Anda di halaman 1dari 3

Tinggi duduk di atas sekali, Ketika pergi rumah menantu,

Bukanlah bulan bukanlah matahari; Berilah salam di muka pintu;


Jika malam ia berseri, Jika diputar telinganya itu,
Jika siang ia berganti. (BINTANG) Muntahlah ia sudahlah tentu. (KEPALA PAIP)

Buah budi bidara mengkal, Duduk termenung janganlah leka,


Masak sebiji di tepi pantai; Kerja tak sudah membuang masa;
Hilanglah budi bicara akal, Apakah buah cubalah teka,
Buah apa tak bertangkai. (BUAH HATI) Namanya seperti batu permata?
(BUAH DELIMA)

Jika kecil boleh ditiup, Makan nasi berulam raja,


Sudah besar jangan lagi; Ditambah dengan sambal sotong;
Kalau tercucuk ia meletup, Kalau adik pandai meneka,
Kalau terlepas terbangnya tinggi. (BELON) Binatang apa tidur tergantung? (KELAWAR)

Hidup aman dalam kota, Berpindah tempat di kota Medan,


Ada pemimpin bernama raja; Janganlah lupa membawa baju;
Buruh-buruh rajin bekerja, Kakinya empat tidak punya badan,
Askar bertugas tiap masa. (SEMUT) Cubalah teka siapakah aku? (KERUSI)

Ada tubuh ada tangan, Kalau Tuan pergi ke kedai


Tak ada kepala tak ada kaki; Belikan saya buah keranji
Sangat berguna saat hujan, Kalau tuan bijak pandai
Apa yang dimaksudkan ini. (BAJU HUJAN) Apa binatang keris di kaki? (AYAM)

Pergi umrah tiap tahun, Ada sebiji roda pedati


Semoga sentiasa murah rezeki; Bentuknya bulat daripada besi
Dalam batang ada daun, Bila bermain diikat sekuat hati
Dalam daun ada isi. (LEMANG) Dilempar hidup dipegang mati? (GASING)

Mulut manis hati nak baik, Tuan puteri belajar menari


Itulah amalan turun temurun; Tari diajar oleh Pak Harun
Benda apa yang akan naik, Kalau Tuan bijak bestari
Jika saja hujan turun. (PAYUNG) Apa yang naik tak pernah turun? (UMUR)

Belayar perahu dari Bentan, Kalau tuan pakai lencana


Menyusur tepi Selat Melaka; Pakailah songkok di atas kepala
Lebar kepala daripada badan, Kalau Tuan bijak laksana
Apakah ikan cubalah teka? (IKAN PARI) Binatang apakah tiada kepala? (KETAM)

Jika ke kedai pergi berbelanja Pokoknya bulat dan juga rendang


Belikan saya sudu dan senduk Masam dan hijau ketika muda
Jika pandai katakan ia Buahnya berbentuk seperti bintang
Semakin berisi semakin menunduk? (PADI) Sudah masak, kuninglah ia (BUAH BELIMBING)

Masak tumis sambal petai Jika tuan membeli tikar


Makan kenyang sambil sendawa Tikar anyaman dari mengkuang
Anda menziarah sahabat handai Kalau Tuan bijak pintar
Buah apakah yang akan dibawa? Ular apa membelit pinggang?
(BUAH TANGAN) (TALI PINGGANG)

Budak-budak bermain batu Bunga orkid indah warnanya


Batu dikira satu persatu Penyeri taman dan juga hutan
Badannya lurus bermata satu Ramai orang datang bertanya
Ekornya tajam apakah itu? (JARUM) Bintang apa hidup di lautan?
(TAPAK SULAIMAN)

Pisang berangan dibuat pengat, Di Pulau Mutiara menaiki beca,


Dicampur dengan gula Melaka; Melancong bersama ayah dan bonda;
Setiap detik setiap saat, Selalu diselak dan juga dibaca,
Menghitung waktu tak kira masa. (JAM) Agar penuh ilmu di dada. (BUKU)

Orang berbudi selalu disanjung, Sudahlah lama tidak ke sana,


Budi bahasa dalam ingatan; Rindu dihati tidak terkata;
Bentuknya seperti payung, Ketika melangkah amat berguna,
Banyak tumbuh selepas hujan. (CENDAWAN) Penunjuk jalan bagi yang buta. (TONGKAT)

Buat garisan ikut pembaris, Anak Leman kacak berkumis,


Untuk melukis gunakan kertas; Bakal suami anak Mak Lela;
Hujungnya tajam bukannya keris, Batang keras isinya manis,
Mata diasah bukan dicantas. (PENSEL) Boleh diproses menjadi gula. (POKOK TEBU)

Di tepi pantai mengutip ketam, Buah duku dalam lubang,


Kutip bersama anak Pak Alang; Tepung digaul minyak sapi;
Haiwan apa berdarah hitam, Anaknya ramai ibunya seorang,
Hanya mempunyai satu tulang. (SOTONG) Apabila digesel berapi – api. (MANCIS)

Anda mungkin juga menyukai