Anda di halaman 1dari 5

7.

0 KHAT

7.1 PENGENALAN
7.1.1 Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri
Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah sebagai rujukan pengurusan aktiviti
Pembangunan Program Adab dan Nilai yang berbentuk pertandingan bagi sesi
persekolahan tahun 2023 / 2024. Garis panduan ini hendaklah dibaca
bersama-sama arahan terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN).

7.1.2 Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid menceburi


pertandingan serta mencungkil bakat murid dalam bidang kesenian Islam iaitu
kaedah penulisan khat.

7.2 BILANGAN PESERTA


7.2.1 Bilangan peserta Khat dihadkan bagi setiap kontinjen negeri adalah seperti
berikut :
i. Sekolah Rendah :
Seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan.
ii. Sekolah Menengah :
Seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan.

7.2.2 Jumlah semua peserta bagi setiap kontinjen negeri ialah empat (4) orang.

7.3 TEKS SOALAN PERTANDINGAN


7.3.1 Teks soalan pertandingan peringkat kebangsaan akan diedarkan empat
minggu sebelum tarikh pertandingan.

7.3.2 Jenis khat yang dipertandingkan adalah seperti berikut :


i. Sekolah Rendah
- Nasakh
- Riqaah

1
ii. Sekolah Menengah
- Thuluth
- Nasakh

7.3.3 Teks cadangan untuk kategori sekolah rendah peringkat negeri adalah seperti
berikut :

JENIS TEKS

Khat Nasakh

Khat Riqaah

7.3.4 Teks cadangan untuk kategori sekolah menengah peringkat negeri adalah
seperti berikut :

JENIS TEKS

Khat Thuluth

Khat Nasakh

2
7.4 MASA
7.4.1 Setiap peserta diberi masa selama dua jam tiga puluh minit sahaja.

7.5 PERALATAN
7.5.1 Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan sendiri termasuk dakwat dan
pen.

7.5.2 Peserta tidak dibenarkan meminjam sebarang peralatan daripada peserta lain
semasa pertandingan.

7.5.3 Peserta boleh menggunakan sebarang jenis pen khat. Dicadangkan peserta
menggunakan mata pen bersaiz 5.0 mm untuk khat thuluth, 3.0 mm untuk khat
nasakh dan 2.0 mm untuk khat riqaah.

7.5.4 Teks hendaklah ditulis menggunakan dakwat. Penggunaan pensel sebagai


tulisan adalah dilarang, namun pensel boleh digunakan sebagai lakaran.

7.5.5 Peserta boleh menggunakan dakwat hitam / biru sahaja.

7.5.6 Warna-warna yang lain boleh digunakan untuk awan larat yang sederhana
dan tidak menghilangkan tulisan khat (maksima tiga warna sahaja).

7.5.7 Semua bahan bantuan seperti buku rujukan, catatan lakaran siap, contoh
zukhruf dan acuan corak tidak dibenarkan dibawa ke dalam dewan semasa
pertandingan. (Jangka Lukis dan Pembaris dibenarkan).

7.5.8 Penganjur hanya menyediakan kertas jenis Art Paper 230 gsm bersaiz A3
untuk sekolah rendah dan bersaiz A2 untuk sekolah menengah.

7.6 PENJURIAN DAN PEMARKAHAN


7.6.1 Setiap juri akan menilai aspek berikut :

Kaedah Khat (60 markah)


i. Menepati kaedah khat yang ditetapkan.
3
ii. Kekuatan bentuk huruf
iii. Sambungan huruf

Ejaan (Perkataan, Huruf, Titik dan Baris) (15 markah)


i. Tertinggal perkataan
ii. Tertinggal dan tertambah huruf
iii. Tertinggal dan tertambah titik
iv. Tersilap baris

Susunan dan kreativiti (15 markah)


i. Rekabentuk karya
ii. Susunan atur huruf
iii. Keseragaman huruf dan kedudukan baris
iv. Keseimbangan susunan karya

Corak Hiasan (5 markah)


i. Motif zukhruf Islamiah (hiasan tepi) sahaja
ii. Motif tumbuhan dan geometri digalakkan

Kebersihan Karya (5 markah)


i. Kesan dakwat yang berlebihan
ii. Kesan lakaran pensel
iii. Kesan pembetulan
iv. Kesan lipatan dan renyuk

7.6.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan
pertandingan. Seterusnya tempat kedua hingga kelima. Sekiranya berlaku
persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada markah
kaedah, seterusnya susunan. Sekiranya masih berlaku persamaan markah, jemaah
juri akan bersidang untuk menentukan pemenang.

7.6.3 Karya yang telah dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak penganjur
berhak menyuntik, mencetak, menerbit dan menggunakan karya tersebut untuk
sebarang bentuk tujuan.

4
7.6.4 Keputusan jemaah juri adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai