Anda di halaman 1dari 43

SAINS

TINGKATAN 4

BAB 5

GENETIK

1
TEMA PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP
TINGKATAN 4
BAB 5 GENETIK
STANDARD 5.1 Pembahagian Sel
KANDUNGAN
STANDARD 5.1.1 Menerangkan gen, asid deoksirobonukleik dan kromosom
PEMBELAJARAN dalam nukleus
5.1.2 Membanding dan membezakan mitosis dan meiosis
5.1.3 Mewajarkan kepentingan mitosis dan meiosis
OBJEKTIF Murid dapat :
PEMBELAJARAN a) Menyatakan maksud gen, DNA dan kromosom.
b) Menyatakan bilangan kromosom dalam manusia, perempuan
dan lelaki.
c) Menyatakan bilangan kromosom seks dan autosom dalam
manusia.
d) Menyatakan dan menghuraikan 4 peringkat dalam mitosis.
e) Menyatakan dan menghuraikan 4 peringkat dalam meiosis I
dan meiosis II.
f) Membandingbezakan (sekurang-kurangnya 2+2) mitosis dan
meiosis.
g) Menyatakan sekurang-kurangnya 2 kepentingan mitosis.
h) Menyatakan sekurang-kurangnya 2 kepentingan meiosis.

NOTA RINGKAS

5.1 Pembahagian Sel


1. Sel, Nukleus, Kromosom, DNA dan Gen.

2
2.

3. Kromosom.
a. Setiap spesies mempunyai bilangan kromosom yg tetap.
b. Manusia mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang kromosom.
c. Setiap kromosom wujud secara berpasangan (kromosom homolog) dan
Susunan kromosom homolog dipanggil kariotip

3
4.

Kromosom

Autosom Kromosom seks


(membawa gen yang (membawa gen yang
mengawal sifat) menentukan jantina)

Kromosom Kromosom
seks Y seks X

* Sifat seperti warna rambut, warna anak mata, kebolehan mengulung lidah
* Lelaki : XY dan Perempuan : XY

5. Mitosis dan Meiosis.


a. Mitosis dan Meiosis adalah proses pembahagian sel yang berlaku di dalam sel.
6. Mitosis.
a. Membentuk dua sel anak yang seiras.
b. Setiap sel anak mengandungi bilangan kromosom dan kandungan kromosom
yang sama dengan induknya.
c. Berlaku dalam sel soma (manusia dan haiwan), dalam meristem seperti di hujung
akar dan pucuk (tumbuhan).

7. Meiosis.
a. Membentuk empat sel anak yang tidak seiras.
b. Setiap sel anak mengandungi separuh daripada bilangan kromosom sel induk.
c. Berlaku dalam organ pembiakan untuk menghasilkan gamet bagi pembiakan seks.
d. Meiosis dalam manusia berlaku dalam testis (lelaki) dan ovari (perempuan)
manakala dalam tumbuhan berlaku dalam anter dan ovari.

4
8. Peringkat di dalam Mitosis dan Meiosis.

9. Perbandingan di antara mitosis dan meiosis.

5
10. Kepentingan Mitosis dan Meiosis.

Kepentingan Mitosis Kepentingan Meiosis.

 Menghasilkan sel-sel baru untuk  Proses yang menghasilkan gamet


pertumbuhan dan mengantikan sel-
sel rosak/mati.
 Menjamin sel anak mempunyai sifat  Bilangan kromosom dalam gamet
yang yang serupa dengan sel separuh daripada bilangan
induk. kromosom dalam sel induk, ini
untuk memastikan zigot yang
terhasil selepas persenyawaan
mempunyai bilangan kromosom
yang sama dengan sel induk
 Membolehkan organisma  Menyebabkan cariasi genetik
menjalankan pembiakan aseks dan antara spesies yang sama melalui
vegetatif. pindah silang.

6
SOALAN PENGUKUHAN

Soalan Objektif

1. Rajah 1 menunjukkan satu peringkat semasa mitosis.

Berapakah bilangan kromosom dalam setiap sel anak setelah proses mitosis
selesai?
A Dua
B Tiga
C Enam
D Dua belas

2. Di bahagian tumbuhan yang manakah meiosis berlaku?


A Ranggi
B Anter
C Hujung pucuk
D Hujung akar

3. Antara berikut, yang manakah kromosom yang hadir dalam sel perut
perempuan?
A 22 + X
B 22 + Y
C 44 + XY
D 44 + XX

4. Rajah 4 menunjukkan peringkat dalam mitosis. Turutan manakah yang betul?

P Q R S
A P, Q, R, S
B P, R, Q, S
C P, S, Q, R
D P, S, R, Q

7
Soalan Struktur

1. Rajah 1 menunjukkan penyusunan kromosom homolog manusia.

a. Berdasarkan susunan dalam Rajah 1, pada pendapat anda, adakah ini susunan
kariotip lelaki atau perempuan, terangkan jawapan anda.

……………………………………………………………………………………………….........

………………………………………………………………………………………………........

[2 markah]

b. Apakah jenis kromosom yang mengawal sifat dan menentukan jantina manusia.

Mengawal sifat manusia -

Menentukan jantina manusia - [ 2 markah ]

c. Nyatakan bilangan kromosom pada sel manusia berikut.

Sel Bilangan kromosom


i. Sel dalam mata
ii. Sel dalam testis
iii. Sperma

d. Jika bilangan kromosom lembu adalah 60, berapakah bilangan kromosom pada
organ/sel berikut.

Sel Bilangan kromosom


i. Sel dalam mata
ii. Sel dalam testis
iii. Sperma [3 markah]

8
2. Rajah menunjukkan suatu proses pembahagian sel.
Kromosom pada peringkat C tidak diisi.

Namakan jenis proses pembahagian sel yang di tunjukkan dalam Rajah .

a. i. …………………………………………………………………… [1 markah]

ii. Nyatakan kepentingan proses di a (i).


……………………………………………………………………………………….......

b. Nyatakan nama peringkat B dan D dalam proses pembahagian sel di atas.

Peringkat Nama
B
D
[2 markah]
c. Terangkan apa yang berlaku pada peringkat A.

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………
[2 markah]
d. Lakarkan kromosom pada peringkat C pada Rajah .
[1 markah]

e. i. Namakan satu lagi proses pembahagian sel selain dari Rajah 3.

……………………………………………………………………………………...
[1 markah]
ii. Nyatakan kepentingan proses yang anda nyatakan di e (ii).

……………………………………………………………………………………...
[1 markah]
iii. Banding bezakan kedua-dua proses pembahagian sel.

……………………………………………………………………………………...
9
……………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………...
[3 markah]
TEMA PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP
TINGKATAN 4
BAB 5 GENETIK
STANDARD 5.2 Pewarisan
KANDUNGAN
STANDARD 5.2.1 Menerangkan pewarisan dalam manusia
PEMBELAJARAN 5.2.2 Berkomunikasi tentang mekanisme perwarisan
OBJEKTIF Murid dapat :
PEMBELAJARAN a) Menghuraikan maksud pewarisan
b) Menyatakan sekurang-kurangnya 2 perbezaan di antara alel
dominan dan alel resesif
c) Memberikan sekurang-kurangnya 3 contoh trait dominan dan
trait resesif
d) Menamakan bapa pewarisan
e) Menyatakan dan memberi sekurang-kurangnya 2 contoh
genotip dan fenotip
f) Melakar skema kacukan bagi sekurang-kurang 2 sifat
g) Melakar skema penentuan jantina anak
.

NOTA RINGKAS

5.2 PEWARISAN

1. Pewarisan dalam manusia.


a. Pewarisan adalah pemindahan ciri daripada ibubapa kepada anak-anaknya.
b. Ciri-ciri ini diturunkan dari ibubapa kepada anak-anak melalui gen.
c. Sepasang gen berada pada lokus (kedudukan) yang sama pada kromosom
homolog mengawal satu trait organisma.
d. Alel adalah pasangan gen yang berada pada lokus yang sama.
e. Alel boleh hadir dalam bentuk dominan atau resesif.
f. Alel dominan – mempamerkan ciri yg dikawalnya dan menutupi kesan alel resesif
(huruf besar).
g. Alel resesif – hanya menunjukkan ciri yg dikawalnya apabila tiada alel dominan
(huruf kecil).

11
2. Contoh alel dominan dan alel resesif dalam kromosom.

3. Contoh Trait Dominan dan Trait Resesif.


Trait Dominan Trait Resesif
Rambut hitam Rambut perang
Penglihatan Normal Buta warna
Cuping telinga bebas Cuping telinga terlekat
Boleh menggulung lidah Tidak boleh menggulung lidah
Iris hitam Iris biru
Mempunyai lesung pipit Tiada lesung pipit

4.

12
5. Penentuan jantina anak.

Kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki atau perempuan pada setiap kali
kehamilan adalah 50% atau ½.

13
SOALAN PENGUKUHAN

Soalan Objektif

1. Rajah 1menunjukkan mekanisma pewarisan trait ktinggian pada pokok


kacang.

Apakah nisbah yang mungkin bagi kacukan tersebut?


A 1 tinggi : 1 kerdil
B 1 tinggi : 2 kerdil
C 1 tinggi : 3 kerdil
D 3 tinggi : 1 kerdil

2 Rajah 2 menunjukkan penentuan jantina manusia.

P Q
A 22 + X 44 + XX
B 22 + X 44 + XY
C 22 + Y 44 + XY
D 22 + Y 44 + XX

14
TEMA PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP
TINGKATAN 4
BAB 5 GENETIK
STANDARD 5.3 Mutasi
KANDUNGAN
STANDARD 5.3.1 Menjelaskan maksud mutasi dan jenis mutasi
PEMBELAJARAN 5.3.2 Menerangkan dengan contoh faktor yang menyebabkan
mutasi gen dan mutasi kromosom
5.3.3 Menerangkan dengan contoh penyakit gangguan gen
dengan ciri-cirinya mengesan penyakit tersebut
5.3.4 Membincangkan aplikasi penyelidikan genetik dalam
meningkatkan kualiti kehidupan
5.3.5 Membahaskan kesan penyelidikan genetik dalam
meningkatkan kualiti kehidupan
OBJEKTIF Murid dapat :
PEMBELAJARAN a) Membandingkan mutasi gen dan mutasi kromosom
b) Menyenaraikan 2 faktor yang menyebabkan mutasi gen dan
kromosom.
c) Menjelaskan 2 contoh mutasi gen dan 2 contoh mutasi
kromosom
d) Menyatakan 2 contoh kaedah mengesan penyakit gangguan
gen (kariotip dan amnionsintesis)
e) Menjelaskan 3 aplikasi penyelidikan genetik seperti sains
forensik, terapi gen dan genealogi genetik
f) Menyatakan nilai kebaikan dan keburukan penyelidikan
genetik

16
NOTA RINGKAS

MUTASI

Maksud

Perubahan spontan dan rawak yang berlaku pada gen dan


kromosom yang menyebabkan berlaku perubahan ciri kepada anak
yang mewarisi bahan genetik yang terubah suai

Terbahagi kepada dua

Mutasi kromosom Mutasi gen

- terdapat perubahan - perubahan kimia


kepada bilangan atau
struktur kromosom
yang berlaku pada
suatu gen

Contoh
Sindrom Down
Sindrom Turner Contoh
Sindrom Klinefelter Buta warna
Albinisme
Anemia sel sabit
Talasemia
Hemofilia

17
MUTASI KROMOSOM MUTASI GEN

Contoh Ciri
Contoh Ciri
1. Sindrom Down - terlebih kromosom pada
1. Buta warna - gen mutan yang terdapat
pasangan kromosom ke
pada kromosom X
21
- tidak dapat membezakan
- Penghidap mempunyai
warna merah dengan hijau
47 kromosom (normal 46
- Lazim berlaku pada lelaki
kromosom)
- kerencatan fizikal dan
mental, leher pendek,
Kariotip seorang mata sepet dan badan
Normal Buta
lelaki yang lebih rendah
warna
menghidap Sindrom
Down 2. Albinisme - mutasi pada gen yang
2. Sindrom Turner - mempunyai kurang mengawal warna kulit
Kariotip seorang bilangan kromosom seks - gen mutan adalah resesif
- jumlah keseluruhan dan terdapat pada autosom
kromosom ialah 45 - Seorang albino tidak dapat
(44+X0) menghasilka
- penghidap seorang melanin(pigmen hitam)
perempuan yang - mempunyai rambut putih,
kehilangan satu mata merah jambu dan kulit
kromosom X. merah jambu
perempuan yang - tidak mempunyai - kulit yang sensitive
menghidap Sindrom perkembangan seks terhadap cahaya matahari
Turner sekunder perempuan 3. Anemia sel - perubahan spontan yang
- mandul, kerdil, tidak sabit berlaku kepada gen yang
ada ovari, buah dada bertanggung jawab dalam
yang kecil dan tidak menghasilkan sel darah
mengalami kitar haid merah
3. Sindrom - mempunyai lebih Sel - sel darah merah abnormal
Klinefelter bilangan kromosom seks darah yang berbentuk sabit
Kariotip seorang - kehadiran satu normal menjejaskan pengangkutan
kromosom X tambahan Sel darah oksigen
yang membentuk merah - penyakit ini disebabkan
kromosom XXY (44+XXY) sabit (abnormal) oleh gen resesif autosom
- penghidap seorang
lelaki yang mandul,
mempunyai testis yang
lelaki yang kecil, bahu yang sempit 4. Thalasemia - mutasi pada gen yang
menghidap Sindrom dan buah dada yang mengawal penghasilan
Klinefelter besar hemoglobin
- mempunyai sel darah
merah yang kecil dan
jangka hayat yang singkat
- akan menyebabkan
kekurangan darah yang
teruk
5. Hemofilia - mengalami kesukaran
darah untuk membeku
- mutasi pada gen yang
menghasilkan faktor
pembekuan darah
- risiko apabila mengalami
luka atau tercedera

18
Faktor yang menyebabkan berlakunya mutasi

FAQ

Cikgu, macamana saya boleh faham dengan mudah


perbezaan mutasi kromosom dan mutasi gen?

Mudah saja Izuan, mutasi kromosom melibatkan


perubahan pada struktur atau bilangan kromosom,
manakala mutasi gen adalah perubahan kimia pada
kandungan genetik. Mutasi gen boleh diwarisi tetapi
mutasi kromosom tidak

19
Penyakit Gangguan Genetik:
merujuk kepada alel yang membawa trait penyakit yang boleh diwarisi dalam keluarga.

Pewarisan sejenis penyakit gangguan gen apabila seorang lelaki merupakan seorang
penghidap penyakit gangguan gen berkahwin dengan seorang perempuan pembawa
penyakit gangguan gen.
Pewarisan hemofilia

Rajah skema di atas adalah pewarisan hemofilia jika Bapa normal dan ibu adalah
pembawa

20
Rajah skema di atas adalah pewarisan hemofilia jika Bapa normal, ibu adalah pesakit
hemofilia

FAQ

Cikgu, adakah penyakit gangguan genetik ini ada kaitan


dengan mutasi gen? Bagaimanakah boleh berlaku?

Ya, benar. Penyakit ini telah pun berada di dalam genetik


seseorang itu, sama ada dia adalah penghidap iaitu
pesakit atau pun pembawa. Genetik ini kemudiannya
diwarisi oleh anak apabila seseorang itu berkahwin.

Ini bermakna, penyakit akan berterusan atau sentiasa ada


di dalam keturunan keluarga tersebut?

Ya, betul tu.

21
Kaedah untuk mengesan penyakit gangguan gen iaitu ;

Kaedah Amniosentesis adalah kaedah pengesanan ketidaknormalan kromosom


pada fetus yang sedang berkembang dengan menguji cecair amnion dengan
memasukkan jarum ke dalam uterus.

Kariotip merujuk kepada bilangan kromosom dalam nukleus sel.

22
Sains Forensik Geneologi Genetik

Kajian
Kajian susur galur
tentang
genetik keluarga
penyiasatan
*Ujian DNA
jenayah

APLIKASI PENYELIDIKAN
GENETIK

Terapi Gen

Proses terapi gen

Kesan Penyelidikan Genetik terhadap Kehidupan Manusia

- Teknik untuk mengubah gen dan paling banyak digunakan dalam bidang perubatan dan
pertanian
- ada kebaikan dan keburukan kerana melibatkan sikap manusia sendiri

23
FAQ

Cikgu, aplikasi penyelidikan genetik ini amat menarik


minat saya. Keperluan di masa hadapan untuk
meningkatkan kualiti hidup manusia.

Ya, benar tu, kepentingan penyelidikan genetik amat


perlu terutama di dalam sektor sains perubatan dan
pertanian. Sebab itulah kedua-dua sektor ini yang paling
banyak menerima manfaatnya. Manusia memerlukan
makanan dan kesihatan di dalam hidupnya.

SOALAN PENGUKUHAN

1. Antara berikut, penyakit yang manakah disebabkan oleh mutasi kromosom?


A. Hemofilia
B. Buta warna
C. Sindrom Down
D. Anemia sel sabit

2. Apakah aplikasi cap jari DNA?


I untuk membantu menyelesaikan masalah jenayah
II untuk menghasilkan insulin
III untuk menjalankanujian paternity
IV untuk menghasilkan makanan ubahsuai genetik
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Laila telah melahirkan seorang anak Sindrom Down. Pernyataan yang manakah
menerangkan situasi ini?
A. Ia disebabkan oleh mutasi gen
B. Ia disebabkan oleh mutasi kromosom
C. Ia mempunyai lebih bilangan kromosom seks
D. Ia mempunyai kurang bilangan kromosom autosom

4. Antara berikut, gangguan yang manakah berlaku pada lelaki yang mempunyai lebih
kromosom seks dan gagal menghasilkan sperma?
A. Hemofilia
B. Sindrom Down
C. Sindrom Turner
D. Sindrom Klinefelter

24
5. Antara bahan yang berikut, yang manakah yang boleh menyebabkan mutasi?
A. Minuman berkarbonat
B. Sinaran ultraungu
C. Klorofluorokarbon
D. Gelombang bunyi

6. Lengkapkan carta di bawah

Mutasi

a) Jenis mutasi b)

c) Contoh d)

7. Rajah di bawah menunjukkan kariotip individu X.

(a) Kenal pasti gangguan genetik yang dihadapi oleh individu X.

……………………………………………………………………………………………..

(b) Apakah faktor yang menyebabkan gangguan genetik yang anda nyatakan di
2(a)?

……………………………………………………………………………………………..

(c) Nyatakan gangguan genetik lain yang disebabkan oleh mutasi yang sama seperti
individu X.

………………………………………………………………………………………………

25
TEMA PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP
TINGKATAN 4
BAB 5 GENETIK
STANDARD 5.1 Pembahagian Sel
KANDUNGAN
STANDARD 5.1.1 Menerangkan gen, asid deoksirobonukleik dan kromosom
PEMBELAJARAN dalam nukleus
5.1.2 Membanding dan membezakan mitosis dan meiosis
5.1.3 Mewajarkan kepentingan mitosis dan meiosis
OBJEKTIF Murid dapat :
PEMBELAJARAN a) Menjelaskan kejuruteraan genetik seperti DNA rekombinan
(penggunaan plasmid), terapi gen dan organisma
termodifikasi genetik (GMO).
b) Menilai kebaikan dan keburukan kejuruteraan genetik
c) Menilai isu etika berkaitan dengan pengklonan dan biohazard

NOTA RINGKAS

Kejuruteraan genetik – Teknik pengubahsuaian genetik atau menukarkan sifat sesuatu


organisma dengan memindahkan gen tertentu daripada organisma lain ke dalam DNA
organisma tersebut.

TEKNOLOGI DNA REKOMBINAN


Teknik rekombinasi DNA adalah teknologi yang menggabungkan dua spesies yang
berbeza untuk menghasilkan satu ciri genetik baharu.
Contohnya:
DNA yang mengandungi gen yang dikehendaki daripada bakteria digabungkan dengan
DNA yang mengandungi gen yang menghasilkan insulin (DNA dari sel pankreas manusia).
DNA disisipkan ke dalam plasmid dan dimasukkan ke dalam sel bakteria serta dikulturkan
untuk menghasilkan insulin yang banyak.

 Organisma termodifikasi genetik (Genetically Modified Organism - GMO)


merupakan organisma sama ada tumbuhan, haiwan, bakteria atau virus yang
diubahsuai secara genetik untuk tujuan tertentu melalui teknologi kejuruteraan
genetik.
 Teknologi ini menggabungkan gen dari dua spesies yang berbeza, malahan boleh
menggabungkan antara gen haiwan dan tumbuhan atau bakteria untuk
menghasilkan GMO dengan ciri-ciri baharu yang tidak dapat dihasilkan secara
proses persilangan tradisional.

27
 Organisma baharu yang terhasil ini akan memiliki beberapa perubahan khusus yang
diperlukan untuk tujuan kormesial serta menjadikan organisma baharu seperti
tumbuhan memiliki ciri baharu seperti saiz yang lebih besar, nilai nutrisi yang tinggi
dan tahan terhadap serangan serangga perosak dan penyakit. Teknologi ini
diaplikasikan dalam tanaman padi, jagung dan kelapa sawit.
 Kebaikan GMO ini antaranya adalah mengurangkan penggunaan racun perosak
yang boleh mencemarkan alam sekitar.
 Contoh tanaman yang mempunyai rintangan terhadap herbisid adalah kacang
soya, tomato, dan padi.
 Contoh tanaman yang mempunyai rintangan terhadap haiwan perosak adalah ubi
kentang dan kapas.
 Contoh tanaman yang mempunyai rintangan terhadap penyakit adalah betik, ubi
kentang dan jagung.

KESAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN GENETIK DALAM KEHIDUPAN

KEBAIKAN
1. Mengenal pasti dan menentukan penyakit baka dan merawat penyakit
tersebut.
2. Menghasilkan tanaman dan ternakan berkualiti tinggi.
3. Menghasilkan tanaman yang mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi.
4. Menghasilkan tanaman yang lebih banyak dalam jangka masa singkat.
5. Penghasilan insulin, vaksin dan enzim daripada bakteria yang boleh
membantu kesihatan manusia

KEBURUKAN
1. Hasil perubahan genetik memberikan kesan alahan dan kesan sampingan kepada
pengguna.
2. Pemindahan gen dari satu organisma ke organisma lain untuk menghasilkan
organisma baharu mungkin bertentangan dengan norma kehidupan seperti
pengklonan manusia dan penghasilan senjata biologi.
3. Spesies asal akan pupus kerana penghasilan spesies baharu
4. Menghasilkan organisma yang mempunyai daya rintangan yang tinggi terhadap
pestisid.
5. Menyebabkan mutasi kepada pengguna.

ETIKA DALAM TEKNOLOGI KEJURUTERAAN GENETIK


1. Penyelidikan dalam bidang kejuruteraan genetik perlu dijalankan dengan integriti
yang
tinggi agar tidak menyalahi agama dan moral
2. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa pengklonan
manusia adalah tidak beretika
3. Teknologi kejuruteraan genetik juga dikhuatiri menyebabkan biobahaya (biohazard)
di mana bahan biologi ini boleh mendatangkan bahaya kepada persekitaran dan
kesihatan manusia. Bahan ini adalah seperti mikroorganisma dan toksin daripada
sumber biologi.
4. Untuk mengelakkan teknologi kejuruteraan genetik disalahgunakan, undang-
undang perlu dikuatkuasakan supaya penyelidik dapat mengikuti perkembangan
kejuruteraan genetik.

28
SOALAN PENGUKUHAN

1. Antara berikut, teknik yang manakah digunakan untuk memindahkan gen dari
DNA suatu spesies ke spesies yang lain?
A. Pengklonan
B. Kacukan dihibrid
C. Kacukan monohybrid
D. Kejuruteraan genetik

2. Pernyataan berikut adalah benar mengenai kebaikan menggunakan organisma


termodifikasi genetik dalam penghasilan makanan kecuali,
A. Meningkatkan hasil tanaman
B. Meningkatkan nilai nutrisi
C. Meningkatkan lebihan dan kos
D. Meningkatkan rasa dan tekstur makanan

3. Insulin boleh dihasilkan menggunakan teknolohgi kejuruteraan genetik melalui


bakteria termodifikasi genetik X. Apakah bakteria X?
A. Escherichia coli
B. Bacillus subtilis
C. Streptococcus mutans
D. Bacillus thuringiensis

4. Rajah di bawah menunjukkan penghasilan DNA rekombinan.

Y
Apakah yang diwakili oleh Y?
A. Gen
B. Vektor
C. Bakteria
D. Sel perumah

5. Isikan tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan di bawah.

mengubah organisma rekombinan termodifikasi

Kejuruteraan genetik melibatkan teknik-teknik yang digunakan untuk …………………


ciri suatu organisma dengan memperkenalkan gen target daripada ……………… lain
kepada DNAnya. DNA yang terubahsuai dikenali sebagai DNA …………………….
Organisma dengan DNA rekombinan dikenali sebagai organisma …………… genetik.

29
6. Susun semula kepada urutan yang betul dalam penghasilan insulin menggunakan
DNA rekombinan.

(a) Gen insulin dimasukkan ke dalam vektor

(b) Jumlah insulin yang banyak dihasilkan melalui sintesis protein

(c) E.coli membahagi dan menghasilkan banyak salinan gen

(d) Gen insulin dipotong daripada sel pankreas manusia

(e) Insulin diekstrak dan ditulenkan

(f) Vektor diperkenalkan ke dalam E.coli

7. Nyatakan kesan positif dan kesan negatif teknologi kejuruteraan genetik dalam
penghasilan makanan.

Kesan Positif Kesan Negatif


(a) (c)

(b) (d)

8. Senaraikan isu etika berkaitan aplikasi teknologi kejuruteraan genetik.

Isu

a) b) c)

30
TEMA PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP
TINGKATAN 4
BAB 5 GENETIK
STANDARD 5.5 Variasi
KANDUNGAN
STANDARD 5.5.1 Berkomunikasi mengenai variasi selanjar dan variasi tak
PEMBELAJARAN selanjar
OBJEKTIF Murid dapat :
PEMBELAJARAN a) Mendefinisi beza variasi selanjar dan variasi tak selanjar.
b) Memberi 2 contoh variasi selanjar dan variasi tak selanjar.
c) Membandingbeza variasi selanjar dan variasi tak selanjar.
d) Mengenal pasti faktor yang menyebabkan variasi
e) Menyatakan kepentingan variasi

NOTA RINGKAS

VARIASI

Variasi adalah perbezaan ciri-ciri atau sifat yang wujud dalam kalangan individu
daripada spesies yang sama
variasi selanjar variasi tak selanjar
perbezaan tidak ketara atau tidak jelas Variasi tak selanjar adalah variasi yang
antara individu dalam populasi yang sama menunjukkan perbezaan yang ketara
dan besar dalam sifat individu
contoh
Ketinggian, jisim badan,saiz tapak kaki, kumpulan darah manusia, bentuk
warna kulit, kepintaran cuping telinga, kehadiran lesung pipit,
corak cap jari, kebolehan menggulung
lidah
Variasi selanjar adalah kuantitatif Variasi tak selanjar tidak menunjukkan
(yakni boleh diukur) dan dikawal oleh sifat perantaraan, bersifat kualitatif
banyak gen bermakna ia dipengaruhi (yakni tidak boleh diukur) dan dikawal
oleh faktor genetik. Selain itu, ia juga hanya oleh beberapa gen sahaja.
dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Variasi ini tidak dipengaruhi oleh
faktor persekitaran.
 Ciri-ciri boleh diukur dan diwakili  Taburan kekerapan graf adalah
oleh graf taburan normal. taburan yang diskrit

31
FAKTOR YANG MENYEBABKAN VARIASI
Variasi disebabkan oleh dua faktor utama iaitu faktor genetik dan faktor
persekitaran.

Genetik Persekitaran

KEPENTINGAN VARIASI

 meningkatkan kepelbagaian spesies


 pengubahsuaian diri dengan perubahan
persekitaran untuk memastikan kemandirian spesies
 membolehkan membezakan antara setiap individu
dalam satu populasi
 menghasilkan spesies atau variati tumbuhan dan
haiwan yang baharu

32
SOALAN PENGUKUHAN

1. Variasi merupakan perbezaan sifat semula jadi antara individu dalam spesies yang
sama.
Manakah di antara variasi yang disebabkan oleh faktor genetik?

A. Ketinggian
B. Berat badan
C. Warna kulit
D. Kebolehan menggulung lidah

2. Pernyataan yang manakah benar mengenai variasi tak selanjar?

A. Berat badan adalah contoh variasi tak selanjar


B. Ia merupakan variasi kuantitatif
C. Ia dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran
D. Ciri-ciri dalam variasi ini tergolong dalam kategori yang ketara

3. Rajah di bawah menunjukkan histogram yang mewakili sejenis variasi.

Antara sifat berikut, yang manakah boleh diwakili oleh histogram di atas?

A. Berat badan
B. Kumpulan darah
C. Jenis cap jari
D. Lekapan cuping telinga

4. Berikan maksud:
a) variasi selanjar

……………………………………………………………………………………………….

b) variasi tak selanjar

………………………………………………………………………………………………..

33

Anda mungkin juga menyukai