Anda di halaman 1dari 3

PdPr PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

LATIHAN ULANG KAJI

ARAHAN : PILIH JAWAPAN PALING TEPAT

1 Moral bermaksud perlakuan yang baik dan dapat diterima sejajar dengan kehendak
agama, _____________, peraturan serta undang-undang.
A keinginan diri
B etika kerja
C nilai dan norma masyarakat
D hobi

2 Perbuatan bermoral merujuk kepada ___________ yang baik dan norma-norma yang
sesuai bagi sesebuah masyarakat.
A sifat
B budaya
C perasaan
D tingkah laku

3 Perkataan moral berasal daripada Bahasa Latin iaitu, mores yang bermaksud
A tingkah laku yang mengikut perasaan
B tingkah laku yang ditegah oleh agama
C tingkah laku yang diterima keluarga sahaja
D tingkah laku yang mengikut norma masyarakat

4 Individu yang bermoral akan


A bertindak mengikut undang-undang
B membuang masa dengan perkara sia-sia
C berasa gembira melihat rakannya dalam kesusahan
D berprasangka buruk terhadap rakan yang berlainan agama

5 Rahim berasa simpati dengan jirannya yang telah kehilangan harta benda akibat
kebakaran. Apakah ciri insan bermoral yang diamalkan oleh Rahim?
A Perlakuan moral
B Perasaan moral
C Pemikiran moral
D Pertimbangan moral

6 Bersikap adil, berperikamanusiaan dan berbudi pekerti. Ciri insan bermoral yang
dimaksudkan ialah
A perlakuan moral
B pemikiran moral
C pembentukan moral
D nilai moral

7 Insan bermoral akan ________________ masyarakat.


A dihina
B disindir
C dihormati
D dijaga
PdPr PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1
LATIHAN ULANG KAJI

8 Apakah contoh ciri insan bermoral dari aspek pemikiran?


A Prihatin
B Berfikiran rasional
C Menghormati orang lain
D Mampu menyelesaikan masalah

9 Berikut merupakan kepentingan menjadi insan bermoral terhadap masyarakat kecuali


A mengekalkan permuafakatan
B memupuk sikap saling menghormati
C menerapkan sikap saling bertolak ansur
D menggugat keharmonian dalam masyarakat

10 Bagaimanakah anda dapat membantu untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu


padu?
A Tidak menyinggung perasaan dengan menghina amalan dan adat resam kaum
lain
B Tidak mengetahui amalan dan adat serta kepercayaan kaum lain
C Tidak menghiraukan perasaan orang lain
D Tidak menghormati hak orang lain

11 Menyokong usaha kerajaan membanteras kegiatan pengganas dan


mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Pernyataan di atas berkaitan dengan kepentingan mempelajari moral iaitu

A melahirkan insan yang berakhlak mulia


B mengamalkan kehidupan yang berintegriti
C menghormati nilai sejagat
D memelihara kesejahteraan sejagat

12 Pilih contoh cara hidup bermoral.


A Membuli
B Melepak
C Menepati masa
D Ponteng sekolah

13 Kepentingan beragama dan berkepercayaan adalah untuk _________


A menjadi popular
B mengumpul kekayaan
C mendekatkan diri dengan Tuhan
D menikmati pelbagai jenis makanan

14 Seseorang individu yang ____________ berpegang teguh kepada agama, nilai dan
peraturan ketika bertindak dalam pelbagai situasi.
A sopan
B berintegriti
C bersikap jujur
D menepati masa
PdPr PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1
LATIHAN ULANG KAJI

15 Mengapakah kita dituntut supaya menjalani kehidupan berlandaskan agama?


A Supaya dikenali oleh dunia luar
B Dapat mengelakkan berlakunya kejahatan
C Supaya disanjungi oleh orang lain
D Supaya kehidupan sentiasa dilimpahi dengan kesenangan

16 Bagaimanakah kita menunjukkan rasa kesyukuran kita terhadap nikmat yang


diberikan oleh Tuhan?
A Menjalankan kewajipan seperti yang telah dituntut oleh agama
B Mengeluh tentang kelemahan diri
C Menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Tuhan untuk kepentingan diri
sendiri
D Merendah-rendahkan kelemahan diri orang lain

17 Mengapakah kita perlu memahami ajaran agama kaum lain?


A Mengurangkan tekanan daripada penganut agama lain
B Mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum
C Mengenal pasti kelebihan agama masing-masing
D Memudahkan kita untuk mencari kelemahan agama lain

18 Berikut merupakan kebaikan beragama, kecuali


A membentuk corak kehidupan yang bermasyarakat
B membentuk peribadi dan akhlak mulia
C menggalakkan manusia hidup secara berpuak-puak
D mengajar manusia supaya bersyukur kepada Tuhan

19 Berikut merupakan kebaikan mengamalkan sikap amanah kecuali


A menjamin perhubungan yang baik dan harmoni
B mendapat kepercayaan dan keyakinan orang lain
C meningkatkan harga diri dan maruah seseorang individu
D mendapatkan pujian dan sanjungan daripada orang lain

20 Antara berikut, manakah merupakan sikap percaya kepada Tuhan yang boleh
dipraktikkan?
A Melakukan kebaikan kepada ahli keluarga sahaja
B Menunjuk-nunjuk dengan kelebihan diri yang dimiliki
C Patuh kepada suruhan Tuhan dan meninggalkan larangannya
D Mengingati Tuhan ketika mengalami kesusahan sahaja

Anda mungkin juga menyukai