Anda di halaman 1dari 11

SULIT IE/MAC 2016/CTU101

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


PEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM


KOD KURSUS CTUIOI
PEPERIKSAAN MAC 2016
MASA 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga (3) bahagian : BAHAGIAN A (20 Soalan)
BAHAGIAN B (1 Soalan)
BAHAGIAN C (3 Soalan)
2. Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B serta dua (2) soalan dari
BAHAGIAN C.
i) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR.
ii) BAHAGIAN B dan C hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan yang disediakan.
Mulakan setiap jawapan di muka surat yang baharu.

3. Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan
kebenaran pengawas.

4. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi:

i) Kertas Soalan ii) Buku Jawapan — disediakan oleh Fakulti iii) Kertas
Jawapan Objektif OMR — disediakan oleh Fakulti

@ Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 2 IE/MAC 2016/CTU101
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN
Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak
BAHAGIAN A

Hitamkan jawapan yang paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.

Soalan no. 1 dan no. 2 berdasarkan maklumat di bawah.

Firman Allah SİNT bermaksud:


'Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia bermula daripada setitis mani yang
bercampur (dari benih lelaki dan perempuan), yang Kami mahu mengujinya
(dengan pelbagai kewajipan). Oleh itu, maka Kami jadikannya mendengar dan
melihat".
(al-lnsan: 2)

1 .Manakah antara istilah berikut MENEPATI maksud ayat yang bergaris di ataş?
A Nuffah
B 'Alaqah
C Mudghah
D 'izam

2. Manakah antara berikut tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah?

Manusia bertanggungjawab terhadap al-KhaIiq ii Mematuhi segala perintah


kedua ibu bapa secara mutlak iii Menjamin kebaikan yang menyeluruh
terhadap makhluk Allah iv Manusia diamanahkan dengan tanggungjawab amar
makruf nahi munkar

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas
3. Firman Allah SWT bermaksud:
"Dia juga menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu dari satu kejadian ke satu
kejadian, dalam tiga suasana yang gelap gelita".
(al-Zumar : 6)
Apakah yang dimaksudkan dengan tiga kegelapan dalam ayat tersebut?

@ Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 3 IE/MAC 2016/CTU101
Kegelapan fetus ii
Kegelapan abdomen
iii Kegelapan uterus iv
Kegelapan placenta

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

4. Segala dasar yang telah digariskan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan Sunnah bersifat
praktikal serta sesuai dengan keadaan, masa, dan cara hidup manusia. Apakah ciri
keistimewaan Islam yang digambarkan dalam pernyataan di atas?

A 'Alamiyyah B Waqi'iyyah
C Thubutiyyah
D Syumuliyyah

5. "Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah
kepada-Ku".
(al-Zaariyat : 56)
Apakah ciri yang terkandung dalam mafhum ayat di atas?

A Ubudiyyah
B Insaniyyah
C Akhlaqiyyah
D Syumuliyyah
6. Apakah rasional meletakkan akidah sebagai dasar utama ajaran Islam?

Akidah merupakan asas keislaman ii Akidah membawa


keimanan kepada Allah iii Akidah mewujudkan
kebaikan dan kesejahteraan iv Akidah merupakan prasyarat
seseorang menjadi Muslim

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

7. Daripada Ibnu Umar RA, Nabi SAW bersabda bermaksud:

@ Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 4 IE/MAC 2016/CTU101
"Islam dibina di atas lima perkara: Mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang
berkemampuan".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Manakah antara berikut BUKAN impak mengucap dua kalimah syahadah?

A Kehidupan didasari dengan syariat Islam


B Boleh berpegang dengan agama samawi
C Kebergantungan diri kepada kuasa Allah SWT
D Tuntutan mencari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah

8. Bagaimanakah sesuatu amalan seseorang diterima oleh Allah SWT sebagai


ibadah?
A Melakukan sesuatu perbuatan tanpa berkala
B Melaksanakan sesuatu amalan tanpa paksaan
C Melakukan amalan beserta niat kerana Allah SWIT
D Melaksanakan amalan dengan sendiri tanpa bantuan
9. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
”Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia".

Manakah antara pernyataan berikut menunjukkan perkaitan antara akidah dan


akhlak?

Kepincangan akidah dan akhlak membawa kehancuran ii


Kesempurnaan akidah membentuk akhlak mahmudah iii
Ketenangan jiwa diperoleh melalui mujahadatunnafs iv
Akhlak mencerminkan jatidiri seseorang Muslim

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

1 0. Salleh merupakan mahasiswa dalam jurusan sains dan syariah serta komited
dalam pelajarannya.
Berdasarkan pernyataan di atas, manakah antara berikut TEPAT dengan tuntutan ilmu
yang telah dilaksanakan oleh Soleh?

A Tuntutan ilmu usuli dan husuli

@ Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 5 IE/MAC 2016/CTU101
B Tuntutan ilmu nazori dan akhlaqi
C Tuntutan ilmu fardhu ain dan kifayah
D Tuntutan ilmu syar'iyyah dan naqliyyah

Soalan no. 11 berdasarkan maklumat di bawah.


• Makan makanan yang menyebabkan mulut berbau busuk.
• Merasa makanan dengan lidah pada bulan Ramadhan.
• Memotong kuku bagi orang yang melaksanakan ibadah korban.
1 1 . Apakah hukum yang TEPAT berdasarkan pernyataan di atas?

A Makruh
B Wajib C Harus
D Sunat

Hisab dan
Syurga
neraka z timbangan
amalan
12. Apakah peringkat yang TEPAT bagi X, Y dan Z?
A Titian sirat, hari kebangkitan, pembentangan amalan B Pembentangan amalan,
titian sirat, hari kebangkitan
C Titian sirat, pembentangan amalan, hari kebangkitan D
Hari kebangkitan, pembentangan amalan, titian sirat

13. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:


"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya
daripada dirinya sendiri, orang tuanya, anaknya dan manusia semuanya"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Apakah Skop akhlak yang dijelaskan menerusi mafhum hadis di atas?

A Akhlak manusia sesama manusia


B Akhlak manusia dengan Allah SWT
C Akhlak manusia dengan kedua ibu bapa
@ Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT
SULIT 6 IE/MAC 2016/CTU101
D Akhlak manusia dengan Rasulullah SAW

14. Manakah antara berikut maksud syariah secara literal?

Sumber air ii
Sumber hukum iii
Jalan yang lurus iv
Undang-undang

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
DSemua di atas
1 5. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Amalan yang paling Allah suka ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)

Manakah sifat terpuji yang dimaksudkan dalam hadis di atas?

A Mujahadah melawan syaitan dan hawa nafsu B


Istiqamah melakukan ibadah dan kebaikan
C Muhasabah dan bertaubat atas segala dosa
D Ta'awun dalam perkara amar makruf

16. Apakah sumber perundangan Islam yang disepakati oleh para ulama?

A Al-Quran, al-Sunnah, al-ljma', al-Qias


B Al-Quran, al-Sunnah, al-ljma', al-lstishab
C Al-Quran, al-Sunnah, al-ljtihad, al-lstihsan
D Al-Quran, al-Sunnah, al-lstihsan, al-lstishab

17. Manakah antara berikut cabaran luaran dalam membentuk akhlak mahmudah?

Kurang kefahaman dan penghayatan agama


iiPengaruh negatif daripada media massa iii
Serangan pemikiran oleh musuh Islam iv
Pengaruh budaya kuning

A i,ii dan iii


@ Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT
SULIT 7 IE/MAC 2016/CTU101
B i,ii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

18. Apakah mekanisma yang paling UTAMA untuk menghayati ajaran Islam?

A Sentiasa prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan


B Memahami dan mempraktikkan ajaran-ajaran agama
C Memahami semua aspek syariat dengan mendalam
D Menghadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah agama
Soalan no. 19 berdasarkan maklumat di bawah.

Membersihkan meningkatkan menghapuskan jiwa taraf hidup hasad dengki

19. Manakah antara berikut ibadah yang sesuai bagi X?


A Perlaksanaan haji
B Infaqkan harta
C Puasa sunat
D Solat sunat

20. Apakah punca remaja obses terhadap budaya K-pop masa kini?

A Ikon media yang mempromosi kehidupan beragama


B Peranan ibu bapa dalam pendidikan sekular
C Pengaruh media massa dan media cetak
D Ajaran Islam yang bersifat syumul

@ Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 8 IE/MAC 2016/CTU101

BAHAGIAN B

SOALAN 1

Bebaskan Kes curi motosikal


semakin menjadi-
jadi

Berdasarkan paparan isu di atas, rumuskan TIGA (3) elemen maqasid syariah yang wajib
dipelihara menurut perspektif Islam.
(10 markah)

O
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SUL-IT
SULIT 9 IE/MAC 2016/CTU101

BAHAGIAN C

SOALAN 1
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW, bahawa baginda bersabda: "aku
tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat
selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah".

(Riwayat Imam Malik)

Berdasarkan maksud hadis di atas:

a) Terangkan maksud al-Quran dan al-Sunnah menurut istilah.


(4 markah)

b) Jelaskan DUA (2) daripada tiga pembahagian sunnah Rasulullah SAW.


(4 markah)

c) Bincangkan DUA (2) impak negatif akibat tidak memahami dan menghayati sunnah
Rasulullah SAW.
(4 markah)

SOALAN 2
Akidah merupakan asas terpenting dalam pembinaan dan pengukuhan iman seseorang
Muslim.

Berdasarkan pernyataan di atas:

a) Nyatakan DUA (2) rukun iman.


(4 mark
ah) b) Huraikan DUA (2) faktor yang menyebabkan akidah seseorang Muslim terbatal.

(5 mark
ah)
c) Bincangkan DUA (2) cabaran pembentukan akidah dalam pembangunan ummah
yang unggul.
(6 markah)

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SUL-IT


SULIT 10 IE/MAC 2016/CTU101

SOALAN 3
Firman Allah SWT bermaksud:
"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah
kepadaKu".
(al-Zaariyat : 56)
Berdasarkan pernyataan di ataş:

a) Terangkan maksud ibadah dari segi bahasa dan istilah.


(4 markah)

b) Huraikan DUA (2) keistimewaan ibadah dalam İslam.


(4 markah)
c) Bincangkan DUA (2) impak pengabaian ubudiyyah ke atas setiap Muslim.
(4 markah)

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SUL-IT


SULIT 11 IE/MAC 2016/CTU101

KERTAS SOALAN TAMAT

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SUL-IT

Anda mungkin juga menyukai