Anda di halaman 1dari 52

Resepi

Makanan
BOOSTER
Resepi Booster
MAKANAN & MINUMAN YANG AKAN
MENINGKATKAN MOOD ASMARA

DITULIS OLEH :

MTS
Dilarang menyalin, meniru, menjual semula seluruh
isi ebook ini tanpa izin dari penulis.
KANDUNGAN
Isi

01 Resepi - Masalah Cepat Ejakulasi


02 Resepi - Mudah Letih & Lesu
03 Resepi - Air Mani Cair
04 Resepi - Lambat Mengandung
05 Resepi - Faraj Kering
06 Resepi - Buah Dada Kecil
07 Resepi - Penat & Tak Bernafsu
08 Resepi - Zakar Lembik
09 Resepi - Basah & berlendir
KANDUNGAN
Isi

10 Resepi - Loose
11 Petua - Lambat Klimaks
12 Resepi - Panik
13 Petua - Mulut Berbau
14 Petiua- Badan Berbau
15 Resepi - Cepat Letih
16 Resepi - Gementar
17 Makanan Yang Merosakkan Keghairahan
EAT
sexy
Yourself
Punya rasa cinta yang menggebu, bersemangat dan
ekspresi seksual dengan suami adalah sebahagian cara
hidup yang sihat. Namun kami yakin dan percaya ramai
antara kita bergelut dengan diri sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan sebab terjadinya lesu


dalam perkahwinan antaranya tekanan yang berterusan,
keletihan mental & fizikal, kemurungan, keresahan,
trauma dulu, tubuh yang cepat letih dan banyak lagi.

Peranan sebagai ibu pula membuatkan kita susah untuk


mengekspresikan diri. Mungkin kerana masalah
kesihatan, perubahan hormon, kurang merawat diri dan
tidak menjadikan diri kita sendiri sebagai keutamaan
membuatkan keinginan seksual kita tiba-tiba saja mati.

Antara masalah yang selalu berlaku dalam hubungan


seks adalah bila faraj kering, suami cepat pancut, kurang
rasa ghairah, tak subur, lambat klimaks dan lain-lain.

resepi booster asmara 1


Jika kita mengalami masalah-masalah ketika melakukan
hubungan seks seperti hilang mood, mudah kepenatan atau
nafsu terbang hilang entah kemana, maka inilah bacaan
yang paling sesuai.

Jadi kami sediakan petua-petua dari bahan yang mudah


didapati, tidak pula perlu berbelanja besar dan
kebanyakannya hanya menggunakan bahan masakan
seharian yang sangat mudah didapati. InsyaAllah akan
mengembalikan semula semangat cinta dan seksual kita
untuk bersama suami.

Selamat mencuba!

resepi booster asmara 2


Suami Cepat Pancut
Antara masalah utama para suami zaman sekarang
adalah cepat ejakulasi. Situasi ini bukan saja kerapkali
membuatkan para isteri kecewa tapi suami juga malu
kerana gagal memuaskan isteri.

Apa puncanya? Kadangkala suhu bilik memainkan


peranan. Suhu yang terlalu sejuk boleh buatkan suami
cepat pancut. Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat
seperti merokok, suka pada minuman seju dan tidak
pandai mengawal permainan seks juga boleh menjadi
punca.

resepi booster asmara 3


RESIPI 1

BAHAN:
1 sudu kecil serbuk buah buah pelaga
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
10 biji kurma dibuang biji
(dilumatkan)
1 sudu besar madu

Gaul semua bahan. Gentelkan menjadi bebola


kecil. Sukatan ini boleh dapat dalam 15-20 biji
bebola kecil. Jika terlalu lembik, tambah kurma
1-2 biji. Jika sukakan pedas, tambah 1 sudu
kecil serbuk lada hitam lagi.

Makan 3 biji 1 JAM SEBELUM melakukan seks.

resepi booster asmara 4


RESIPI 2

BAHAN:
5 biji cengkih
1 sudu besar madu
1 inci halia
1 cawan air panas

Rendam cengkih dan halia di dalam


air panas selama 10 minit. Tambah
madu. Minum SETIAP PAGI.

resepi booster asmara 5


mudah letih & lesu
Punca keletihan wanita biasanya disebabkan
urusan seharian di rumah atau tempat kerja.
Gangguan emosi juga boleh buatkan badan
terasa letih tak bermaya. Dibawah kami sediakan
antara resipi yang boleh dicuba.

6
BAHAN:
Madu asli 250 gram
Kayu manis 3 batang (patahkan)
Halia 2 ketul besar (dihiris)
Bunga cengkih 8 biji
Limau nipis 2 biji (dihiris)

Basuh bersih semua bahan, masukkan ke dalam


balang berisi madu.

Makan1 sudu besar setiap malam.

resepi booster asmara 7


air mani cair
Air mani cair ada banyak faktor.
Oligospermia (kurang sperma), kerap melancap,
obese dan peningkatan umur. Cuba
petua dan resipi di bawah ya.

PETUA:
Amalkan makan 1 biji bawang merah
sebagai ulam SETIAP HARI.

resepi booster asmara 8


BAHAN:

500g kacang kuda (direbus)


1 genggam daun kari
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil serbuk kari ikan
1 sudu besar minyak sapi
3 ulas bawang putih

Tumis bawang putih dalam minyak sapi


hingga naik bau. Masukkan daun kari, serbuk
kari dan biji sawi. Tumis sebentar.
Kemudian masukkan kacang kuda. Gaul rata.

Beri suami makan SETIAP HARI hingga nampak


perubahan dalam kadar kepekatan air mani.

resepi booster asmara 9


lambat mengandung
Pertama, usaha. Kedua, doa. Ketiga, tawakkal.
Antara usaha yang boleh dibuat adalah cuba
resipi ni ya.

resepi booster asmara 10


BAHAN:

Telur ayam kampung 3 biji


Susu lembu 1 gelas
Madu lebah 3 sudu besar
Bunga cengkih 2 biji

Panaskan susu. Jangan hingga mendidih.


Masukkan bunga cengkih dan madu. Pecahkan
telur ke dalam susu. Kacau hingga sebati.

Minum2 jam sebelum berhubungan seks.

resepi booster asmara 11


faraj kering
Faraj kering biasanya disebabkan
perubahan hormon samada sewaktu
mengandung atau selepas bersalin.
Tanpa rangsangan dengan foreplay
pun buatkan faraj kering.

Cuba petua ini.


Amalkan makan tembikai
SETIAP HARI kerana
tembikai memperbaiki aliran
darah ke faraj. Kata mudahnya,
anda akan cepat terangsang
dan basah waktu sesi foreplay.

resepi booster asmara 12


BAHAN:

Cengkih 2 biji
Kayu manis 1 batang kecil
Lemon 1/4 biji
Bunga telang 4 kuntum
Madu 2 sudu besar
Air 1 teko kecil

Panaskan air 1 teko kecil kecil di dalam periuk.


Masukkan bahan-bahan di atas kecuali lemon.
Apabila mendidih, tuang ke dalam teko. Perah
lemon.

Minum 1/2 jam sebelum berhubungan seks.

resepi booster asmara 13


Buah DADA KECIL

Buah dada kecil atau besar


adalah genetik. Tapi anda
boleh cuba resipi ini untuk
merangsang aliran darah ke
tisu-tisu di sekitar buah dada.
Cuba amalkan selama sebulan
dan lihat hasilnya.

resepi booster asmara 14


BAHAN:

1 sudu kecil halba


1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar madu
1 cawan air panas

CARA PENYEDIAAN:
Rendam halba dan jintan manis di dalam
cawan berisi air panas selama 10 minit.
Tapis, tambah madu dan minum.

CARA MINUM:
Minum SETIAP MALAM sebelum
tidur.

resepi booster asmara 15


penat lalu
tak bernafsu
Ada banyak sebab kenapa isteri atau suami
hilang nafsu apabila mahu melakukan hubungan
seks. Biasanya adalah disebabkan
keletihan, gangguan emosi dan
fikiran. Jadi apa cara mengatasinya?

resepi booster asmara 16


RESIPI 1

BAHAN:
1 sudu kecil jintan putih (ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 sudu besar madu

Bahan-bahan tersebut digaul hingga sebati.

Makan 30 MINIT SEBELUM melakukan seks.

resepi booster asmara 17


RESIPI 2 (UNTUK SUAMI & ISTERI)

BAHAN:

2 sudu besar serbuk coklat tulen


(dark chocolate 70% minimum)

½ sudu kecil serbuk cayenne

½ sudu kecil serbuk kayu manis


(boleh guna ceylon)

½ sudu kecil serbuk halia


(atau halia 1 inci ditumbuk)

2 biji bunga cengkih

½ cawan susu segar/kotak biasa

1 sudu besar pemanis


(gula perang atau madu asli)
Air 2 cawan

resepi booster asmara 18


Masak semua bahan di atas (kecuali susu,
pemanis dan ekstrak vanila) dengan air dalam
periuk kecil.

Kacau rata-rata. Dah mendidih, tutup api,


masukkan susu dan pemanis. Kacau hingga larut
semua bahan.

Minum 30 MINIT SEBELUM melakukan seks.

resepi booster asmara 19


zakar lembik
Kenapa zakar lembik? Boleh jadi kerana
kurang aliran darah ke zakar, gangguan
emosi dan kurang terangsang.

PETUA 1:

Makan pisang SEBIJI SEHARI.


Pilih pisang yang banyak bintik
hitam di kulitnya kerana pisang
jenis ini adalah pisang matang
yang lebih berkualiti.

PETUA 2:

Amalkan makan 1 sudu besar


madu dan 7
biji lada sulah SETIAP HARI.

resepi booster asmara 20


RESIPI:

BAHAN:
1 biji pisang
2 biji kurma
1 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil habbatussauda (jintan
hitam)
1 cawan susu segar

CARA PENYEDIAAN:
Kisar pisang, kurma, habbatussauda,
susu dan gula bersama. Jadikan smoothie.

CARA MINUM:
Minum 1 JAM SEBELUM melakukan seks.

resepi booster asmara 21


baSAH BERLENDIR
Faraj berlendir biasanya disebabkan keputihan
yang tak terkawal. Keputihan terjadi apabila kulat
candida menyerang faraj hingga menyebabkan
keputihan terlampau. Tetapi faraj juga akan
berlendir apabila tibanya hari subur seorang
wanita. Lendir yang keluar pada hari subur
berbeza warna dan tekstur berbanding lendir
disebabkan keputihan. Lendir keputihan
lebih pekat dan berbau.

PETUA:
Sapu yogurt di faraj
10 MINIT SEBELUM
MANDI. Kemudian bilas
bersih. Amalkan juga makan
yogurt setiap pagi.

resepi booster asmara 22


BAHAN:
1 biji buah manjakani
5 biji bunga cengkih
5 helai daun sireh
1.5 liter air (1 cerek air)

CARA PENYEDIAAN:
Rebus bahan-bahan selama 30 minit.

CARA MINUM:
Amalkan minum 1 gelas air rebusan SETIAP
PAGI. Berhenti apabila faraj sudah kembali
normal.

resepi booster asmara 23


LOOSE
Itu normal. Selepas bersalin, dinding faraj
mengambil masa untuk pulih dan rapat seperti
biasa. Tetapi, bergantung kepada gaya hidup
seharian juga. Ini antara resipi yang boleh anda
cuba.

resepi booster asmara 24


BAHAN:
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar madu
1 cawan air rebusan sebiji manjakani

Untuk air rebusan manjakani, rebus sebiji buah


manjakani di dalam 1.5 liter air selama 15 minit.

Kemudian, cedok air rebusan manjakani


dalam sukatan secawan untuk resipi ini.

Seterusnya, rendam jintan manis di dalam air


rebusan manjakani selama 10 minit. Tapis,
tambah madu, dan minum.

Amalkan 30 MINIT SEBELUM melakukan seks.


Berhenti apabila faraj sudah rapat kembali.

resepi booster asmara 25


LAMBAT KLIMAKS
Mungkin kurang foreplay dan kurang
rangsangan di titik-titik ghairah. Boleh jadi juga
kerana badan dah terlalu penat. Cuba petua
dan resipi ini ya.

PETUA:
Makan sup bayam hijau setiap hari. Tambah
sedikit lada hitam untuk memanaskan badan
dan lancarkan aliran darah.

resepi booster asmara 26


BAHAN:

1 biji lobak merah


1/2 batang saderi
2 keping potongan nenas
1 biji pisang
1.5 cawan susu segar

Masukkan semua bahan (kecuali pisang)


ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
Kemudian masukkan pisang yang dipotong
kecil ke dalam pengisar. Kisar sekali lagi
hingga lumat pisang yang dimasukkan tadi.

CARA MINUM:
Minum SETIAP PAGI sebelum sarapan.

resepi booster asmara 27


PANIK
Mungkin anxiety attack. Pernah ada trauma sakit
ketika melakukan seks sebelum ini? Resipi dan
petua di bawah mungkin membantu.

PETUA:
Kunyah jintan manis 30 MINIT SEBELUM
melakukan seks. Jintan manis berfungsi memberi
rasa tenang kepada otak.

resepi booster asmara 28


BAHAN:

1 uncang teh chamomile


(boleh beli apa saja jenama di pasaran)
1/2 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar madu

Rendam teh chamomile dan jintan manis di


dalam 1 cawan air panas selama 10 minit. Tapis
dan tambah madu.

Minum 30 MINIT SEBELUM melakukan seks.

resepi booster asmara 29


MULUT BERBAU
Jangan hairan ya. Lelaki yang merokok bukan
saja mulut berbau busuk. Badan pun busuk.
Kalau dia susah nak berhenti merokok, apa kata
sebelum buat seks, amalkan petua ni.

PETUA 1:
Kunyah daun pudina segar 30 MINIT SEBELUM
melakukan hubungan seks.

PETUA 2
Kumur mulut dengan air garam. Kemudian
kunyah cengkih untuk mewangikan mulut.
Amalkan SETIAP PAGI. Bau busuk rokok akan
kurang melekat dalam mulutnya.

resepi booster asmara 30


BADAN BERBAU
Ya, masalah utama orang berbadan besar
adalah badan berbau. Jangan risau. Selain
gunakan deodorant, amalkan saja petua Ini.

PETUA 1
Potong lemon atau limau nipis, gosok ke
ketiak SETIAP PAGI.

PETUA 2:
Bancuh 1 sudu besar baking soda dalam 1
sudu kecil air putih. Bancuh hingga jadi pes.
Sapu ke ketiak SETIAP MALAM.

resepi booster asmara 31


CEPAT LETIH
Penat dengan urusan harian? Atau badan tak
flexible untuk pelbagai posisi? Selain bersenam
dan buat stretching untuk improve stamina
badan, cuba resipi ini ya.

resepi booster asmara 32


BAHAN:
Ubi bit kecil 1 biji
Lemon 1/2 biji
Air 1 cawan

CARA PENYEDIAAN:
Kupas ubi bit, basuh bersih dan potong kecil-
kecil. Masukkan dalam pengisar bersama air 1
cawan. Kisar hingga menjadi smoothie. Tuang ke
dalam cawan. Perah lemon dan kacau hingga
sebati. Masukkan beberapa kiub ais jika suka
smoothie sejuk.

CARA MINUM:
Minum waktu pagi SEBELUM SARAPAN.

resepi booster asmara 33


GEMENTAR
Perasaan ini normal. Jangan risau, cuba minum
segelas teh halia untuk relakskan badan ya. Cara
buat dia ikut resipi di bawah.

resepi booster asmara 34


BAHAN :

1inci halia
2 biji buah pelaga
1 uncang teh hitam
1 sudu besar madu

Rendam uncang teh, halia dan buah pelaga


dalam 2 cawan air panas selama 10 minit.

CARA MINUM:
Minum 30 MINIT SEBELUM melakukan hubungan
seks.

resepi booster asmara 35


8 MAKANAN
MEROSAKKAN
KEGHAIRAHAN

resepi booster asmara 36


Daging Merah
FAKTA:
Permintaan tinggi menyebabkan
haiwan-haiwan disuntik hormon tumbesaran dan
proses ternakan secara semulajadi mula
diabaikan demi keuntungan tinggi.

RISIKO:
Kestabilan hormon badan terganggu dan badan
mudah mendapat penyakit berkaitan pembuluh
darah.

KESAN:
Salur darah tersumbat, menyebabkan gangguan
aliran darah ke alat sulit, seterusnya buatkan
alat sulit kurang terangsang.Badan juga berbau
busuk kerana kandungan sulfur yang tinggi di
dalam daging merah. Ubatan yang bersisa dalam
daging menyebabkan gangguan hormon.

resepi booster asmara 37


Cheese
FAKTA:
Kebanyakan cheese yang
ada di pasaran diperbuat
dari susu lembu yang
dah disuntik dengan pelbagai
jenis hormon sintetik.

RISIKO:
Hormon ini boleh mengganggu kestabilan hormon
badan yang mengakibatkan gangguan kepada
hormon estrogen dan testosteron.

KESAN:
Payudara lelaki membesar seperti wanita.
Ketakstabilan hormon merosakkan kesuburan.
Mulut berbau busuk dan masam.

resepi booster asmara 38


Coklat
FAKTA:
Coklat yang baik adalah coklat dengan 70%
kandungan minima coklat tulen. Coklat begini
biasanya rasanya lebih pahit kerana ia diproses
tanpa gula atau lemak sayuran. Coklat jenis ini
sangat bagus untuk meningkatkan kadar hormon
endorfin (hormon gembira) dan libido suami
isteri.

RISIKO:
Coklat campuran ada risiko menggemukkan dan
mengganggu keseimbangan kimia dalam otak.

resepi booster asmara 39


KESAN:
Kadar gula tinggi menyebabkan penyakit kencing
manis. Rata-rata lelaki atau wanita yang
mengidap penyakit kencing manis mengalami
mati pucuk/putik.

Kegemukan menyebabkan suami/isteri kurang


stamina dan tak mampu mempelbagaikan posisi
yang menyeronokkan.Gangguan kimia dalam otak
menyebabkan suami/isteri jadi moody.

resepi booster asmara 40


Makanan Proses
FAKTA:
Kebanyakan makanan proses, contohnya tepung
gandum berwarna putih telah melalui proses
bleaching dan refining yang dah pun
menghilangkan 3/4 mineral zink.

RISIKO:
Tepung gandum proses meningkatkan kadar
insulin dalam darah, dan boleh merosakkan
pankreas.

KESAN:
Gangguan pada paras insulin menyebabkan
kencing manis. Rata-rata lelaki atau wanita yang
mengidap penyakit kencing manis mengalami
mati pucuk/putik.Penyakit 3 serangkai (jantung,
kencing manis, darah tinggi) boleh berlaku.

resepi booster asmara 41


Aie Berkarbonat
FAKTA:
Kebanyakan air berkarbonat
mempunyai pemanis sintetik
iaitu aspartame yang
menyebabkan gangguan kepada
kestabilan hormon serotonin.

RISIKO:
Gangguan kimia pada otak.

KESAN:
Moody. Sukar rasa bahagia dan
gembira.Kegemukan melampau.Kadar gula tinggi
menyebabkan penyakit kencing manis. Rata-rata
lelaki atau wanita yang mengidap penyakit
kencing manis mengalami mati pucuk/putik.

resepi booster asmara 42


Kacang
Soya
FAKTA:
Soya mengandungi
estrogen semulajadi. Tapi
soya di pasaran dunia sekarang
kebanyakannya berasal dari benih
GMO (benih yang diubahsuai).

RISIKO:
Tumbuhan GMO memberi kesan kepada
kesihatan tubuh badan manusia, termasuklah
mengganggu kesuburan dan kestabilan hormon
testosteron lelaki. Soya yang tinggi estrogen
mengganggu keseimbangan tumbesaran aset
wanita.

resepi booster asmara 43


KESAN:
Bagi lelaki, nafsu merundum dan zakar akan
sukar menegang.Bagi wanita, gangguan pada
kitaran haid dan pembesaran tisu payudara dan
punggung.

Risiko cyst/endometriosis menjadi makin teruk


boleh berlaku.

resepi booster asmara 44


gula
FAKTA:
Gula di pasaran kebanyakannya adalah gula
proses. Gula tebu yang diproses sangat bahaya
jika diambil berlebihan.Makan mengikut kadar
yang disarankan.

RISIKO:
Mengganggu keseimbangan hormon insulin.

KESAN:
Hormon insulin yang meningkat ni menyebabkan
lemak tebal di bahagian perut dan kencing
manis.

Bagi wanita, keputihan menjadi makin teruk.


Boleh mengganggu keseronokan hubungan seks.

resepi booster asmara 45


Sayuran
Cruciferous
FAKTA:
Sayuran cruciferous ini terdiri dari sayuran
keluarga Brassicaceae. Antaranya kobis, brokoli,
kobis bunga, kobis ungu, kale dan lobak putih.

RISIKO:
Sayuran cruciferous mengandungi raffinose dan
sulfur yang tinggi. Raffinose adalah sejenis gula
yang tidak boleh dihadamkan oleh usus. Sulfur
pula antara bahan kimia yang biasa terdapat
dalam bawang yang menyebabkan bau busuk.

KESAN:
Perut berangin dan sentiasa ingin kentut.Air
mani, air kencing, air mazi, nafas dan badan
berbau busuk.

resepi booster asmara 46


resepi booster asmara 47

Anda mungkin juga menyukai