Anda di halaman 1dari 4

Syarat Pertandingan Tulisan Jawi Ihtifal j-QAF Tahun 2013

PERTANDINGAN TULISAN JAWI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2013


1- Penyertaan :

• Terbuka kepada semua murid sekolah kebangsaan (tahun 1 hingga 6), Kementerian Pelajaran
Malaysia.

• Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan
sahaja.

2- Potongan ayat khat :

• Akan disediakan oleh urusetia pertandingan.

• Menggunakan khat Nasakh sahaja.

• Peserta yang menulis selain dari jenis khat Nasakh terkeluar dari pertandingan dan tidak diadili.

3. Peralatan :

• Sebarang alat tulis jawi dan dakwat dibawa oleh peserta.

• Kertas akan disediakan oleh urusetia pertandingan.

• Sekeping kertas sahaja akan dibekalkan kepada setiap peserta. Sebarang kerosakan atau kekotoran
pada kertas ditanggung oleh peserta sendiri.

• Peserta tidak dibenarkan meminjam dari peserta lain sebarang peralatan semasa pertandingan.

4. Persembahan :

• Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan sebuah hasil tulisan jawi sahaja.

• Persembahan adalah hasil rekaan peserta sendiri.

• Sewaktu pertandingan, peserta dilarang meniru peserta lain.

• Persembahan tulisan jawi tidak dibenar menggunakan pewarna tambahan kecuali awan larat yang
sederhana tidak menenggelamkan tulisan khat.

5. Pakaian :

• Lelaki (memakai pakaian kebangsaan yan g lengkap bersamping dan bersongkok hitam)

• Perempuan ( Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan bersopan).

• Hiasan dan persolekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.

6. Masa :

• Setiap peserta diberi masa 1 jam untuk menulis jawi

• Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa yang telah ditetapkan.

7. Pemarkahan :
Syarat Pertandingan Tulisan Jawi Ihtifal j-QAF Tahun 2013

Dibahagikan kepada 3 bahagian :

• Tulisan : 50 markah

• Persembahan : 30 markah

• Kebersihan :20 markah

JUMLAH 100 markah

8. Penentuan Keputusan :

• Peserta mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.

• Perserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar sebagai Naib Johan dan begitulah
seterusnya.

• Sekiranya terdapat persamaan dari segi pemarkahan, markah akan dirujuk kepada :

Pertama : Ejaan
Kedua : Tulisan
Ketiga : Kebersihan

• Sekiranya masih sama. Jemah hakim akan bersidang dan membuat keputusan berdasarkan juri
hakim.

• Keputusan hakim adalah muktamad.

9. Penghakiman dan Pemarkahan:

9.1 Penghakiman Ejaan :

9.1.1 Aspek Penghakiman :

• 50 perkataan dinilai untuk diberikan markah

• Betul semua perkataan yang ditulis.

• Menulis mengikut teks yang telah ditentukan.

• Ejaan mengikut ejaan jawi yang dimurnikan keluaran DBP

9.1.2 Kesalahan :

• Salah perkataan dipotong satu markah

• Salah teks tidak diadili penyertaan.

• Didapati meniru tidak akan diadili penyertaannya.

• Tertinggal perkataan

9.1.3 Huraian Pemarkahan :


Syarat Pertandingan Tulisan Jawi Ihtifal j-QAF Tahun 2013

• Ejaan yang betul : 50 markah

9.2 Penghakiman Kebersihan :

9.2.1 Bahagian ini dinilai mengikut perkara-perkara berikut :

• Tulisan jelas dan mudah dibaca

• Tiada kesan tulisan yang dipadam menjadi comot

• Awan larat yang tidak menenggelamkann tulisan jawi

• Tulisan yang kemas dalam susunan

• Awan larat yang mesra alam atau moden

• Menggunakan warna yang ada pada bendera jalur gemilang

9.2.2 Kesalahan:

• Tulisan jawi tidak boleh dibaca

• Awan larat merosakkan tulisan jawi

• Tiada lambang yang sensitif menyentuh mana-mana pihak

9.2.3 Pemarkahan Bonus

• 3 markah bonus disediakan bagi kebersihan kertas yang kemas dan menarik

9.2.4 Huraian pemarkahan kebersihan :

• Mutu kebersihan : 17 markah

• Bonus : 3 markah

9.3 Penghakiman Tulisan :

9.3.1 Pemarkahan dinilai dari segi :

• Tulisan menggunakan khat Nasakh

• Besar huruf (fonts) yang sesuai mengikut potongan ayat

• Tidak bercampur dengan khat yang lain.

• Tulisan mengikut teks.

9.3.2 Kesalahan :
Syarat Pertandingan Tulisan Jawi Ihtifal j-QAF Tahun 2013

• Bukan khat Nasakh

• Campuran dengan khat yang lain

• Tertinggal perkataan

9.3.3 Pemarkahan Bonus :

• Bonus 3 markah disediakan bagi tulisan yang menepati khat Nasakh yan g betul dan amat menarik.

9.3.4 Huraian Pemarkahan :

• Susunan tulisan khat : 27 markah

• Bonus : 3 markah

SEMUA PERATURAN DI ATAS ADALAH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, NEGERI PERAK.

Anda mungkin juga menyukai