Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN

TAMAN DESA JAYA

JALAN DANAU 32, TAMAN DESA JAYA

81100, JOHOR BAHRU

JOHOR

KERTAS KERJA

LAWATAN MUHIBBAH GURU SAMBIL MELAWAT

ANJURAN:

KELAB GURU DAN STAF (KEGAS) SK TAMAN DESA JAYA

TARIKH:

7,8 DAN 9 NOVEMBER 2019

DESTINASI:

CAMERON HIGHLAND, PAHANG DARUL MAKMUR


LAWATAN MUHIBBAH GURU SAMBIL MELAWAT

1.0. PENGENALAN

Lawatan Muhibbah ini merupakan salah satu aktiviti Kelab Guru Dan Staf (KEGAS)
SK Taman Desa Jaya bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan antara warga
SKTDJ. Ini kerana institusi kekeluargaan adalah saluran asas dalam pembentukan
sikap, nilai murni dan integrity seseorang individu dalam melahirkan sebuah
organisasi yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Lawatan Muhibbah ini juga
salah satu cara untuk menyatukan dan mengeratkan kerjasama antara warga
SKTDJ. Secara tidak langsung aktivtiti ini dapat menghasilkan platform semangat
setiakawan dan Muhibbah antara warga SKTDJ.

2.0 OBJEKTIF

1. Memberi ruang kepada warga SKTDJ melakukan aktiviti bersama

2. Sebagai ruang untuk saling kenal mengenali dan mengeratkan hubungan

Silaturahim di kalangan warga SKTDJ.

3. menyemarakkan semangat kerja berpasukan, hormat menghormati dan

menanam nilai-nilai murni di kalangan warga SKTDJ.

3.0 TEMPAT DAN TARIKH

Tempat : Cameron Highland, Pahang

Tarikh : 7,8 dan 9 November 2019

4.0 SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah dikalangan guru, staf dan ahli keluarga

5.0 JUMLAH PESERTA

38 orang

6.0 PENGISIAN

Antara tempat yang akan dilawati

1. Barat Tea
2. Lavender Cameron
3. Ladang Anggur
4. Boh Tea Centre
5. Muzium 3D
6. MARDI
7. Pasar Tani
8. Ladang Strawbery (KHM)
9. Lata Iskandar

7.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh /Hari Masa Tempat /Aktiviti


7/11/2019 9.00 malam Berkumpul di Dewan Sri Jaya SKTDJ
Khamis 10.00 malam Bertolak ke Cameron Highland, Pahang
Solat subuh di RnR Tapah
6.00 pagi
Sarapan di Barat Tea, Cameron
8.00 pagi
Melawat lavender Cameron
9.00 pagi
Melawat Ladang Anggur
11.00 pagi
Melawat Tea Boh Centre
8/11/2019 1.00 petang
Melawat Muzium 3D
Jumaat 3.00 petang
Check in Jasmine Hotel, Berinchang
5.00 petang
Berkunjung ke Pasar Malam Berinchang/makan
6.00 petang
malam
Istirehat /aktiviti sendiri
8.00 malam
7.00 pagi
8.00 pagi
10.00 pagi
12.00 tengah hari
Check out
Sarapan pagi di Nasi Lemak Abang Strawbery
2.00 petang
Melawat MARDI
3.00 petang
9/11/2019 Berkunjung ke Pasar Tani/makan tengah hari/solat
Sabtu Melawat Ladang Strawbery
11.00 malam
Bertolak pulang ke Johor Bahru/singgah di Lata
Iskandar
Dijangka tiba di SKTDJ
8.0 KEWANGAN
Anggaran Perbelanjaan

Sewa bas untuk 3 hari 2 malam RM 3800.00

Penginapan untuk 2 hari 1 malam RM 2093.60

Jumlah RM 5893.60

9.0 PENUTUP
Lawatan ini diharapkan dapat mencapai matlamat dan objektifnya seterusnya
dapat menjadikan warga SKTDJ yang profesional dan berdedikasi. Ini semua dapat
dicapai sekiranya dapat kerjasama dari semua pihak yang dengan ikhlas
memberikan kerjasama. Insya Allah.

Disediakan Oleh:

………………………………..
En.Nazli Bin Mahmood
Penyelaras Lawatan KEGAS

Disokong Oleh:

………………………………..
Pn.Junaidah Bt Ibrahim
Pengerusi KEGAS

Disahkan Oleh:

……………………………….
Pn. Hamidah Bt Maarof
Guru Besar
SK Taman Desa Jaya

Anda mungkin juga menyukai