Anda di halaman 1dari 17

KONVENSYEN MURABBI UMMAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

AUDITORIUM CEMPAKA SARI, KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA


28 SEPTEMBER 2019 / 28 MUHARAM 1441H

MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL


MELALUI KONSEP RAHMAH

Tuan Haji Ahmad Shukri Bin Yusoff


Ketua Pegawai Eksekutif
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP

PENDAHULUAN
Kewangan sosial telah memainkan peranan penting dalam mengatasi kemiskinan
dan pembangunan sosio-ekonomi. Secara umumnya, kewangan sosial bermaksud
suatu pendekatan mengurus dana tertentu dengan tujuan menyelesaikan isu-isu
yang dihadapi masyarakat. Kewangan sosial juga ditakrifkan sebagai penyediaan
perkhidmatan kewangan untuk membina perlindungan sosial kepada golongan
berkeperluan; serta membantu mengurangkan kebergantungan mereka melalui
kerjasama komuniti, pembiayaan mikro, perusahaan, bantuan dermawan dan
sumber pelaburan.

Bagi konteks Islam, kewangan sosial merujuk kepada penyediaan sumber


kewangan kepada ahli masyarakat untuk membina kebajikan sosioekonomi selagi
mana ia tidak melanggar batas-batas syarak. Beberapa instrumen terdapat dalam
sistem kewangan sosial Islam bagi mencapai matlamat ini iaitu Zakat, Waqaf dan
Sedekah yang telah diterima pakai dan digunakan walaupun di luar dunia Islam.
Instrumen ini digunakan untuk menyediakan pendidikan dan penjagaan kesihatan,
membangun infrastruktur dan mengekalkan peruntukan kebajikan sosial untuk
golongan fakir dan miskin. Sistem ini bertujuan untuk menjadi platform untuk
memperkuat dan mengagihkan kekayaan dan pendapatan kepada masyarakat.

1
Mahu tidak mahu, kita perlu akur bahawa kewangan sosial Islam menjadi asas
pembangunan masyarakat Muslim. Malah, dengan peruntukan kewangan yang
mencukupi, maka kemudahan kesihatan, pendidikan, keselamatan dapat
disediakan, infrastruktur dapat dibina, golongan-golongan yang lemah dapat dibantu.
Oleh sebab itu Islam tidak menolak keperluan aspek kewangan dalam kehidupan.

Malah, kewangan juga digambarkan dengan kebaikan atau kalimah ۡ ‫ خَُۡش‬melalui

ayat-ayat Al-Quran seperti berikut:

ِ ‫ض َش ۡأَ َحذَ ُم ٌُ ۡٱى ََىدُ ۡ ِإُۡرَ َش َك ۡخَُ ًشا ۡٱى َى‬


ِِۡ ََ‫صَُّخُ ۡ ِىي َٰ َى ِىذ‬ َ ‫عيَُ ُنٌ ۡ ِإرَاۡ َح‬ َ ِ‫ُمز‬
َ ۡ‫ت‬
ِ ِۖ ‫َوٱۡلَق َش ِثَُِ ۡ ِثٱى ََع ُش‬
َ ۡ‫وفۡ َحقًّب‬
َُِۡ‫عيًَۡٱى َُز َّ ِق‬
Maksudnya: “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati,
jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu
bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama),
sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-
Baqarah [2]: 180)

Merujuk kepada ayat di atas, Abdullah Nasih 'Ulwan, seorang ulama yang dilahirkan
di bandar Halb, Syria, menyifatkan ia merupakan petunjuk yang halus di mana Islam
tidak memandang nilai harta melainkan apabila ia digunakan untuk kebaikan (rujuk
At-Takaful fi Al-Islam). Malah harta yang dibelanjakan di jalan Allah merupakan
salah satu faktor yang menjamin keadilan sosial dan pengikat yang menghubungkan
saluran bantuan sesama insan.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dalam kalangan masyarakat terdapat


golongan yang lemah dan golongan yang kuat. Bagi golongan lemah, kelemahan
dari segi fizikal atau intelektual menjadikan mereka sukar mendapatkan punca rezeki
yang banyak. Sebaliknya, bagi golongan yang kuat dan berdaya saing, kelebihan ini
digunakan untuk mendapatkan harta yang lebih. Namun, Islam tidak pernah
membezakan komposisi masyarakat dari pandangan materialistik. Bahkan, Allah
mendidik manusia menggunakan keadaan ini untuk mendekati-Nya. Firman Allah
SWT yang berbunyi:

2
ۡ‫ۡو َٰىَ ِن َِّ ۡٱىجِ َّش‬
َ ‫ة‬ ِ ‫ۡوٱى ََغ ِش‬ َ ‫ق‬ ِ ‫ۡو ُجى َه ُنٌ ۡقِ َج َو ۡٱى ََش ِش‬ ُ ْ‫ش ۡٱى ِج َّش ۡأَُ ۡر ُ َىىُّىا‬
َ َُّ‫۞ى‬
َٰ ٓ َٰ
ۡ‫ۡو َءارًَۡٱى ََب َه‬ َ َُ ۧ ۡ
ٍ
ِّ ‫ج‬
ِ َّ ْ ‫ٱى‬‫ۡو‬َ ‫ت‬
ِ َ ‫ز‬ ‫ن‬
ِ ‫ٱى‬ ‫ۡو‬
َ ‫خ‬
ِ ‫ن‬َ ِ ‫ئ‬َ ‫ي‬ َ ‫ۡوٱىَُى ًِۡٱۡل ٓ ِخ ِش‬
ََ ‫ۡوٱى‬ َّ ِ‫ٍَِۡ َءا ٍََِ ۡث‬
َ ِ‫ٱَّلل‬
ۡ َُِ‫ضب ٓ ِئ ِي‬
َّ ‫ۡوٱى‬ َ ‫ض ِجُ ِو‬َّ ‫ۡوٱثَِ ۡٱى‬ َ َُِ‫ض ِن‬ َ ًَٰ ََ َ‫ۡوٱىَُ َٰز‬
َ َٰ ََ ‫ۡوٱى‬ َ ًَٰ ‫ع َي ًَٰ ۡ ُحجِِّۦه ۡرَ ِوٌ ۡٱىقُش َث‬
َ
ۡ‫ۡوٱى َُىفُىَُ ۡ ِثعَه ِذ ِهٌ ۡ ِإرَا‬ َّ ًَ‫ۡو َءار‬
َ َ‫ۡٱىز َم َٰىح‬ َ َ‫صيَ َٰىح‬ َّ ‫بً ۡٱى‬ َ َ‫ۡوأَق‬
َ ‫ة‬ ِ ‫ۡٱىشقَب‬ ّ ِ ٍِ‫َوف‬
ٓ ِۖ ‫َٰعهذُو‬
ۡ ََِِ‫س ۡأ ُ ْو َٰىَئِ َل ۡٱىَّز‬
ِۗ ِ ‫ۡو ِحَُِ ۡٱىجَأ‬
َ ‫ء‬
ِ ٓ ‫ا‬‫َّش‬
َّ ‫ض‬‫ٱى‬‫ۡو‬
َ ‫ء‬
ِ ٓ ‫ب‬ ۡ
‫ص‬
َ ‫أ‬ ‫ج‬
َ ‫ۡٱى‬ ٍ ‫ف‬
ِ ۡ ََِ ‫ش‬ِ ‫ج‬
ِ ‫ص‬
َّ َٰ ‫ٱى‬ ‫ۡو‬
َ ْ ‫ا‬ ََ
ٓ ِۖ
ۡ َُۡ‫ۡوأ ُ ْو َٰ َىئِ َلۡ ُه ٌُۡٱى َُزَّقُى‬
َ ْ‫صذَقُىا‬ َ
Maksudnya: “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan
muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya
seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala
Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya
sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan
orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada
orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi;
dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat;
dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka
membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa
kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur
dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya),
mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan);
dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah [2]:
177)

Ayat ini menjelaskan penggunaan harta di jalan yang betul merupakan antara jalan-
jalan kebaikan. Ia meliputi pemberian sebahagian harta kepada golongan yang patut
menerimanya iaitu kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang dalam
kesusahan sewaktu bermusafir, orang yang memerlukan, dan hamba-hamba abdi
untuk dimerdekakan. Uniknya, dalam satu ayat ini, konsep kewangan sosial telah
dapat digambarkan secara menyeluruh melalui proses pengurusan harta yang baik.

3
Ayat di atas juga menjelaskan terdapat dua kelompok utama yang patut diberikan
bantuan iaitu ahli keluarga dan masyarakat awam. Beberapa mekanisme yang
diperuntukkan dalam Islam untuk ahli keluarga dan kaum kerabat ialah nafkah,
faraid dan wasiat. Manakala, untuk masyarakat awam yang memerlukan terdapat
pelbagai mekanisme atau wasilah bagi menyalurkan harta sebagai bantuan kepada
mereka. Sebab itu telah dinyatakan sebelum ini bahawa mekanisme yang penting
ialah zakat, waqaf, sedekah termasuklah hibah dan kafarah. Kesemua mekanisme
ini merupakan jaminan yang utuh jika dipatuhi secara telus bagi memastikan tiada
kelompok dalam masyarakat yang terabai.

Selain itu, sistem kewangan sosial Islam mampu membawa kepada keadilan sosial
dan ekonomi. Bersumberkan kerajaan, individu dan perniagaan, dana daripada
mekanisme yang disebutkan disalurkan kepada institusi-institusi berautoriti seperti
institusi zakat atau baitulmal, serta institusi pembangunan ekonomi ummah. Dana
yang dikumpulkan ini akan melalui proses penilaian sebelum diagihkan kepada
lapan asnaf zakat, dan bidang-bidang kebajikan dan perlindungan, kemudahan
awam dan agama, pendidikan dan keilmuan, kesihatan dan perubatan.

RAHMAH DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT ISLAM


Islam amat menekankan usaha mewujudkan masyarakat penyayang. Dalam
menjamin keharmonian masyarakat, beberapa ciri asas yang menjadi dasar
pembentukan masyarakat perlu ditekankan. Islam mengaitkan pembentukan
masyarakat penyayang dengan tiga hubungan dasar iaitu hubungan manusia
dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan
alam. Hasrat untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan sebuah negara yang
aman tidak akan tercapai melainkan dengan membentuk individu yang berteraskan
Islam terlebih dahulu.

Keperibadian yang mulia dan pegangan agama yang mantap adalah faktor penting
dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Sifat kasih sayang sesama manusia
juga bertepatan dengan maksud perkataan Islam itu sendiri yang berasal dari
perkataan „salama’ iaitu sejahtera. Kasih sayang dan sejahtera merupakan satu
kombinasi penting yang boleh dijadikan sebagai penawar dalam mengharmonikan
masyarakat. Hal ini kerana sifat kasih sayang dan kesejahteraan merupakan dua
4
nilai yang disepakati oleh semua kaum dan agama untuk dicapai tanpa wujudnya
sikap diskriminasi daripada mana-mana pihak.

Selain itu, Islam merupakan sebuah agama yang menganjurkan umatnya agar
bersifat rahmah. Rahmah yang berasal dari kata dasar ‘rahima-yarhamu-rahmah’
juga bererti kasih sayang dan disebut berulang kali di dalam al-Quran. Bahkan Allah
SWT sendiri menyifatkan diri-Nya dengan sifat rahmah. Hal ini menunjukkan betapa
Allah sangat menitikberatkan sifat rahmah atau pun kasih sayang di dalam diri umat
Islam. Firman Allah SWT:

َۡ‫ٱىشح ََ ِۚخ‬
َّ ۡ ‫عيَ ًَٰ َّۡف ِض ِه‬ َ َ‫َّۡللِ ۡ َمز‬
َ ۡ‫ت‬ ِۖ ِ ‫ۡوٱۡلَس‬
ِۚ َّ ِّ ‫ض ۡقُو‬ َ ‫د‬ َّ ‫قُو ِۡىّ ََِ ۡ ٍَّب ۡفٍِ ۡٱى‬
ِ ‫ض َٰ ََ َٰ َى‬
َ ُ‫ت ۡفُِ ِۚ ِه ۡٱىَّزََِِ ۡ َخض ُِش ٓواْ ۡأَّف‬
ۡ‫ض ُهٌ ۡفَ ُهٌ ََۡل‬ َ ‫ىَ َُج ََ َعَّْ ُنٌ ۡإِىَ ًَٰ ۡ ََى ًِ ۡٱى ِق َٰ َُ ََ ِخ ََۡل‬
َ َ‫ۡس‬
ۡ ۡۡ َُ‫َُؤ ٍُِْى‬
Maksudnya: “Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala
yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik
Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi
sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak
ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri
(dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab
yang tersebut) tidak beriman.” (Surah al-An'am [6]: 12)+

Allah menyifatkan diri-Nya dengan sifat rahmah atau kasih sayang kepada semua
hamba-Nya dalam ayat di atas. Sudah semestinya Allah menuntut agar manusia
yang merupakan hamba-Nya menyemai sifat ini ke dalam diri mereka. Islam yang
dibawa oleh Rasulullah SAW mengatur hidup manusia dan mengawal hubungan
antara sesama manusia serta hidupan lain di bumi agar tidak wujud pertelingkahan
sesama mereka. Selain itu, Islam juga mengajar bagaimana seharusnya seorang
manusia itu melayani atau berhadapan dengan manusia yang lain dengan penuh
hikmah dan kasih sayang supaya kebaikan dapat disebarkan.

Sebenarnya sifat kasih sayang merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri
manusia. Ia adalah suatu aktiviti mental yang rasional dan logikal. Setiap individu
5
hendaklah mengendalikan hubungan dengan penuh tanggungjawab sehingga
tercapai matlamat kebahagiaan di dalam kehidupannya. Kebolehan dalam
mencurahkan kasih sayang merupakan asas dalam pembinaan masyarakat dan
keluarga bahagia. Ini kerana setiap anggota mampu menunjukkan kasih sayang
sesama mereka bagi mengeratkan hubungan. Jika masyarakat kita kurang
mengamalkan sikap penyayang bererti mereka tidak mengamalkan Islam secara
keseluruhannya.

Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’


Gagasan „Rahmatan Lil Alamin‟ adalah satu pendekatan besar yang dibawa oleh
pihak kerajaan ke arah mewujudkan sebuah negara „rahmah‟. Gagasan Rahmatan lil
„Alamin adalah manifestasi kepada prinsip utama pengurusan hal ehwal Islam yang
dilaksanakan dalam kerangka Maqasid Syariah bagi melahirkan Model Malaysia
sebagai dasar serta hala tuju Malaysia Baharu. Ia diterjemahkan melalui tingkah laku
dan keperibadian unggul rakyat Malaysia dan seterusnya menjadi model Malaysia
iaitu model negara Islam berbilang kaum yang boleh dicontohi dunia luar. Model
Malaysia ini dibentuk sesuai dengan keadaan (waqi‟), adat dan budaya bangsa
Malaysia tanpa meninggalkan asas-asas Islam.

YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di jabatan Perdana Menteri (Agama)
dalam membawa Gagasan „Rahmatan Lil Alamin‟ telah menjelaskan maksud
perkataan huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan RAHMAH seperti berikut:

R: Rahmah Pentadbiran yang membawa mesej Santun, Keprihatinan dan


Peduli.
A: Aman Pentadbiran yang membawa mesej Keamanan, Keadilan dan
Kesejahteraan.
H: Harmoni Pentadbiran yang menghargai kemajmukan melestarikan hidup
dalam kedamaian serta menjaga hubungan antara kaum dan
agama.
M: Mesra Pentadbiran yang menyediakan keselesaan perkhidmatan
kepada semua lapisan masyarakat, memberikan kemudahan
tanpa mengetepikan kelompok minority dan berinteraksi dengan

6
semua pihak.
A: Alami Pentadbiran yang membudayakan gaya hidup mesra alam,
memelihara, memulihara dan mengamalkan penjimatan tenaga
dan cinta alam.
H: Hormat Pentadbiran yang mempunyai nilai prinsip kemanusiaan,
kepelbagaian agama dan membina keperibadian yang dihormati
dan menghormati sesuai dengan kemuliaan insan.

Bagi mencapai matlamat Gagasan „Rahmatan Lil Alamin‟, pihak kerajaan telah
memperkenalkan tujuh kluster Rahmah iaitu 1. Kehakiman dan Perundangan; 2.
Dakwah dan Media; 3. Pendidikan dan Modal Insan; 4. Halal dan Tabung Haji; 5.
Masjid; 6. Maqasid dan Penyelidikan; dan 7. Sosio-Ekonomi.

Fokus kepada kluster ketujuh iaitu Sosio-Ekonomi, menekankan tentang pembelaan


golongan mustadhafin atau B40 (Bottom 40% Income Classification) dan penjanaan
ekonomi berasaskan pulangan kepada manfaat rakyat bergerak dalam kerangka
RAHMAH ini.

Justeru, instrumen kewangan sosial seperti zakat, waqaf dan sedekah menjadi
penggerak bagi menaikkan sosio-ekonomi umat Islam dalam usaha pemeliharaan
kebajikan sosial. Seterusnya ia menjadi agenda penting yang perlu diberi perhatian
bagi merealisasikan matlamat peningkatan kualiti sosial dalam masyarakat dalam
kerangka rahmah. Penyediaan polisi, program dan perkhidmatan yang berkualiti
yang telah sedia wujud dan pelbagai usaha baru akan dilaksanakan bagi memenuhi
keperluan asasi masyarakat serta menangani masalah sosial. Pelbagai program
sokongan dan bantuan sosial dilaksanakan adalah sebagai satu sistem jaringan
perlindungan sosial dalam memastikan golongan marhaen tidak dibebani masalah-
masalah sosial seperti kemiskinan, ketidakupayaan bekerja akibat daripada
kecacatan serta halangan-halangan sosial yang lain bagi membantu mereka
bersaing secara aktif dalam lapangan kehidupan. Berdasarkan pendekatan ini, Islam
telah mewajibkan zakat sebagai mekanisme pengalihan harta daripada golongan
kaya untuk diberikan kepada mereka yang berhak dan memerlukan pertolongan
seperti fakir, miskin dan sebagainya disokong oleh dana waqaf dan sedekah.

7
KEWANGAN SOSIAL DAN RAHMAH SEBAGAI MEKANISME MEMAJUKAN
TARAF EKONOMI UMMAH
Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah atau pentadbir bumi ini.
Tanggungjawab sebagai khalifah tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jaya
tanpa mengadakan hubungan yang baik sesama manusia secara adil dan rahmah.
Perlu kita ingat bahawa hubungan yang pertama sesama manusia yang wajib
dipelihara ialah hubungan dengan ibu bapa. Arahan supaya berbuat baik kepada
kedua-dua ibu bapa datangnya secara langsung selepas arahan supaya
menyembah dan mentauhidkan Allah SWT. Selepas berbuat baik kepada ibu bapa,
Islam memerintahkan umatnya memelihara hubungan kekeluargaan dan silaturrahim
sesama kaum kerabat. Firman Allah SWT:

َ ‫ض ْٗب‬
ٌِۡ‫ۡو ِثز‬ َ ‫ۡو ََل ۡرُش ِش ُمىاْ ۡ ِثِۦه ۡشٍَۡۧ ٗۧ ِۖا‬
َ َٰ ‫ۡو ِثٱى َٰ َى ِىذََ ِِ ۡ ِإح‬ َّ ْ‫۞وٱعجُذُوا‬
َ َ‫ۡٱَّلل‬ َ
ِ ُْ‫بس ۡٱى ُج‬
ۡ‫ت‬ َ ًَٰ َ‫بس ۡرٌِ ۡٱىقُشث‬
ِ ‫ۡوٱى َج‬ ِ ‫ۡوٱى َج‬َ ُِ ِ ‫ض ِن‬ َ ًَٰ ََ َ‫ۡوٱىَُ َٰز‬
َ َٰ ََ ‫ۡوٱى‬ َ ًَٰ َ‫ٱىقُشث‬
َّ َُّ ‫ۡو ٍَبۡ ٍَيَ َۡنذۡأََ َٰ ََُْ ُن ٌِۗۡ ِإ‬
ُّ ‫ۡٱَّللَ ََۡلَُۡ ِح‬
ٍَِۡ ۡ‫ت‬ َ ‫ض ِجُ ِو‬
َّ ‫ۡوٱث ِِۡٱى‬
َ ‫ت‬ِ ْۢ ‫تۡ ِثٱى َج‬
ِ ‫بح‬
ِ ‫ص‬َّ ‫َوٱى‬
ۡ ً ‫َمبَُ ۡ ٍُخزَ ٗبَلۡفَ ُخ‬
ۡۡ‫ىسا‬
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah
kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan
orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang
jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba
yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
sombong takbur dan membangga-banggakan diri.” (Surah An-Nisaa' [4]:36)

Islam dalam kerangka „rahmah‟ memberikan perhatian yang serius terhadap agenda
pembasmian kemiskinan kerana ia merupakan antara faktor penyumbang kepada
berlakunya jenayah dalam masyarakat. Di samping itu, kemiskinan juga boleh
mencetuskan bibit-bibit benci dan permusuhan antara golongan kaya dan miskin
seterusnya membawa kepada konflik sosial dalam masyarakat. Sehubungan dengan
itu, para sarjana Muslim telah menetapkan bahawa aspek yang perlu diberikan

8
penekanan dan fokus utama dalam agihan dana kewangan sosial seperti zakat,
waqaf dan sedekah dalam pembasmian kemiskinan.

Pada masa yang sama, pembinaan ummah yang berkualiti tinggi memerlukan
kepada sumber dana dan instrumen kewangan kukuh bagi memastikan setiap
matlamat yang direncanakan mampu dicapai. Zakat, waqaf dan sedekah merupakan
antara instrumen utama yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan
kedudukan ekonomi umat Islam serta menjamin keadilan dan kestabilan sosial
menerusi pengurangan jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat. Menerusi
kewajipan berzakat, dan galakan untuk berwaqaf dan bersedekah, Islam telah
mewujudkan sifat prihatin dan bertanggungjawab dalam diri setiap Muslim supaya
mereka mengambil peduli mengenai golongan yang memerlukan dalam masyarakat.

Di Malaysia, terdapat pelbagai institusi kewangan sosial Islam yang boleh


diaplikasikan untuk membuat kebajikan dan menambah zakat, waqaf dan sedekah
seperti institusi zakat di setiap negeri, institusi atau perbadanan wakaf negeri,
baitulmal di samping institusi lain bagi membantu golongan yang miskin dan amat
memerlukan. Ruang yang terbuka luas ini wajar diambil manfaat oleh orang Islam
bagi sama-sama untuk menyumbang dalam bentuk sedekah tambahan, bayaran
zakat harta dan fitrah, berwakaf secara tunai atau harta kekal juga bagi mensucikan
harta yang haram atau syubhah. Amatlah rugi sekiranya peluang yang ada disia-
siakan oleh orang Islam bagi menjana pahala tambahan dan berlipat kali ganda. Ini
selaras dengan hadith Nabi SAW yang memberi sumbangan kepada orang miskin
dan yang memerlukan seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan dari perbuatan


yang tidak bermanfaat dan keji serta sebagai makanan bagi orang miskin.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Manfaat yang bakal diperolehi oleh golongan yang kurang berkemampuan melalui
kewujudan institusi kewangan sosial Islam ini bukanlah sedikit. Misalnya, dana zakat
dan sedekah yang dikumpulkan daripada penyumbang mampu membela nasib
asnaf-asnaf untuk mengecapi hidup yang lebih bermakna. Selain itu, zakat dan
sedekah boleh diperuntukkan dalam bentuk bantuan berterusan seperti sara hidup
9
miskin tegar, sumbangan bencana alam, perlindungan daripada musibah dan
kesulitan serta bantuan perubatan kerana keperluannya adalah mendesak dan
segera. Selain itu, dana waqaf dan lain-lain sumbangan pula boleh digunakan untuk
membiayai projek-projek pembangunan jangka panjang contohnya, di Negeri
Sembilan di mana orang Islam setempat dapat memperolehi manfaat daripada
pembinaan dua masjid iaitu Masjid Sri Sendayan dan Masjid Hussain yang dibina
sepenuhnya melalui konsep wakaf. Kos pembinaan masjid ini yang mencecah jutaan
ringgit diperolehi melalui amalan wakaf individu yang berhati mulia iaitu pengasas
syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain, yang mana
kewujudan masjid ini mampu menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan di kawasan
setempat.

Sumbangan Kewangan Sosial Dalam Memajukan Taraf Ekonomi


Dana zakat, waqaf dan sedekah boleh dimanfaatkan bagi program pembangunan
ekonomi bertujuan meningkatkan taraf ekonomi golongan asnaf. Dengan membantu
golongan ini terlibat secara langsung dalam bidang-bidang tersebut, dana kewangan
sosial telah memainkan peranan sebagai instrumen agihan ekonomi yang seimbang
bagi mengurangkan kadar kemiskinan, meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan,
menyediakan kehidupan yang selesa dan sejahtera seterusnya membawa kepada
pembentukan negara yang berprestij pada masa hadapan. Proses pengagihan
semula kekayaan secara seimbang dalam masyarakat sebenarnya dapat
merapatkan jurang kekayaan yang terbentuk antara golongan kaya dan miskin.
Dalam hal ini, zakat, waqaf dan sedekah berperanan dalam mengawal
perkembangan pendapatan setiap individu agar tunduk di bawah asas kecukupan
diri semua manusia. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya penumpuan harta di
kalangan golongan tertentu sahaja dalam masyarakat sebagaimana yang
dinyatakan menerusi firman Allah SWT yang berikut:

ًَٰۡ َ‫ۡو ِىزٌِۡٱىقُشث‬ َ ‫صى ِه‬ُ ‫يش‬ َ ‫ۦٍِۡ ۡأَه ِو ۡٱىقُ َش َٰي ۡفَ ِييَّ ِه‬
َّ ‫ۡو ِى‬ ِ ‫صى ِى ِه‬ َ ًَٰ َ‫عي‬
ُ ‫ۡس‬ َّ ‫ٍَّب ٓۡأَفَب ٓ َء‬
َ ۡ ُ‫ۡٱَّلل‬
ۡ ٌِۡۚ ‫ن‬ ِ ‫ضجُِ ِوۡ َمٍ ََۡلََۡ ُنىَُ ۡدُوىَ ۢخَۡثََُِ ۡٱۡلَغَُِْب ٓ ِء‬
ُ ٍْۡ َّ ‫ۡوٱث ِِۡٱى‬َ ُِ َ َٰ ََ ‫ۡوٱى‬
ِ ‫ض ِن‬ َ ًَٰ ََ َ‫َوٱىََُٰۡز‬
Maksudnya: “Apa saja harta rampasan yang diberikan Allah kepada Rasul-
Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah

10
untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anakanak yatim, orang-orang miskin
dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di
antara orang-orang kaya saja di antara kamu.” (Surah al-Hasyr [59]: 7)

Pencegahan ini sebenarnya mempunyai signifikan yang cukup penting dalam


mengembalikan ekonomi Islam di tahap yang lebih kukuh dan lebih maju serta
menghalang harta daripada terbatas dalam genggaman orang-orang kaya sahaja.
Secara lazimnya, golongan miskin hanya mempunyai keupayaan membeli yang
terhad disebabkan kekangan pendapatan yang rendah. Maka, mereka biasanya
akan berhadapan dengan kesukaran untuk menampung dan melengkapkan
keperluan hidup mereka. Pengurangan kuasa beli ini menyebabkan golongan ini
terpaksa membuat pilihan dengan memastikan hanya barangan yang benar-benar
berada di bawah kemampuan kewangan mereka sahaja yang dibeli. Secara tidak
langsung, situasi ini telah membawa kepada peningkatan kecenderungan mengguna
dalam kalangan golongan kaya. Namun begitu, golongan kaya pula dilihat lebih
cenderung untuk menggunakan barangan mewah dan kurang memberi penumpuan
kepada barangan keperluan asas. Hal ini menyebabkan wujudnya kelompangan
dalam permintaan terhadap barangan keperluan asas sehingga membawa kepada
penurunan penawaran produk tersebut oleh pihak pengeluar dan pengusaha. Maka,
ketika inilah zakat memainkan peranan yang penting dalam menstabilkan semula
ketidakseimbangan kitaran ekonomi yang sedang berlaku.

Pemindahan harta daripada golongan pembayar zakat dan penyumbang waqaf


mahupun sedekah kepada golongan sasaran ini mampu meningkatkan kuasa beli
mereka terhadap barang-barang keperluan asas harian seterusnya membawa
kepada peningkatan permintaan terhadap barangan dalam pasaran di mana
penerima bantuan akan membelanjakan sebahagian besar daripada perolehan dana
tersebut untuk kegunaan seharian mereka. Peningkatan kuasa beli dalam kalangan
asnaf ini boleh merangsang pertumbuhan serta perkembangan ekonomi negara
menerusi peningkatan aktiviti permintaan dan penawaran dalam pasaran. Maka,
dapat dilihat bahawa aktiviti pengutipan dan pengagihan dana sosial ini bukan
sahaja berperanan dalam mewujudkan agihan ekonomi yang seimbang malahan
dapat menjana pendapatan negara ke aras yang lebih tinggi.

11
Pada masa yang sama, pertambahan penggunaan daripada golongan asnaf bagi
memenuhi keperluan hidup akan meningkatkan permintaan terhadap barangan dan
produk keperluan asas seterusnya menjana peluang pekerjaan dan perniagaan
kepada masyarakat. Peningkatan peluang ini mampu menyediakan platform baru
untuk diterokai oleh pelbagai pihak dan secara tidak langsung kadar pengangguran
dalam negara juga dapat dikurangkan. Pengangguran menyebabkan penurunan
produktiviti dalam negara di mana bilangan guna tenaga yang produktif berada pada
tahap yang minimum sehingga membawa kepada peningkatan kadar kemiskinan
yang berisiko mengakibatkan tercetusnya krisis sosial dalam kalangan masyarakat.
Selain daripada berperanan sebagai pengguna dalam pasaran, golongan asnaf yang
berpotensi juga turut digilap sebagai pengusaha dan pengeluar untuk terlibat secara
aktif dalam pasaran semasa.

Hasil daripada batu loncatan yang disediakan oleh Islam ini, golongan asnaf juga
akan berusaha untuk memajukan ekonomi mereka seterusnya meningkatkan
pendapatan mereka sehingga melepasi had kelayakan sebagai penerima bantuan
zakat atau lain-lain bantuan. Situasi ini secara tidak langsung dapat mengubah
golongan penerima bertukar menjadi penyumbang zakat, waqaf atau sedekah dan
secara automatiknya mereka terkeluar daripada penerima bantuan berterusan.
Inisiatif yang lazimnya dilaksanakan oleh pihak berwajib seperti institusi zakat,
baitulmal dan Majlis Agama Islam ini menerusi pelbagai program yang disediakan
berpotensi menjana peningkatan dan pengagihan ekonomi yang seimbang dan
menumbang ke arah kesejahteraan hidup dalam masyarakat

Dari segi pembangunan sosial, pengagihan dana kewangan sosial bertujuan


membangunkan kualiti sosial masyarakat dengan memenuhi keperluan asasi
golongan asnaf seperti perlindungan, bantuan sara hidup dan penjagaan kesihatan.
Kewujudan golongan yang tidak berkemampuan dalam sesebuah negara
merupakan suatu lumrah yang sukar dielakkan. Ketidakseimbangan yang wujud
dalam aspek sosioekonomi antara golongan kaya dan miskin berpotensi
melemahkan masyarakat secara keseluruhannya selain menjejaskan keharmonian
hidup bermasyarakat sekiranya dibiarkan berterusan. Oleh itu, pendekatan
berorientasikan kewangan sosial seperti zakat, waqaf mahupun sedekah sewajarnya
diketengahkan sebagai satu bentuk penyelesaian terhadap masalah yang wujud ini.
12
Secara keseluruhannya, konsep Malaysia Negara Rahmah amat berkait rapat
dengan maslahah sosio-ekonomi umat Islam kini. Ia juga menjadi teras kepada
Maqasid Syariah yang menjaga maslahah ummah kerana ia bersesuaian untuk
semua manusia pada setiap tempat dan zaman; sama ada untuk orang Islam atau
bukan Islam. Konsep Islam rahmat untuk sekalian alam dan syariatnya adalah selari
dan menepati fitrah manusia dan menjadi tonggak kepada kesejahteraan manusia
agar kemaslahatan rakyat dan negara terjamin.

SEBAHAGIAN USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN


Agihan Zakat MAIWP
Program agihan zakat merupakan program utama Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP). Ia merupakan satu amanah para pembayar zakat yang
dipikul oleh MAIWP. Wang zakat yang dibayar oleh mereka perlu diagihkan kepada
golongan asnaf sepertimana yang ditetapkan oleh syara‟ agar hasrat pembayar
zakat tertunai. MAIWP bertindak secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam
pengagihan zakat. Selain pengagihan zakat terus melalui skim-skim bantuan, zakat
turut dimanfaatkan melalui operasi institusi pendidikan, perlindungan dan kebajikan
yang ditubuhkan oleh MAIWP.

Di bawah Malaysia Baharu yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tun. Dr.
Mahathir Mohamed, kerajaan komited memegang amanah dalam menjalankan
pentadbiran kerajaan dengan efisien, tulus, dinamik serta menyantuni rakyat.
Kerajaan juga akan memastikan setiap daripada rakyat Malaysia akan menikmati
kemakmuran dan kekayaan negara dengan perkongsian dan pembahagian yang
saksama. Justeru itu, MAIWP sebagai sebuah agensi pengurusan Islam utama di
Wilayah Persekutuan telah membantu merealisasikan wawasan ini.

Semua usaha ini telah digarap menerusi tiga prinsip utama pengurusan hal ehwal
Islam yang diperkenalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri
Dr. Mujahid bin Yusof iaitu menggunakan pendekatan Rahmatan lil „Alamin yang
bersendikan Maqasid Syariah dan melahirkan model Malaysia sebagai dasar serta
hala tuju Malaysia Baharu sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.

13
Pada tahun 2018, MAIWP melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP telah berjaya
mengutip zakat sebanyak RM651.23 juta daripada 180 ribu pembayar. Kemampuan
untuk membuat kutipan dalam jumlah yang besar ini dilihat antaranya adalah hasil
kesedaran umat Islam dalam menunaikan tanggungjawab berzakat bukan sahaja di
Wilayah Persekutuan bahkan di seluruh Malaysia amnya.

Secara keseluruhannya, MAIWP pada tahun 2018 sebanyak RM733 juta telah
dibelanjakan meliputi pengagihan zakat, kakitangan dan pengurusan dan lain-lain
lagi. Justeru itu, amanah yang dipikul oleh MAIWP dalam mengagihkan dana zakat
itu ditunaikan menerusi pelbagai program dan aktiviti. Sebanyak RM433 juta telah
dibelanjakan antaranya merangkumi agihan zakat khusus menerusi 28 skim bantuan
zakat kepada 110,045 orang penerima.

Bantuan zakat yang disalurkan tidak hanya bermatlamat memberi bantuan semata-
mata, namun menjadi harapan yang lebih besar adalah mengeluarkan penerima
daripada kemiskinan. Oleh itu, mulai tahun 2019 MAIWP mensasarkan untuk
mengeluarkan asnaf daripada kemiskinan pada kadar 2-4% setahun.

Selari dengan hasrat ini juga, MAIWP pada tahun 2018 telah berjaya melahirkan
seramai 10 orang usahawan yang telah berjaya keluar daripada kepompong
kemiskinan dan meraih pendapatan di antara RM8,000.00 hingga RM30,000.00
sebulan MAIWP dari masa ke semasa sentiasa mempermudahkan proses
permohonan bantuan zakat. Selain itu, dana zakat juga diagihkan oleh MAIWP
melalui lain-lain aktiviti agihan seperti operasi dan aktiviti institusi pendidikan,
dakwah dan kebajikan serta pembangunan prasarana yang menjadi keperluan umat
Islam seperti masjid, surau dan sebagainya. Pada tahun 2018, sebuah prasarana
yang dibangunkan khusus untuk kebajikan mualllaf iaitu Darul Hidayah telah
dirasmikan pada 7 Mac. MAIWP juga telah menyalurkan peruntukan tambahan
sebanyak RM3 juta kepada Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang
bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.

Skim Kafalah Muzakki PPZ-MAIWP


Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) kini
menyediakan „insentif‟ skim perlindungan kepada pembayar zakat. Skim ini
14
merupakan sumbangan ikhlas dari PPZ-MAIWP untuk diberikan kepada waris
pembayar zakat apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat yang membayar
zakat di PPZ-MAIWP serta tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Melalui skim ini, sumbangan bantuan yang berjumlah RM3,000 akan diserahkan
kepada waris pembayar zakat. Pembayaran tersebut akan diserahkan kepada waris
dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan dibuat di mana-mana kaunter
PPZ-MAIWP. Bagi tempoh permohonan skim ini, waris perlu membuat permohonan
selewat-lewatnya enam bulan selepas kematian pembayar zakat dengan
menyediakan dokumen yang diperlukan antaranya seperti sijil kematian dan salinan
kad pengenalan.

Wakalah (Dasar Pengembalian Semula)


Wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh MAIWP kepada entiti
yang membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP untuk diagihkan
kepada asnaf yang layak. MAIWP telah menerima konsep Wakalah sebagai dasar
pengembalian semula wang zakat kepada pembayar zakat untuk diagihkan kepada
asnaf yang layak. Konsep Wakalah ini adalah bukan akad pemilikan yang memberi
kebebasan memanipulasi wang zakat. Pembayar dilantik menjadi wakil kepada
MAIWP untuk melakukan proses agihan zakat bagi pihak MAIWP berdasarkan
syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh MAIWP.

Bagi syarikat/organisasi, dasar pengembalian semula wang zakat ini mampu


mengurangkan bebanan cukai korporat memandangkan setakat ini,
syarikat/organisasi tidak mendapat rebat cukai bagi pembayaran zakat perniagaan
berbanding pelaksanaan zakat oleh individu. Dasar pengembalian semula wang
zakat ini adalah tertakluk kepada pembayar zakat yang membayar zakat kepada
PPZ serta mengemukakan surat permohonan.

Agihan zakat secara wakalah yang diaplikasikan oleh MAIWP merupakan contoh
sistem agihan zakat yang amat bagus terutama bagi membantu agihan zakat agar
sampai kepada golongan sasar disebabkan masyarakat yang mewakili antara empat
segmen iaitu individu, IPTA, syarikat dan segmen majikan mendapat peluang untuk

15
mengagihkan sendiri zakat mereka kepada golongan fakir miskin tanpa berdosa
mengikut syarat yang telah ditetapkan.

PENUTUP
Harapan yang sangat tinggi diletakkan kepada sistem kewangan sosial Islam untuk
memberikan sumbangan yang lebih signifikan kepada pembangunan, kadar
pertumbuhan ekonomi dan sektor kebajikan sosial. Harapan juga diletakkan agar ia
mampu menjadi peneraju bagi mengurangkan ketidakadilan ekonomi dan
merapatkan jurang kemiskinan. Lantas atas perkara ini, sistem kewangan sosial
perlu bergerak seiring dengan dasar kerajaan agar segala usaha membangunkan
status ekonomi khususnya dalam kluster sosio-ekonomi dapat bergerak maju dan
baik. Maka, pentingnya juga agar umat Islam mengahayati konsep rahmah agar juga
menerapkan sifat berkasih sayang sesama manusia.

Dukacita kini, kebanyakan manusia suka menghitung kepentingan diri sendiri


sebelum meninjau kepentingan orang lain. Kebiasaan sebeginilah yang menjadikan
seseorang itu tidak berlaku adil terhadap orang lain. Malah meminta-minta agar
orang lain memenuhi keperluan kita tetapi kita enggan memberi sesuatu untuk
menyempurnakan kepentingan mereka. Bagi merealisasikan konsep masyarakat
penyayang, sikap sebegini perlu diubah. Keseimbangan dalam memenuhi keperluan
diri dan masyarakat sekitar hendaklah dipraktikkan dalam kegiatan hidup seharian.

Sekiranya sesebuah masyarakat itu berjaya mempraktikkan nilai-nilai rahmah di


samping mempergiatkan usaha mendokong sistem kewangan sosial; seperti
membayar zakat, mewaqafkan harta serta gemar mengeluarkan sedekah dalam
kehidupan seharian mereka, sudah tentu negara akan dapat mewujudkan sebuah
masyarakat yang kuat serta berbudaya penyayang.

RUJUKAN
Mushaf al-Quran al-Karim
Abdullah Nasih 'Ulwan, At-Takaful Al-Ijtima'iy fi Al-Islam, (Jedah: Dar As-Saudiyah,
1987)

16
Ahmad Sanusi Azmi dan Mohd Yusuf Ismail, “Konsep Rahmatan Lil Alamin Dalam
Hadith: Penerokaan Makna Serta Aplikasi Di Malaysia”, Journal of Hadith
Studies Vol. 3 No. 1(2-SI) (Nov 2018)
Ibn Kathir, Abu al-Fidaa Ismail „Imad al-Din bin „Umar (al-Hafidz). (t.t.). Tafsir al-
Quran al-„Adzim, Dar al-Sya‟b, Kaherahah,
MaRS Centre for Impact Investing. (2016). Diambil dari
http://impactinvesting.marsdd.com/ Retrieved on 31/12/2018.
Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Taqwa Zabidi, “Petunjuk-Petunjuk Keadilan
Sosial,” Jurnal Penyelidikan Islam (Volume 22, 2009).
Mohd. Nakhaie Ahmad, “KONSEP DAN AGENDA RAHMATAN LIL‟ALAMIN,” Usrah
Bulanan MUAFAKAT – April 2012.
Rachel Kalbfleisch, “Social Finance Week: Social Finance 101”, Charity Village.
https://charityvillage.com/Content.aspx?topic=Social_
Finance_101#.V5cCl2R97u2
Siti Norlina Muhamad et. Al, “Budaya Penyayang Dalam Kehidupan Masyarakat
Islam: Antara Teori Dan Praktis,” diambil dari
http://repo.uum.edu.my/1804/1/7.pdf
YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, “Gagasan Rahmatan Lil Alamin Dalam Malaysia
Baharu,” kertas kerja dibentangkan di seminar Nadwah Ulama Nahdhah Jadid
di MITC Ayer Keroh Melaka pada 20 Julai 2019
YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, “Gagasan Pentadbiran Islam Di Era Malaysia
Baharu,” kertas kerja sempena Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah Yb
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Pada 7 Januari 2019
(Isnin) Di Auditorium, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, “Malaysia Negara Rahmah,” slaid pembentangan
diambil dari
http://www.islam.gov.my/images/documents/Malaysia_Negara_Rahmah_-
_FINAL.pdf

17

Anda mungkin juga menyukai