Anda di halaman 1dari 25

sabrina ^_^

ATUR CARA MENGIRA HARGA TIKET MASUK KE


DESA DAIRY FARM

1.0 pendahuluan
​ ​Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan satu kerja kursus iaitu Asas Sains
Komputer untuk dijadikan Pentaksiran Pelajaran Tingkatan 3 (PT3) dan untuk menambahkan
markah pt3 sebanyak 30%.Terdapat tajuk yang berlainan tetapi saya memilih tema kemasukan
ke DESA DAIRY FARM iaitu mengira harga tiket dengan teknik komputersional.

2.0 Carta Grantt

PERKARA Mac Ogos September

M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
1)Analisis masalah

2)Reka bentuk

3)Pengekodan

4)Pengujian &
Nyahpijatan

5)Dokumentasi

6)Pembentangan
sabrina ^_^

3.0 Analisis masalah


​Desa Dairy Farm menjadi tempat tarikan pelancongan kerana suasana yang sejuk
mempunyai gunung ganang yang indah dan rumput yang menghijau ini seperti pemandangan ala
luar negara.Jika kita mengunjungi Desa Dairy Farm, kita berpeluang melihat mereka memproses
susu dan memerah susu.

Rajah 1.0 Desa Dairy Farm

3.1 Teknik leraian


​Teknik leraian digunakan untuk menganalisis masalah dengan memecahkan masalah yang
besar kepada bahagian yang lebih kecil.Bahagian bahagian kecil kecil ini ialah masalah kecil
yang lebih mudah diselesaikan.

Masalah besar:
Membina atur cara untuk mengira harga tiket
masuk ke Desa Dairy Farm.

Teknik Leraian Masalah besar:


i)Mengira harga tiket untuk warga negara atau
pelancong asing.
ii)mengira harga tiket untuk dewasa dan
kanak- kanak

3.2) Objektif
i. Mengira harga tiket masuk ke Desa Dairy Farm.
ii. Mengira jumlah bayaran tiket bagi kanak-kanak dan dewasa.
iii. Mengira harga keseluruhan tiket masuk ke Desa Dairy Farm. bagi warganegara atau
pelancong asing.
sabrina ^_^

4.0 Reka bentuk dan atur cara

4.1 Teknik pengecaman corak


​Selapas meleraikan masalah besar,setiap bahagian kecil atau masalah kecil
akan di analisis untuk mengecam corak yang tertentu sekiranya ada .pengecaman
corak ini dapat membantu dalam mencari penyelesaian dengan lebih efisien.
Masalah keci​l Input yang diperlukan

1)Masalah harga tiket pelancongan 1)Harga tiket


tempatan.
2)Mengira harga tiket bagi pelancong -kategori warga negara @ pelancong
asing. -bilangan kanak-kanak
3)Mengira harga tiket untuk kanak- -bilangan dewasa
kanak atau dewasa

4.2 Teknik peniskalaan


Selepas corak corak dicamkan ,corak corak ini di teliti untuk meninggalkan aspek
aspek kurang penting dan memberikan penekanan terhadap aspek aspek yang dapat
membantu dalam penyelesaian masalah.

HARGA TIKET KE DESA DAIRY FARM


JENIS PELANCONG DEWASA(RM) KANAK KANAK(RM)

Warga negara 5 4

Pelancong asing 10 8

​Formula mengira harga tiket

Bayaran harga tiket bagi warga negara


Bayaran=(bilangan dewasa x 5) + (bilangan kanak-kanak x 4)

Bayaran harga tiket bagi pelancong asing


bayaran=(bilangan dewasa x 5) + (bilangan kanak-kanak x 4)
sabrina ^_^

4.3 Teknik pengitlakan


Berdasarkan masalah yang diperoleh daripada leraian dan peniskalaan masalah yang
dilakukan algoritma yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah pengiraan harga tiket boleh
ditentukan.
Algoritma terdapat dalam bentuk yang berikut :

4.3.1 Pseudokod

Mula
Taip W untuk Warganegara atau taip P untuk Pelancong asing
Taip menu pilihan

Jika menu == ‘W’


Jika ya,
Masukkan bilangan dewasa
Masukkan bilangan kanak
Kira harga = (bilangan dewasa x 5) + (bilangan kanak-kanak x 4)
Cetak harga

Jika menu = ‘P’


Masukkan bilangan dewasa
Masukkan bilangan kanak
Kira harga = (bilangan dewasa x10) + (bilangan kanak-kanak x8)
Cetak harga

Jika tidak,
Cetak ‘Maaf pilihan anda tiada dalam senarai. Sila cuba semula’
Tamat jika,
Tamat
sabrina ^_^

4.3.2 Carta Alir


sabrina ^_^

5.0 Pengekodan

5.1 Teknik pemikiran komputasional

5.1.1 Teknik leraian


Semasa fasa pengekodan,anda boleh menggunakan teknik leraian untuk mengenal pasti
komponen masalah ketika menulis kod arahan.Penggunaan teknik leraian bagi mengatasi
masalah penulisan kod arahan :
Bahagian kecil
Pengisytihharan pemboleh ubah dan pemalar

Bahagian kecil
Masalah besar Menulis kod input

Menulis kod bagi input,proses dan output Bahagian kecil


Menulis kod proses

Bahagian kecil
Menulis kod output

5.1.2 Teknik pengecaman corak


Teknik pengecaaaman corak memberikan penekanan kepada pemboleh ubah
bagi input,iaitu warganegara dan pelancong asing kerana kedua-duanya menunjukkan corak yang
sama. Nilai bagi pemboleh ubah pula merupakan corak yang berbeza kerana pengguna boleh
memasukkan sebarang nilai yang ingin diuji bagi mendapat jumlah harga tiket ke Desa Dairy
Farm.

Persamaan Perbezaan
Pemboleh ubah Formula pengiraan harga tiket
-Menu Bayaran harga tiket bagi warga negara
-Bil dewasa Bayaran=(bilangan dewasa x 5) + (bilangan kanak-kanak x 4)
-Bil kanak-kanak
Bayaran harga tiket bagi pelancong asing
bayaran=(bilangan dewasa x 5) + (bilangan kanak-kanak x 4)
sabrina ^_^

5.1.3 Teknik peniskalaan


Aspek-aspek penting bagi setiap bahagian masalah kecil adalah berlainan.
Contohnya penggunaan pemboleh ubah yang betul,kod arahan input,formula yang digunakan dan
kod arahan output perlu diambil kira semasa penulisan kod arahan.
contoh phyton :
sabrina ^_^
sabrina ^_^
sabrina ^_^

6.0 Pengujian dan penyahpepijatan


​ ​Dalam fasa ini pengatur cara akan :
a) Menguji atur cara yang telah ditulis bagi mengesan dan membetulkan sebarang ralat yang
terdapat pada atur cara.
b) Mengenal pasti ralat-ralt yang ada. Terdapat 3 jenis ralat iaitu :
i) ralat sintaks (​syntax error)​
Ralat yang disebabkan oleh penggunaan sintaks sesuatu bahasa pengaturcaraan yang
tidak betul dalam penulisan satu atur cara.
ii) Ralat masa larian (​runtime error)​
Ralat yang disebabkan oleh kemasukan data yang tidak menepati kehendak arahan.
Ralat ini akan menyebabkan pelaksanaan atur cara terhenti secara tiba-tiba dengan
mengeluarkan paparan mesej ralat yang tertentu.
iii) Ralat logik (​logical error)
​ Ralat yang disebabkan oleh kesilapan logik pengatur cara sehingga menyebabkan atur
cara menghasilkan output yang salah.

6.1 Teknik leraian


Selepas meleraikan masalah besar kepada bahagian-bahagian kecil, pengujian atur
cara dan penyahpijatan ralat dapat dilakukan secara berperingkat.Penggunaan teknik leraian bagi
pengujian atur cara dan penyahpepijatan ralat secara berperingkat :

Bahagian kecil
Menguji pengisytiharan pemboleh ubah dan
pemalar

Bahagian kecil
Menguji kod input

Bahagian kecil
Masalah besar Menguji kod proses
Menguji atur cara dan penyahpepijatan ralat Bahagian kecil
Menguji kod output

Bahagian kecil
menguji kod ralat

Bahagian kecil
Membaiki ralat
sabrina ^_^

6.2 Teknik Pengecaman corak


Tujuan utama proses pengujian kod arahan adalah untuk memastikan atur cara
berfungsi dengan baik dan memaparkan output yang betul.Semasa proses pengujian, jenis mesej
ralat yang diterima atau cara sesuatu atur cara bertindak perlu dikenal pasti. Setiap ralat ditemui
perlu dikenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaannya. Pengecaman corak-corak ini dapat
membantu anda dalam mengenal pasti jenis-jenis ralat yang ditemui,iaitu ralat sintaks,ralat masa
larian atau ralat logik. Pengecaman corak boleh dibuat berdasarkan mesej ralat yang dipaparkan
semasa pengujian. Paparan mesej ralat itu sendiri merupakan corak yang dicamkan. Persamaan
corak pada mesej ralat membolehkan anda mengenal pasti jenis ralat tersebut.

Jenis Ralat Contoh paparan mesej ralat

Ralat Sintaks Semua paparan mesej ralat mempunyai perkataan ​invalid syntax.

Ralat masa larian Semua paparan mesej ralat akan menyatakan baris yang mana kod
arahan adalah salah. Contohnya ​line 13.

Ralat logik Semua paparan akan menunjukkan data input dan maklumat output
tetapi outputnya tidak betul.

Jenis Punca ralat Contoh kesalahan


ralat

Ralat 1. kesalahan atau


sintaks tertinggal
simbol
hashtag (​ # ).
sabrina ^_^

Ralat 1. kesalahan
masa pemboleh .
larian

Ralat 1. kesalahan
logik menggunakan
operator.

6.3 Teknik pengitlakan


Teknik pengitlakan melibatkan pembinaan model bagi proses pengujian dan
penyahpepijatan atur cara. Dibawah menunjukkan senarai semak yang boleh dibina selepas
proses pengujian dan penyahpepijatan atur cara yang telah dilakukan.

Langkah-langkah menguji dan menyahpepijat

A. Pengujian dan penyahpepijatan secara manual


(a) Semak kesesuaian nama pemboleh ubah.
(b) Sintaks kod arahan adalah betul.
(c) logik dan susunan kod-kod arahan adalah betul.
(d) Formula matematik adalah betul.
(e) Gunakan sampel data untuk menguji atur cara.

B. Pengujian dan penyahpepijatan semasa pelaksanaan atur cara.


(a) Laksanakan atur cara.
(b) Baca dan fahami mesej ralat.
(c) Kenal pasti lokasi ralat dan baiki ralat.
(d) Ulang langkah (a) hingga ( c ) sehingga tiada mesej ralat.
(e) Semak output menggunakan beberapa set sampel data.
sabrina ^_^

Kesimpulannya,senarai semak ini jelas menunjukkan langkah-langkah yang perlu


dilakukan semasa membuat pengujian dan penyahpepijtan ralat. Penyelesaian masalah secara
langkah demi langkah ini dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sama.

7.0 Dokumentasi
Dalam fasa ini, pengatur cara akan menyediakan dokumentasi dalaman dan dokumentasi
luaran.

Dokumentasi Dalaman Dokumentasi Luaran

Definisi Dokumen yang akan ● Dokumen yang akan digunakan oleh


menjadikan rujukan oleh pengguna akhir sesuatu atur cara.
pengatur cara baharu dalam ● Terbahagi kepada dokumen pustaka dan
sesebuah organisasi. panduan pengguna.

Tujuan ● Membantu pengatur ● Dokumen pustaka memberikan


cara baharu untuk maklumat tentang perisian,
memahami atur cara perlaksanaan.,algoritma atur cara dan
yang telah kod arahan atur cara kepada pengguna
dibangunkan. akhir.
● Memudahkan ● Panduan pengguna memberikan
penyenggaran maklumat kepada pengguna akhir
sesuatu aplikasi atau tentang pemasangan dan cara
atur cara. pelaksanaan atur cara yang telah
dibangunkan.

7.1 Teknik leraian


Demi memastikan dokumentasi atur cara adalah lengkap, langkah pertama yang
harus diambil adalah meleraikan dokumentasi yang perlu disediakan kepada jenis dan
bahagian-bahagian yang kecil. Dibawah menunjukkan penggunaan teknik leraian semasa
menyediakan dokumentasi.
sabrina ^_^

​ asalah besar
M
Menyediakan dokumentasi

Bahagian kecil Bahagian kecil


Dokumentasi dalaman Dokumentasi luaran

Dokumen pustaka Panduan pengguna

Teknik leraian membolehkan kita menentukan jenis dan komponnen-komponen


penting yang perlu ada dalam dokumentasi yang disediakan.
7.2 Teknik pengecaman corak
Teknik pengecaman corak boleh digunakan apabila dokumentasi dalaman dan
dokumentasi luaran memberikan maklumat penting tentang atur cara kepada pengguna. Justeru,
maklumat penting tentang pembangunan dan penggunaan atur cara merupakan corak yang telah
dicamkan melalui teknik ini. Setelah corak dicamkan, aspek-aspek penting bagi corak tersebut
perlu dianalisis.
Maklumat penting yang perlu berada dalam dokumentasi dalaman dan dokumentasi
luaran adalah berlainan. Ini bergantung kepada pengguna yang menggunakannya.

7.3 Teknik peniskalaan


Pada peringkat ini, penggunaan teknik peniskalaan adalah sangat sesuai. Penulisan
komen perlu diberikan perhatian kerana penulisan komen akan membantu pengatur cara
mengingat semula atau membantu pengatur cara lain memahami maksud segmen kod yang
ditulis. Justeru, ini memudahkan kerja menyenggara atur cara apabila sebarang perubahan perlu
dilakukan kelak. Dibawah menunjukkan penulisan komen pada atur cara.
sabrina ^_^

7.4 Teknik pengitlakan


Selepas mengenal pasti aspek-aspek penting yang dilakukan semasa teknik
peniskalaan, anda perlu menghasilkan satu dokumentasi yang sebenar. Dibawah menunjukkan
contoh dokumen pustaka yang diperlukan oleh pengatur cara dan contoh panduan pengguna.
Kedua-dua dokumen yang dihasilkan dapat dijadikan panduan pada masa depan jika
pengatur cara menghadapi masalah menyediakan dokumentasi.

DOKUMEN PUSTAKA (LIBRARY DOKUMENTATION)

Keperluan Sistem pengendalian Iphone / Windows

Kepeluan Perisian Python 31DE

Keperluan Ingatan 2GB

Pseudokod

Mula
Taip 1 untuk warga negara atau taip 2 untuk pelancong asing
sabrina ^_^

Taip menu pilihan

Jika menu == ‘W’


Jika ya,
Masukkan bilangan dewasa
Masukkan bilangan kanak
Kira harga = (bilangan dewasa x 5) + (bilangan kanak-kanak x 4)
Cetak harga

Jika menu = ‘P’


Masukkan bilangan dewasa
Masukkan bilangan kanak
Kira harga = (bilangan dewasa x10) + (bilangan kanak-kanak x8)
Cetak harga

Jika tidak,
Cetak ‘Maaf pilihan anda tiada dalam senarai. Sila cuba semula’
Tamat jika,
Tamat

Carta Alir
sabrina ^_^

Kod Arahan
sabrina ^_^
sabrina ^_^
sabrina ^_^
sabrina ^_^

PANDUAN PENGGUNA

Memuat turun perisian


1.Taipkan nama aplikasi phyton tersebut :​ python
2. Paparan berikut akan diperhatikan, pilih versi python3lED dan klik Get.
3. Pengguna Iphone sila klik id Iphone untuk ​download ​aplikasi tersebut. Aplikasi tersebut
akan mula dimuat turun.

Memasang perisian
1.klik ​open u​ ntuk memasuki python

2. klik ​file​“ python ask “


sabrina ^_^

3. ​Type Coding
sabrina ^_^

8.0 Cadangan penambah baikan

i) Meminta pelancong untuk meletakkan nama dan umur mereka pada pengatur cara python yang
dibuat.
ii) Membina atur cara mengikut kategori umur dan jenis warganegara atau pelancong asing.
iii) Menambah kod arahan bagi membolehkan pengguna memberi komen kepada atur cara yang
digunakan.
iv) Menambah baik atur cara dengan membuat pengiraan untuk kedua-dua kategori iaitu
pelancong asing dan warganegara secara serentak.

9.0 Penutup

​Berdasarkan pengetahuan saya tentang kerja kursus ​Asas Sains Komputer i​ ni banyak
membantu pelajar seperti saya dalam menyelesaikan masalah tentang mengira harga tiket masuk
ke Desa Dairy Farm. Dalam perbuatan atur cara python, saya telah membuat atur cara python
yang lebih memudahkan pengguna, seperti saya telah meminta pengguna untuk memberi
bilangan kanak-kanak dan dewasa. Dalam sistem ini, saya akan mengira jumlah bayaran tiket
yang perlu mereka bayar.

10.0 Rujukan

Buku
Wan Zaleha Binti Wan Jusoh, Mathan a/l Balaraman. Looi Kam Fatt. Yap Thin Peng 2018. ​Asas
​ elangor. PAN ASIA PUBLICATION SDN.BHD
Sains Komputer Tingkatan 3. S

Internet
https://www.jomjalan.com.my/
https://images.app.goo.gl/ezqhFnULGx7f1QeVA
sabrina ^_^

11.0 Lampiran

11.1 Output
sabrina ^_^

Anda mungkin juga menyukai