Anda di halaman 1dari 25

TIPS SEMPOI MAHU

JADI KAYA:
PERKONGSIAN
PENGALAMAN
HAFIZAL AHLAN
Penafian (Disclaimer):

Tips Sempoi (mudah) Mahu Jadi Kaya ialah


ebook yang dihasilkan oleh saudara Hafizal Ahlan,
pemilik blog MINDAHARTAWAN. Segala penulisan,
idea dan cerita adalah hasil nukilan asli oleh
pengarang, melainkan bahagian-bahagian tertentu
yang ada dinyatakan diambil dari sumber lain.

Tidak dibenarkan mengulang cetak, mengedarkan


atau menjual naskhah ebook ini tanpa persetujuan
bertulis dari saudara Hafizal Ahlan.

Ebook ini diberikan secara percuma, dan haruslah


diambil (download) dari sumber asal di laman web
http://www.mindahartawan.com

Sebagai tanda penghargaan, anda boleh “Like”


fan page MINDAHARTAWAN atau add “Hafizal
Ahlan” di Facebook :)

Hakcipta Terpelihara Hafizal Ahlan 2011.

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 2


Sepatah Dua Kata Dari Pengarang

Artikel yang ditulis di dalam ebook ini ialah kisah benar yang
saya alami sendiri. Ramai yang mungkin merasakan mustahil
untuk menjadi kaya. Ramai juga yang sudah putus asa
berusaha untuk menjadi kaya.

Kisah yang ingin saya kongsikan ini berlaku kepada insan


biasa seperti saya.

Bahasa yang saya gunakan dalam artikel berikut adalah


“bahasa blog”, iaitu bahasa “sempoi” atau bersahaja yang
saya gunakan bila menulis di blog Minda Hartawan
(http://www.mindahartawan.com) Jadi, anda diingatkan
untuk tidak terganggu dengan gaya bahasa bersahaja yang
akan saya tampilkan dalam Ebook ini, sebaliknya fokus
kepada isi kandungan cerita saya untuk dijadikan panduan
jika difikirkan ada manfaatnya.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, kita sama-sama


mendapat kebaikan untuk diamalkan, insyaAllah.

Hafizal, September 2011.

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 3


Aku nak share ngan korang pasal pasif income. Sesekali
bincang pasal pasif income nii pun.. ok gak kan.. he he

Bukan apa kekawan.. aku ada sikit pengalaman.. macam


mana aku bole ada sikit pasif income.. dan alhamdulilah
setakad nii.. pasif income tuu.. lebih banyak berbanding
perbelanjaan aku..

Maksud aku macam nii.. katakan laa.. perbelanjaan aku


sebulan sekeluarga RM3000.. makan minum.. tipon..
sekolah anak-anak dan lain.-lain.. semua tuu.. aku perlukan
RM3000 sebulan.. tapi aku ada sumber income luar.. bukan
dari sumber gaji aku.. untuk tampung perbelanjaan tuu..

Jadi katakan laa.. aku kena buang kerja.. isteri aku kena
buang kerja.. Insyaallah ngan pasif income tadi.. aku masih
bole lagi hidup.. untuk tampung perbelanjaan kita orang
sekeluarga.. Insyaallah

Aku tak tahu.. samada apa yang aku nak share nii.. baik
atau tak untuk korang.. Cuma mana-mana yang baik tuu..
korang ambik laa.. dan mana-mana yang tak baik tuu..
korang letak tepi aa.. he he

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 4


PENGALAMAN AKU

Kekawan.. aku dah lebih 10 tahun terjebak ngan bisnes.. dan


hari nii.. baru aku tahu.. aku nii sorang yang pemalas
kekawan.. he he.. aku malas bekerja.. aku malas membaca..
Cuma yang aku suka.. main jee kekawan.. he he

Nasib baik laa profesion aku nii.. sorang juruukur nii.. lebih
kepada praktikal.. jumpa klien.. borak-borak.. minum-
minum.. tulis blog.. pergi site.. tuu jee.. kalo laa profesion
aku yang skima-skima macam akauntan.. lawyer.. mau aku
jemm broo. . he he

Tapi disebalik main-main aku tuu.. malas-malas aku tuu..


aku pun nak berjaya gak.. kalo tak bole jadi jutawan pun tak
pee.. kalo tak bole jadi doctor pun tak pee.. kalo tak bole
jadi glamour pun tak pee..

IMPIAN AKU

Impian aku kecik jee.. cuma aku nak.. aku nak ada sikit pasif
income.. dan pasif income yang sikit tadi tuu.. lebih banyak
berbanding dari perbelanjaan aku.. tuu dah cukup berjaya
bagi aku dah.. he he..

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 5


MAIN GAME CASHFLOW101

Pengalaman aku.. macam mana nak kaya.. cara malas gila


nii.. apa yang aku buat.. mula-mula tuu.. aku belasah main
game dulu.. aku main game CASHFLOW101.. yang
boardgame tuu.. masa mula-mula aku main game tuu..
ayooo.. terkial-kial broo.. orang lain expert jee.. aku lak
terkemut-kemut.. he he.. slow gila brooo..

Kat bawah nii game CASHFLOW101 yang aku main

Benda nii jadi terkial-kial sebab aku tak paham konsep


investment.. aku tak paham pasif income.. aku tak paham
capital gain.. aku pun tak paham apa yang aku nak carik
sebenarnya.. aku tak paham Buat akaunting.. macam-
macam laa lagi aku tak paham..

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 6


BACA BUKU INVESTMENT

Jadi nak blaja benda-benda nii.. terpaksa laa aku beli buku-
buku Si Robert Kiyosaki.. bukan aku suka membaca pun..
tapi game punya pasal.. mau tak mau.. kena baca gak broo..
bila baca buku tuu.. paham laa sikit-sikit bab investment nii..

Nii antara koleksi buku-buku yang aku ada

BACA.. MAIN.. TEST

Jadi nak test aku punya kepoweran.. he he.. kefahaman aku


pasal investment.. apa lagi.. aku test dalam game
CASHFLOW101 tuu.. maksud aku.. habis aku baca satu

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 7


buku.. pastu aku ajak kekawan main game CASHFLOW101
tuu.. aku ulang teknik nii banyak kali.. baca, main, test..
baca, main, test..

Best gak cara nii.. sebab bila main game nii.. baru aku tahu..
sejauh mana kefahaman aku dalam investment.. kekadang
tuu.. kalo gian main game nii.. aku layan sorang-sorang jee
broo kat opis.. he he..

AMBIK NOTA.. JANGAN TAK AMBIK


NOTA

Dan setiap kali aku berjaya main game nii.. aku akan ambik
note.. teknik aku berjaya tadi.. aku invest kat mana.. ? kat
hartanah.. kat saham dan lelain.. dan aku simpan dalam
buku kecik aku.. benda nii penting kekawan.. sebab nak
tengok trend kecenderungan kita

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 8


DENGAR CD ROBERT KIYOSAKI..
DENGAR CD AGAMA

Pastu selain tuu.. aku jugak beli CD-CD Si Robert.. maklum


laa aku nii kan suka kepoh-kepoh.. jumpa klien sini.. jumpa
klien sana.. bincang pasal tanah tanih.. jadi dari aku buang
masa je dalam perjalanan tuu.. ada baiknya aku layan CD Si
Robert.. kira kreta aku tak berjalan laa.. kalo tak dengar CD
Si Robert tuu.. he he

Cuma aku selingkan ngan CD ceramah agama.. dengar CD


Robert.. dengar CD agama.. dengar CD Robert… Dengar CD
agama.. aku ulang-ulang benda nii.. Ustaz yang paling aku
suka.. Ustaz Samsuri.. sebab ceramah Ustaz Samsuri banyak
hadis.. banyak tafsir Al Quran.. tuu yang aku suka tuu.. duit-
duit gak broo.. agama nak ada gak.. baru ada balance sikit…

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 9


Ni antara koleksi CD-CD yang aku ada

Bila aku dah mahir main game CASHFLOW101.. buku-buku


Robert pun aku dah khatam.. pastu dikuatkan lagi dengan
dengar CD Si Robert dan CD agama..

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 10


PANGGIL PASANGAN.. KIRA INCOME..
EXPENCES.. ASSET.. LIABLITY

Aku pun start laa.. panggil bini aku.. dok sesama.. kita
orang listkan.. kita orang punya income.. expences.. asset..
liability.. mula-mula tuu gayat gak broo.. sebab langsung tak
dee pasif income.. zero broo.. zero… he he

Nii contoh sheet yang kita orang gunakan

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 11


Pastu apa aku buat.. aku gunakan info income.. expenses..
asset.. liability.. yang keluarga aku punya sendiri.. aku kasi
hantam main dalam game CASHFLOW101 tadii.. dengan cara
test macam tuu.. baru aku tahu.. baru aku blaja.. samada
aku bole keluar RAT RACE kee tak..

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 12


TEST.. TEST.. TEST.. FINANCIAL
STATEMENT DALAM GAME
CASHFLOW101

Dan bila aku test.. aku dapati.. ehhh bole keluar kesannya
broo.. lagi senang kesannya nak keluar RAT RACE.. jadi baru
aku ada sikit konfiden laa.. kalo tak test macam nii.. kita tak
tahu broo.. akibat dia.. kita rasa tak yakin broo.. kita asyik
negative jee pada diri kita sendiri

JUMPA ORANG KAYA.. AJAK MAIN


GAME CASHFLOW101.. SEDUT ILMU
DIA ORANG

Ok lepas tuu lak.. mana-mana klien-klien aku.. yang power-


power tuu.. yang Dato.. yang Tan Sri… yang tuan haji.. yang
cerita pasal investment.. berdentum.. bergegar guruh di
langit tuu.. sampai aku bole koma.. dengar cara investment
dia orang.. mereka nii laa semua jadi mangsa aku

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 13


Apa aku buat.. aku ajak dia orang nii.. main game
CASHFLOW101.. aku pujuk dia orang.. mintak dia orang
luangkan sikit masa untuk aku.. ehhh main golf bole.. tak
kan laa main CASHFLOW101 tak bole kot.. tuu jee teknik..
nak sedut ilmu investment dia orang nii.. nak mintak dia
orang explain.. susah.. aku pun bukan paham pun.. jadi ajak
jee dia orang tuu main game CASHFLOW101.. habis cerita..
vakum semua ilmu dia orang.. he he

JANGAN MEMAIN.. CONTACT PUN BOLE


JADIKAN KORANG KAYA

Masa main game ngan orang kekaya nii laa.. aku blaja
banyak benda.. teknik investment dia orang.. sepak terajang
bisnes dia orang.. tapi kebanyakkan mereka yang aku
jumpa.. mereka kaya bukan sebab kebolehan mereka pun..
tapi kebanyakkan mereka.. sebab contact broo.. kenal orang
tuu.. kenal orang niii.. tuu jee.. nak kata dia orang power
buat investment.. tak dee pun.. kalo ada pun.. sikit sangat
laa..

Maksudnya.. ngan modal contact pun.. bole jadikan kita kaya


jugak tau.. he he

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 14


Jadi pada peringkat nii.. bila aku dah mahir main game
CASHFLOW101.. pastu khatam buku Robert Kiyosaki..
dengar CD Robert.. dengar CD agama.. pastu dah ada report
card.. yang tunjukkan financial statement aku.. pastu lak..
dah pun ada pengalaman.. sedut ilmu-ilmu orang kaya tadi..
konfiden tuu dah ada sikit

BELAJAR CARIK PELUANG.. BELAJAR


CARIK LUBANG

Baru laa.. aku blaja carik peluang broo.. kesannya tak laa
susah pun carik peluang nii.. simple.. amat laa simple broo..
tak susah pun broo.. kalo orang lain cakap.. lubang.. ada
lubang bisnes tak.. ada lubang bisnes tak.. nii laa benda dia

Apa aku buat.. aku ikut jee macam mana kad dalam game
Robert tuu.. kad Small Deal.. Big Deal tuu..

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 15


RAHSIA SEGALA INVESTMENT

Kesannya dalam apa-apa investment yang kita nak buat..


rahsia investment ialah.. nii dia

Korang mesti tahu harga peluang tuu? Pastu ROI (Return On


Investment peluang tadi) Pastu nilai peluang tadi.. bole jual
balik antara harga brapa dan brapa?

Pastu korang kena tahu.. downpayment yang korang kena?


Jumlah loan yang korang nak ambik? Dan paling mustahak..
pasif income yang korang dapat? Lagi tinggi pasif income
yang korang dapat.. lagi bagus investment tuu broo. Tip top
broo

Bukan susah benda nii.. korang akan paham.. bila korang


start main game CASHFLOW101 nanti

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 16


RAJIN SIKIT BUAT HOMEWORK..
UNTUK KIRA PELUANG

Jadi bila aku dah tahu rahsia investment.. apa aku buat.. aku
buat homework.. buat homework nii kena rajin sikit..

Pengalaman aku.. mula-mula tuu.. bila aku buat homework..


susah sangat nak dapat peluang yang ada positif cashflow..
asyik-asyik negetif jee.. tak pee laa.. aku layan jee.. negetif
negetif laa.. belasah jee.. asalkan buat homework

Tapi slow-slow.. aku latih diri aku.. hari-hari aku carik


peluang.. tengok peluang kat Mudah.my.. tengok kat Star
dan lain-lain.. pastu buat kira-kira.. satu hari.. aku kira
sekurang-kurangnya 20 peluang

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 17


Nii contoh sheet aku

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 18


BARU NAMPAK PELUANG

Dan alhamdulilah sekarang nii.. aku agak mahir dah kira


peluang.. dan salah satu teknik kira peluang.. macam mana
yang aku kira peluang keuntungan tanah.. kat dalam
posting-posting aku sebelum nii.. pasal beli tanah.. upgrade
tanah.. jual tanah..

Kalo peluang tuu baik.. pasif income cantik.. waktu tuu


modal ada.. aku pun rembat laa..

TAK DEE MODAL..KASI JV (JOINT


VENTURE) ATAU MAKAN KOMISEN

Tapi kalo peluang tuu biasa jee.. pasif income pun biasa jee..
apa lagi.. aku carik kekawan yang kekaya.. aku jual peluang
tuu.. aku ambik laa sikit komisen.. ataupun aku ajak
kekawan tadi.. joint venture (JV)

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 19


Bila JV nii.. modal keluar sesama.. bila jual lak peluang tadi..
untung bahagi sesama.. simple jee benda nii.. tak dee tipu-
tipu laa.. lurus jee benda nii

BARU NAMPAK HASIL

Setakat nii.. alhamdulillah sangat.. komisen yang aku dapat..


hasil jual peluang tadi.. dapat ciput-ciput tuu.. aku kumpul-
kumpul.. pastu aku sumbat kat gold.. tak pun sumbat kat
ASB pun bole gak

Nanti bila hujung tahun.. gold naik.. kita biarkan jee laa..
nilai gold tuu..

Maksud aku macam nii..

Harga gold terkini – harga gold masa korang beli dulu / 12


bulan = pasif income hasil gold

Bagi ASB lak. Katakan korang ada RM300K ASB… bini korang
pun ada RM300K.. jadi total ASB korang ada 600K.. jadi kalo
dividen dapat 7%..

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 20


Maksudnya 7/100 x 600K = dividen ASB yang korang dapat
setahun.. pastu / 12 bulan = pasif income hasil ASB

Kalo Tabung Haji pun sama.. Kalo korang nak pakai duit
tuu.. korang ambik laa.. kalo tak.. korang simpan jee dalam
tuu.. samada gold, Tabung Haji atau ASB tadi

Tuu lom lagi pasif income rumah sewa korang.. pasif income
bisnes kekecik korang.. pasif income tanah sewa korang..
pasif income ebook korang.. ehhh banyak lagi laa.. kayo
kayo

RAJIN SIKIT.. INSYAALLAH MESTI


JUMPA LUBANG

Percaya laa.. bila korang rajin sikit buat homework.. kira


peluang.. tak kisah laa peluang tuu baik kee tak.. korang
belasah jee..Insyaallah pengalaman aku.. pasti korang akan
jumpa.. peluang yang best broo

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 21


ULANG-ULANG-ULANG CARA NII

Ulang-ulang laa proses nii.. sampai korang keluar RAT


RACE.. sampai pasif income korang lebih banyak dari
perbelanjaan korang

Aku tak tahu laa.. samada apa yang aku share nii.. baik ke
tak untuk korang.. Cuma mana-mana yang baik tuu.. korang
ambik.. mana yang tak baik tuu.. korang letak tepi aaa..

Dan tak adil aku rasa.. untuk aku jual ilmu nii.. apa laa
sangat ilmu yang aku ada.. pengalaman yang aku ada..
rezeki yang aku ada.. berbanding Ilmu dan Rezeki Allah..
memadai laa kalo korang add aku HAFIZAL AHLAN kat
FACEBOOK korang.. tuu pun dah cukup bernilai bagi aku..

WAWASAN MINDAHARTAWAN.COM

Aku doa sangat.. mudah-mudah ngan aku share


pengalaman aku nii.. akan ramai lagi.. kekawan blog
mindahartawan.com akan bebas kewangan.. korang ada
pasif income.. yang pasif income korang lebih banyak
berbanding perbelanjaan.. best broo

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 22


NIKMAT BILA ADA PASIF INCOME
POWER

Nikmat broo.. pengalaman aku.. nikmat paling besar..


korang kerja tak pressure broo.. korang pergi kerja.. dari 8
sampai 6 petang.. umpama korang buang masa jee.. buat
geli-geli jee he he.. tak dee gaji pun tak pee.. sebab korang
dah ada pasif income.. kalo korang dapat gaji.. kira bonus
laa.. tak best kee macam tuu

Selain tuu.. mesti mak bapak mertua korang happy.. korang


pasti jadi menantu kesayangan dia orang broo.. sebab bila
dia orang tahu.. korang ada pasif income stabil.. tuu
bermaksud.. korang bole jaga anak mereka.. dan cucu-cucu
dia orang ngan selamat.. tak best kee broo

Bukan tuu jee.. mak bapak korang.. pihak surau.. pihak


masjid.. pihak sekolah.. semua happy ngan korang.. sebab
bila dia orang nak minta derma.. ngan selamba jee.. korang
bole bagi.. sebab korang ada pasif income..

Bab bayar rumah.. bayar kreta.. bayar bil.. jangan cakap


laa.. semua kaw tim broo.. Insyaallah

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 23


TAK KISAH.. BUDAK UPSR.. PMR..
SPM.. PhD.. SEMUA BOLE KAYA

Korang perasan tak.. teknik yang aku share nii.. tak tengok
pun qualification korang.. sijil korang UPSR kee.. korang SPM
kee.. korang doctor kee.. tak kisah.. yang penting.. main
sikit.. usaha rajin sikit jee broo..

MINTAK TOLONG

Aku happy sangat.. kalo laa info nii baik untuk korang..
berguna untuk korang.. bagus untuk kekawan FACEBOOK @
TWITTER korang.. aku seronok sangat.. kalo bole.. korang..
ajak isteri korang dan ajak kekawan korang yang lain gak..
mak long.. angah.. acik.. kira semua laa.. kalo bole.. korang
klik LIKE.. klik SHARE.. button kat bawah nii.. he he

Pastu jangan lupa.. add aku.. HAFIZAL AHLAN sebagai kawan


FACEBOOK korang.. semua tuu sebagai tanda sokongan
korang pada mindahartawan.com.. he he.. Sapa laa aku
yang kerdil nii.. tanpa sokongan korang

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 24


Kalo laa orang lain.. bole ada pasif income.. pasif income dia
orang lebih banyak dari perbelanjaan dia orang.. korang
rasa.. korang bole buat tak? Korang fikir-fikirkan.. renung-
renungkan..

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

http://www.mindahartawan.com

http://www.mindahartawan.com – Tips Sempoi Mahu Jadi Kaya 25

Anda mungkin juga menyukai