Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Nama pengarang bagi artikel yang ingin diulas secara kritis oleh penulis ialah Norjietta Julita
Taisin dan artikelnya bertajuk “Aktiviti Melukis Meningkatkan Keyakinan Diri dalam Kalangan
Kanak-Kanak.” Antara isi penting yang diketengahkan oleh pengarang iaitu kajian-kajian yang
berkaitan mengenai pengaruh aktiviti seni terhadap kanak-kanak dalam meningkatkan
keyakinan diri dan beberapa teori dalam pendidikan kanak-kanak yang berkaitan dengan aktiviti
seni. Selain itu, pengarang juga menyelitkan beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh para
guru dalam menggalakkan para murid menyertai aktiviti seni yang difokuskan iaitu seni melukis.
Sehubungan dengan itu, penulis berpendapat bahawa artikel yang dihasilkan oleh pengarang
merupakan artikel terbaik kerana mencakupi pelbagai aspek namun masih kurang menekankan
sebahagian aspek lain yang seharusnya turut perlu dinukilkan dalam artikel tersebut.

2.0 ULASAN KRITIS

Antara kekuatan yang dimiliki oleh pengarang dalam menghasilkan artikel ini ialah kepadatan
maklumat dan isi yang diolah dengan baik dan huraian yang sangat jelas. Pengarang juga
dapat menggarap minat penulis untuk menganalisis artikel dari awal hingga akhir kerana
terdapat kesinambungan isi daripada perenggan ke perenggan yang seterusnya. Tambahan
pula, pengarang mampu menerapkan unsur-unsur dalam 5W1H iaitu what (apa), where (di
mana), when (bila), who (siapa), why (mengapa) dan how (bagaimana).

Sehubungan dengan itu, Luo Tao et. al (2006) dalam kajiannya telah merumuskan
bahawa kaedah 5W1H telah membantu komunikasi antara pereka dan jurutera dalam
menghasilkan reka bentuk Sistem Model Senario dalam persekitaran rumah yang bersifat
mesra pengguna. Sebagai contoh dalam artikel, pernyataan ‘guru mewujudkan suasana bilik
darjah yang kondusif dengan menyediakan sudut pameran hasil karya lukisan murid’ dapat
menjawab persoalan ‘bagaimanakah cara guru memenuhi keperluan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti melukis ini?’ Maka, hal ini jelas menunjukkan
bahawa sesuatu bahan bacaan akan mudah difahami apabila kaedah 5W1H ini diterapkan.

Selain itu, artikel yang dihasilkan sangat sesuai dijadikan rujukan oleh para guru dalam
memahami keperluan psikologi pelajar supaya guru bijak menganalisis kehendak dan suasana
pembelajaran supaya tidak tertumpu kepada buku teks semata-mata. Tambahan pula,
Lowenfeld dan Britain (1975) berpendapat bahawa guru harus meminati seni dan meningkatkan
keupayaan diri untuk mengendalikan aktiviti yang kreatif secara berterusan bagi melibatkan
pelajarnya dalam ekspresi kreatif. Guru juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti kreativiti yang
terdapat dalam sukatan pelajaran selain daripada menghasilkan lukisan iaitu kolaj, origami,
capan, resis, renjisan dan percikan serta tiupan.

Artikel ini juga telah mencakupi dua kursus yang dipelajari oleh penulis iaitu Murid dan
Pembelajaran serta Seni dalam Pendidikan. Hal ini juga secara tidak langsung membuktikan
bahawa artikel ini memperlihatkan berlakunya rentas kurikulum antara dua kursus ini kerana
teori dalam pendidikan yang dikemukakan amat berkait rapat dengan kursus Murid dan
Pembelajaran manakala penekanan aktiviti seni melukis dalam kalangan kanak-kanak oleh
pengarang pula menjadi sebahagian daripada kandungan pembelajaran bagi kursus Seni
dalam Pendidikan.

Sehubungan dengan itu, hal ini dapat memberi kesedaran kepada guru agar turut
menerapkan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) kreativiti dalam pengajaran mereka sekalipun
tidak terlibat secara sepenuhnya dalam bidang seni sepertimana guru Pendidikan Seni Visual di
sekolah. Tambahan pula, persepsi yang positif dan kefahaman yang baik menunjukkan usaha
para guru bukan sekadar tertumpu kepada menyampaikan isi kandungan mata pelajaran
semata-mata, malah turut memikul tanggungjawab melahirkan modal insan yang kreatif dan
inovatif dalam menjayakan matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi negara (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2012).

Seterusnya, antara kelemahan yang terdapat dalam artikel ialah fokus yang mendalam
terhadap seni lukisan semata-mata. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana skop seni
yang sangat luas dan tidak terhad kepada melukis sahaja. Tambahan pula, jenis seni yang lain
iaitu seni muzik dan seni pergerakan juga perlu diterapkan sejak mereka kecil lagi. Hal ini
demikian kerana kedua-dua seni turut mendapat perhatian sejak sekolah rendah dengan
adanya Pendidikan Muzik yang diajar manakala di sekolah menengah pula, para pelajar boleh
memperkembang bakat mereka dengan mendaftarkan diri di sekolah-sekolah seni dalam
melahirkan individu berpotensi dalam bidang seni yang bukan sahaja tertumpu kepada melukis
semata-mata.

Sehubungan dengan itu, seni pergerakan yang melibatkan tarian dalam sesuatu budaya
semakin dipinggirkan malah mencetuskan kebimbangan kepada penggiat seni tanah air apabila
warisan yang melambangkan identiti bagi masyarakat juga telah hilang ditelan arus zaman.
Senario ini disokong oleh Fazurawati Che Lah (2017) yang mengatakan bahawa seni menjadi
manifestasi tamadun kehidupan sesebuah negara dan peranannya cukup besar dalam
pembangunan masyarakat. Aktiviti seni seperti teater, seni tari dan seni muzik merupakan
prinsip asas yang diamalkan dalam seni dan pelengkap kepada kehidupan berkualiti.

Di samping itu, pengarang tidak mendatangkan contoh-contoh kit pembelajaran atau


bahan bantu mengajar yang sesuai bagi menjadikan aktiviti melukis dalam bilik darjah lebih
menyeronokkan. Tambahan pula, panduan khusus yang tidak dibekalkan kepada guru-guru
untuk melaksanakan aktiviti melukis dalam kalangan pelajar secara berkesan akan
membebankan mereka untuk menerapkannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Guru novis pula akan mengalami kesukaran dalam mengadaptasi apa yang telah
dipelajari semasa berada dalam institusi latihan pendidikan guru ke dalam kelas yang sebenar
sekiranya tiada pendedahan awal tentang perkara baru yang perlu dilaksanakan (Lokman et. al,
2014 & Oshrat-Fink, 2014). Maka, hal ini perlu dititikberatkan agar guru dapat menjalankan
tugasnya dengan sempurna kerana menurut Lacy dan Hastad (1998), peranan utama guru
dalam menerapkan pendidikan seni adalah mereka mampu memperkembang dan
mempertingkat prestasi murid-murid dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
3.0 PENGURUSAN GRAFIK

KEPADATAN MAKLUMAT DAN ISI


YANG DIOLAH DENGAN BAIK DAN
HURAIAN YANG SANGAT JELAS

SANGAT SESUAI DIJADIKAN


PENILAIAN DAN
PERBINCANGAN POSITIF RUJUKAN OLEH PARA GURU
DALAM MEMAHAMI KEPERLUAN
(KEKUATAN)
PSIKOLOGI PELAJAR

MENCAKUPI DUA KURSUS IAITU


MURID DAN PEMBELAJARAN SERTA
SENI DALAM PENDIDIKAN
ULASAN KRITIS (MERENTAS KURIKULUM)

FOKUS YANG MENDALAM


TERHADAP SENI LUKISAN SEMATA-
MATA
PENILAIAN DAN
PERBINCANGAN NEGATIF
(KELEMAHAN) TIADA CONTOH KIT PEMBELAJARAN
ATAU BAHAN BANTU MENGAJAR
YANG SESUAI DALAM AKTIVITI
MELUKIS

4.0 RUMUSAN

Artikel yang dikarang oleh Norjietta Julita Taisin mempunyai kelebihan dan kelemahan yang
tersendiri. Artikel ini juga berupaya memberi manfaat kepada para guru sebagai panduan dalam
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar di samping mewujudkan
suasana yang menyeronokkan dalam kalangan pelajar melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti seni.
Guru juga harus bijak menyesuaikan modul-modul pembelajaran dalam bilik darjah dengan
menerapkan EMK bagi memperkembang potensi anak didik serta memupuk kreativiti mereka
agar mampu mencapai perkembangan dari sudut kognitif, afektif dan psikomotor melalui
penerapan seni dalam pendidikan.
RUJUKAN

Fazurawati Che Lah. (2017, Disember 25). Seni budaya bukan remeh. Harian Metro Online.
Diperoleh daripada https://www.hmetro.com.my/nuansa/2017/12/296744/seni-budaya-
bukan-remeh

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Kreativiti dan Inovasi Elemen Merentas Kurikulum
dalam KSSR. Putrajaya: Pengarang.

Lacy, A. C., & Hastad, D. N. (2007). Measurement and evaluation in physical education and
exercise science (5th ed.). USA: Pearson Education.

Lokman Mohd Tahir, Mohd Nihra Mohd Said, Roslee Ahmad, Khadijah Daud, Bambang
Sumitono & Suhana Yusoff. (2014). Exploring the Induction Program for Novice
Teachers. Life Science Journal, 11(8), 394-406.

Lowenfeld, V. & W. L. Britain. (1975). Creative and Mental Growth. 6th ed. New York: Macmillan
Publishing Co.

Luo Tao et. al. (2006). User Scenerio Modeling Using 5W1H and 5S in Home Environment.
Korea: Kookmin University.

Oshrat-Fink, Y. (2014). From the Campus to the classroom: A narrative theory of novice
teachers’ transition processes. Reflective Practice, 15(6), 729-750.

Anda mungkin juga menyukai