Anda di halaman 1dari 17

TAJUK 2 : PENDEKATAN

PI
PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIDIKAN ISLAM
• Pendekatan dari segi konsep dalam pendidikan adalah cara mendekati
sesuatu. Ianya merujuk kepada bagaimana cara sesuatu mata
pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.
• Dalam ayat lain pendekatan dalam bidang pendidikan pula merujuk
kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan
diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan
kepada objektifnya dan pendekatan haruslah berlandaskan  kepada
modal, prinsip atau teori pembelajaran.
Definisi Pendekatan

• Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya


objektif jangka panjang dapat dicapai . Ia adalah satu bingkai yang
besar di dalamnya mengandungi strategi, kaedah dan teknik
• Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam anda boleh
menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-
ciri berikut :
Memberi ilmu – kognitif
Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif
Membina kemahiran dan amalan - psikomotor
Memupuk dan menanam penghayatan – afektif
 Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif
Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid
Menyepadukan faktor dan nilai
Merentas kurikulum
Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
Memotivasikan murid dalam pembelajaran
• Justeru pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
sebagai medan dakwah kepada murid-murid saudara baharu adalah
di antaranya:
• i.                  Pendekatan Deduktif
• ii.                 Pendekatan Induktif
• iii.                Pendekatan Bersepadu
• iv.                Pemusatan Pelajar
• v.                 Bertema ( Thematic Approach)
1. Pendekatan Deduktif
• Didefinisikan sebagai suatu pendekatan mengajar yang bermula
daripada satu atau beberapa rumus, prinsip , hukum atau peraturan
diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus.
Pendekatan deduktif ini juga boleh digunakan bagi memperolehi
kesimpulan yang baru daripada rumus, prinsip, hukum atau peraturan
yang telah diketahui.
• Contohnya kejadian alam semulajadi seperti awan, langit, gunung,
laut dan sebagainya adalah ciptaan Allah S.W.T dan manusia tidak
mampu untuk menciptakannya kerana keupayaan  dan kuasa manusia
adalah terhad.
2. Pendekatan Induktif 
• pula melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir maklumat-
maklumat, kemudian membuat kesimpulannya  yang mana guru
memulakan pengajaranya dengan memberikan beberapa contoh yang
khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama . Justeru
berdasarkan kepada contoh yang telah diberi , murid-murid saudara
baharu dibimbing memikir, mengkaji , mengenal pasti dan mentafsir
maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu
kemudian membuat kesimpulan yang berkenaan.
• Contohnya murid-murid saudara baharu ini dikehendaki
menyenaraikan nama- nama benda  atau subjek di sekeliling mereka
seperti meja , kerusi, kipas,  lampu, tingkap, pintu , buku, pen , pensil
dan sebagainya dirumuskan bahawa benda-benda yang disenaraikan
dan dikumpulkan itu adalah hasil pembuatan manusia dengan Allah
S.W.T mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk mencipta
secara kreatif dan inovatif. Sementara guru pula haruslah membantu
membimbing dan menghubungkait serta menggabungjalinkan benda-
benda ciptaan manusia dan banding beza dengan hasil ciptaan Allah
S.W.T
3. Pendekatan bersepadu
•   yang membawa maksud melaksanakan semua unsur yang terdapat
dalam kurikulum,  secara bercantum atau bersatu yang mana semua
ilmu diajar dengan cara saling berkaitan di antara satu sama lain. Di
bawah rancangan KSSR konsep kesepaduan diamalkan dalam
penggunaan strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Ini adalah
bertujuan untuk menjalin  serta mengadunkan unsur-unsur ilmu, nilai,
kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik.
• Contohnya dalam pelajaran wuduk tahap satu, murid-murid saudara
baru sebelum mengambil wuduk dikehendaki membaca niat , pada
asasnya pelajaran wuduk dalam konsep ibadah namun ianya boleh
digabungjalinkan dengan akidah kerana niat merupakan asas penting
dalam sesuatu kepercayaan dan amalan kepada Allah S.W.T maka
tanpa niat tidaklah sah wuduk tersebut.Guru sewajarnya
menerangkan secara jelas hubung kait dan gabung jalin antara aspek
akidah (niat) dan ibadah (rukun).
4. Pendekatan Qudwah Hasanah
• Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar
mengajar dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka
juga merupakan model bagi para pelajarnya (role model).
• Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka
baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya (Najib, 2005).
Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting bagi
menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah
sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.
5. Pendekatan bertema ( Thematic
Aproach) 
• .Tema memberi maksud idea yang besar, dengan itu pengajaran tematik
bermakna pengajaran yang dismpaiikan  melalui satu idea yang besar ,
Contohnya tema seperti solat perkara-perkara samiyyat, bersuci dan lain-lain.
• Pada kebiasaannnya satu-satu tema kemudiannya dipecahkan kepada
komponen-komponen yang kecil. Dalam setiap komponen terdapat lagi topik-
topik kecil yang dibincangkan. Contohnya bertemakan puasa Ramadan yang
akan dibincangkan adalah sub topik seperti niat berpuasa Ramadan, rukun
puasa, syarat sah puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dengan
berdasarkan sesuatu tema; pengetahuan murid-murid saudara baru ini dapat
dikembangkan secara komprehensif yang berkaitan dengan pelajaran puasa
Ramadan.
SEKIAN, TERIMA KASIH
• Blog Dr Rajiee Hadi
• Modul PPG PIM3102

Anda mungkin juga menyukai