Anda di halaman 1dari 4

Falsafah, pelajar, polisi dan prinsip dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional

(TVET)

Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan salah satu bidang yang terdapat
dalam sistem pendidikan yang memberi tumpuan kepada kemahiran. Ia
berlandaskan industri untuk melatih individu yang ingin belajar ataupun berminat
dalam aspek kemahiran. Contoh bidang yang terdapat dalam pendidikan teknik dan
vokasional ialah automotif, animasi dan hospitaliti (Gloeckner, 2015). Pendidikan
Teknik dan Vokasional ini adalah untuk melahirkan individu yang mahir dalam
semua bidang kemahiran teknikal. Pendidikan Teknik dan Vokasional ini bukan
hanya memfokuskan ilmu pengetahuan ataupun bidang akademik malah ia memberi
tumpuan terhadap kemahiran teknikal. Terdapat enam kemahiran teknikal dalam
Pendidikan Teknik dan Vokasional. Antaranya ialah pertukangan, elektronik, pateri,
automotif, amalan bengkel mesin, kimpalan dan fabrikasi logam. Pendidikan Teknik
dan Vokasional ini membantu dalam pembangunan negara. Ia sangat membantu
untuk memenuhi peluang pekerjaan di Malaysia. Hal ini kerana, negara kita
memerlukan ramai sumber tenaga untuk memastikan pengeluaran produk
berterusan (Salleh dan Sulaimain, 2016).
Falsafah, pelajar,polisi dan prinsip merupakan elemen yang sangat penting dalam
Pendidikan Teknik dan Vokasional. Falsafah merupakan satu keperluan dalam cinta
kepada kebenaran hidup (Satish Kumar, Sunia Gulai, Sajjad Ahmad, 2012).
Terdapat perbezaan antara falsafah pendidikan akademik dan falsafah pendidikan
teknik dan vokasional. Ia berbeza daripada struktur dan sistem. Falsafah dalam
pendidikan teknik dan vokasional merupakan proses penyediaan kelestarian serta
membina keupayaan individu. Ia membantu menyesuaikan diri dan mengatasi
masalah dengan persekitaran mereka. Dalam kata lain, pendidikan teknik dan
vokasional merupakan suatu hala tuju ke kerjaya PPN iaitu Pelan Pendidikan
Negara (2013-2025). Ia merupakan satu panduan kepada Pendidikan Teknik dan
Vokasional dalam membina kurikulum yang relevan dan bersesuaian.
Pendidikan Teknik dan Vokasional mengandungi empat falsafah. Anataranya ialah,
Perenialisme, Progresivisme, Rekonstruktivisme dan Eksistentialisme (Shaiful &
Hakimi, 2021). Progresivisme merupakan asas pendidikan iaitu keperibadian,
kemajuan dan perubahan. Ia bertumpu kepada pengalaman, minat dan kebolehan
individu (Novack, 2005). Perenialisme adalah bertujuan untuk memastikan individu
dalam memperoleh kefahaman tentang Pendidikan Teknik dan Vokasional (Chokri
Kooli, 2019). Ia mendorong individu untuk berfikir secara mendalam, analikal,
fleksibel dan imaginatif. Falsafah yang ketiga ialah, rekonstruktivisme. Ia merupakan
salah satu falsafah yang menekankan menangani persoalan dan usaha dalam
pewujudan individu yang lebih baik. Individu yang menerima ilmu rekonstruktivisme
sentiasa memberi tumpuan kepada kurikulum sebagai matlamat pendidikan
(Theodori Brameld, 1987). Eksistentialisme merupakan individu yang bebas untuk
membuat sesuatu pemilihan (Cevizci, 2010). Individu yang memegang falsafah ini
merupakan individu yang memberi tumpuan kepada kesusasteraan, seni grafik,
muzik dan mitos daripada sains (Malik dan Akhter, 2013).
Falsafah merupakan sesuatu yang membantu individu dalam membuat keputusan
atau tindakan yang tepat. Ia membantu untuk membina satu rangka untuk
Pendidikan Teknik dan Vokasional. Pada masa yang sama, prinsip bukannya sama
dengan falsafah (Fowler, 2009). Prinsip membantu untuk menyediakan hala tuju
yang jelas dalam pembentukan falsafah. Pendidikan Teknik dan Vokasional ialah
membantu untuk memahami keperluan pekerjaan di kedua-dua bandar iaitu bandar
dan luar bandar. Terdapat enam prinsip dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional
(MacDonald, Stephen; Nihk, Carl; Duggan,Stephen, 2010). Anatara prinsip ialah
akses untuk pelatih, kualiti penghantaran, penyeragaman, kemasukan kemahiran
insaniah dan pembiaaan yang selamat dan tidak terganggu. Pendidikan Teknik dan
Vokasional yang berkesan memainkan peranan penting dalam sesebuah negara
untuk meningkatkan ekonomi. Ia berfungsi sebagai dorongan untuk meningkatkan
nilai. Pendidikan Teknik dan Vokasional yang berkesan telah menjadi permintaan
pasaran buruh yang utama dalam negara ini (Carl, 2017).
Keduanya ialah akses untuk pelatih. Ia merupakan satu aspek yang penting dimana
mendaftar pelatih untunk mendapat latihan dan pengangkutan dengan mudah.
Pendidikan Teknik dan Vokasional juga sentiasa memastikan populasi pelatih dan
mencukupi dengan pengangkutan, kemudahan latihan dan sebagainya (MacDonald,
2010). Seterusnya, kualiti penghantaran merupakan salah satu prinsip. Kualiti
Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan sebahagian yang ditentukan oleh
rakan kongsi industri. Ia merupakan pemacu utama sistem yang bekerjasama
dengan pengendali sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional di negara ini. Prinsip
keempat ialah, penyeragaman. Pendidikan Teknik dan Vokasional memberi
penekanan kepada latihan standard. Walaupun ia penyeragaman, kos dan masa
yang diperlukan untuk melatih pelatih Pendidikan Teknik dan Vokasional sangat
berkurangan (Carl, 2017). Oleh itu, Pendidikan Teknik dan Vokasional
menyelaraskan latihan supaya semua pelatih menerima latihan yang sama.
Prinsip yang kelima ialah kemasukan kemahiran insaniah. Pelatih Pendidikan Teknik
dan Vokasional perlu dilatih mengikut keperluan industri. Ia membantu industri dan
majikan untuk menyesuaikan adat dan kepercayaan dengan cara baharu
(Bernama,2021). Prinsip yang terakhir ialah pembiayaan yang selamat dan tidak
terganggu. Bagi Pendidikan Teknik dan Vokasional yang berjaya, ia memerlukan
sokongan kerajaan dengan cara aliran yang berterusan. Beberapa institusi
Pendidikan Teknik dan Vokasional menyertai program keusahawanan dimana
pelatih menghasilkan produk untuk membawa ke pasaran dan menjual produk
(Duggan, 2010). Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan satu hala tuju
kepada industry perniagaan. Pendidikan Teknik dan Vokasional ini lebih kepada
aktiviti amali. Ia akan membantu pelatih untuk mendapatkan pengalaman dan boleh
mengaplikasikan di dalam pekerjaan.
Elemen yang seterusnya ialah polisi. Pelaksanaan Pendidikan Teknik dan
Vokasional ini kurang maju berbanding dengan negara lain. Tetapi negara kita
meningkatkan kualiti sistem pendidikan kea rah global ekonomi (Fowler, 2009). Di
Malaysia, Pendidikan Teknik dan Vokasional telah berjaya dalam dasar gender.
Terdapat tujuh langkah utama dalam proses penilaian dasar. Antaranya ialah,
menentukan matlamat dasar, memilih penunjuk, memilih atau membangunkan
instrument pengumpulan data, mengumpul data, menganalisis dan merumuskan
data, menulis laporan penilaian dan bertindak balas terhadap cadangan penilai
(Norlisa Sulaiman,2015). Selain itu, dasar kemahiran juga memberi perhatian untuk
mengekalkan rntaian perolehan dan menambah baik kurikulum (Allais, 2012). Dasai
ini bertujuan untuk memastikan kemahiran yang baik diperlukan dalam
pembangunan pekerja. Pendidikan Teknik dan Vokasional memberi pendedahan
kepada ramai individu supaya memastikan rangka kerja pembaharuan yang cekap
(Murugan, 2020). Polisi ini bertujuan untuk memberi nilai kepada penyedia
pendidikan teknik dan vokasional. Ia untuk mengarahkan pekerja supaya menjadi
mahir dan berkualiti.
Akhir sekali, Pendidikan Teknik dan Vokasional menyumbang kebaikan kepada
pelatih. Ia melahirkan pelatih yang berpengetahuan, kemahiran dan juga inovasi.
Melalui pendidikan ini, pelatih dapat mencipta sesuatu produk sendiri dan menjual di
pasaran (Murugan, 2020). Pendidikan Teknik dan Vokasional ini menarik minat
pelatih darisegi pembuatan, mengendali mesin dan mencipta sesuatu produk.
Malaysia merupakan negara yang paling terkenal dalam penyelidikan Pendidikan
Teknik dan Vokasional. Ia disebabkan, Malaysia sedang melatihkan dan
menyediakan pelatih untuk mengatasi masalah pada masa hadapan (Chonghui,
2019).
Sebagai penutup, Pendidikan Teknik dan Vokasional amat penting untuk
membangunkan negara yang maju. Sumber manusia merupakan faktor yang paling
penting dalam pembangunan ekonomi. Kemakmuran negara ditentukan oleh rakyat
yan berpengetahuan dan berkemahiran.
Rujukan

Allais, S., 2012. Will Skills Save Us? Rethinking The Relationships Between
Vocational Education, Skills Development Policies, And Social Policy In South Africa.
Int. J. Educ. Dev. 32, 632–642.
Carl, N. (2017). Principles and Strategies of a Successful TVET Program.
https://www.mtctrains.com/wp-content/uploads/2017/06/Principles-and-Strategies-of-
a-Successful-TVET-Program.pdf

CHONGHUI, L., 2019. Maszlee: Bright future ahead for TVET in Malaysia 1.

Fowler, F. C. (2009). Policy Studies For Educational Leaders (3rd Ed.). Boston, MA:
Pearson Education, Inc.

Lee, J. (2020). Partnerships With Industry For Efficient And Effective Implementation
Of TVET. International Journal Of Vocational Education And Training.
https://www.researchgate.net/publication/320014847_Partnerships_with_industry_for
_efficient_and_effective_implementation_of_TVET

Lee, J. (2009). Partnerships With Industry For Efficient And Effective Implementation
Of TVET. International Journal Of Vocational Education And Training.
https://www.researchgate.net/publication/320014847_Partnerships_with_industry_for
_efficient_and_effective_implementation_of_TVET

MacDonald, S., Duggan., Stephen. (2010). Principles And Strategies Of A Successful


TVET Program.
http://hdl.voced.edu.au/10707/331196

Subramaniam, Murugan, Noordin, Muhammad Khair. (2020). The Importants Of Tvet


Education For Students In Malaysia: A Systematic Literature.
Norlisa Sulaiman, Kahirol Mohd Salleh. (2016). The Development Of Technical And
Vocational Education And Training (TVET) Profiling For Workforce Management In
Malaysia: Ensuring The Validity And Reliability Of TVET Data.

Norlisa Sulaiman, Mimi Mohaffyza. (2015). Technical and Vocational Education in


Malaysia: Policy,Leadership, and Professional Growth on Malaysia Women.
https://www.researchgate.net/publication/283040256_Technical_and_Vocational_Ed
ucation_in_Malaysia_Policy_Leadership_and_Professional_Growth_on_Malaysia_W
omen?enrichId=rgreq-c86a601ed676014070c4799041a9e020-
XXX&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI4MzA0MDI1NjtBUzozMjM3NzAzOTExNzE
wNzJAMTQ1NDIwNDI4NDExNw%3D%3D&el=1_x_2&_esc=publicationCoverPdf

TheStar. (2021). TVET experts want policy that meets industry needs.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/09/30/tvet-experts-want-policy-that-
meets-industry-needs

Anda mungkin juga menyukai