Anda di halaman 1dari 3

BAB 7: NILAI MASA WANG

1. Berikan definisi nilai masa wang (2 markah)

2. Nyatakan 4 kepentingan nilai masa wang dalam kewangan. (2 markah)

3. Terangkan dengan ringkas hubungan antara nilai depan dan nilai kini dengan konsep
kompaun dan diskaun. (3 markah)

4. Nyatakan 2 perbezaan antara konsep pengkompaunan dan pendiskaunan.


(2 markah)

5. Lukis garis masa bagi menggambarkan situasi di bawah:

a) Simpanan hari ini sebanyak RM1,000 dengan kadar 10% setahun selama 5
tahun (2 markah)
b) Simpanan RM100 pada 1 Januari 2007 selama 4 tahun dengan kadar 5%
setahun (2 markah)
c) Ali melabur sebanyak RM320 pada setiap hujung tahun selama 5 tahun dengan
kadar keuntungan sebanyak 8% setahun (2 markah)
d) Berapakah yang patut dilabur oleh Ali pada setiap awal tahun 1, awal tahun 2
dan awal tahun 3 supaya membolehkannya memperolehi sebanyak RM90,000
pada akhir tahun 3 jika kadar keuntungan ialah 6% setahun? (2 markah)

6. Definisikan perkara-perkara berikut: (5 markah)


a. Nilai kini
b. Nilai depan
c. Anuiti biasa
d. Anuiti matang
e. Perpetuiti

7. Dengan menggunakan rumus yang sesuai kira nilai faktor bagi situasi di bawah:
a) Faktor nilai depan amaun sekaligus bagi simpanan selama 5 tahun dengan kadar
faedah 8% setahun. (1½ markah)
b) Faktor nilai kini amaun sekaligus bagi pelaburan selama 4 tahun dengan kadar
pengkompaunan 5% setahun. (1½ markah)
c) Faktor nilai hadapan amaun anuiti biasa selama 6 tahun dengan kadar faedah
2% setahun. (1½ markah)
d) Faktor nilai hadapan anuiti matang selama 9 tahun dengan kadar faedah 11%
setahun. (1½ markah)
e) Faktor nilai kini anuiti biasa 7 tahun dengan kadar pendiskaunan 6% setahun.
(1½ markah)
f) Faktor nilai kini anuiti matang selama 21 tahun dengan kadar diskaun 10%
setahun. (1½ markah)

8. Dengan menggunakan jadual faktor nilai masa wang yang sesuai tentukan nilai
faktor bagi situasi dibawah:
a) Faktor nilai depan amaun sekaligus bagi simpanan selama 8 tahun dengan kadar
faedah 10% setahun. (1½ markah)
b) Faktor nilai kini amaun sekaligus bagi pelaburan selama 11 tahun dengan kadar
pengkompaunan 7% setahun. (1½ markah)
c) Faktor nilai hadapan amaun anuiti biasa selama 20 tahun dengan kadar faedah
2% setahun (1½ markah)
d) Faktor nilai hadapan anuiti matang selama 13 tahun dengan kadar faedah 2%
setahun (1½ markah)
e) Faktor nilai kini anuiti biasa selama 16 tahun dengan kadar pendiskaunan 10%
setahun (1½ markah)
f) Faktor nilai kini anuiti matang selama 3 tahun dengan kadar pendiskaunan 11%
setahun. (1½ markah)

9. Alisa ingin menyimpan sebanyak RM250 hari ini supaya pada hujung tahun ke lapan
nanti jumlah simpanannya menjadi RM369.36. Berapakah kadar faedah yang
dibayar ke atas simpanannya? (2 markah)

10. Tentukan nilai faktor bagi nilai depan bagi simpanan Nisha yang dikenakan kadar
faedah sebanyak 15% yang dikompaun setiap akhir tahun selama 7 tahun.
(1 markah)

11. Tentukan nilai faktor jika kadar pendiskaunan ialah 10% dan tempoh masa ialah 10
hari di mana didiskaunkan secara harian. (1 markah)

12. Jika nilai faktor kompaun bagi 15 tahun ialah 5.47357 berapakah kadar kompaun
yang dikenakan. (1 markah)

13. Alimin menyimpan sebanyak RM600 setiap akhir tahun selama 5 tahun. Pada
penghujung tahun ke lima jumlah simpanannya menjadi RM3,519.96. Berapakah
kadar faedah yang dibayar oleh pihak bank? (2 markah)

14. Setelah menyimpan selama 4 tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 7%


setahun, jumlah simpanan Halimah di bank menjadi RM1,250. Berapakah amaun
yang disimpan oleh Halimah? (1½ markah)

15. Hasani menyimpan sebanyak RM450 di sebuah bank selama 8 tahun. Pihak bank
membayar faedah pada kadar 12% setahun. Berapakah jumlah simpanan Hasani
pada akhir tahun ke 8? Lukis garis masa bagi menggambarkan masalah ini.
(2½ markah)

16. En. Yeop menyimpan sebanyak RM130 di dalam satu akaun simpanan di Bank A
dengan kadar kompaun sebanyak 5% setahun. Setelah itu pada akhir tahun 3 beliau
mengeluarkan semua simpanannya di Bank A dan menyimpan semula di Bank B
dengan kadar kompaun sebanyak 8% setahun. Berapakah jumlah simpanan En.
Yeop pada akhir tahun ke tujuh? (3 markah)

17. Datin Noriah membeli sebuah kereta dengan harga RM54,000. Beliau membayar
pendahuluan sebanyak RM24,000 dan bakinya akan dibayar secara ansuran
tahunan selama 7 tahun.
a. Berapakah amaun yang perlu dibayar pada akhir setiap tahun oleh Datin Noriah
jika pihak syarikat kewangan terbabit mengenakan kadar faedah sebanyak 4%
setahun. (1½ markah)
b. Berapakah amaun yang perlu dibayar pada awal setiap tahun oleh Datin Noriah
jika pihak syarikat kewangan terbabit mengenakan kadar faedah sebanyak 4%
setahun. (1½ markah)

18. Bagi membolehkan Samsiah membayar yuran pengajiannya sebanyak RM2200


setiap tahun selama 4 tahun di sebuah universiti tempatan, bondanya bercadang
untuk menyimpan hari ini di dalam sebuah bank bagi membolehkan pengeluaran
sebanyak RM2200 itu dikeluarkan setiap tahun. Jika sekiranya pihak bank
memberikan kadar keuntungan simpanan sebanyak 9% setahun, kirakan:
a. Berapakah amaun yang perlu disimpan hari ini oleh bonda Samsiah jika
pengeluaran tahunan akan dibuat pada akhir setiap tahun? (1½ markah)
b. Berapakah amaun yang perlu disimpan hari ini oleh bonda Samsiah jika
pengeluaran tahunan akan dibuat pada awal setiap tahun? (1½ markah)

19. Suziela menyimpan RM360 setiap tahun di dalam sebuah bank dengan kadar
pengkompaunan sebanyak 9% setahun.

a. Berapakah amaun yang terkumpul di dalam akaunnya pada akhir tahun ke 6 jika
simpanan-simpanan tersebut dibuat di akhir setiap tahun? (1½ markah)
b. Berapakah amaun yang terkumpul di dalam akaunnya pada akhir tahun ke 6 jika
simpanan-simpanan tersebut dibuat di awal setiap tahun? (1½ markah)

20. En. Dolah Awang akan bersara dan diberi pilihan sama ada menerima secara
sekaligus (lumpsum) sebanyak RM200,000 atau menerimanya secara anuiti setiap
akhir tahun selama 10 tahun dengan kadar faedah 13% setahun. Berapakah amaun
yang akan diterima pada setiap akhir tahun tersebut.? (1½ markah)

21. Suraya berumur 20 tahun hari ini dan membuat perancangan untuk menyimpan
wang setiap hujung tahun sehinggalah beliau bersara. Beliau bercadang untuk
bersara pada ketika usianya mencapai 50 tahun. Bermula dari setahun selepas
bersara, beliau bercadang untuk mengeluarkan RM10,000 setiap tahun hasil
simpanannya sehinggalah beliau berumur 75 tahun. Berapakah yang perlu disimpan
oleh Suraya pada setiap hujung tahun selama 30 tahun tersebut jika kadar
faedahnya ialah 12% setahun ?
(3 markah)

22. Berapakah nilai kini bagi satu siri penerimaan sebanyak RM200 setahun buat
selama-lamanya jika kadar diskaun adalah 4% setahun? Jika kadar diskaun
meningkat kepada 8% setahun berapakah nilai kini bagi siri penerimaan tersebut?
(2½ markah)

23. Zaimah ingin membeli sebuah kereta dengan harga RM45,000. Beliau membayar
muka sebanyak RM15,000 dan selebihnya akan dibayar secara ansuran. Pihak
syarikat kewangan mengenakan kadar faedah sebanyak 6% setahun. Zaimah akan
membuat pembayaran secara tahunan selama 5 tahun. Sediakan jadual pelunasan
pinjaman bagi pihak Zaimah. Berapakah ansuran yang perlu dibayar pada setiap
tahun? (14½ markah)

24. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kepekaan nilai masa wang. (9 markah)

Anda mungkin juga menyukai