Anda di halaman 1dari 117

MODEL PENGAJARAN

MODEL,
PENDEKATAN,
STRATEGI, KAEDAH
DAN TEKNIK
PENGAJARAN

Kaedah dan Teknik


MODE Pengajaran

L
Pendekatan
Model
Personal Strateg
i
Tematik
Induktif
Model
Pemprosesa Integratif
Elektif
n Maklumat Deduktif Berasaskan Tugasan
Pemusatan Murid
Model
Behaviorism
e
Berasaskan
Bahan
Pemusatan Guru

Model
Sosial
PERHUBUNGAN
MODEL, PENDEKATAN,
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN

MODEL KAEDAH &


PENDEKATAN STRATEGI TEKNIK
PENGAJARAN
Model
Pengajaran INDUKTIF Pemusatan
Sumbang
Behaviorisme Murid
saran
DEDUKTIF
Model Pemusatan
Pemprosesan Guru Bercerita
EKLEKTIF
Maklumat
Berasaskan
Model TEMATIK Bahan Perbincangan
Sosial
INTEGRATIF Berasaskan
Model Tugasan Demonstrasi
Personal
Penyelesaian
Masalah
MODEL PENGAJARAN

MODEL MODEL MODEL


PENGAJARAN SOSIAL PERSONAL
BEHAVIORISME
PEMB
KOPERATIF Tujuan:
Bentuk
PENGAJARAN Personaliti
MAIN
LANGSUNG
PERANAN &
SIMULASI
 Kompeten
PEMBELAJARAN MODEL  Bersepadu
MASTERI PEMPROSESAN
 Bkeyakinan
MAKLUMAT

PEMBELAJARAN
PENGAJARAN MODEL PENGAJARAN MELALUI
KONSEP SYNECTICS EKSPOSITORI KAUNSELING

• Belajar Konsep  Kreativiti Ausubel


Bruner Utama  Analogi
• Berstruktur  Metafora
AO
• Berpusat guru
MODEL PENGAJARAN

 Merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan,


strategi dan iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran murid.

 Merupakan blueprint pengajaran

 juga strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai


matlamat pengajaran.

 Terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan


pembelajaran yang boleh dijadikan panduan kepada perancang dan
guru kerana prosedur mengajar amat penting untuk menghasilkan
pengajaran berkesan.
 Terdapat model pengajaran yang pelbagai dan setiap satu
berasaskan kepada satu teori pembelajaran tertentu.

 Teori yang berlainan memfokuskan terhadap aspek pelajar


yang berbeza dan oleh itu, implikasi terhadap prosedur
pengajaran juga berbeza.

 Model pengajaran ini juga menyediakan struktur hala tuju


untuk guru tetapi model ini tidak mengongkong semua
tindakan yang diambil oleh guru.
 Model ini juga dijadikan sebagai panduan kepada guru untuk
merancang persediaan mengajar yang lengkap dan mengikut
tatacara yang sistematik sebagai rujukan semasa mengajar.

 Model pengajaran membantu guru memperoleh maklum


balas tentang keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan
yang perlu diambil untuk penambahbaikan.

Contoh: Model Pemprosesan Maklumat, Model


Behaviorisme
PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya


berasaskan teori-teori, model-model atau
generalisasi yang tertentu.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau


aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi
pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa
mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.

Cth: Pendekatan induktif, deduktif,


eklektif, bersepadu & tematik
Model Model
Behaviorisme Sosial

Model
Pemprosesan
Model
Maklumat MODEL- Personal
MODEL
PENGAJARAN
MODEL
PENGAJARAN
BEHAVIORISME
Model Pengajaran Behaviorisme

Berasaskan teori pembelajaran sosial, modifikasi


tingkah laku dan terapi tingkah laku

Skinner (1953) telah mengorganisasi struktur tugasan dan


maklum balas demi memudahkan manusia berkebolehan
dalam membetulkan diri supaya dapat berfungsi

Terdapat program untuk mengurangkan fobia, belajar


membaca, membentuk kemahiran sosial dan psikomotor,
menggantikan tekanan dengan ketenangan serta
pembelajaran kemahiran-kemahiran intelek, sosial dan fizikal
yang kompleks.
Model ini tertumpu kepada tingkah laku yang dapat
diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk
memaklumkan kemajuan kepada murid.

(Joyce, Calhoun dan Hopkins,2002)

Antara model dalam kumpulan model pengajaran


behaviorisme termasuklah model pembelajaran
masteri (Bloom,1968) dan Pengajaran Langsung
(Good et al.,1994)
MODEL
PENGAJARAN
BEHAVIORISME

PENGAJARAN PEMBELAJARA
LANGSUNG N MASTERI
PENGAJARAN LANGSUNG
Merupakan satu pendekatan untuk pengajaran
kemahiran-kemahiran asas di mana pelajaran terarah
kepada matlamat dan persekitaran pembelajaran
adalah berstruktur.

Satu cara berkesan untuk mengajar pengetahuan


dan kemahiran asas kepada murid.
(Arends, 2001)

Jenis pengajaran yang terarah guru dan mengikut


satu struktur tetap dengan langkah-langkah
spesifik untuk membimbing pelajar ke arah
mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit .
Guru akan mengekalkan kawalan lokus terhadap proses
pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang
proses.

Keistimewaan pengajaran langsung ialah menyampaikan


maklumat yang banyak dalam masa tertentu.
Oleh sebab model ini terarah guru, maka guru mereka cipta
perkembangan pengajaran yang sesuai dengan umur pelajar
dan berperingkat-peringkat.

Pengajaran langsung terdiri daripada


Jenis hasil 3Aliran
aspek aktiviti :
pengajaran
Persekitaran
pembelajaran
pembelajaran
pelajar.
Pengajaran langsung direka bentuk untuk merangsang
pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan serta
diajar secara langkah demi langkah.
Pengajaran langsung berpusatkan guru dan mengandungi 5 langkah
:

1.Penentuan set

2.Penerangan /
5.Amalan/praktis demonstrasi
lanjutan

4.Maklum balas 3.Praktis/latihan


terbimbing
Penguasaan
kandungan
berstruktur
Tujuan pengajaran
langsung :
Untuk mencapai 2
hasil pembelajaran.

Penguasaan
direct instruction pelbagai
https://youtu.be/TkjxO3PSzwk
kemahiran
https://youtu.be/eMpOt38XvSQ
Lanjutan daripada kritikan tentang pelaziman klasik yang
memberikan pandangan pembelajaran yang agak terhad,
maka pembelajaran sosial digunakan untuk membantu aspek
yang tidak dapat diperhatikan seperti pemikiran dan kognisi.
Manusia belajar melalui pemerhatian terhadap orang lain.
(Bandura,1977)
Terdapat pembelajaran melalui pemerhatian yang terdiri
daripada 4 langkah :

Memberikan
Mengingat apa-
perhatian apa yang di
perhati

peneguhan Melakukan
/motivasi. semula
perlakuan
Dalam pengajaran langsung, latihan dan rehearsal mental
merupakan proses yang membantu pelajar mengingat dan
menghasilkan perlakuan yang diperhatikan.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN LANGSUNG


1. 6.
Pengenalan / Penilaian
review
5.
2.
Latihan kendiri
Perkembangan
(independent)
3.
4.
Amalan
terbimbing Penutup
PRINSIP-PRINSIP
PEMBELAJARAN LANGSUNG

Topik atau maklumat yang dipelajari akan disampaikan


Pengenalan/ kepada murid atau mengkaji semula maklumat yang
review disusun untuk pembelajaran

Guru memberikan penerangan, huraian, contoh, atau


model tentang apa-apa yang ingin dipelajari dengan
Perkembangan
jelas serta menyemak pemahaman pelajar melalui
penyoalan.

Peluang diberikan kepada pelajar untuk melatih apa-


Amalan apa yang diharapkan oleh mereka untuk dikuasai. Di
terbimbing samping itu, guru memantau aktiviti atau tugasan
yang diberikan.
Guru-guru mengakhiri pelajaran dengan merumuskan
Penutup apa-apa yang telah diajar.

Tugasan-tugasan diberikan untuk mengukuhkan


Latihan kendiri
pembelajaran tanpa bantuan guru.
(independent)

Penilaian Kemajuan pelajar dinilai untuk menentukan tahap-


tahap penguasaan.
PROSES PENGAJARAN LANGSUNG

1.Pengenalan/
review
• Langkah pertama adalah untuk menarik
perhatian pelajar.

• Pelajar dimaklumkan tentang matlamat, hasil


pembelajaran dan kepentingan pelajaran
berkenaan.

• Dilakukan dalam bentuk : mengenal maklumat


baru atau menokok tambah apa-apa yang telah
dipelajari.
2.Perkembangan
• Apabila matlamat diberitahu kepada pelajar, guru akan
memodelkan tingkah laku (pengetahuan /kemahiran), di
mana pelajar diharap dapat menunjuk cara tingkah laku
tersebut.

• Langkah ini merangkumi penerangan yang jelas tentang


maklumat dengan memberikan banyak contoh untuk
memastikan pemahaman pelajar terhadap apa yang
dipelajari.

• Guru boleh menunjuk cara tingkah laku, memastikan


pelajar memperoleh penguasaan dan pemahaman serta
memberikan perhatian kepada ulangan latihan.
• Guru membuat semakan tentang kefahaman pelajar
dengan mengemukakan soalan-soalan utama perkara yang
dipelajari atau mencungkilkan soalan dari pelajar.

• Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar ,


persembahan multimedia, dan sebagainya untuk
menggalakkan pelajar memproses maklumat dengan
jayanya.
3. Latihan Terbimbing

• Latihan secara aktif dapat meningkatkan ingatan, dan


membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran kepada
situasi baru.

• Guru boleh memberikan tugasan yang pendek dan


bermakna; tugasan yang dapat meningkatkan
pembelajaran berlebihan (overlearning); serta memberikan
perhatian kepada peringkat awal latihan diberikan.

• Apabila guru yakin bahawa penerangan dan contoh yang


sesuai terhadap apa-apa yang dipelajari dapat dimodelkan
oleh pelajar, maka aktiviti atau tugasan boleh diberikan
kepada pelajar untuk latihan dengan pemantauan gu
4.Penutup

• Pelajaran dirumuskan dan guru berpeluang untuk


mengimbas kembali apa yang telah di ajar.

• Langkah ini untuk mengingatkan pelajar tentang matlamat


pengajaran dan sebagai persediaan untuk menyelesaikan
aktiviti dan latihan kendiri yang diberi oleh guru.
5.Latihan kendiri (independent)

• Aktiviti atau tugasan yang berkait dengan hasil


pembelajaran diberikan kepada pelajar setelah mereka
menunjukkan kompetensi atau kemahiran dalam langkah
ketiga.

• Bertujuan untuk mengelakkan bantuan guru dan untuk


menentukan tahap penguasaan yang dicapai oleh pelajar.

• Kerja rumah boleh dianggap sebagai latihan kendiri kerana


memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat
latihan tanpa bantuan daripada guru kelas.
6.Penilaian

• Penilaian boleh dilakukan dalam bentuk lembaran kerja dan


tugasan bilik darjah atau secara gabungan dalam bentuk
ujian atau projek sesuatu pelajaran.

• Penilaian pembelajaran amat penting kerana memberikan


maklum balas kepada guru dan pelajar serta digunakan
untuk menentukan sama ada hasil pembelajaran yang
diharapkan telah dicapai atau perlu diulangi pada pelajaran
berikutnya.
PEMBELAJARAN
MASTERI

Pembelajaran masteri merupakan satu kaedah pengajaran


secara individu yang menggunakan kurikulum
berstruktur yang dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan dan
kemahiran yang akan dipelajari.

Pembelajaran ini direka bentuk bagi memastikan semua


pelajar mencapai objektif pelajaran dan membolehkan
masa yang mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya.
Model Masteri memastikan majoriti pelajar sampai ke tahap
masteri kerana masa pembelajaran adalah fleksibel dan
setiap pelajar menerima pengajaran yang dirancangkan,
latihan yang diperlukan dan maklum balas.
PEMBELAJARAN
MASTERI

Melibatkan pengajaran berasaskan tradisional , pemulihan dan


pengayaan secara individu.

Merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang


berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang
diajar.
(Bloom,1968)

Berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua


murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran
dengan baik dan penuh berkeyakinan sekiranya keadaan yang
sesuai serta masa yang mencukupi disediakan.
(Bloom,1968)
Pembelajaran masteri merupakan SATU
pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya.

Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang


mencukupi serta proses P&P yang berkualiti.

(Pusat Perkembangan Kurikulum,2001)


PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN MASTERI

1. Semua murid normal boleh menguasai


apa-apa yang diajar oleh guru.

2. Pembelajarandipecah kepada unit-unit kecil di


mana pengetahuan disusun daripada mudah
kepada sukar supaya mudah difahami oleh
murid.

3. Masa yang diperuntukkan harus mencukupi


dan fleksibel untuk semua murid mencapai
objektif/hasil pembelajaran.
4. Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar
yang berbeza boleh menguasai apa-apa
yang diajar. Guru juga perlu mendorong
pelajar untuk menguasai sesuatu perkara
yang diajar.

5. Guruharus merancang dan


mempelbagaikan kaedah mengajar dengan
mengambil kira gaya pembelajaran pelajar
yang berbeza.

6. Gurudigalakkan untuk mempelbagaikan


kaedah/ aktiviti P&P supaya mereka dapat
menguasai apa-apa yang diajar dalam masa
yang paling singkat.
7. Antara kemahiran guru dalam pembelajaran masteri
ialah :

 Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap


pencapaian murid.
 Mengetahui perbezaan antara murid.
 Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta
merancang pelbagai aktiviti P&P yang menyeronokkan.
 Menguruskan pelbagai BBM.
 Menyimpan rekod kemajuan pelajar.
 Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil
pembelajaran.
 Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan
pengayaan yang sesuai.
CTH : Tadika Little Caliphs
Guru yang menggunakan
pembelajaran masteri perlu :

 mengorganisasikan maklumat dan kemahiran


mengikut pola
 menentukan bagaimana kemajuan murid
 memaklumkan kemajuan kepada murid
 membantu murid menghadapi masalah
melalui bimbingan & latihan tambahan untuk
mereka menguasai bahan dengan kadar
yang segera.
MODEL PEMPROSESAN
MAKLUMAT
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
 Menganggap ingatan manusia sama seperti komputer.

 Seorang yang belajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana


yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output.

 Apa itu maklumat?

merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran.

Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan.

Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval.


Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan.

Operasi mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan


mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia
belajar iaitu pemprosesan maklumat

Menurut Galbraith, 1994, model ini adalah komponen


penting dalam beberapa strategi pengajaran dan
pembelajaran.
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Ingatan
Daftar Ingatan
Jangka
Sensori Jangka
Panjang
Pendek
Masalah Jenis Ingatan
Ingatan Prosedural
Ikonik (Imej Proses tahap Semantik
visual) Meta : Ulangan
Episodik

Cth kand. :
Perhatian
Maklumat Pengetahuan
Perancangan Elaboratif -Disiplin
Tugasan Ingatan - Metakognitif
Echoik Pengenal Pemantauan
(Stimuli)
(Auditori) Pastian Penilaian Kepercayaan
Activation kemahiran
Perwakilan
Ingatan- Mental Kand. disusun
dalam skema
ingatan lain Retrieval
Persekitaran (jaringan
(Cth: neural)
Sentuhan,
Perasaan) Jenis
Pengetahuan :
OUTPUT Deklaratif
Prosedural
Apabila maklumat baharu diterima oleh daftar maklumat, maka maklumat
berkenaan dikenal pasti dan diberikan perhatian serta disalur kepada
ingatan jangka pendek.

Ingatan jangka pendek ada kala dinyatakan sebagai working memory


(maklumat diproses dan pemikiran berlaku)

Jika latihan elaboratif berlaku, maklumat akan disalurkan ke dalam


ingatan jangka panjang dan disimpan dalam skema.

Maklumat boleh dikeluarkan semasa diaktifkan dan diproses oleh ingatan


jangka pendek sebelum dihasilkan sebagai output.
JENIS-JENIS
INGATAN

DAFTAR SENSORI/ INGATAN JANGKA


DERIA PANJANG

INGATAN JANGKA
PENDEK
DAFTAR SENSORI / DERIA

 Input utama daripada penglihatan dan bunyi.

 Pemprosesan berlaku dalam 3 hingga 5 saat.

 Input disalur kepada ingatan jangka pendek untuk


pemprosesan sebenar.

 Maklumat yang diterima biasanya dipantau pada tahap


perhatian rendah dan oleh itu respons juga secara terpilih.

 Contohnya, apabila memandu kereta sambil bercakap,


seseorang boleh terus memandu dan bercakap. Dia boleh
memantau dan memberikan respons terhadap keadaan
memandu tanpa pemindahan maklumat ini ke dalam ingatan
jangka pendek.
INGATAN JANGKA PENDEK

 Maklumat yang dipindah ke dalam ingatan jangka pendek akan


berada dalam keadaan aktif selama 15 – 20 saat tanpa latihan
dan lebih lama jika ada praktis.

 Kapasiti ingatan jangka pendek terhad kepada 7_2 item


+

 Kapasiti ingatan jangka pendek boleh ditambah dengan


chunking. Chunking meletakkan input dalam set yang kecil dan
boleh diingini sebagai unit berasingan

 Ingatan jangka pendek adalah sama dengan working memory


Contoh 019 333 98 22
Tiga cara untuk menangani tugasan kognitif dalam ingatan
jangka pendek iaitu:

chunk, bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil dan proses


satu per satu pada satu ketika (pemprosesan serial); kemahiran
praktis sehingga mencapai tahap automatik (automaticity).

 Contohnya, mengingati nombor telefon dengan chunking


77275241 kepada 77-27-52-41 iaitu 4 chunk berbandingkan 8 unit

Maklumat boleh disimpan lebih lama jika seseorang mengulangi


untuk mengingat maklumat berkenaan. Contohnya, mengulangi
nama seseorang seperti Mary banyak kali (dirujuk sebagai
maintenance rehearsal)
Elaborative rehearsal dengan menghubungkaitkan
dengan sesuatu yang diketahui. Contohnya, nama Mary
dikaitkan dengan nama kakak anda melalui asosiasi dan
dapat dipindahkan ke dalam ingatan jangka panjang.
Cth lain nama Wira ..,dikaitkan dgn nama kereta
nasional Msia

 Maklumat dalam ingatan jangka pendek akan hilang /


pudar jika tidak diulangi dalam masa 20 saat atau
bilangan item melebihi 5-9 unit.
Cth dengar no talipon disebut di radio..
INGATAN JANGKA PANJANG DAN SIMPANAN

 Maklumat untuk rujukan masa depan disimpan dalam ingatan


jangka panjang. Ingatan ini merupakan stor pengetahuan yang
kekal. Cth : boleh ingat nombor telefon anda

 Mempunyai kapasiti dan tempoh masa yang tidak terhad iaitu


akan berkekalan.

 Tanggapan bahawa konsep disimpan dalam jaringan perkaitan


bermakna secara hierarki (skema)
Tiga kategori dalam ingatan jangka panjang iaitu
i. Semantik,
ii. Episodik dan
iii.Prosedural.

Ingatan semantik
merupakan ingatan untuk makna yang disimpan sebagai
proposisi (unit pengetahuan terkecil), imej dan skema.
Imej ialah perwakilan-perwakilan berdasarkan persepsi
Jaringan proposisi merupakan saling berkaitan maklumat
antara satu sama lain. Cth : Kuala Lumpur ialah ibu kota Wilayah
Persekutuan.

 Imej ialah perwakilan-perwakilan berdasarkan persepsi


terhadap struktur maklumat dan imej tidak tetap rupa dan
bentuk kerana persepsi bergantung pada pengalaman atau
pengetahuan. Cth : kita mungkin membina imej sekuntum
bunga, tetapi imej yang dibentuk berbeza-beza.
Ingatan episodik

ingatan maklumat yang terikat suatu tempat dan


masa tertentu, terutamanya ingatan tentang
peristiwa kehidupan seseorang. Cth : saya boleh
ingat episod “Jurassic Park” yang saya tonton di
rumah kawan saya.

Ingatan prosedural

Ingatan bagaimana melakukan sesuatu. Cth : cara


membuat kek berdasarkan resepi / cara menunggang
basikal
MODEL
PEMPROSESAN
MAKLUMAT
menekankan kpd:

i.PENGAJARAN 2.PENGAJARAN
KONSEP EKSPOSITORI

3.MODEL
SYNECTICS
1.PENGAJARAN KONSEP
Asas teori untuk pengajaran konsep bermula dengan teori
perkembangan Piaget dan Bruner.

 Konsep merupakan blok-blok pembinaan asas di mana pelajar


mengorganisasikan pemikiran dan komunikasi mereka

 Matlamat pengajaran konsep :


membantu pelajar memperoleh pemahaman mata pelajaran
yang dipelajari dan bagi menyediakan asas untuk pemikiran
tahap tinggi

 Bukan direka bentuk untuk mengajar maklumat yang banyak


kepada pelajar sebaliknya belajar konsep utama untuk
diaplikasikan kepada pelajaran yang lain.
 Pelajaran konsep merangkumi 4 fasa/langkah :
1. Kemukakan matlamat
2. Contoh-contoh input
3. Ujian untuk pencapaian konsep
4. Analisis proses pemikiran pelajar

 Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep


adalah berstruktur dan berpusatkan guru. Guru
seharusnya membuat penilaian tentang konsep yang ingin
diajar dan pelajaran konsep perlu disusun dalam unit
pembelajaran yang lebih besar.

 Guru perlu memberi maklum balas terhadap idea pelajar,


menggalakkan penglibatan pelajar dan menyokong pelajar
membentuk kebolehan penaakulan
 Pembelajaran konsep melibatkan pembinaan
pengetahuan dan mengorganisasikan maklumat ke
dalam struktur kognitif yang kompleks. Konsep boleh
dikategorikan dan dilabelkan. Cth : konsep boleh
dikelaskan mengikut struktur peraturan yang tetap
seperti dalam konsep segi tiga sama.

 Ada juga konsep yang dilabelkan sebagai konsep


disjuntif yang merujuk kepada konsep bercirikan lebih
luas dan membolehkan pelbagai alternatif dan tiada
peraturan struktur yang tetap. Cth : konsep kata nama
(manusia,objek,benda,tempat)

 Konsep ke-3 ialah konsep di mana struktur peraturan


bergantung pada perkaitan atau perhubungan. Cth : emak
saudara menghuraikan perhubungan antara anak saudara
dengan anak-anak lain.
 Dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran konsep, guru harus memilih
konsep-konsep dan pendekatan yang sesuai. Cth : pengajaran secara langsung
dan pencapaian konsep

 Pengajaran secara langsung : guru melabel dan mendefinisikan konsep pada


awal pelajaran, beri contoh melalui eksposisi (kuliah)

 Pencapaian konsep : guru terus beri contoh sesuatu konsep tanpa melabel
dan mendefinisikan konsep hingga penghujung pelajaran (berdasarkan proses
induktif)

 Pengajaran konsep :
1. Guru menganalisis dan memilih contoh untuk menerangkan
konsep serta menentukan sekuen persembahan konsep semasa
merancang pelajaran konsep
2. Guru memaklumkan tentang tujuan pelajaran, memotivasikan
mereka dan penyoalan serta perbincangan dilaksanakan
2.PENGAJARAN EKSPOSITORI
 Ia dikemukakan oleh Ausubel yang dipengaruhi oleh teori perkembangan
kognitif Piaget

 Model ini berkisar tentang bagaimana individu belajar banyak bahan yang
bermakna daripada pelajaran verbal atau teks.

 Menurut Ausubel (1968) :


Faktor terpenting mempengaruhi pembelajaran bermakna ialah apa-
apa yang telah diketahui oleh pelajar sudah mengetahui.

 Proses utama dalam pembelajaran ialah subsumpsi, iaitu menggabungkan


maklumat baharu ke dalam maklumat sedia ada dengan membuat perkaitan
antara idea baharu dengan idea yang sedia ada

 Dalam pengajaran ekspositori ini, ia menekankan pembelajaran verbal yang


bermakna, bukannya pembelajaran hafalan

 Pembelajaran bermakna berlaku jika perkaitan-perkaitan dibuat antara


pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada.
 Di dalam bilik darjah, guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan
yang teratur supaya pelajar dapat menerimanya dengan baik

 Menurut Ausubel (1968) :


Maklumat yang diberikan akan diterima dan diasimilasikan dalam
struktur kognitif pelajar dan pelajaran sebegini boleh dilaksanakan
melalui kuliah dan ceramah. Ia menjimatkan masa, tenaga dan kos
kepada pihak yang mengendalikannya

 Pembelajaran ekspositori menggunakan pendekatan deduktif iaitu daripada


umum kepada spesifik

 Umumnya, pelajaran ini akan bermula dengan penyusunan awal ( advance


organizers )
PENYUSUNAN
AWAL
(ADVANCE ORGANISER)
 Merujuk kepada maklumat yang dipersembahkan sebelum pembelajaran dan ini
digunakan untuk menyusun dan menginterpretasi maklumat baharu

 Menurut Boon dan Ragbir (1997) :


Tujuannya untuk mengaitkan idea baru dengan idea
yang lama serta menggerakkan struktur kognitif
pelajar supaya proses asimilasi maklumat baharu lebih
mudah dan berkesan

 Ciri-ciri :
1. Penyusunan awal dikemukakan pada tahap
keabstrakan yang lebih tinggi dan gambaran umum
2. Mengintegrasi dan membuat perkaitan kandungan
pelajaran sebelum pengajaran
3. Merupakan gambaran umum dan kesimpulan di mana
idea-idea utama ditekankan
4. Penyusun awal dalam bentuk gambaran umum (overview) yang
berkesan harus mengarah
perhatian kepada kandungan, menonjolkan perkaitan
dan mengingatkan pelajar tentang maklumat relevan
yang diketahui
5. Merupakan jambatan yang membina perkaitan luar dengan
pengetahuan sedia ada yang relevan
6. Merangsang asimilasi maklumat yang akan dipelajari
ke dalam skema-skema yang sedia ada
7. Mengaktifkan pengetahuan sedia ada dan mengingat
kembali maklumat yang kita sudah tahu
8. Menyediakan scaffolding (sokongan untuk maklumat
baharu)
9. Berperanan untuk memfokuskan apa-apa yang
penting tentang bahan yang akan diajar
10. Dapat menghindarkan pelajar daripada menghafal
kerana pelajar perlu mengkonsepsi dalam
kerangkanya sendiri
11. Penyusun awal yang konkrit adalah lebih baik
daripada yang abstrak

 Menurut Ausubel :
Ada 2 penyusunan awal iaitu penyusun awal
perbandingan dan penyusun awal ekspositori
 Penyusun awal perbandingan digunakan apabila maklumat
baharu hampir sama dan bertujuan untuk mengaktifkan
pengetahuan sedia ada. Pelajar mengingat kembali maklumat
yang telah wujud dalam pemikiran . Cth : pelajar diminta
untuk membaca satu perenggan tentang agama Buddha
tetapi sebelum itu guru bandingkan agama Buddha dengan
Hindu

 Penyusun awal ekspositori digunakan apabila pengetahuan


yang akan diajar adalah baharu. Ia boleh dalam bentuk
pernyataan atau dalam bentuk definisi yang umum
PERINGKAT PENGAJARAN
EKSPOSITORI
 Terdapat 3 fasa utama :
1. Penyusun awal dikemukakan
2. Tugasan pembelajaran / bahan dikemukakan
3. Pengukuhan organisasi kognitif

 Fasa pertama :
- penyusun awal menghubung kait maklumat baharu dengan skema-
skema sedia ada dan dikemukakan kepada pelajar

 Fasa kedua :
- Bahan baharu disampaikan melalui kuliah, perbincangan, filem, atau
tugasan pelajar
- Perkara penting adalah untuk mengekalkan perhatian pelajar dan
organisasi yang jelas tentang bahan
- Menurut Ausubel (1968), beliau mencadangkan progressive
differentiation, iaitu kemajuan langkah demi langkah daripada
konsep umum kepada maklumat spesifik, contoh-contoh bergambar
dan perbandingan antara konsep baharu dengan konsep lama
 Fasa ketiga :
- Merupakan pengukuhan organisasi kognitif,
di mana guru cuba mengaitkan maklumat baharu
ke dalam struktur yang digambarkan
dalam penyusun awal dengan mengingatkan
pelajar bagaimana setiap aspek dihubungkaitkan
dengan gambaran umum

- Penilaian dilaksanakan dan pelajar boleh


mengemukakan soalan-soalan untuk memberikan
peluang kepada mereka melanjutkan pemahaman
terhadap kandungan pelajaran
IMPLIKASI PENDEKATAN AUSUBEL
TERHADAP P&P
 Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus
menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan
konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran

 Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan


baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam
pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar
menerima bahan pembelajaran yang baharu

 Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru


digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar
pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga
dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan
maklumat, analisis, sintesis dan menyimpul pembelajaran
 Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur
kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali
konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input
baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar
dapat menyimpan dalam skema secara tersusun

 Pembelajaran deduktif diamalkan di mana


guru akan memberikan prinsip-prinsip am
sebelum memberikan contoh-contoh spesifik
3.MODEL SYNECTICS
DALAM P&P
 Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan
metafora) yang direka cipta oleh Gordon (1961, as cited in Joyce
et al. 2002) merupakan suatu pendekatan yang menarik
terhadap pembentukan pemikiran kreatif

 Elemen utama dalam model synectics ialah penggunaan


analogi, di mana pelajar menggunakan analogi untuk
menyelesaikan masalah atau membentuk idea-idea baru

 Model pembelajaran ini mengarah pelajar ke dalam dunia yang


tidak logik bertujuan untuk memberikan peluang mereka cipta
cara-cara baru memerhati sesuatu, meluahkan sesuatu serta
mendekati masalah

 Istilah synectics berasal daripada Yunani synectikos yang


bermaksud membawa kesemua perkara dalam satu perkaitan
yang bersepadu
 Menurut Torrance (1970), tingkah laku kreatif berlaku dalam proses
menyedari masalah, kekurangan dalam pengetahuan dan menyepadu
maklumat sedia ada dalam suatu perkaitan baharu, mencari penyelesaian
atau membentuk hipotesis

 Contohnya, masalah vandalisme sekolah sentiasa ditangani dengan


dendaan (gantung sekolah)

 Apabila menggunakan synectics, cara pemikiran baru akan dijana terhadap


pelajar, motif pelajar, jenis penalti, matlamat dan keadaan masalah

 Bagi menyelesaikan masalah, kita perlu mempunyai empati terhadap pelajar


yang berkonflik dengan kita

 Dalam pendekatan penyelesaian masalah synectics, guru sebagai fasilitator


membimbing kumpulan melalui beberapa langkah sehingga selesainya
masalah seperti dalam lamgkah-langkah berikut :
PENGENALPASTIAN MASALAH
Perkongsian antara semua ahli kumpulan dalam memahami masalah secara
jelas dan tepat

MENGENAL PASTI HASIL YANG DIIGINI


Setiap ahli kumpulan mengenal pasti hasil atau matlamat yang diinginkan.
Contohnya, jika masalah tentang kemahiran membaca pelajar yang lemah,
maka hasil yang diharapkan mungkin suatu situasi di mana pelajar ingin
membaca buku berbanding bermain pada waktu rehat

PENJELAJAHAN / PENJANAAN IDEA


Langkah ketiga termasuk ahli kumpulan menjana idea-idea yang
mempersembahkan ciri-ciri masalah daripada bahagian yang lain.
Contohnya, selain daripada perkara yang diharapkan, matlamat lain yang
diinginkan mungkin pembelajaran yang menyeronokkan
PADANAN
Ahli kumpulan mula menjana penyelesaian yang mungkin diambil, hasil
daripada fasa penjelajahan seperti maraton, parti baca dan jamu atau baca
sehingga menjelajah dunia

RESPONS DIPERINCIKAN
Setiap penyelesaian yang mungkin diambil akan dinilai dari segi ciri-ciri
baik dan keprihatinan yang mungkin. Cth : parti baca dan jamu merupakan
cara memotivasikan pembaca yang lemah

CADANGAN
Untuk setiap perkara, cadangan-cadangan dijana untuk memperoleh cara
bagaimana sesuatu isu / perkara boleh ditangani

PENGENALPASTIAN PENYELESAIAN YANG MUNASABAH


Pelajar yang mempunyai masalah diminta untuk menunjukkan pandangan
sama ada penyelesaian yang dikemukakan sesuai untuk menangani masalah.
Bincangkan proses dengan semua pelajar dan galakkan mereka untuk
menerangkan bahagian manakah yang paling berguna untuk mereka
MODEL SOSIAL
MODEL SOSIAL
• Direka cipta untuk mengambil peluang demi membina
komuniti pembelajaran.

• Model pengajaran sosial bertujuan membantu pelajar


menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang
lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara
produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai
seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan.
• Secara tidak langsung, pemikiran seseorang akan lebih
terbuka kepada idea-idea orang lain.

• Model sosial ini melatih pelajar agar berkebolehan


menyusun maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat
untuk menyelesaikan masalah.

• Mod dalam model ini lebih menekankan kepada


penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan.
• Contoh: pembelajaran koperatif dan main peranan.
• Model ini membantu pelajar mengenal pasti pelbagai
perspektif sesuatu masalah dan memahami pernaakulan di
sebalik pelbagai pemikiran, berbanding dengan diri sendiri.

• Berdasarkan pandangan ini, seseorang dapat membentuk


perdebatan untuk membuat justifikasi terhadap hujahnya.

• Mod interaktif mendorong pelajar mengumpulkan maklumat


dan membincang dengan menggunakan kemahiran sosial.
• Joyce et al.(2001) – model ini melatih pelajar
menggunakan kemahiran mendengar dan memahami
konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta-
merta dan merangka soalan untuk memperoleh data
serta dapat menggabung semua maklumat untuk
menyelesaikan masalah.
Pembelajaran Koperatif:
• Model ini membantu pelajar dalam menguasai
kandungan
pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh
kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan
manusia.

• Arends (2001) – pembelajaran koperatif berkisar atas


tiga
perkara iaitu pencapaian akademik, penerimaan
kepelbagaian dan kemahiran sosial.
• Model ini dicirikan dengan tugasan koperatif, matlamat
dan struktur ganjaran.

• Dalam konteks ini, pelajar-pelajar dalam situasi


pembelajaran dikehendaki bekerjasama untuk
menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai
matlamat yang sama.

• Mereka akan bergantung antara satu sama lain untuk


mencapai ganjaran bersama.
• Slavin (2005) – pembelajaran aktif yang berupaya untuk
mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada
suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar.

• Heinich et al.,2005. - Mereka akan dapat berusaha dalam


satu pasukan yang heterogen, saling bergantung, tidak
bersaing sesama mereka, tetapi sama-sama menuju kepada
pencapaian satu matlamat secara berpasukan.
• Model ini dapat memanfaatkan kumpulan pelajar
berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka
menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama.

• Contoh: pelajar berpencapaian rendah menerima bantuan


daripada rakan sekumpulan yang merupakan tutor kepada
mereka. Manakala, pelajar berpencapaian tinggi akan
memperoleh kebaikan sebagai tutor dalam proses tersebut
akan menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam
terhadap perkara-perkara dalam topik tertentu.
KONSEP UTAMA PEMBELAJARAN KOPERATIF
- Merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang
merangkumi interaksi pelajar secara koperatif terhadap
kandungan mata pelajaran.

- Guru memainkan peranan dalam menstruktur kumpulan dan


prosedur, manakala pelajar mengawal keadaan dan corak
interaksi dalam kumpulan.
• Enam konsep pembelajaran koperatif ialah pasukan,
keinginan untuk bekerjasama, pengurusan koperatif,
kemahiran bekerjasama, prinsip asas pembelajaran
koperatif dan struktur pembelajaran koperatif (Kagan,
1994).

• Pasukan – Kumpulan atau pasukan yang dibentuk tidak


bergantung pada saiz dan identiti.
• Pengurusan pembelajaran koperatif – Kagan (1994)
menyarankan agar kemahiran pengurusan yang efisien
menyediakan suatu situasi yang kondusif untuk
melaksanakan pembelajaran koperatif.
• Keinginan untuk bekerjasama – dalam pembelajaran
koperatif, terdapat tiga cara keinginan untuk bekerjasama
diwujudkan dan dibekalkan yang terdiri daripada
pembentukan pasukan, kegunaan tugasan koperatif dan
sistem ganjaran atau penghargaan.
RUMUSAN:
• Pembelajaran koperatif merupakan salah satu inovasi
pendidikan yang pernah dikaji secara meluas. Antara kelebihan
pembelajaran koperatif ialah:
1. Memupuk pencapaian tinggi, bukan pembelajaran bercorak
persaingan dan individualistik tanpa mengira umur, bidang
pelajaran dan tugasan.
2. Membawa manfaat kepada pelajar lemah yang mendapat
bantuan daripada pelajar cerdas.
3. Kajian menunjukkan perhubungan etnik bertambah baik dalam
kalangan pelajar.
4. Menghasilkan pembentukan kemahiran sosial dan perhubungan
sosial secara positif dalam kalangan pelajar.
5. Menunjukkan peningkatan signifikan konsep kendiri pelajar.
6. Pelajar mempunyai kawalan diri dalaman dan mempunyai
motivasi intrinsik.
7. Pelajar lebih berminat dengan keadaan bilik darjah yang sesuai.
8. Menunjukkan peningkatan kebolehan pelajar dalam memainkan
peranan dalam aktiviti kognitif dan afektif.
MODEL MAIN PERANAN DAN SIMULASI:
Model Main Peranan
• Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar
memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri
atau individu lain.
• Situasi pelajar berlakon atau simulasikan situasi kehidupan
sebenar.
• Dalam main peranan, peserta memainkan peranannya yang
khusus sebagaimana yang diarahkan.
• Setiap peserta lebih melibatkan diri untuk memainkan peranan
sebagai individu dan biasanya tidak ada masalah yang perlu
diselesaikan.
• Kaedah ini lebih memberikan penekanan kepada kualiti
atau mutu aksi yang dihasilkan oleh setiap peserta serta
kepekaan peserta itu terhadap keperluan peranannya.

• Aktiviti main peranan boleh dijalankan di dalam bilik


darjah dengan melibatkan kesemua pelajar atau
sebahagian pelajar.

• Pelajar yang tidak melakonkan watak boleh menjadi


pemerhati situasi yang dilakonkan.
• Tujuan main peranan – berikan peluang kepada pelajar
melibatkan diri dalam lakonan dan perbincangan, selain
melatih mereka untuk melakonkan pelbagai watak dan
mengalami sendiri sesuatu situasi .

• Mereka akan dapat memahami tingkah laku orang lain.


Di samping itu, pelajar boleh menguasai kemahiran-
kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras
bahasa dan sebutan.

• Model ini dijangka dapat membantu pelajar yang pasif


melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan
seterusnya membina keyakinan diri mereka.
Prinsip-prinsip Main Peranan
• Senario, peranan dan taklimat latar hendaklah dipadankan
supaya menghasilkan main peranan yang menyeluruh dan
menyeronokkan.
• Guru perlu pastikan pelajar memahami sesuatu dan peranan
sebelum memulakan aktiviti.
• Peranan peserta perlu jelas agar aktiviti berjalan lancar.
• Peserta diberi masa buat persediaan.
• Aktiviti yang sesuai mengambil masa 15 – 20 minit.
• Pemerhati catat pandangan dengan borang penilaian atau
senarai semak untuk memberikan pandangan.
Jenis-jenis Main Peranan
1. Memerihal – 1 cara komunikasi di mana peserta memerihal
sesuatu situasi atau masalah. Contoh: pelajar meminta
kebenaran daripada guru besar untuk menganjurkan satu
lawatan sambil belajar.
2. Demonstrasi – tunjuk cara lakukan sesuatu tingkah laku atau
perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara
bertutur yang betul dalam pelbagai situasi.
3. Latihan – latih pelajar penguasaan kemahiran tertentu seperti
kemahiran berkomunikasi.
4. Cerminan– pelajar ditunjukkan bagaimana tingkah laku
mereka dilihat oleh orang lain. Contoh: bagaimana
seseorang pelajar memujuk rakannya melakukan
sesuatu untuknya.
5. Kepekaan – cara untuk berikan kesedaran kepada
pelajar tentang perasaan mereka terhadap satu-satu
situasi atau orang lain. Hal ini akan membantu pelajar
memahami perasaan orang lain dalam pelbagai situasi.
Contoh: pelajar memainkan peranan di mana dia
dirompak oleh seorang pencuri semasa berjalan di jalan
raya.
SIMULASI :
• Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat
dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik darjah.

• Percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dapat


dilaksanakan supaya pelajar dapat menguasai konsep yang
diajar serta berupaya untuk memindahkan ke situasi sebenar.

• Kebanyakkan simulasi direka bentuk untuk tujuan mengajar.


• Pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti untuk mencapai
matlamat simulasi.

• Simulasi boleh dalam bentuk permainan, permasalahan,


berbentuk persaingan atau koperatif. Contoh : permainan
MONOPOLY atau SAIDINA (melalui spekulasi dan ini
menggambarkan elemen-elemen kehidupan sebenar.

• Penggunaan efektif model simulasi di dalam bilik darjah


bergantung pada bagaimana guru menyebati simulasi yang
disediakan ke dalam kurikulum dan menonjolkan serta
mengukuhkan pembelajaran.
Dalam pengajaran model simulasi terdapat 4 fasa:

 Fasa orientasi – guru mengemukakan topik yang ingin


diajar, terangkan konsep dalam simulasi dan apakah
sebenarnya simulasi (jika ia merupakan pengalaman
pertama) serta gambaran umum permainan tersebut.

 Fasa latihan peserta – pelajar mula simulasi dan guru


perkenalkan peraturan, peranan, prosedur, dan lain-lain.

 Fasa proses simulasi – pelajar melibatkan diri dalam


permainan manakala guru sebagai pengadil.

 Fasa perbincangan – perbincangan pelajar selepas simulasi


tentang hasil pembelajaran dan lain-lain lagi.
• Contoh-contoh simulasi:

1. Pemusatan kepada masalah – pelajar bincang masalah dan


buat keputusan serta selesaikan masalah. Situasi tersebut
ialah:
a) tentukan lokasi yang sesuai untuk bina lapangan
terbang antarabangsa.

2. Pemusatan kepada penerbitan – bincang tentang sesuatu


rancangan untuk hasilkan sesuatu penerbitan. Hasil
perbincangan akan menghasilkan suatu projek. Situasi
tersebut ialah :
b) terbitkan majalah dan program radio atau tv.
IMPLIKASI MODEL SOSIAL DALAM P & P:

• Peniruan melalui main peranan dan simulasi.


- Oleh yang demikian, main peranan dalam situasi
bilik darjah perlu menggunakan situasi realistik.

• Peranan guru sebagai rol model harus memastikan


dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang
positif supaya pelajar dapat menirunya.
IMPLIKASI MODEL SOSIAL TERHADAP PDP
-Guru seharusnya mempamerkan perwatakan yang
baik serta menunjukkan minatnya dalam mengajar
mata pelajaran.

• Peniruan juga boleh dilakukan secara tidak langsung


melalui tv dan filem.
- Guru boleh menasihati pelajar tentang program yang
sesuai ditonton dan yang tidak sesuai ditonton oleh
mereka.
MODEL
PERSONAL
 Model personal adalah untuk
membentuk personaliti yang
kompeten, bersepadu dan
berkeyakinan diri.
Cuba menerapkan
pendidikan supaya
kita dapat
memahami diri
sendiri dengan lebih
Bermula dari baik,
perspektif kendiri bertanggungjawab
seseorang individu terhadap
pendidikan kita dan
belajar ke arah
pencapaian yang
lebih optimum
daripada kini.
Mendorong
pelajar untuk
Menekankan berdikari secara
kepada produktif serta
pembentukan mempunyai
kendiri kesedaran diri
seseorang dan
individu tanggungjawab
terhadap
matlamat sendiri
Maka, model personal terdiri
daripada pendekatan untuk
Matlamat utama ialah
membentuk dan
pembentukan individu serta
menyepadukan aspek emosi
pencapaian harga diri
serta intelek dalam
individu.
melahirkan personaliti yang
seimbang
Pembelajaran melalui kaunseling

Model tidak direktif (non-direktif) oleh Carl Rogers


menggambarkan falsafah dan teknik pengajaran
model personal.

Model ini ingin membentuk satu komuniti pelajar


yang berdisiplin serta mempunyai kesedaran
peribadi yang tinggi
Rogers (1982) dan
Oleh itu, pengajaran
penyokong model ini,
dengan berfokuskan
percaya bahawa
hubungan manusia
manusia akan
berbanding
berkembang dengan
pengajaran konsep
perhubungan
mata pelajaran.
manusia yang positif.
Rogers menggunakan terapi
sebagai cara pengajaran.
• Guru dianggap sebagai kaunselor,
di mana penekanan merupakan
satu pakatan antara guru dengan
pelajar.
Guru membimbing pelajar ke arah memahami
bagaimana pelajar boleh memainkan peranan
utama dalam pembelajaran mereka.
Guru membantu pelajar mengarah diri masing-
masing demi pencapaian matlamat kendiri

Dalam proses perkembangan diri, guru memberikan


maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu
pelajar menyelesaikan masalah jika ada.
 Yang paling penting, guru mewujudkan
pakatan dengan pelajar bertujuan untuk
membimbing dan membantu mereka
sepanjang penyelesaian tugasan dan
masalah
Mengikut Joyce et al., (2002), antara tujuan model non-directive termasuklah :

Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi


yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri,
penghargaan diri yang realistik dan perasaan empati terhadap
orang lain

Meningkatkan bahagian pendidikan yang


menekankan keperluan dan aspirasi pelajar, di mana
setiap pelajar di ambil sebagai pakatan untuk
menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar

Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus


seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.
Pertemuan dengan
pelajar harus
wujud suatu
persekitaran yang
penuh dengan
kasih sayang,
keyakinan, empati
dan saling
memahami.
Guru akan
membantu pelajar
memahami
bagaimana
menghadapi
tugasan serta
bagaimana menuju
ke arah
penyempurnaan
kendiri
Fasa-fasa pembel ajaran melalui kaunseling :
Kenal pasti
Guru galak
dan
luahan
Fasa 1 mendefini
perasaan
situasi
pelajar
pelajar

Pelajar di galak
Meneroka untuk Guru menerima dan
Fasa 2 memperjelas perasaan pelajar
masalah menerangkan
masalah

Membentuk
Pelajar membincang Guru memberikan
Fasa 3 pengertian
masalah sokongan kepada pelajar
baru

Perancangan
Guru memperjelas
dan Pelajar merancang untuk
Fasa 4 keputusan-keputusan yang
membuat membuat keputusan
mungkin diambil
keputusan

Guru beri
Pelajar memperoleh pengertian
Integrasi/ sokongan
Fasa 5 lanjutan dan membentuk
kesepaduan kepada
tindakan yang lebih positif
pelajar

Tindakan luar Pelajar sendiri


daripada temu mengambil
bual tindakan positif
Diterjemah daripada Joyce et al. (2002). Models of Learning: Tools for Teaching.
(Edisi kedua) Buckingham :Open University Press
Implikasi Model Personal dalam pengajaran
dan pembelajaran

Untuk mengaplikasi model


ini, persekitaran perlu
diwujudkan supaya individu
membentuk kesedaran diri
dan identiti sejak awal lagi

Model ini menekankan


individu sebagai insan yang
unik dan cabaran untuk
membentuk personaliti
yang berintegrasi, penuh
keyakinan dan kompeten.
Matlamat ini adalah untuk
membantu setiap pelajar
bertanggungjawab terhadap
perkembangan dan berjaya
mencapai penghargaan diri
serta keharmonian kendiri.

Penting untuk guru


membentuk serta
menggabungkan aspek intelek
dengan emosi demi melahirkan
suatu personaliti seimbang.
Dalam penggunaan model
ini, kandungan dan aktiviti Model ini bergantung pada
tidak dipreskripsi, tetapi faktor semula jadi dan
ditentukan oleh pelajar bukan ditentukan oleh
apabila bertemu dan kesan pengajaran.
berinteraksi dengan guru.

Kesan pengajaran amat


bergantung pada kejayaan
pemupukan
perkembangan diri pelajar.
Oleh itu, guru perlu menyediakan
suatu iklim sosial yang mengizinkan
pelajar meluahkan perasaan dan
bebas untuk mengekspresi perasaan.

Pelajar di beri peluang untuk


meluahkan perasaan dalam
perbincangan individu atau kumpulan
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai