Anda di halaman 1dari 4

Nota PdPR 5 22/2/2021 (Isnin)

2.3 JATUH BEBAS

▪ Jatuh bebas ialah jatuh yang dipengaruhi oleh daya graviti sahaja.
▪ Objek yang jatuh bebas tidak mengalami rintangan udara atau geseran.
▪ Jatuh bebas hanya berlaku dalam keadaan vakum sahaja di mana tiada
kehadiran molekul udara.
▪ Objek yang jatuh dalam medan graviti akan mengalami pecutan graviti.
Pecutan graviti bumi ialah 9.81 m s-2.
PERBEZAAN JATUH BEBAS DAN JATUH DALAM UDARA.

JATUH BEBAS JATUH DALAM UDARA


Tiada rintangan udara. Syiling dan bulu Wujud rintangan udara yang melawan arah
pelepah mengalami jatuh bebas. gerakan.

Kedua-dua objek jatuh kerana daya graviti Kedua-dua objek jatuh kerana daya graviti
dan tidak mengalami rintangan udara. dan dipengaruhi oleh rintangan udara.

Kedua-dua objek jatuh mencecah lantai Bulu pelepah mempunyai permukaan yang
pada masa yang sama (serentak). lebih luas maka mengalami rintangan udara
yang lebih tinggi. Duit syiling akan sampai
terlebih dahulu kerana kurang rintangan
udara.
MENYELESAIKAN MASALAH YANG MELIBATKAN PECUTAN GRAVITI BUMI BAGI
OBJEK YANG JATUH BEBAS

RUMUS

u = halaju awal (m s-1) s = sesaran (m)


v = halaju akhir (m s-1) g = pecutan graviti
t = masa (s) = 9.81 m s-2
Halaju awal, u = 10 m s-1
Halaju akhir, v = 0 m s-1 (anggap sifar kerana bola akan berhenti sebelum
bertukar arah ke bawah)

Pecutan graviti = -9.81 m s-2 (nilai negatif kerana bola bergerak ke atas)

(a) Masa untuk bola mencapai tinggi maksimum

v = u + gt
0 = 10 + (-9.81) t
9.81 t = 10
t = 10 / 9.81 = 1.02 s

(b) Tinggi maksimum yang boleh dicapai oleh bola itu

s = ut + ½ gt2
= (10)(1.02) + ½ (-9.81)(1.022)
= 10.2 + (-5.10)
= 5.1 m

Anda mungkin juga menyukai