Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN KHAT & TULISAN JAWI

KARNIVAL MAAL HIJRAH FELDA 1141H / 2019M


ANJURAN SURAU MENARA FELDA

Syarat & Peraturan Pertandingan Khat

1. Peralatan
a. Peserta boleh membawa sendiri peralatan menulis khat atau menggunakan peralatan yang disediakan
oleh Penganjur.
b. Hanya kertas khas akan disediakan dan diberi semasa pertandingan. Saiz kertas berukuran A2
(594mm x 420 mm).
c. Peserta hanya dibenarkan menggunakan dakwat berwarna hitam sahaja.

2. Masa yang diperuntukkan : 1 jam 30 minit sahaja.

3. Syarat & Peraturan


a. Setiap hasil karya yang dipertandingkan hendaklah ditulis mengikut ayat yang telah ditetapkan.
b. Lampiran ayat akan diedarkan oleh pihak penganjur semasa pertandingan dimulakan.
c. Bahan rujukan tidak dibenarkan dibawa ke dewan pertandingan.
d. Peserta dikehendaki menulis menggunakan kaedah penulisan Khat Nasakh dan Khat Thuluth sahaja.
e. Peserta perlu menggunakan kreativiti sendiri untuk menentukan ayat manakah yang akan ditulis
dengan khat nasakh dan khat thuluth.
f. Ragam hias diambil kira sebagai markah tambahan.
g. Peserta tidak dibenarkan menulis nama di bahagian hadapan kertas.
h. Peserta perlu menggunakan tidak kurang dari 70% permukaan kertas dalam membuat karya.
i. Gaya penyusunan khat adalah bebas dan bersesuaian dengan landasan syariat Islam.

4. Pemarkahan
a. Penilaian adalah berdasarkan kaedah dan kreativiti para peserta menyusun ayat.
b. Penilaian akan dibuat terhadap kaedah penulisan khat dengan menggunakan kaedah Resam Uthmani.
c. Keseimbangan huruf.
d. Kebersihan penulisan huruf dan hasil karya.
e. Penilaian tarkib huruf atau kreativiti penyusunan huruf.
f. Keputusan penghakiman adalah muktamad.
g. Semua karya yang dipertandingkan menjadi hak penganjur.
h. Markah akan dipotong jika didapati salah ayat atau baris yang terdapat dalam Al-Quran.

5. Ayat Pertandingan
a. Para peserta boleh memilih salah satu ayat di bawah untuk pertandingan Khat Jawi
 Surah Al-kahfi : Ayat 1-3
 Surah Al-fath : Ayat 27
 Surah Al-baqarah : Ayat 285

1
PERTANDINGAN KHAT & TULISAN JAWI
KARNIVAL MAAL HIJRAH FELDA 1141H / 2019M

6. Contoh penulisan khat nasakh dan thuluth

CONTOH 1

CONTOH 2
PERTANDINGAN KHAT & TULISAN JAWI
KARNIVAL MAAL HIJRAH FELDA 1141H / 2019M

Syarat & Peraturan Pertandingan Tulisan Jawi

1. Penyertaan

a. Terbuka kepada semua petugas lelaki dan wanita di Menara FELDA Sahaja.

2. Peralatan

a. Sebarang alat tulis jawi (pen / pensil) hendaklah dibawa oleh para peserta.
b. Soalan dan kertas jawapan akan disediakan oleh pihak urusetia pertandingan.

3. Persembahan

a. Setiap peserta dikehendaki menukarkan soalan yang diberikan kepada tulisan jawi.
b. Sewaktu pertandingan, peserta dilarang meniru peserta lain.

4. Masa

a. Setiap peserta diberikan masa 1 jam untuk menyiapkan tulisan jawi.


b. Markah akan dipotong sekiranya peserta menjawab melebihi masa yang telah ditetapkan.

5. Pemarkahan

a. Dibahagikan kepada 3 bahagian


 Tulisan : 70 markah
 Persembahan : 20 markah
 Kebersihan :10 markah

b. Aspek Penghakiman
 Semua perkataan yang ditulis adalah betul dan mengikut teks soalan.
 Ejaan mengikut ejaan jawi yang dimurnikan keluaran DBP

6. Penentuan Keputusan

a. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang.


b. Perserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar sebagai Naib Johan dan seterusnya.
c. Sekiranya terdapat persamaan dari segi pemarkahan, markah akan dirujuk kepada kesalahan seperti
berikut:
 Salah perkataan dipotong satu markah
 Tertinggal perkataan
 Tulisan jawi tidak boleh dibaca
 Didapati meniru tidak akan diadili penyertaannya
 Tiada lambang yang sensitif menyentuh mana-mana pihak
PERTANDINGAN KHAT & TULISAN JAWI
KARNIVAL MAAL HIJRAH FELDA 1141H / 2019M

Borang Penyertaan

1 Oktober 2019 (Selasa) | 8.30 pagi | Dewan Bankuet Menara FELDA

JABATAN / UNIT: ____________________________________________________________

Pertandingan
Bil No. Kakitangan Nama No. Hp
(Khat / Jawi)

1.

2.

3.

 Pertandingan khat dan tulisan jawi akan dijalankan secara serentak.


 Peserta hanya dibenarkan untuk menyertai satu (1) pertandingan sahaja.

Tarikh akhir penghantaran borang adalah :


SEBELUM atau PADA 20 September 2019

Emailkan borang penyertaan ke :


mnizam.s@felda.net.my (013-9051359) atau
adibah.ar@felda.net.my (03-21912073)

Anda mungkin juga menyukai