Anda di halaman 1dari 2

Bagi melahirkan modal insan berkualiti tinggi, berkemahiran, berpengetahuan, kreatif

dan inovatif, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat
tersebut. Bincangkan.

Bagi melahirkan modal insan berkualiti tinggi, berkemahiran, berpengetahuan, kreatif


dan inovatif, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat
tersebut.

Langkah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi adalah memperluas
akses kepada pendidikan berkualiti. Kerajaan memperuntukkan dana yang banyak dalam
memastikan bidang pendidikan dapat melahirkan modal insan berkualiti. Misalnya sebanyak
RM 6.3 bilion disediakan untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan, dan peralatan
serta mermatabatkan profesion guru. Pelbagai bantuan disalurkan kepada pihak sekolah bagi
memastikan bidang pendidikan dapat terus dipertingkatkan. Sebagai contohnya, yuran
persekolahan juga telah dimansuhkan dan para pelajar juga akan diberi sebanyak RM 100
bagi pelajar sekolah Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 5 untuk membeli buku-buku rujukan.

Langkah seterusnya untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi adalah
memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah. Dalam memantapkan bidang
pendidikan pihak kerajaan telah merancang untuk memperkasakan profesion perguruan ke
peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contohnya, kerajaan menyediakan biasiswa bagi guru-
guru yang melanjutkan pelajaran dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran modal
insan guru-guru. Kerajaan juga berusaha untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Kerajaan telah mengambil 375 orang
guru penutur jati dari United Kingdom dan Australia untuk mempertingkat pengajaran bahasa
Inggeris di sekolah.

Langkah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi ialah


mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Kerajaan telah memberi
penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional seperti yang dilaksanakan di negara-
negara maju. Sebagai contohnya, dengan mewujudkan sekolah teknik dan vokasional di
setiap negeri seperti Kolej Vokasional Kuching di Sarawak dan Kolej Vokasional Shah Alam
di Selangor. Di negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional menjadi antara pilihan
utama pelajar kerana pendidikan tersebut menyediakan prospek kerjaya yang baik. Misalnya,
Jabatan Pembangunan Kemahiran akan mengeluarkan sijil-sijil yang diiktiraf bagi
kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi pengajian tinggi.

Langkah berikutnya adalah mempergiat program latihan dan kemahiran.


Meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal selaras dengan
keperluan pasaran. Sebagai contohnya, kerajaan menyediakan dana bagi mempergiat
“Program Industrial Skill Enchancement” di Pusat Latihan Kemahiran Negeri bagi
meningkatkan kemahiran graduan dan pekerja. Graduan jurusan lain juga digalakkan untuk
mengembangkan kompetensi dan keboleh pasaran. Misalnya,melalui Program Pentauliahan
Profesional, Pembangunan Sukan, keusahawanan, Skim Pengurusan Keboleh pasaran
Siswazah, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Langkah akhir dalam melahirkan modal insan yang berkualiti adalah memperkasa
pengajian tinggi. Menambah peratusan staf akedemik berkelulusan PhD. Sebagai contohnya,
penambahan staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 % bagi universiti penyelidikan
dan 60 % bagi IPTA yang lain. Para pensyarah juga berpeluang menikmati kenaikan pangkat.
Misalnya, kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II, dan I
serta dianugerahkan sebagai Profesor Ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk melahirkan modal


insan berkualiti tinggi supaya dapat merealisasikan aspirasi negara.

Anda mungkin juga menyukai