Anda di halaman 1dari 2

FAHAMI LABEL SAMPUL UBAT

Sebagai pengguna anda perlu membaca label ubat sebelum mengambil ubat seperti yang diarahkan.
Penggunaan ubat yang betul mengikut arahan doktor dan nasihat ahli farmasi adalah penting bagi
mendapatkan rawatan yang berkesan dan selamat. Label sampul ubat mengandungi maklumat
penting berkenaan pengambilan ubat dengan betul dan selamat. Oleh itu, adalah penting untuk
membaca dan memahami label sampul ubat bagi mengelakkan kesilapan pengambilan ubat-ubatan.

Maklumat yang perlu ada pada label sampul ubat

Kesilapan dalam pengambilan ubat-ubatan boleh dielakkan jika label ubat dibaca dengan teliti dan
difahami.

Secara umumnya, berikut adalah maklumat yang ada pada sampul ubat;

Nama dan alamat pihak pembekal atau penjual (klinik atau farmasi)

Nama penuh ubat / Nama bahan aktif ubat

Nama pesakit

Tarikh ubat dibekal atau dijual

Nombor rujukan pesakit pada buku rekod

Arahan/cara pengambilan ubat yang lengkap

Label “UBAT TERKAWAL/CONTROLLED MEDICINE” (untuk ubat terkawal sahaja)

su perbezaan nama jenama dan nama generik

Pengguna digalakkan mengetahui nama generik ubat dan bukannya nama dagangan ubat untuk
mengelakkan kekeliruan. Namun masih ramai yang tidak faham dan keliru dengan nama sebenar
sesuatu ubat itu.

Nama penuh ubat atau dikenali dengan nama generik ubat adalah nama kimia atau nama bahan
aktif ubat tersebut serta digunapakai di seluruh dunia. Sebagai contoh ‘Paracetamol’ adalah nama
generik ubat, nama dagangan/jenama pula adalah nama yang diberi oleh syarikat pengeluar atau
pengilang ubat dan ia berbeza daripada satu pengeluar ke satu pengeluar yang lain.

Hak untuk mengetahui nama generik ubat


Pengguna mempunyai hak untuk mengetahui nama generik ubat yang diambil atau dibekalkan. Jika
anda menerima sampul ubat dengan tertulis nama ubat seperti ubat demam,ubat batuk, ubat
selesema, ubat tahan sakit atau ubat sakit sendi dan pelbagai lagi, anda berhak untuk meminta agar
nama ubat tersebut ditulis dalam nama generik atau bahan aktif ubat tersebut. Pengguna berhak
mengetahui nama ubat yang diambil.

Cara Pengambilan Ubat

Ubat perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ubat-ubatan terhadap
sesuatu simptom/penyakit. Ini juga dapat mengelakkan kesan yang tidak diingini. Pengambilan ubat
yang betul adalah mengikut arahan yang diberikan pada label sampul ubat.

Justeru itu, arahan cara pengambilan ubat merupakan satu perkara penting yang terdapat pada label
sampul ubat. Setiap kali pengguna ingin mengambil ubat, baca dan fahami arahan mengambilan
ubat. Arahan pengambilan pada sampul ubat menerangkan kekerapan dan selang masa yang sesuai
untuk mengambil ubat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai