Anda di halaman 1dari 1

SOALAN ESEI 1

a) Berikan dua (2) kaedah pengagihan dalam ekonomi islam.

Dua kaedah pengagihan dalam ekonomi islam ialah:

1. Hak utama terhadap harta. Hak individu untuk memiliki harta melalui kegiatannya secara
langsung dalam proses pengeluaran seperti bekerja, gadaian, sewaan, pertukaran dan
sebagainya. Ini kerana manusia bekerja menggunakan akal fikiran dan kekuatan fizikal
mereka supaya harta dan manfaat yang diperolehi dapat digunakan untuk memenuhi
keperluan hidup.
2. Hak pelengkap terhadap harta, sebagai contoh hak individu untuk memperolehi harta
secara tidak langsung hasil pemberian orang lain setelah ia benar-benar tidak berupaya
untuk memenuhi keperluan sendiri melalui derma, hadiah, wasiat, wakaf dan sebagainya.

b) bincangkan dua (2) kesan pengagihan secara tidak adil kepada masyarakat.
Dua kesan pengagihan secara tidak adil kepada masyarakat ialah:
1. Semakin banyak jurang perbezaan dalam kalangan masyarakat kerana individu yang
tidak berupaya bekerja tidak akan mendapat faedah dalam aguhan faktor pengeluaran,
oleh itu golongan yang miskin akan tetap miskin kerana harta dibiarkan tertumpu kepada
segelintir golongan manusia sahaja yang menyebabkan jurang antara kaya dan miskin
semakin bertambah di negara ini.
2. Sistem ekonomi yang praktikal tidak wujud dan setiap individu tidak akan mendapat
bahagian mereka selaras dengan sumber-sumber dan tenaga yang dicurahkan. Oleh itu
penguruan sumber asli yang tidak cekap memberikan kesan buruk dan kesan negatif
antara agihan dengan pengurusan sumber.

Anda mungkin juga menyukai