Anda di halaman 1dari 12

SULIT 1 IE/JUL 2021/CTU101

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


PENILAIAN AKHIR

KURSUS : PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM


KOD KURSUS : CTU101 (SET A)
PEPERIKSAAN : JULAI 2021
MASA : 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian : BAHAGIAN A (40 Soalan)
BAHAGIAN B ( 2 Soalan)

2. Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan SATU (1) soalan dari BAHAGIAN B.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN


Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 2 IE/JUL 2021/CTU101

BAHAGIAN A

Bulatkan jawapan yang paling TEPAT.

1. Mengapakah manusia perlu kepada agama?

A Agar manusia mengetahui zat, jisim dan sifat Allah SWT


B Agar manusia berjaya mencapai kejayaan dan kepuasan diri
C Agar manusia mampu menghapuskan dosa yang diwarisinya
D Agar manusia mengetahui hakikat diri, ketuhanan dan kehidupan

2. Para ulama membahagikan masa penurunan al-Quran kepada 2 periode : Makkah


dan Madinah

Manakah antara berikut TIDAK MENEPATI periode penurunan al-Quran?

A Periode Makkah berlangsung selama 13 tahun kerasulan


B Periode Madinah berlangsung selama 10 tahun sebelum hijrah
C Surah yang turun dalam tempoh 13 tahun disebut surah Makkiyah
D Surah yang turun dalam tempoh 10 tahun disebut surah Madaniyyah

3. Manakah susunan yang BETUL mengenai kejadian zuriat Adam menurut al-Quran ?

A Nutfah, Mudghah, ‘alaqah dan nafkh ruh


B Nutfah, ‘alaqah, mudghah, izam dan lahm
C Turab, tin, hama’in masnun dan nafkh ruh
D Turab, hama’in masnu, tin lazib dan nafkh ruh

4. Manakah antara berikut tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah ?

i Manusia bertanggungjawab terhadap al-Khaliq


ii Mematuhi segala perintah kedua ibu bapa secara mutlak
iii Menjamin kebaikan yang menyeluruh terhadap makhluk Allah
iv Manusia diamanahkan dengan tanggungjawab amar makruf nahi munkar

A i, ii dan ii
B i,ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 3 IE/JUL 2021/CTU101

5. Firman Allah SWT bermaksud :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia ! Sesungguhnya aku


adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya…”.

Apakah ciri keistimewaan Islam yang dapat difahami berdasarkan maksud ayat diatas

A Waqi’iyyah
B Syumuliyah
C ‘Alamiyyah
D At-Thabat wa al-Murunah

6. Penghayatan terhadap Islam bukan sahaja bersangkut kepada persoalan hati dan
pemikiran, tetapi perlu dimanifestasikan dalam bentuk perlakuan yang disebut
sebagai ‘amal’ dan ianya tetap di dalam kemampuan manusia

Apakah ciri keistimewaan Islam yang digambarkan dalam pernyataan di atas?

A ‘Alamiyyah
B Waqi’yyah
C Thubutiyyah
D Syumuliyyah

7. Manakah yang menyatakan maksud At-Thabat wa al-Murunah?

A Sepadu dan seimbang


B Lengkap dan sempurna
C Tetap dan anjal
D Praktikal dan realistik

8. Syumul adalah antara ciri keistimewaan Islam.

Pilih pernyataan yang menepati ciri tersebut.

A Merupakan keperluan manusia dalam setiap kemudaratan


B Merupakan agama yang dianuti oleh pelbagai kaum di dunia
C Membentuk peraturan yang menyeluruh dalam kehidupan manusia
D Menentang pencabulan terhadap hak asasi dan kebebasan manusia

9. Soalan no 9 berdasarkan pernyataan di bawah.

Mengesakan Allah SWT dari sudut pengibadatan atau penyembahan. Allah yang
wajib disembah dan dipuja. Tidak meletakkan Allah SWT bersama-sama yang lain
sebagai Ilah.

Apakah kategori tauhid yang PALING TEPAT merujuk pernyataan di atas

A Tauhid Uluhiyyah
B Tauhid Rububiyah
C Tauhid al-Asma wa al-Sifat
D Tauhid al-Asma ul-Husna
© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT
SULIT 4 IE/JUL 2021/CTU101

10. Manakah perlakuan berikut boleh merosakkan akidah seseorang Muslim?

i Memakai subang di telinga kiri


ii Memakai tangkal azimat di badan sebagai pendinding
iii Membaca doa pada air sebagai penawar bagi rawatan penyakit
iv Yakin dengan duit syiling lama sebagai pembawa tuah dalam perniagaan

A i dan ii
B ii dan iv
C iii dan iv
D Semua di atas

11. Iman adalah asas terpenting dalam kehidupan individu Muslim

Manakah antara pernyataan berikut BENAR mengenai iman?

i Bersifat tetap tidak bertambah dan berkurang


ii Adalah bentuk penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah
iii Membenarkan dengan hati berikrar dengan lidah dan melaksanakan dengan
anggota
iv Kepercayaan yang tersimpul erat dalam hati dan yakin dengan hakikat
kebenaran yang dibawa oleh para rasul

A i dan ii
B i, ii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

12. Manakah pernyataan yang TIDAK TEPAT menjelaskan konsep syahadah ?

A Terdapat rukun nafi dan isbat


B Susunan kalimat dimulai dengan perkataan tiada
C Terangkum konsep tauhid uluhiyyah dan rububiyyah
D Menjelaskan asma walsifat

13. Berikut merupakan senarai rasul yang mempunyai hubungan di antara ayah dan
Anak, KECUALI:

A Nabi Ishaq dengan Nabi Yakub


B Nabi Yakub dengan Nabi Yusuf
C Nabi Ibrahim dengan Nabi Yakub
D Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 5 IE/JUL 2021/CTU101

14. Manakah pernyataan yang TEPAT berkaitan penurunan wahyu al-Quran ?

A Ketika baginda berusia 25 tahun


B Terdiri dari 113 surah dengan 30 juzuk
C Diturunkan dari Luh Mahfuz ke Langit dunia
D Penyusunan al-Quran ditentukan secara Tawqifi

15. Apakah kesan positif yang terbina daripada konsep keimanan kepada para rasul
utusan Allah SWT ?

i. Berwaspada dan berhati-hati dalam segala urusan yang ingin dilaksanakan


ii. Bersyukur dan menghargai atas segala kurniaan Allah
iii. Tabah dan cekal menghadapi segala rintangan
iv. Taat dan patuh perintah agama

A i,ii dan iii


B i,iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

16. Soalan berdasarkan maklumat di bawah.

Gelaran kepada rasul-rasul terpilih kerana kecekapan dan ketabahan menghadapi


tentangan hebat dalam menyebarkan agama Allah SWT.

Apakah istilah yang TEPAT berdasarkan keterangan di atas.

A Ulul Albab
B Ulul Azmin
C Ulul Akram
D Ulul Arham

17. Para malaikat telah ditugaskan oleh Allah SWT memegang jawatan-jawatan yang
tertentu dan dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugas sama ada di alam ruh
mahupun alam dunia.

Manakah pernyataan yang TEPAT berkaitan tugas-tugas malaikat ?

i Malaikat Raqib tugasnya mencatat amalan buruk


ii Malaikat Malik tugasnya menjaga pintu neraka
iii Malaikat Izrail tugasnya memberi rezeki
iv Malaikat Israfil tugasnya meniup sangkakala

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iii
D ii dan iv

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 6 IE/JUL 2021/CTU101

18. Pernyataan berikut merupakan tanda-tanda besar kiamat KECUALI:

A Berlakunya perubahan pada sistem solar


B Turunnya Nabi Isa a.s membawa kebenaran
C Lahirnya al-Masih al-Dajjal
D Munculnya Imam al-Mahdi

19. Firman Allah SWT bermaksud

“Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”


(al-Taubah :29)

Maksud Arasy pada ayat tersebut merujuk kepada alam?

A Roh
B Ghaib
C Akhirat
D Musyahadah

20. Manakah pernyataan yang BENAR mengenai peranan dan tugas malaikat?

i Memikul dan menanggung arasy Allah SWT


ii Meyampaikan wahyu kepada nabi dan rasul
iii Bertasbih, sujud dan tunduk kepada Allah SWT
iv Mencabut nyawa dan menentukan saat ajal manusia

A i, ii dan iii
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

21. Sabda Rasulullah SAW:

“Tidak boleh ditolak ketetapan Allah SWT melainkan doa dan tiada yang boleh
memanjangkan umur melainkan berbuat baik.”
(Riwayat al-Tirmidzi)

Maksud hadis di atas menjelaskan secara khusus konsep qada dan qadar Allah.

Apakah jenis qada yang dirujuk kepada hadis tersebut?

A Qada’ mubram
B Qada’ muallaq
C Qada’ muakkhar
D Qada’ muqaddar

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 7 IE/JUL 2021/CTU101

22. Manakah antara berikut istilah yang MENEPATI maksudnya.

A Ibtila’ membawa maksud ujian


B Ikhtiar membawa maksud mencari
C Tawakal membawa maksud komited
D Tawassul membawa maksud memiliki

23. Apakah kepentingan beriman dengan Qada dan Qadar Allah ?

i Berlapang dada dan tenang


ii Melatih diri mudah putus asa
iii Memperolehi kebahagian
iv Meyakini perancangan Allah

A i, ii dan iii
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

24. “Manusia patut mencontohi kegigihan burung mencari rezeki”

Berdasarkan pernyataan di atas apakah konsep yang perlu diamalkan manusia?

A Ibtila’
B Ikhtiar
C Tawakal
D Tawasul

25. Manakah antara permasalahan khilafiyyah yang selau diperdebatkan oleh


masyarakat:

i Membaca doa qunut


ii Fidyah puasa
iii Fidyah sembahyang
iv Bacaan yasin malam jumaat

A i, ii dan iii
B ii, iii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 8 IE/JUL 2021/CTU101

26. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan oleh kerajaan
dalam menangani pendemik covid selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.

Apakah matlamat utama maqasid syariah dalam mendepani pendemik tersebut.

A Menjaga akal
B Menjaga nyawa
C Menjaga harta
D Menjaga keturunan

27. Pilih pernyataan yang BENAR mengenai peranan syariah dalam pembangunan
ummah.

i Memandu manusia dalam menyelesaikan setiap permasalahan


ii Islam menekankan keadilan menyeluruh serta prinsip persamaan
iii Islam mementingkan pemeliharaan nyawa dari perbuatan yang merosakkan
iv Setiap nabi dan rasul mempunyai syariat untuk seluruh umat

A i,ii dan iii


B i,iii dan iv
C ii,iii dan iv
D Semua di atas

28. Manakah antara justifikasi berikut TIDAK diterima dalam fleksibiliti perlaksanaan
syariah

A Kejahilan
B Keterlupaan
C Kesakitan
D Sentimen individu

29. Berikut adaalah pernyataan yang benar mengenai keistimewaan ibadah dalam Islam
KECUALI:

A Ibadah solat boleh dilaksanakan di mana sahaja asalkan tempat tersebut bersih
dan suci
B Seseorang anak boleh mengqadakan solat fardu untuk bapanya yang telah
meninggal dunia
C Terdapat kelonggaran untuk tidak berpuasa bagi orang tua yang tidak
berkemampuan
D Setiap Muslim boleh memohon keampunan secara langsung daripada Allah
SWT tanpa sebarang perantaraan

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 9 IE/JUL 2021/CTU101

30. Apakah kriteria sesuatu amalan itu dikatakan sebagai ibadah umum ?

i Ibadah yang dilakukan menepati hukum syarak


ii Melakukan ibadah beserta niat kepada Allah SWT
iii Melaksanakan ibadah dengan tekun dan bersungguh
iv Ibadah yang dinyatakan jenis, rukun dan syarat dengan jelas

A i ii dan iii
B i, ii dan iv
C ii iii dan iv
D Semua di atas

31. Kelab Sukarelawan Pelajar telah menubuhkan team pengurusan jenazah covid-19
untuk membantu pihak frontliner mengendalikan pengurusan jenazah covid-19.

Berdasarkan pernyataan diatas, apakah jenis tuntutan ibadah yang dilaksanakan

A Fardu Ain
B Fardu Kifayah
C Sunat Muaakad
D Sunat Khair Muaakad

32. Firman Allah SWT bermaksud :

“Dan dirikan solat serta keluarkan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang
rukuk”.
(al-Baqarah : 43)

Manakah antara berikut merupakan impak ibadah zakat kepada pembangunan


masyarakat ?

i Meningkatkan taraf sosio ekonomi umat


ii Mengurangkan kadar kemiskinan tegar
iii Membasmi kemiskinan dalam masyarakat
iv Mengurangkan defisit belanjawan negara

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 10 IE/JUL 2021/CTU101

33. “Akhlak sebagai suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa seseorang”

Siapakah tokoh yang memberi takrifan akhlak di atas?

A Ibnu Sina
B Al-Ghazali
C Ibn Khaldun
D Ibn Miskawaih

34. Berikut adalah contoh-contoh akhlak mahmudah, KECUALI:

A Riya’, ujub dam sum’ah


B Reda, syukur dan ikhlah
C Zikrullah, khauf dan zuhud
D Mahabbah, tawakal dan taubat

35. Manakah antara berikut BENAR mengenai konsep akhlak dalam Islam ?

i Mencakupi pemikiran dan niat manusia secara individu atau kumpulan


ii Sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia
iii Bersumberkan nilai ketuhanan dan falsafah
iv Nilainya bersifat seimbang dan relatif

A i dan ii
B i, ii dan iii
C iii dan iv
D Semua di atas

36. Pembelajaran secara alam maya (online) pada masa kini adalah merupakan satu
platform mencegah penularan covid-19 daripada berjangkit.

Berikut adalah adab pelajar semasa mengikuti pembelajaran secara atas talian
KECUALI:

A Menepati masa
B Etika berpakaian
C Sentiasa fokus
D Menutup peranti

37. “Pendemik Covid-19 ini telah mengubah perspektif kita mengenai kewangan”

Bagaimanakah cara untuk menangani masalah kewangan semasa menempuh masa


sukar ?

A Membeli demi status sosial


B Membuat rencana anggaran
C Berbelanja mengikut kemahuan
D Obsess ingin mengejar kekayaan
© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT
SULIT 11 IE/JUL 2021/CTU101

38. Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem
pendidikan di Malaysia.

Manakah antara berikut impak positif dari globalisasi pendidikan?

i Penguasaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu


ii Perubahan peranan guru sebagai fasilitator dan penyampai ilmu
iii Menyediakan peluang pendidikan jarak jauh
iv Membentuk ruang pembelajaran secara monolog

A i dan ii
B i, ii dan iii
C iii dan iv
D Semua di atas

39. Jenayah siber adalah salah satu bentuk jenayah yang boleh mengancam
keharmonian sesebuah negara?

Pada pandangan anda, apakah langkah PALING TEPAT bagi membendung jenayah
Ini dari terus berleluasa ?

A Pemantauan pihak berkuasa terhadap alam siber


B Menerapkan pengetahuan mengenai jenayah siber
C Memberi pendidikan tentang impak perbuatan tersebut
D Penguatkuasaan undang-undang kepada individu yang terlibat

40. “Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan dan
impak yang begitu besar dalam masyarakat.”

Apakah punca UTAMA berlakunya gejala keruntuhan akhlak?

A Pengaruh media massa


B Pengaruh rakan sebaya
C Kerancuan akidah remaja
D Keretakan institusi kekeluargaan

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 12 IE/JUL 2021/CTU101

BAHAGIAN B

SOALAN 1

a) Jelaskan DUA (2) impak ibadah haji dalam kehidupan seseorang Muslim.
(4 markah
)
b) Bincangkan DUA (2) cara untuk membantu jiran tetangga yang terkesan semasa
Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) dilaksanakan.
(6 markah)

SOALAN 2

a) Jelaskan DUA (2) kesan jika tidak membendung perkembangan ajaran sesat di
Malaysia
(4 markah)

b) Bincangkan DUA (2) tindakan yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim apabila
diuji dengan sesuatu krisis.
(6 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Anda mungkin juga menyukai