Anda di halaman 1dari 5

CADANGAN KERTAS KERJA

BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN PENSYARAH KKKP


(Kurikulum Baharu)

Tarikh:

22 – 24 OKTOBER 2021

Anjuran:

UNIT LATIHAN & PEMBANGUNAN STAF,


KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH

Kerjasama:

PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PERANTI MUDAHALIH,


KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH

Disediakan oleh:

SITI UBAIDAH YUSUF


PEGAWAI LATIHAN & PEMBANGUNAN STAF
1.0 PENGENALAN

Bengkel Peningkatan Kemahiran Pensyarah KKKP ini dirangka bagi menjadi platform untuk
meningkatkan kompetensi pensyarah dan pegawai di Kolej Komuniti Kuala Pilah dalam memenuhi
keperluan pengajaran dan pembelajaran (PdP), selaras dengan kandungan kurikulum baharu Bidang
Teknologi Elektrik bagi Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih (STA).

Melalui bengkel yang akan diadakan ini, para peserta akan dibahagikan kepada kumpulan –
kumpulan kecil dan dibimbing oleh seorang fasilitator yang dilantik. Pembahagian kumpulan akan
dibuat berdasarkan kluster kursus yang terdapat dalam kandungan kurikulum baharu Teknologi
Elektrik. Setiap kumpulan akan dibimbing dan diberikan kefahaman yang sama tentang kandungan
kursus yang baharu sehingga semua kumpulan mampu menyediakan bahan PdP masing- masing.

2.0 NAMA BENGKEL


Bengkel Peningkatan Kemahiran Pensyarah KKKP - (Kurikulum Baharu)

3.0 TEMPAT
Port Dickson, Negeri Sembilan

4.0 TARIKH CADANGAN


22 – 24 Oktober 2021 (Jumaat - Ahad)

5.0 NAMA PESERTA / KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada pensyarah dan pegawai KKKP. Rujuk Lampiran 1 untuk senarai
penuh nama peserta.

6.0 OBJEKTIF BENGKEL

6.1 Memberi pendedahan kepada semua pensyarah tentang kemahiran & pengetahuan
berkaitan kandungan kursus kurikulum baharu iaitu Bidang Teknologi Elektrik.
6.2 Memastikan tahap pemahaman dan kompetensi semua pensyarah berada ditahap
optimum berdasarkan dengan kandungan kursus di dalam kurikulum baharu.
6.3 Menyeragamkan kandungan pengajaran & pembelajaran (PdP) semua pensyarah
sesuai dengan kehendak pembangunan kurikulum.

7.0 PENGISIAN BENGKEL


Sila rujuk Lampiran 2.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Sila rujuk Lampiran 3.
9.0 KOMPETENSI YANG DIPEROLEHI
9.1 Para pensyarah mempunyai kompetensi untuk menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) sesuai dengan kurikulum terkini.
9.2 Institusi mampu bersaing dengan institusi tinggi yang lain yang menawarkan
program sama.

10.0 KESIMPULAN KURSUS

Bengkel Peningkatan Kemahiran Pensyarah KKKP (Kurikulum Baharu) ini diharapkan dapat
membantu meningkatkan tahap kompetensi para pensyarah untuk mengajar selaras dengan
keperluan kurikulum yang terbaru, sekaligus mendokong visi kolej komuniti iaitu menjadi
institusi peneraju TVET yang unggul. Melalui penganjuran bengkel ini juga, usaha
memperkayakan bakat warga kerja yang efektif dapat direalisasikan.

Disediakan oleh :

(SITI UBAIDAH BINTI YUSUF )


Pegawai Latihan & Pembangunan Staf
Kolej Komuniti Kuala Pilah
Tarikh:

Disemak oleh :

(NORMAZLINA BINTI OTHMAN)


Timbalan Pengarah (Akademik)
Kolej Komuniti Kuala Pilah
Tarikh:

Diluluskan oleh :

(Ts. AHMAD AFANDI BIN ABD KHALIL)


Pengarah
Kolej Komuniti Kuala Pilah
Tarikh:
Lampiran 2

CADANGAN PENGISIAN
BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN PENSYARAH KKKP (KURIKULUM BAHARU)
22 – 24 OKTOBER 2021
TARIKH MASA PENGISIAN PROGRAM
22 OKTOBER 2021 8.00 pg - Perjalanan
2.00 ptg - Ucapan Aluan Pengarah Kolej

- Taklimat Pengerusi Program


3.00 ptg - Pembahagian kumpulan dan kursus

3.30 ptg -
5.00 ptg - REHAT

8.00 mlm -
11.00 mlm - Bersurai & Rehat

23 OKTOBER 2021 9.00 pg -


12.30 tghhr - REHAT

2.00 ptg -
5.00 ptg - REHAT

8.00 mlm -
11.00 mlm - Bersurai & Rehat

24 OKTOBER 2021 9.00 pg - Pembentangan dalam kumpulan


11.30 pg - Ucapan penutup Pengerusi Program

12.00 tghhr - Bersurai


1.00 ptg - Perjalanan
Lampiran 3

ANGGARAN PERBELANJAAN
BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN PENSYARAH KKKP (KURIKULUM BAHARU)
22 – 24 OKTOBER 2021

BIL PERKARA KADAR (RM) KUANTITI (ORG) JUMLAH (RM)

1. Yuran & bahan kursus,


bayaran penceramah
serta makan minum 825.00 20 16,500.00
peserta

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 16,500.00

Anda mungkin juga menyukai