Anda di halaman 1dari 2

ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI :

PEMERHATIAN

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan bermula daripada awal pagi hingga
tamat waktu persekolahan, saya mendapati bahawa situasi PdPR semakin rancak
dilaksanakan. Pada awalnya, saya beranggapan bahawa situasi ini sama seperti situasi kami
guru pelatih. Namun begitu, setelah mengikuti beberapa kelas PdPR iaitu bagi subjek
Pendidikan Islam dan juga Bahasa Arab, guru-guru mempunyai cabaran dalam melaksanakan
PdPR lebih-lebih lagi majoriti guru adalah sudah berusia dan hampir bersara. Inisiatif yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah khususnya bagi para guru adalah dengan menggunakan
medium seperti Telegram dan Whatsapp. Hal ini bukan sahaja membantu para guru untuk
menyampaikan pengajaran, bahkan murid-murid juga kerana majoriti dalam kalangan mereka
mempunyai kemudahan untuk mengakses internet yang terhad dan bergantung kepada peranti
ibu bapa sahaja. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga dapat memantau setiap perkembangan
anak-anak secara langsung dengan merujuk guru-guru mereka.

SENARAI SEMAK

Berdasarkan senarai semak yang telah dijalankan, saya telah mengumpulkan data
mengenai inventori kelas dan bilik khas. Tujuan utamanya adalah kerana saya ingin mengenal
pasti infrastruktur yang ada, memandangkan sekolah tersebut dikategorikan sebagai sekolah
luar bandar. Bilik-bilik khas seperti perpustakaan, surau dan sebagainya juga berada dalam
keadaan yang kemas dan teratur berdasarkan gambar yang dikirim oleh Encik Nurran, GPK
Kokurikulum sekolah tersebut. Menariknya tentang sekolah ini ialah apabila SK Simpang Lima
Pekan menyediakan bilik pembelajaran yang mengasingkan antara murid-murid Pendidikan
Khas dan murid-murid disleksia. Perkara ini membuatkan saya teruja untuk mengetahui dengan
lebih lanjut tentang situasi dan pengalaman para guru menghadapi murid-murid berkeperluan
khas. Secara keseluruhannya, sekolah ini menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
dan dapat berfungsi dengan baik.

Selain itu, senarai semak dalam menjalankan pemerhatian terhadap kelas Pendidikan
Islam juga telah saya sediakan. Senarai semak yang ada memudahkan saya untuk
menganalisis pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang digunakan oleh Puan Ismiah
semasa PdPR. Senarai semak juga telah membantu dalam menemu bual guru Pendidikan
Islam ini untuk menghasilkan laporan tentang pedagogi Pendidikan al-Quran dalam tugasan
PBS bagi subjek yang berkaitan.

TEMU BUAL

Berdasarkan temu bual, saya mendapati bahawa masalah talian internet merupakan
cabaran besar buat para guru dan murid-murid. Guru-guru Pendidikan Islam di sekolah tersebut
akan mengadakan program tasmik iaitu menyemak bacaan Iqra’ dan al-Quran murid-murid
melalui video call Whatsapp. Guru-guru juga mendepani cabaran untuk membetulkan bacaan
murid kerana komunikasi maya dengan murid-murid sedikit terbatas disebabkan talian internet
yang tidak begitu stabil. Bacaan mereka mungkin tidak jelas dan terganggu. Namun begitu,
saya tetap berasa kagum apabila melihat kesungguhan guru-guru dalam mengatasi cabaran ini
sehingga membuatkan saya semakin bermotivasi dan terus berfikir untuk mencari jalan bagi
membantu murid-murid terutamanya dalam situasi PdPR hari ini.

Bagi subjek Bahasa Arab pula, saya mendapati bahawa Puan Rosniza merupakan guru
yang terbaik kerana temu bual yang dijalankan menunjukkan bahawa beliau sentiasa
bersemangat ketika mengajar di dalam kelas. Kandungan DSKP juga digunakan sebaiknya
untuk menyampaikan pelajaran dengan dibantu oleh sumber rujukan utama iaitu buku teks.
Beliau turut mengatakan bahawa kebanyakan murid dalam menguasai pelajaran walaupun
secara dalam talian. Walaupun kesemua murid tidak dapat menyertai kelas beliau, sebahagian
murid yang dapat mengikuti kelas Bahasa Arab sangat bersungguh-sungguh menjawab soalan
yang diajukan dan terlibat secara aktif dalam pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai