Anda di halaman 1dari 8

HEXAPRO EDUCATION GROUP SDN.

BHD
(INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL PUTRA)
WISMA CWS, NO 478-479 A, B DAN C,
JALAN KENANGA 29/14, BANDAR INDAHPURA,
81000 KULAI, JOHOR.

KERTAS PENERANGAN
(Information Sheet)
KOD DAN NAMA
PROGRAM /
IT-020-3:2013 COMPUTER SYSTEM OPERATION
PROGRAM’S CODE AND
NAME
TAHAP / LEVEL L3
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / C02 COMPUTER SYSTEM MAINTENANCE
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. IDENTIFY COMPUTER MAINTENANCE


REQUIREMENTS
NO. DAN PENYATAAN
2. CARRY OUT COMPUTER PREVENTIVE
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND MAINTENANCE
STATEMENT
3. PERFORM COMPUTER CORRECTIVE MAINTENANCE
4. PREPARE COMPUTER MAINTENANCE REPORT

Muka Surat / Page :1


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C02/P(1/10)
Drp / Of: 8

TAJUK / TITLE:

PENGENALAN KEPADA PENYELENGGARAAN KOMPUTER

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar tentang pengenalan
kepada penyelenggaraan komputer, kepentingan penyelenggaraan pencegahan,
senarai semak dan rekod penyelengaraan serta peralatan penyelenggaraan komputer
dengan lebih jelas dan terperinci.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C02/P(1/10) Muka Surat / Page: 2 Drpd / Of: 8

PENERANGAN / INFORMATION:

Penyelenggaraan adalah satu langkah yang di lakukan ke atas sistem komputer


supaya dapat mengurangkan atau mengelakkan komputer daripada menghadapi
masalah teknikal yang kecil atau serius. Objektif penyelenggaraan adalah dapat
mengemaskini sistem sesuatu peralatan atau mesin seperti sediakala. Selain itu, dapat
mengurangkan risiko berlakunya kerosakkan terhadap peralatan yang diselenggara
serta dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.

1. PENGENALAN KEPADA PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Penyelenggaraan bermaksud kerja-kerja yang perlu dibuat mengikut tempoh


atau jangka masa tertentu sama ada secara bulanan, suku tahun, setengah tahun
atau tahunan bagi memastikan sesuatu aset itu berfungsi dengan baik sepanjang
tempoh penggunaanya.

Penyelenggaraan komputer samada komputer peribadi atau komputer riba perlu


dilakukan secara berkala bagi memastikan ia sentiasa berada di dalam keadaan
baik dan lancar. Ramai di antara pengguna yang mengambil ringan akan hal ini,
mungkin disebabkan tidak tahu bagaimana untuk melakukannya atau takut berlaku
kerosakkan.

Proses penyelenggaraan adalah amat penting. Selain mengatasi kegagalan


sistem apabila kerosakkan berlaku, selenggara yang berjadual juga mampu
mengelakkan kegagalan sistem yang teruk sebelum ia benar-benar berlaku.
Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Baik pulih belum tentu dapat
membaiki sistem yang rosak, sebaliknya pencegahan sejak peringkat awal melalui
penjadual selenggara mampu mengelakkan daripada berlakunya kerosakkan
sistem. Matlamat pengurusan penyelenggaraan adalah untuk memastikan
peralatan/ sistem aplikasi sentiasa berada dalam keadaan produktif dan boleh
dipercayai. Keperluan kepada penyelenggaraan yang baik adalah memastikan
setiap kemudahan ICT yang disediakan dapat digunakan sebaik mungkin oleh
golongan sasaran.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C02/P(1/10) Muka Surat / Page: 3 Drpd / Of: 8

Untuk memastikan semua komponen dan peralatan berfungsi dan sentiasa


boleh digunakan, ia perlu dijaga dan diselenggara sebaik mungkin mengikut
penentuan dan piawaian yang telah ditetapkan. Kegagalan dan ketidakstabilan
mana-mana komponen dari berfungsi akan memberi impak yang besar terhadap
sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Terdapat dua jenis
penyelenggaraan iaitu penyelenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance) dan
penyelenggaraan pembaikkan (Corrective Maintenance)

1.1. Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)


Penyelenggaraan pencegahan adalah proses penyelenggaraan yang
dilaksana secara rutin, berkala dan berdasarkan program penyelenggaraan
yang dirancang untuk mengelakkan kemungkinan berlaku kerosakkan. Aktiviti
penyelenggaraan pencegahan dilaksanakan sebelum dan mengelak berlakunya
kerosakan. Penyelenggaraan pencegahan dijalankan mengikut program
berjadual bagi memastikan sumber ICT berfungsi dengan baik dan
mengelakkan berlakunya kerosakan besar.

1.2. Penyelenggaraan Pembaikkan (Corrective Maintenance)


Penyelenggaraan pembaikkan adalah proses tindakan pembaikan,
pembetulan atau pemulihan untuk mengembalikan fungsi asal apabila berlaku
kerosakan/ kegagalan. Aktiviti penyelenggaraan pembaikkan dilaksanakan
setelah berlaku kerosakan dan memulihkannya. Penyelenggaran pembaikkan
dilaksanakan bila berlaku kerosakkan atau kegagalan berfungsi pada mana-
mana sumber ICT.

Penggunaan kedua-dua konsep ini adalah pentingan untuk menentukan


pencapaian matlamat penyelenggaraan. Penyelenggaraan pemulihan tidak
dapat dielakan oleh kerana komponen-komponen mekanikal dan sebagainya
mempunyai jangka hayat dan kerosakan tetap akan berlaku. Seeloknya-eloknya
pengguna perlu diberi penerangan dan penyelenggaraan pencegahan supaya
dapat mengurangkan berlakunya kerosakan pada sistem komputer.

Komponen di dalam sebuah unit komputer dibahagiakan kepada 2 bahagian


utama iaitu:
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C02/P(1/10) Muka Surat / Page: 4 Drpd / Of: 8

i. Computer System Unit Hardware


 Computer system unit hardware ialah perkakasan utama di dalam
komputer iaitu hardisk, CD-ROM, Floppy Disk, Power Supply,
Motherboard, RAM, Video Card, Sound Card, NIC
ii. Computer peripheral
 Computer peripheral ialah persisipan ataupun output dan input
komputer iaitu mouse, keyboard, Monitor, IDE Cable, Printer,
Scanner, Webcam dan Speaker

Walaupun terdapat 2 bahagian atau kategori komponen komputer ini,


penyelenggaraan untuk komponen ini di lakukan serentak bagi memastikan
keseluruhan sistem sentiasa dalam keadaan baik.

2. KEPENTINGAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

Penyelenggaraan pencegahan ini merupakan salah satu aspek yang paling


dilupakan oleh pengguna dan pemilik komputer. Kebanyakkan pengguna
beranggapan komputer tidak memerlukan penyelenggaraan dan bagi mereka
penyelenggaraan patut dilakukan apabila terdapat masalah dan kerosakan yang
timbul pada komputer tersebut. Ini merupakan anggapan yang salah dan kerosakan
pada komputer akan lebih cepat berlaku sekiranya penyelenggaraan pencegahan
tidak dilakukan. Di bawah dinyatakan sebab kenapa pengguna perlu merancang
penyelenggaraan pencegahan untuk komputer mereka kerana:

i. Menjimatkan Wang/ Kos


 Dengan melakukan penyelenggaraan pencegahan, komponen
dapat bertahan lebih lama dan ini akan menjimatkan wang
daripada menukar komponen yang baru dan kos untuk membaiki.

ii. Menjimatkan Masa


 Masa untuk menjalankan penyelenggaraan ini hanya mengambil
masa 2 jam sebulan dan jika komputer itu rosak, pengguna harus
menunggu berhari-hari untuk membaiki komputer tersebut.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C02/P(1/10) Muka Surat / Page: 5 Drpd / Of: 8

iii. Menolong Mengawal Data


 Proses penyelenggaraan ini akan mengajar pengguna mengenai
kepentingan menjaga data dan cara untuk membuat backup pada
hardisk.

iv. Meningkatkan keupayaan


 Sesetengah bahagian pada komputer memerlukan
penyelenggaraan untuk meningkatkan prestasi komponen
tersebut. Oleh itu dengan penyelenggaraan yang berjadual akan
membantu meningkatkan kelajuan komputer.

2.1 Menentukan kekerapan penyelenggaraan


Sesetengah jenis penyelenggaraan memerlukan dilakukan lebih kerap
berbanding yang lain. Kekerapan penyelenggaraan bergantung kepada aktiviti
komponen tersebut dan juga atas keperluan pengguna. Ini juga bergantung
kepada tujuan komputer tersebut digunakan untuk apa.

2.2 Pembinaan rekod dan dokumentasi


Seseorang penyelenggaraan yang cekap dan professional selalunya akan
melakukan catatan rekod dan dokumentasi khas bagi segala tugas yang
dilakukannya. Selain memudahkan perjalanan kerja, ia juga boleh dijadikan bukti
kejujuran dalam melaksanakan tugas seharian. Penyediaan rekod dan
dokumentasi membolehkan penyelenggaraan dan juga pentadbir mengesan
sejarah kerosakan dan baik pulih sistem perkomputeran mereka. Ia juga
membolehkan institusi mengenalpasti tempoh jaminan dan membuat anggaran
bagi perkembangan sistem mereka. Antara kebaikan menyediakan rekod dan
dokumentasi ialah:

 Menyimpan butir-butir lengkap mengenai sistem perkomputer yang


digunakan (kos, jaminan, syarikat pembuat/ pembekal)
 Menyimpan senarai tugas penyelenggaraan yang telah atau bakal
dilaksankan ke atas sistem.
 Menyimpan data berkenaan individu yang terbabit dengan
penyelenggaraan sistem.
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C02/P(1/10) Muka Surat / Page: 6 Drpd / Of: 8

 Memudahkan rujukan berkenaan teknik baik pulih sistem yang pernah


bermasalah dan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah kerosakan
baru dengan situasi yang hampir sama.
 Membolehkan institusi membuat anggaran jangka hayat secara sistem
dan merangka perkembangan bagi sistem mereka untuk masa hadapan.

3. SENARAI SEMAK DAN REKOD PENYELENGGARAAN


Senarai semak penyelenggaraan pemulihan ialah senarai dimana kerja-kerja
penyelenggaraan yang lengkap akan dilakukan. Tujuan diadakan checklist ialah
untuk memastikan setiap proses dan langkah-langkah penyelenggaraan dilakukan
dan diperiksa oleh juruteknik atau pengguna yang melakukan penyelenggaraan
tersebut. Ini mengelakkan daripada juruteknik akan tertinggal atau terlupa untuk
penyelenggaraan bagi setiap perkakasan pada komputer. Di bawah ialah senarai
semak penyelenggaraan pencegahan komputer seperti Rajah 1.

Rajah 1: Senarai semak penyelenggaran Komputer


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C02/P(1/10) Muka Surat / Page: 7 Drpd / Of: 8

Rekod penyelenggaraan adalah rekod bagi mencatat maklmuat mengenai


penyelenggaraan pemulihan komputer. Rekod ini adalah berasingan untuk setiap
komputer dimana setiap komputer di dalam organisasi mempunyai rekodnya
tersendiri. Ini kerana, rekod ini mengandungi maklumat komputer tersebut yang
mana ia mungkin berbeza dengan komputer yang lain. Menjadi tanggungjawab
juruteknik untuk merekod segala aktiviti penyelenggaraan yang dilakukan dan juga
mencatat kerosakkan bagi segala komponen di dalam komponen tersebut. Di
bawah adalah contoh kad rekod penyelenggaraan pemulihan komputer seperti
Rajah 2.

Rajah 2: Rekod penyelenggaraan pemulihan komputer


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3:2013-C02/P(1/10) Muka Surat / Page: 8 Drpd / Of: 8

SOALAN/ QUESTION:

1. Berikan maksud penyelenggaran komputer.

2. Nyatakan dua (2) jenis penyelenggaraan komputer


i. ________________________________
ii. ________________________________

3. Jelaskan tiga (3) kepentingan melakukan penyelenggaran komputer.


i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Penyelenggaran komputer
https://www.slideshare.net/mohamadhusniramli/supervisory-46347397, 22 July
2018, 12.30 am

2. Penyelenggaraan pencegahan
https://prezi.com/9hhsau0woyii/penyelenggaraan-pencegahan, 22 July 2018,
3.00 pm

3. Senarai semak penyelenggaran


https://www.slideshare.net/ahmad_shahrul/senarai-semak-penyelenggaraan-
komputer, 22 July 2018, 7.56 pm

Anda mungkin juga menyukai