BARAT
JLN YULE CATTO
KERTAS KONSEP
KURSUS KEPIMPINAN PENGENALAN TRADISI
PERMAINAN GENDANG SILAT MELAYU
2020
Tujuan
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memantapkan pasukan silat seni di sekolah ini dengan adanya
pasukan gendang silat sebagai pelengkap pasukan silat seni sekolah. Disamping ia merupakan salah satu
riadah minda dan sukan yang berupaya menerapkan budi bahasa dan nilai-nilai murni serta
memperkasakan warisan seni Melayu agar tidak luput ditelan zaman.
Memenuhi masa senggang pelajar semasa cuti akhir persekolahan dengan ilmu muzik tradisi yang
menjadi pelengkap kepada pemakaian silat seni warisan bangsa agar dapat menangani permasalahan
sosial yang memesongkan pembagunan sahsiah insaniah dikala ini.
Matlamat
Menyuburkan rasa kasih sayang dan jati diri bangsa di kalangan ahli terhadap kebudayaan dan warisan
bangsa yang unik.
Objektif
Membangunkan dan membentuk minda yang cergas serta menubuhkan satu pasukan gendang silat yang
mantap bagi mengiringi pasukan silat seni menghadapai pertandingan silat peringkat daerah dan negeri.
Sasaran
45 orang peserta yang terpilih dari bengkel gendang silat yang pertama terdiri daripada ahli Silat
kokurikulum Smk Taman Kluang Barat(Senarai nama pada Lampiran 1)
Aktiviti
KURSUS KEPIMPINAN PENGENALAN TRADISI PERMAINAN GENDANG SILAT MELAYU
Kewangan
Bil. Perkara Nilai
1 Sarapan (2 harix 45 pelajar x RM3 RM 270
Sumber Kewangan
Kokurikulum
Penutup
Di harapkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan ikhlas dari setiap peserta yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung akan memudahkan lagi tercapainya matlamat dan objektif
bengkel ini.