Anda di halaman 1dari 7

Big Data Analytics : Apa ? Kenapa ?

June 10, 2020 suzita  Teknologi, Uncategorized

Big data merupakan satu realiti dalam kehidupan manusia sekarang.  Setiap hari organisasi 
dihujani dengan data yang berbagai bentuk, jumlah yang banyak dan diterima dengan cepat. 
Fenomena lambakan data ini yang tidak pernah berlaku sebelum ini memerlukan kita mempunyai
kaedah yang betul untuk mentafsir maklumat yang benar-benar penting dan juga mempunyai
kemahiran untuk membuat analisis terhadap lambakan data tersebut.

Analisis Data Besar (Big Data Analytic)  adalah proses memeriksa data yang besar untuk
mendedahkan corak tersembunyi, korelasi yang tidak diketahui dan maklumat lain yang berguna
yang boleh digunakan untuk untuk mentafsir maklumat yang benar-benar penting dan membuat
keputusan yang lebih baik. Analisis Data Besar membolehkan para penganalisa membuat analisis
data yang tidak boleh dilakukan sebelum ini menggunakan kaedah analisis konvensional.
Untuk memahami big data mungkin kita perlu melihat kepada hiraki data.  Unit data yang paling
kecil dipanggi byte.  Untuk menggambarkan saiz data dalam bentuk byte ini ianya samalah
seperti satu huruf dari 26 huruf A sehingga Z.  Unit data yang kedua dipanggil Kilobyte.  Data
yang terkandung didalam Kilobyte mungkin bersamaan dengan sebuah buku cerita kanak-kanak.
Unit data seterusnya adalah Megabyte yang boleh digambarkan sebagai novel remaja. Unit-unit
data seterusnya adalah seperti jadual 1.
Unit Data Saiz Storan

Gigabyte 4,473 buku*

Terabyte 4,581,298 buku

Petabyte 4,691,249,611 buku

Exabyte 4,803,839,602,528 buku

Zettabyte 4,919,131,752,989,213 buku

*1 buku mempunyai 200 muka surat atau 240,000 aksara

                               Jadual 1.
(Sumber : http://www.computerhope.com/issues/chspace.htm)
Ahli sains menyatakan bahawa dunia pengkomputeran kini telah memasuki era Zettabyte. 
Terdapat tiga sebab kepada kemunculan fenomena big data ini.  Pertama, pertambahan kuasa
pemprosesan komputer seperti yang digambarkan oleh Moore’s Law.  Komputer kini boleh
memproses data yang lebih besar berbanding komputer sebelumnya.  Ini membolehkan pengguna
memanafaatkan keupayaan tersebut untuk memproses lebih banyak data bagi membantu
membuat keputusan dan mengurangkan risiko akibat penggunaan data yang sedikit.  Kedua,
pertambahan peranti internet yang boleh menjana data.  Sebagai contoh, penyelidik banyak
menggunakan alat-alat pengesan yang bersambung kepada internet yang boleh menjana data
secara masa nyata dalam jumlah yang besar.  Faktor ketiga adalah harga storan yang murah
menyebabkan data yang besar boleh diperolehi, diproses dan disimpan oleh pengguna.
Konsep Big Data mula terkenal pada awal tahun 2000 apabila Penganalisa industri Doug Laney 
mendefinisikan big data sebagai 3V iaitu Volume, Velocity dan Variety.  Volume bermaksud
organisasi mengumpul data daripada perlbagai sumber seperti transaksi perniagaan, media sosial,
alat pengesan dan sebagainya.  Velocity pula bermaksud aliran data diterima dengan kepantasan
yang tidak pernah terjadi sebelum ini dan ianya perlu di selaraskan pada masa yang
tepat.  Variety pula bermaksud data diterima dalam pelbagai format; berstruktur seperti data
dalam pangkalan data konvensional atau tidak berstruktur seperti email, video, audio dan
sebagainya.

Mempunyai data yang banyak tidak membawa apa-apa makna sehinggalah data tersebut
dianalisa.  Apabila data tersebut dianalisis, ia akan mendedahkan corak tersembunyi, korelasi
yang tidak diketahui dan maklumat lain yang berguna yang boleh digunakan untuk untuk
mentafsir maklumat yang benar-benar penting untuk membolehkan pengurangan kos, penjimatan
masa, pembangunan produk baru dan membuat keputusan secara objektif dan bijak.  Apabila data
yang besar digabungkan dengan alatan analisis berkuasa tinggi, tugas-tugas seperti menentukan
punca kegagalan, gelagat permintaan pengguna, menilai risiko dan sebagainya  dapat
dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.

Sumber : https://www.promptcloud.com/

Rujukan:
Bud Keegan, Big Data or BetterPerformance (BigData),
https://www.open2study.com/courses/big-data-for-better-performance
http://www.sas.com/en_us/insights/analytics/big-data-analytics.html
http://www.computerhope.com/issues/chspace.htm
Disediakan oleh : Azman Chik PTM http://credit-n.ru/zaymyi-next.html http://credit-n.ru/zaymyi-
next.html

Cloud Storage
May 7, 2015 suzana HS  Teknologi

Kadangkala pengguna tidak perasan emel yang dihantar beserta lampiran yang besar kepada
penerima membawa masalah kepada server.   Attachment file ini akan memenuhi ruang server
dan mengakibatkan server tidak dapat menerima emel baru. Walaubagaimana pun, setiap masalah
ada penyelesaiannya.
Semakin lama, semakin banyak data/maklumat yang pengguna ada, maka semakin banyak ruang
yang diperlukan. Sebahagian daripada pengguna menyimpan data/maklumat di hard drives, CD
atau flash disk, thumb drive, external drive , server universiti atau server hosting yang disewa.
Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, pengguna mula beralih ke penyimpanan
file Cloud Storage.
Apa itu Cloud Storage
Cloud storage adalah media penyimpanan dalam talian yang membolehkan pengguna
menyimpan data/maklumat di server virtual (pelayan maya) yang tersedia. Dengan adanya cloud
storage, pengguna tidak perlu lagi membawa storan fizikal.
 
Kelebihan Cloud Storage
 Dapat menyimpan data/maklumat dan mengambil data/maklumat bila-bila masa diperlukan
selagi ada talian internet.
 Tidak perlu membawa storan fizikal seperti external hard disk, thumb drive dan sebagainya.
 Dapat berkongsi data/maklumat dengan pengguna lain dengan mudah.
Perbandingan beberapa Cloud Storage
* Antara cloud storage yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

Memelihara keselamatan data/maklumat


Jangan lupa untuk mengambil langkah meningkatkan ciri-ciri keselamatan data.maklumat anda.
Tips keselamatan penggunaan cloud:
1. Gunakan kata laluan yang sesuai dengan ciri-ciri keselamatan.
2. Buat salinan/backup secara berkala di storan lain seperti hard disk dan external storage.
3. Pilih data yang anda ingin muat naik.
4. Jangan muat naik data peribadi terutamanya gambar-gambar yang tidak sesuai didedahkan
kepada umum.
5. Faham terma dan syarat Cloud Storage yang dipilih dengan betul.
 
Kesimpulan
Implementasi Cloud storage sebenarnya sangat bermanafaat kepada pengguna.   Penggunaannya
dikategorikan sebagai efektif dan efesyen   dalam menyelesaikan masalah storan fizikal hardware
dan penyimpanan data. Penerapan dan pembudayaan penggunaan cloud storage kepada warga
universiti dilihat menjadi tanggungjawab bersama. Penggunaan cloud storage secara tidak
langsung dapat mengurangkan kos pembelian perkakasan (hardware) untuk storan disamping
mengurangkan masalah bebanan server dan sumber manusia.

Cloud Computing atau pengkomputeran awan dalam ertikata yang mudah adalah untuk
menyimpan  dan mencapai data dan aplikasi  dengan menggunakan Internet selain daripada
komputer anda.
Contoh data-data yang disimpan seperti dokumen,gambar , audio atau video . Pengguna boleh
mencapai data-data tersebut dengan menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih
lain dengan menggunakan capaian Internet.
Jenis-jenis pengkomputeran awan
1.  Awan Persendirian ( Private Cloud )
  Awan Persendirian ini hanya ditujukan kepada pengguna atau organisasi yang tertentu
sahaja. Pengguna luar tidak dapat mencapai data di dalam awan persendirian ini.
2.  Awan Awam (Public Cloud )
 Awan Awam ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja . Di antara contoh awan awam ini
adalah seperti Amazon Elastic Compute Cloud (EC2), IBM’s Blue Cloud, Sun Cloud,
Google AppEngine dan Windows Azure Services Platform
3.  Awan Hibrid (Hybrid Cloud )
 Awan Hibrid ini adalah kombinasi di antara awan persendirian dan awan awam  dimana
sesebuah organisasi menyimpan data yang penting di dalam storan awan persendirian dan
selainnya dikekalkan di dalam storan awan awam.
4. Awan Komuniti ( Community Cloud )
  Awan Komuniti merupakan kombinasi di antara awan awam , persendirian dan hibrid.
Ianya dikongsi oleh pelbagai organisasi diikuti dengan ketetapan seperti
keselamatan,pematuhan dasar dan bidang kuasa. Awan Komuniti boleh diuruskan secara
luaran, pihak ketiga atau in-house environment .

Jenis-jenis perkhidmatan awan

 
 
 
 
 
 
 
 
1. Perisian Sebagai Perkhidmatan ( Software-As-A-Service (SaaS) )
 Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menggunakan perisian  tersebut tanpa perlu
memasangnya pada komputer atau peranti mudah alih yang lain. Contoh perkhidmatan ini
adalah seperti Gmail , YahooMail, Hotmail, Facebook, Twitter,Microsoft 365, Google
Apps,You Tube dan lain-lain lagi.
2. Platform sebagai Perkhidmatan ( Platform-As-A-Service ( PaaS ))
 Perkhidmatan ini menawarkan platform yang membenarkan pengguna membangunkan dan
menguruskan aplikasi tanpa perlu membeli perkakasan dan perisian untuk  pembangunan
aplikasi tersebut.Contohnya seperti Window Azure, Google App Engine, force.com dan
sebagainya.
3. Infrastruktur sebagai Perkhidmatan ( Infrastructure-As-A-Service (IaaS))
 Perkhidmatan ini menawarkan sumber perkakasan seperti rangkaian, storan dan  compute
resources secara maya ( virtual ) melalui Internet . Di antara contoh perkhidmatan ini adalah
Amazon Web Services (AWS), Windows Azure, Google Compute Engine, Rackspace Open
Cloud, dan IBM SmartCloud Enterprise.
Rujukan
http://asia.pcmag.com/networking-communications-software-products/2919/feature/what-is-
cloud-computing
http://telemeen.blogspot.my/2014/11/5-benefits-of-cloud-computing.html
http://searchcloudcomputing.techtarget.com/definition/public-cloud
http://www.asigra.com/blog/cloud-types-private-public-and-hybrid
http://www.cheapsslcouponcode.com/blog/advantages-of-different-cloud-computing-models
http://leadconsultant.com/tag/cloud/
https://www.selasar.com/kreatif/cloud-computing-apa-itu
http://blog.seattlepi.com/microsoft/2010/02/01/windows-azure-starts-bringin-in-the-cash/
https://en.wikipedia.org/wiki/Platform_as_a_service
http://www.thoughtsoncloud.com/2014/02/what-is-platform-as-a-service-paas/
http://searchcloudcomputing.techtarget.com/definition/Infrastructure-as-a-Service-IaaS
http://catatantugasan.blogspot.my/2013/02/teknologi-cloud-computing.html
 

Anda mungkin juga menyukai