Anda di halaman 1dari 3

EPPD1043 MATEMATIK UNTUK EKONOMI DAN PERNIAGAAN

LATIHAN TOPIK 3
MATEMATIK KEWANGAN: ANUITI
* Jawapan terpilih di muka surat terakhir

1. Kirakan nilai hadapan anuiti biasa bagi setiap kes berikut

(a) RM3,000 sebulan untuk 5 tahun pada kadar faedah 9% setahun dikompaun setiap bulan.
(b) RM100,000 setahun untuk 20 tahun pada kadar faedah 7% setahun dikompaun setiap
tahun.
(c) RM600 setiap 3 bulan selama 7.5 tahun pada kadar faedah 10% setahun dikompaun 4
kali setahun. [1]

2. Kirakan nilai kini anuiti biasa bagi setiap kes berikut

(a) RM5,000 setahun untuk tempoh 8 tahun pada kadar bunga 6% setahun dikompaun
setiap tahun
(b) RM1,200 setiap 6 bulan untuk tempoh 6 tahun pada kadar bunga 10% setahun
dikompaun setiap 2 kali setahun. [2]
(c) RM800 setiap suku tahun selama 7 tahun pada kadar faedah 12% setahun dikompaun
4 setiap suku tahun.

3. Lucy membeli sebuah rumah yang berharga RM490,000. Pihak bank telah bersetuju untuk
memberi pinjaman dengan syarat-syarat berikut.

Jumlah pinjaman: 90% daripada harga rumah


Tempoh pinjaman: 25 tahun
Kadar bunga pinjaman: 4.25% setahun dikompaun setiap bulan
Kaedah bayaran: tunai setiap hujung bulan

(a) Berapakah bayaran tunai setiap hujung bulan yang perlu dibayar oleh Lucy kepada
bank? [3]
(b) Berapakah baki pinjaman Lucy pada penghujung tahun ke 20? [4]

4. Wang sejumlah RM1,500 disimpan pada setiap suku tahun selama 5 tahun dengan kadar
bunga 5% dikompaun setiap suku tahun.

(a) Berapakah nilai hadapan simpanan tersebut?


(b) Kirakan jumlah bunga kompaun yang diperolehi daripada simpanan tersebut.
(c) Berapa banyakah wang yang perlu disimpan pada setiap suku tahun jika jumlah
simpanan pada penghujung tahun ke 5 berjumlah RM35,000?

1
5. Ahmad telah membuat satu gadai janji pada kadar boleh ubah untuk membiayai pembelian
rumahnya. Jumlah pinjamannya adalah RM250,000 untuk tempoh 30 tahun, dengan kadar
bunga 5.75% setahun, dikompaunkan secara bulanan. Bermula tahun ke 6, gadai janji
Ahmad akan dinilai semula pada kadar bunga 6.95% setahun, dikompaunkan secara
bulanan.

(a) Berapakah bayaran bulanan gadai janji Ahmad pada 5 tahun pertama? [5]
(b) Berapakah baki pinjaman Ahmad pada penghujung tahun ke 5? [6]
[7]
(c) Bermula tahun ke 6, berapakah bayaran bulanan gadai janji Ahmad?

6. Seorang pelajar ingin mendepositkan RM50 ke dalam akaun simpanannya pada setiap suku
tahun selama 6 tahun. Kadar faedah adalah 8% setahun dikompaunkan setiap suku tahun.

(a) Berapakah baki akaun simpanannya pada penghujung tahun ke 6?


(b) Berapakah jumlah faedah yang akan pelajar tersebut perolehi?

7. Wang sebanyak RM1000 dimasukkan kedalam akaun simpanan pada setiap penghujung
bulan Jun dan penghujung bulan Disember selama 10 tahun sahaja. Andaikan kadar bunga
ialah 5.5% setahun dikompun dua kali dalam setahun.

(a) Berapakah jumlah wang pada penghujung tahun ke-10? [8]


(b) Berapakah jumlah wang pada penghujung tahun ke-15? [9]

8. Akmal telah membuat pinjaman perumahan dengan Bank A dengan bayaran balik pinjaman
pada setiap penghujung bulan sebanyak RM1,210, kadar faedah 4.15% dikompaun setiap
bulan selama 25 tahun. Ekoran pandemik COVID-19, Akmal telah mendapat moratorium
daripada pihak bank. Melalui moratorium ini, Akmal tidak perlu membuat bayaran balik
pinjaman (faedah dan prinsipal) bermula penghujung bulan April sehingga penghujung
bulan Oktober 2020. Namun begitu, kadar faedah biasa 4.15% setahun akan dikenakan
keatas baki pinjaman pada 31 Mac 2020 sepanjang tempoh moratorium tersebut. Baki
pinjaman Ahmad pada 31 Mac 2020 ialah sebanyak RM75,796.72

(a) Berapakah jumlah faedah pinjaman tertunggak sepanjang tempoh moratorium tersebut?
[10]

(b) Setelah tempoh moratorium tamat, jumlah faedah tertunggak dalam soalan (a) telah
ditambah kedalam baki pinjaman Akmal.

(i) Berapakah baki pinjaman selepas tempoh moratorium tamat? [11]

(ii) Berapakah bayaran balik pinjaman yang perlu Akmal buat jika pinjaman
tersebut mesti diselesaikan dalam tempoh 5 tahun? [12]

(iii) Sekiranya Akmal ingin mengekalkan bayaran balik pinjaman sebanyak


RM1,210 sebulan, berapa bulankah diperlukan untuk melunaskan pinjaman
tersebut. [13]

2
JAWAPAN TERPILIH

[1]
RM26,2341.62
[2]
RM10,635.90
[3]
Jumlah pinjaman = 0.9 x 490000 = 441,000
bayaran tunai setiap hujung bulan yang perlu dibayar = RM2,389.07

0.0425 −60
[4] 1− �1+ �
12
2389.07 � 0.0425 � = 𝑅𝑅𝑅𝑅128,932.93
12

[5]
RM1,458.93
[6]
RM231,905.13
[7]
RM1,631.67
0.055 20
[8] �1+ 2
� −1
1000 � 0.055 � = RM26,197.40
2

[9] 0.055 10
26,197.40 �1 + � = RM34,361.85
2
[10]
RM1,834.91
[11]
RM77,631.63
[12]
𝑅𝑅𝑅𝑅1,434.97
[13]
73 𝑏𝑏𝑏𝑏𝑏𝑏𝑏𝑏𝑏𝑏 @ 6 𝑡𝑡𝑡𝑡ℎ𝑢𝑢𝑢𝑢 1 𝑏𝑏𝑏𝑏𝑏𝑏𝑏𝑏𝑏𝑏

Anda mungkin juga menyukai