Anda di halaman 1dari 3

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang tenang tinggallah seorang usahawan yang

kaya raya bersama seoarang anak gadisnya yang bernama Bawang Putih. Isterinya telah lama
meninggal dunia. Dia sangat sayangkan puteri kerana Bawang Putih seorang yang mendengar
kata dan bersopan santun.

Suatu hari, sepulangnya usahawan dari bekerja, beliau membawa seorang ibu bersama anak
gadisnya. Usahawan ingin mengahwini ibu itu. Maka Bawang Putih mempunya ibu tiri dan
kakak tiri yang bernama Bawang Merah.

Sewaktu ketiadaan usahawan di rumah keluar untuk bekerja, ibu tiri dan kakak tirinya selalu
mengarah dan menyuruh Bawang Putih melakukan pelbagai kerja. Jika kerja yang disuruh
tidak selesai maka Bawang Putih akan dihukum oleh ibu tirinya dengan tidak diberi makan.

Setiap pagi akan kedengaran pekikkan Bawang Merah, “Hey Bawang Putih cuci semua
baju ibu dan aku ini”, Belum sempat Bawang Putih selesai mencuci pakaian itu, terdengar
pula jeritan dari ibu tirinya “Bawang putih, Bawang Putih siapkan sarapan untuk kami,
kami sudah lapar”.

Suatu hari usahawan jatuh sakit yang amat teruk. Tidak lama usahawan pun menghembuskan
nafas terakhir. Dengan rasa sedih dan pilu, Bawang Putih memanggil-manggil ayahnya
“Ayah, ayah jangan tinggalkan Putih, Putih takut”.

Di sebalik kesedihan ini, terdapat juga yang tertawa keriangan, “Akhirnya matinya juga dia
Merah” itulah kata-kata kejam ibu tiri Bawang Putih yang gembira kerana semua harta dan
rumah usahawan itu akan menjadi milik mereka.

Hari demi hari Bawang Putih disuruh seperti hamba abdi di rumahnya sendiri. Semakin hari
semakin penat dan kelihatan kurus Bawang Putih dek kerana melakukan pelbagai kerja.

Suatu hari Bawang Putih pergi ke sungai untuk mencuci pakaian. Sedang asyik Bawang Putih
leka membasuh, selendang kesayangan ibu tirinya hanyut dibawa arus. Bawang Putih sudah
merasa ketakutan kerana akan dihukum ibu tirinya. Lalu Bawang Putih mengambil keputusan
untuk mencari selendang. Setibanya dia di hujung sungai dia melihat selendang tidak
kelihatan. Di seberang sungai terdapat seorang tua bersama lembunya lalu Putih bertanyakan
kepada orang tua itu “Maaf pak cik, ada tak pak cik lihat selendang yang berlalu di sini”,
“Oh selendang itu baru sahaja diambil nenek tua yang mencuci pakaian di sini, Nenek itu
rumahnya berada di atas bukit di sana”. Bawang Putih pun menyusuri denai kecil untuk
sampai ke atas bukit itu. Setibanya Bawang Putih di rumah nenek tua itu

“Nenek, nenek”, lalu keluarlah nenek itu.

“ Oh cucu datang, ada apa cu?”

“Nenek ada terjumpa selendang kepunyaan ibu saya sewaktu di sungai tadi?”

“Oh ada cu, tapi sebelum nenek beri kepada kamu, nenek ada satu syarat,”.

Lalu Bawang Putih pon menunaikan syarat yang diberi nenek tua tadi.

“Nenek saya sudah selesai semuanya, boleh saya dapatkan selendang kepunyaan ibu
saya?”

Lalu nenek itu pon memberikan selendang itu kepada bawang putih.

“Tapi sebelum kamu pulang pilihlah dahulu labu itu,”

Di atas makan rumah nenek itu terdapat dua biji labu. Sebijinya kecil sebiji lagi besar. Tapi
dengan rasa rendah diri bawang putih memilih yang kecil sahaja.

“Saya ambil yang kecil sahaja nek, terima kasih nek”,

“Dengar ya, cu hanya boleh buka labu itu setelah sampai di rumah sahaja,”

“Baik nek”

Berlalulah pulang Bawang Putih dari rumah nenek itu. Setibanya di muka pintu rumah
Bawang Putih melihat ibu tiri dan Bawang Merah menunggu kepulangannnya dengan penuh
keberangan.

“Hey putih ke mana kamu pergi,”

Ibu tirinya menjerit ke arah Bawang Putih lalu memukul Bawang Putih bersama Bawang
Merah. Mereka melihat Bawang Putih membawa sebiji labu.

“Sudah pergi belah labu itu, masakkan untuk kami, kami sudah lapar.”

Lalu Bawang Putih membelah labu itu dan dengan rasa terkejutnya mereka melihat isi labu
itu penuh dengan pertama yang mahal harganya.

“Putih di mana kamu dapat labu ini?,”


Merah bertanya. Putih pon menceritakan segalanya kepada ibu tiri dan Merah. Ibu tirinya
mendapat satu buah fikiran. Ibu tiri dan Bawang Merah pun melakukan perkara yang sama
seperti mana terjadi kepada bawang putih. Mereka pun melepaskan selendang di sungai itu
ternyata nenek tadi mengambil sekali lagi selendang itu. Lalu mereka pun mengekori nenek
sehingga tiba di rumahnya.

Seperti yang telah terjadi kepada Putih, mereka pun melakukan perkara yang sama. Setelah
selesai mereka menunaikan syarat tadi lalu mereka pun diberikan pilihan buah labu tadi.

“kami pilih yang besar sahajalah nek,”

“Jangan kamu belah labu ini dalam perjalanan, tunggu sehingga sampai di rumah,”

“baik nek,”

Dek kerana sikap tamak anak beranak ini yang terlalu taksubkan harta.

“Merah kita belah sahaja lah labu di sini, bukannya nenek tua itu tahu pun,”

Selepas dibelah labu itu, mereka berdua terkejut dan menjerit ketakutan kerana isi labu itu
penuh dengan binatang yang berbisa.

“Kenapa isinya binatang ini,” jerit ibu tiri bawang putih ketakutan.

Tetapi apa kan daya ditengah belantara yang tebal menghijau tiada siapa yang dapat
membantu mereka berdua. Bersemadilah mereka berdua ditengah belantara itu kerana
dipatuk binatang bisa itu.

Bawang Putih hidup di rumahnya dengan penuh kegembiraan dan dia meneruskan segala
usaha bapanya.

Anda mungkin juga menyukai