000
Gaji pekerja RM 4500
Bil air dan elektrik RM 1200
Sewa kilang RM 6000
Hitungkan kos tetap dan kos berubah firma di atas.
Kos tetap Kos berubah
A RM 6000 RM 12700
B RM 8000 RM 10700
C RM 5000 RM 13700
D RM 9200 RM 9500

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT
SULIT 9 3767/1

21. Maklumat di bawah berkaitan dengan pengeluaran baju kebaya oleh Kedai Pakaian Esok Hari
• Kos pengeluaran sepasang baju melayu RM45
• Jumlah pengeluaran baju melayu 1000 pasang
Hitung jumlah keuntungan Kedai Pakaian Esok Hari jika harga sepasang baju kebaya adalah RM85?
A. RM 40000
B. RM 45000
C. RM 85000
D. RM 130000

22. Faktor manakah yang mempengaruhi produktiviti?


I. Kuasa beli pengguna
II. Mekanisme pasaran
III. Persekitaran kerja
IV. Gaya kepimpinan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

23. Rajah di bawah menunjukkan perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan

Apakah faedah sosial daripada situasi di atas?


A. Pertambahan barangan dan perkhidmatan
B. Peluang pekerjaan meningkat
C. Peningkatan keluaran negara
D. Pembangunan ekonomi

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT
SULIT 10 3767/1

24. Mengapakah firma kerajaan dikatakan mempunyai kuasa monopoli semulajadi?


I. Terdapat banyak firma dalam pasaran
II. Firma boleh menentukan harga dalam pasaran
III. Kesukaran bagi firma lain memasuki industri tersebut
IV. Banyak barang pengganti yang terdapat dalam pasaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

25. Antara berikut, yang manakah kesan positif inflasi sederhana kepada ekonomi negara.
A. Peningkatan harga barangan
B. Imbangan pembayaran positif
C. Penurunan kadar pengangguran
D. Tabungan masyarakat meningkat

26. Antara berikut, yang manakah faktor penyebab berlakunya pengangguran geseran
A. Gaji yang ditawarkan majikan tidak releven
B. Pekerja sudah selesa dengan pekerjaan mereka
C. Penganggur lebih suka membuat kerja tidak formal
D. Majikan menyebar maklumat ke semua media massa

27. Antara berikut, individu manakah yang perlu membayar cukai langsung?
I. Jane membeli kereta buatan Jepun
II. Hussin menginap di Hotel Seri Malaysia, Pahang
III. Zakaria membeli tanah di Gua Musang, Kelantan
IV. Milton bekerja sebagai guru di SMK Bandar Seri Alam
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT
SULIT 11 3767/1

28. Gambar di bawah menunjukkan perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan

Pernyataan manakah menunjukkan ciri perbelanjaan di atas


A. Merupakan perbelanjaan semasa kerajaan
B. Merupakan perbelanjaan pelaburan kerajaan
C. Membolehkan kebajikan kakitangan awam dapat ditingkatkan
D. Membolehkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan berjalan lancar

29. Maklumat di bawah berkaitan dengan matlamat dasar kewangan


Menambah bekalan wang dalam ekonomi
Cara pelaksanaan manakah yang berkaitan dengan dasar kewangan di atas?
I. Mengurangkan kadar cukai
II. Melonggarkan syarat sewa beli
III. Membeli surat jaminan kerajaan
IV. Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

30. Apakah kesan ke atas ekonomi jika bank pusat terus menaikkan kadar faedah ketika masalah inflasi sudah
dapat di atasi?
I. Pelaburan firma terus menurun
II. Peningkatan dalam keluaran negara
III. Perbelanjaan argegat pengguna terus menurun
IV. Harga barang dan perkhidmatan terus meningkat
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Lihat Halaman Sebelah]
3767/1 SULIT
SULIT 12 3767/1

31. Bagaimanakah sesebuah syarikat boleh dilabelkan sebagai syarikat multinasional


A. Membuka cawangan ke seluruh negara
B. Mempunyai kemudahan pengangkutan yang canggih
C. Mampu membayar tarif yang tinggi kepada sesebuah negara
D. Firma besar yang mempunyai banyak cawangan di luar negara

32. Antara berikut, yang manakah faktor penggalak globalisasi oleh pihak kerajaan?
I. Mewujudkan insentif seperti pelepasan cukai
II. Melonggarkan kawalan terhadap aktiviti ekonomi
III. Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi
IV. Meningkatkan kualiti pengangkutan udara dan laut
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

33. Mengapakah kerajaan mengenakan tarif kepada firma asing?


I. Mengawal eksport negara
II. Menambahkan hasil negara
III. Melindungi industri muda tempatan
IV. Meningkatkan persaingan kepada firma tempatan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

34. Mengapakah Malaysia melakukan perdagangan antarabangsa?


A. Keadaan iklim dan tanih yang berbeza
B. Kehendak pengguna sentiasa tidak terbatas
C. Nilai mata wang lebih rendah berbading negara lain
D. Kos buruh dalam negara lebih murah dari negara pengimport

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT
SULIT 13 3767/1

35. Mengapakah blok ekonomi dibentuk


I. Menggalakkan urusniaga hanya dikalangan negara ahli
II. Melindungi negara ahli daripada barang import bukan negara ahli
III. Mengelakkan berlaku pengaliran keluar mata wang dari negara ahli
IV. Meningkatkan pendapatan negara ahli melalui kutipan cukai daripada negara ahli
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

36. Situasi manakah yang berkaitan dengan aktiviti eksport


A. Syarikat T.G.K mengeluarkan produk berasaskan makanan herba dan dijual ke seluruh negara
ASEAN
B. Firma Gading bertindak memproses bahan mentah yang dibeli dari Thailand dan menjual hasil
keluaran ke dalam negara
C. Bangkok Village merupakan firma milik negara Thailand mengeluarkan cordial dan dipasarkan
ke seluruh negara Thailand
D. Firma Comel merupakan syarikat milik Malaysia yang mengambil pakaian daripada Jepun dan
Korea untuk dipasarkan di pasaran tempatan

37. Situasi manakah yang menyebabkan berlakunya lebihan akaun semasa


I. Kiriman wang oleh pekerja asing di Malaysia meningkat
II. Pelaburan di luar negara semakin meningkat
III. Peningkatan permintaan eksport Malaysia
IV. Produktiviti keluaran negara meningkat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT
SULIT 14 3767/1

38. Maklumat di bawah berkaitan dengan pertukaran asing Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika Syarikat
USD1 = RM4.10
Berapa nilai barang dalam Ringgit Malaysia jika harga barang USD3500?
A. RM853
B. RM1255
C. RM11241
D. RM14350

Soalan 39 hingga 40 adalah berdasarkan jadual yang berikut


Pilihan Pernyataan I Penyataan II
A Betul Salah
B Salah Betul
C Betul Betul
D Salah Salah

39. I – Meningkatkan penawaran mata wang negara dalam rizab antarabangsa adalah untuk mempertahankan
Ringgit Malaysia
II – Pertukaran asing merujuk kepada mata wang negara lain yang dimiliki oleh sesebuah negara

40. I – Permintaan terhadap Ringgit Malaysia berlaku apabila Malaysia mengeksport barang ke negara lain
II – Jika nilai Ringgit Malaysia dijangka meningkat, permintaan terhadap Ringgit Malaysia akan
bertambah pada masa sekarang

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………. ……………………….. ………………………


(Muhammad Hafiz b Jusoh) (Fatimah Farhana bt Ali) (Rajeswaran a/l Krishnan)
Guru mata pelajaran Ketua Panitia Ekonomi GKMP Teknik & Vokasional

Lihat Halaman Sebelah]


3767/1 SULIT

Anda mungkin juga menyukai