Anda di halaman 1dari 14

NO.

KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 1/13

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN


KEMAHIRAN LANJUTAN ( CIAST )
PETI SURAT 7012 , JALAN PETANI 19/1
SEKSYEN 19, 40900 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS PENERANGAN
CC-011-3:2012 EARLY CHILDHOOD CARE AND
KOD DAN NAMA
PROGRAM EDUCATION

TAHAP 3

KOD DAN TAJUK UNIT CC-011-3:2012-C02 CHILD GROOOMING


KOMPETENSI

1. PREPARE BATHING AREA


2. PREPARE GROOMING MATERIAL
3. PREPARE WATER FOR BATHING
4. PERFORM BABY BATHING
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA 5. PERFORM BABY MASSAGE
6. PERFORM TODDLER AND 3-4 YEARS OLD
BATHING
7. PERFORM CHILD DRESSING AND GROOMING

NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 1/13

TAJUK:
PERSEDIAAN RUANG MANDIAN

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang penyediaan ruang mandi, barang keperluan bayi, yang betul dan
selamat mengikut prosedur.
NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 2/13

PENERANGAN:

1) RUTIN MANDI BAYI

1.1 RUTIN MANDI BAYI


Rutin ialah aktiviti asas harian yang berlaku setiap hari. Tujuan rutin diambil
kira dalam jadual harian supaya dapat memenuhi keperluan asas pengasuhan
kanak-kanak. Komponen asas rutin merangkumi sarapan, minum pagi, makan
tengah hari, minum petang, bersih diri, mandi, penggunaan tandas, masa
rehat dan tidur. Rutin yang tekal akan membantu kanak-kanak berdisiplin dan
mahir mengurus diri.

Rutin juga membantu bayi untuk melalui perubahan-perubahan besar dalam


hidup mereka. Teruskan rutin bayi walaupun dalam situasi yang berlainan
seperti dalam pertukaran pengasuh, perpindahan rumah dan sebagainya.
Bagi bayi baru lahir, mereka masih belum tahu tentang siang dan malam.

Maka rutin akan membantu mereka menetapkan circadian rhythm iaitu jam
biologi yang terdapat pada bayi baru lahir yang membantu mereka mengenal
pasti siang dan malam. Apa yang boleh anda lakukan pada sebulan pertama
ialah dedahkan bayi kepada cahaya matahari selepas dia bangun dan
gelapkan bilik apabila tiba waktu tidur pada waktu malam supaya dia boleh
mengenal siang dan malam.
NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 3/13
Jadual 1: Rutin Tidur Bayi Mengikut Umur.
Usia Perkara
 Memperkenalkan rutin tidur kepada si anak. Caranya dengan
4–6
memandikan, memberikan susu dan malapkan pencahayaan dalam
Minggu
bilik dan biarkan bayi tidur.
 Sudah bermain dengan permainan dan masih menyusu. Jadi untuk
membantu anda menetapkan masa tidur, menyusu dan bermain.
3 Bulan – 5 Misalnya, selepas mandi semula selepas satu jam untuk bermain.
Bulan  Membuat catatan waktu dan emosi bayi ketika melakukan aktiviti
bersama. Ini sangat membantu rutin dengan keadaan baik dan
terkawal.
 Apabila rutin semakin tetap, menguruskan bayi menjadi lebih mudah
7 Bulan
dan terkawal. Rutin menyusu, makan dan tidur dengan tetap.

Membantu
Mengikut Jadual
Memahami had
masa yang
perlu diikuti.

Berdikari
Tahu Urutan
Rutin kukuh.
Waktu tidur,
Struktur rutin
makan, mandi
terkawal dan
dengan teratur.
teratur.
KEBAIKAN
RUTIN KEPADA
BAYI

Tenang &
Lebih Konsisten
Mudah
Konsisten rutin
Sesuaikan Diri
yang
Sesuai diri
dilakukan
suasana baru
setiap hari.
dengan baik.

Rajah 1: Kebaikan Rutin Kepada Bayi.


NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 4/13

JADUAL 1: AKTIVITI
KUMPULAN INFANTS (3 BULAN – 12 BULAN).

MASA RUTIN AKTIVITI

PPM MENYAMBUT KEDATANGAN BAYI / MENGISI BUKU LOG HARIAN BERSAMA IBUBAPA
7.30 – 08.30 AM
PEMERIKSAAN 1 KANAK – KANAK
08.30 – 09.00 AM SARAPAN PAGI (RUJUK MENU)

1. TUKAR LAMPIN / BERSIH DIRI


09.00 – 09.30 AM RUTIN JAGAAN ASAS
2. URUTAN BAYI
09.30-10.00 AM AKTIVITI 1 (RUJUK RPA)
10.00 - 10.30 AM MINUM SUSU / PEMBERSIHAN DIRI (TUKAR LAMPIN)
10.30 – 12.00 AM REHAT / TIDUR
12.00 – 12.30 PM MAKAN TENGAHARI / MINUM SUSU (RUJUK MENU)
12.30 – 01.00 PM PENGURUSAN DIRI – MANDI / TUKAR LAMPIN
01.00 – 01.30 PM AKTIVITI 2 (RUJUK RPA)
01.30 – 02.00 PM MINUM PETANG (RUJUK MENU)
1. TUKAR LAMPIN / BERSIH DIRI
02.00 – 02.30 PM RUTIN JAGAAN ASAS
2. PEMERIKSAAN 2
02.30 – 03.30 PM REHAT / TIDUR
03.30 – 04.30 PM PENGURUSAN DIRI – MANDI / TUKAR LAMPIN
04.30 – 05.00 PM AKTIVITI BEBAS (MENONTON, MENDENGAR MUZIK)
PPM MENGEMAS & MEMBERSIHKAN RUANG DALAM DAN PERSEKITARAN LUAR TASKA / MEMBUAT
05.00 – 05.30 PM
PERSEDIAAN UNTUK AKTIVITI TASKA HARI ESOK
NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 5/13

JADUAL 2: AKTIVITI KUMPULAN PRE TODDLER


( 12 BULAN – 24 BULAN ).

MASA RUTIN AKTIVITI

PPM MENYAMBUT KEDATANGAN KANAK-KANAK / MENGISI BUKU LOG HARIAN BERSAMA IBUBAPA
7.30 – 08.30 AM
PEMERIKSAAN 1 KANAK – KANAK
08.30 – 09.00 AM SARAPAN PAGI (RUJUK MENU)
1. TUKAR LAMPIN / BERSIH DIRI
09.00 – 09.30 AM RUTIN JAGAAN ASAS
2. URUTAN
09.30-10.00 AM AKTIVITI 1 (RUJUK RPA)
10.00 - 10.30 AM MINUM SUSU / PEMBERSIHAN DIRI (TUKAR LAMPIN)
10.30 – 12.00 AM REHAT / TIDUR
12.00 – 12.30 PM MAKAN TENGAHARI / MINUM SUSU (RUJUK MENU)
12.30 – 01.00 PM PENGURUSAN DIRI – MANDI / TUKAR LAMPIN
01.00 – 01.30 PM AKTIVITI 2 (RUJUK RPA)
01.30 – 02.00 PM MINUM PETANG (RUJUK MENU)
1. TUKAR LAMPIN / BERSIH DIRI
02.00 – 02.30 PM RUTIN JAGAAN ASAS
2. PEMERIKSAAN 2
02.30 – 03.30 PM REHAT / TIDUR
03.30 – 04.30 PM PENGURUSAN DIRI – MANDI / TUKAR LAMPIN
04.30 – 05.00 PM AKTIVITI BEBAS (MENONTON, MENDENGAR MUZIK)
05.00 – 05.30 PM PPM MENGEMAS & MEMBERSIHKAN RUANG DALAM DAN PERSEKITARAN LUAR TASKA / MEMBUAT
PERSEDIAAN UNTUK AKTIVITI TASKA HARI ESOK
NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 6/13

J A D U A L 3: A K T I V I T I K U M P U L A N T O D D L E R ( 2 T A H U N ).

MASA RUTIN AKTIVITI


PPM MENYAMBUT KEDATANGAN KANAK – KANAK / MENGISI BUKU LOG HARIAN BERSAMA IBUBAPA /
7.30 – 08.30 AM
PEMERIKSAAN 1 KANAK –KANAK
08.30 – 09.00 AM SARAPAN PAGI (RUJUK MENU)
1. DOA
2. MEREKOD KEHADIRAN
09.00 – 09.30 AM PERHIMPUNAN / MORNING CIRCLE
3. LAGU (NEGARAKU, SABAH TANAH AIRKU)
4. PERGERAKAN KREATIF (LAGU KANAK-KANAK)
AKTIVITI FIZIKAL, NATURE WALK, MAIN PERANAN,
09.30-10.00 AM AKTIVITI DALAM / LUAR
MAIN AIR/ PASIR, NATURE WALK
10.00 - 10.30 AM MAKAN BUAH (RUJUK MENU)
10.30 – 11.00 AM AKTIVITI 1 (RUJUK RPA)
11.00 - 11.30 AM AKTIVITI 2 (RUJUK RPA)
11.30 - 12.00 AM MAKAN TENGAHARI
12.00 - 12.30 PM PENGURUSAN DIRI – MANDI/ MEMBERSIHKAN DIRI
01.00 – 03.00 PM TIDUR / REHAT
03.00 - 03.30 PM PENGURUSAN DIRI – MANDI / MEMBERSIHKAN DIRI
03.30 – 04.00 PM MINUM PETANG (RUJUK MENU)
04.00 - 04.30 PM AKTIVITI BEBAS (BERCERITA, MENONTON) REFLEKSI
PPM MENGEMAS & MEMBERSIHKAN RUANG DALAM DAN PERSEKITARAN LUAR TASKA / MEMBUAT
04.30 - 05.30 PM
PERSEDIAAN UNTUK AKTIVITI TASKA HARI ESOK
NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 7/13

JADUAL 4: AKTIVITI KUMPULAN PLAYGROUP (3 TAHUN).

MASA RUTIN AKTIVITI


PPM MENYAMBUT KEDATANGAN KANAK – KANAK / MENGISI BUKU LOG HARIAN BERSAMA
7.30 – 08.30 AM
IBUBAPA / PEMERIKSAAN 1 KANAK– KANAK
08.30 – 09.00 AM SARAPAN PAGI (RUJUK MENU)
1. DOA
2. MEREKOD KEHADIRAN
09.00 – 09.30 AM PERHIMPUNAN / MORNING CIRCLE
3. LAGU (NEGARAKU, SABAH TANAH AIRKU)
4. PERGERAKAN KREATIF (LAGU KANAK-KANAK)
AKTIVITI FIZIKAL, NATURE WALK, MAIN PERANAN,
09.30-10.00 AM AKTIVITI DALAM / LUAR
MAIN AIR/ PASIR, NATURE WALK
10.00 - 10.30 AM MAKAN BUAH (RUJUK MENU)
10.30 – 11.00 AM AKTIVITI 1 (RUJUK RPA)
11.00 - 11.30 AM AKTIVITI 2 (RUJUK RPA)
11.30 - 12.00 AM MAKAN TENGAHARI
12.00 - 12.30 PM PENGURUSAN DIRI – MANDI/ MEMBERSIHKAN DIRI
01.00 – 03.00 PM TIDUR / REHAT
03.00 - 03.30 PM PENGURUSAN DIRI – MANDI / MEMBERSIHKAN DIRI
03.30 – 04.00 PM MINUM PETANG (RUJUK MENU)
04.00 - 04.30 PM AKTIVITI BEBAS (BERCERITA, MENONTON) REFLEKSI
PPM MENGEMAS & MEMBERSIHKAN RUANG DALAM DAN PERSEKITARAN LUAR TASKA / MEMBUAT
04.30 - 05.30 PM
PERSEDIAAN UNTUK AKTIVITI TASKA HARI ESOK
NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 8/13

2) RUANG MANDIAN BAYI


Pastikan anda mendapatkan ruang yang luas, selesa dan selamat untuk anda dan
bayi. Bagi ibu yang masih belum boleh duduk dengan selesa di atas bangku,
mandikan bayi dalam keadaan berdiri seperti di sinki dapur atau di atas meja.
Lapikkan alas getah untuk mengelakkan anda daripada tergelincir semasa
mendukung bayi.
Jauhkan benda-benda lain seperti baldi dan gayung yang tidak digunakan. Ianya
berisiko kerana mengganggu ruang keselesaan anda. Jika perlu, letakkan tong
sampah atau baldi berdekatan untuk meletakkan lampin bayi yang kotor. Ini dapat
mengelakkan anda menjadi kelam-kabut semasa proses menanggalkan lampin
bayi.

2.1) BAHAN MANDIAN BAYI


Penjagaaan harian bayi adalah memastikannya bersih. Kulitnya halus dan
lembut, malahan fungsi badannya sendiri seperti berpeluh, membuang air kecil,
dan lelehan air liur boleh merengsakan bayi dan menyebabkannya sakit
selepas suatu jangka masa. Apabila bayi bertambah besar, keperluan
mandinya juga berubah. Bahan tersebut ialah:
i. Cecair mandian bayi (mild soap)
 Cecair mandian bayi merupakan alternatif yang baik bagi sabun dan
syampu.

ii. Syampu
 Syampu bayi mungkin diperlukan sekali seminggu.

iii. Pembersih kulit sensitif


 Krim pembersih diperlukan untuk kulit bayi yang sensitif

iv. Tuala badan


 Tuala yang besar dan sangat lembut untuk kegunaan bayi.
 Terdapat tuala yang boleh menutup kepala.

v. Tuala muka
NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 9/13

 Tuala kecil yang digunakan untuk mengelap muka dan rambut bayi
sebelum dimandikan dalam besen mandian.

vi. Berus gigi jari bayi


 Alat yang sesuai bagi membersihkan gigi bayi dan pada masa yang sama
mampu melegakan gusi bayi yang kecil.
 Berus yang fleksible iaitu jari dapat dimasukkan dengan kemas.
 Alat ini mempunyai ciri berbulu plastik di satu bahagian dan berbiji di
bahagian yang lain, yang merangsangkan secara lembut pada gusi yang
sensitif.
 Caranyanya ialah degan mengurut iaitu membantu mengurangkan rasa
sakit gusi semasa pertumbuhan gigi.
 Sesuai untuk bayi berumur 0-8 bulan, dan distreilkan sebelum dan
selepas digunakan.

vii. Tisu basah


 Tisu basah digunakan untuk membersihkan bahagian sensitif dan bayi
yang mempunyai kulit sensitif.

viii. Kapas
 Dikenali sebagai kapas serap/kapas tulen yang dianggap sebagai kapas
semulajadi yang sesuai digunakan dalam rawatan perubatan.
 Kapas boleh ditemui di dalam peti pertolongan cemas yang digunakan
untuk membersihkan luka.
 Kelembutan kapas ini berguna untuk produk kesihatan bayi, seperti kapas
bola (cotton ball).
 Digunakan untuk membasuh mata, telinga dan muka bayi sepanjang
enam bulan pertama.

2.2) PERALATAN MANDIAN BAYI


i. Tikar (Anti-Slip)
 Dasar bertekstur yang menghalang bayi daripada tergelincir ke bawah.
 Saiz yang kecil membolehkan tikar ini dimuatkan ke dalam tempat mandi
bayi.
NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 10/13

ii. Tikar getah


 Digunakan untuk tempat menanggalkan pakaian bayi dan tempat
mengeringkan badan bayi selepas mandi.

iii. Tab mandi


 Tempat mandi yang sesuai bagi memudahkan masa mandian sehingga
bayi bersedia untuk mandi di tempat mandi dewasa (kira-kira antara 3-6
bulan).
 Letakkan tempat mandi pada ketinggian yang selesa di atas meja atau
atas pelapik getah di lantai.
 Tempat mandian juga perlu dielakkan dari cahaya supaya bayi tidak
melihatnya terus ke cahaya matahari.

iv. Besen kecil


 Diisikan air mendidih yang dicampur dengan air sejuk untuk
membersihkan muka, rambut dan dijadikan tempat air bilasan akhir.

v. Bakul sampah berpenutup


 Digunakan untuk membuang kapas lembap, kapas dan lampin pakai
buang.

vi. Alat penyokong mandian bayi (jika diperlukan)


 Alat ini diletakkan di besen mandi bagi menyokong bayi semasa mandi.

Jadual 2: Persiapan Sebelum Memandikan Bayi.


Perkara Sebelum Memandikan Bayi
Di sebelah kanan Di sebelah kiri
a.Tempat yang beralas dan selesa 1) Besen besar.
untuk meletak bayi. 2) Besen kecil untuk
b.Tuala kecil yang lembut. membasuh rambut.
c. Tuala besar.
d.Sabun dan syampu.
e.Kapas.
NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 11/13

f. Bedak, lampin, baju, seluar dan pin


penyemat.
NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 12/13

3)LANGKAH KESELAMATAN DALAM PENYEDIAAN BAHAN DAN PERALATAN


MANDIAN BAYI
3.1)SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN MESTILAH DIAMBIL KIRA PELBAGAI
ASPEK KESELAMATAN AGAR PERKARA YANG TIDAK DIINGIN BERLAKU.

Antaranya adalah seperti:


i. Ruang yang kondusif
Pastikan ruang penyediaan mandian bayi mendapat pencahayaan dan
pengudaraan yang baik. Keadaan sekeliling yang bersih dan ruang yang luas.

ii. Bahan dan peralatan mandian selamat


Pastikan bahan dan peralatan yang digunakan bebas dari bahan kimia, tahan
lasak, kukuh dan tidak mendatangkan kegatalan/ alahan kepada bayi.

iii. Sediakan barang keperluan kemasan diri/dandanan


Sediakan bahan keperluan selepas mandi bagi memudahkan tugas
pendidik/pengasuh agar tidak tercari-cari dan membiarkan bayi kesejukan
menunggu lama.

iv. Buat urutan bayi


Sediakan minyak telon atau losyen pelembap yang bersesuaian bayi sebelum
memakaikan pakaian pada bayi bagi elakkan masuk angin dan bonding time
bersama bayi.

v. Jangan menambahkan air panas pada air mandian ketika bayi berada di
dalamnya. Jika perlu ditambah, campurkan air panas dan sejuk di dalam sebuah
jag supaya suam, kemudian tuangkan ke dalam tempat mandi.

vi. Jangan tinggalkan bayi bersendirian di tempat mandi atau bergerak jauh dari
jangkauan walaupun selama sesaat. Kanak-kanak tergelincir dan lemas
walaupun dalam air yang sangat cetek, tidak memerlukan masa yang lama.
NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 13/13

SOALAN:

1. Berikan takrif rutin mandian bayi.


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Senaraikan lima (5) bahan mandian bayi.


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Apakah lima (5) kebaikan dalam rutin mandian bayi?


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

4. Huraikan enam (6) langkah keselamatan dalam penyediaan bahan dan peralatan
mandian bayi.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
NO. KOD CC-011-3:2012-C02/KP(1/6) Muka Surat: 14/13

RUJUKAN:

1. Jameyah Sheriff. (2016). Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di


peringkat kanakkanak: Kajian kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian
pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara. Malaysian Journal of
Society and Space, 12(1).
2. Elias, R., Mahizer Hamzah, Mahani Razali. (2017). Kesesuaian pembangunan
KitAB Cerdas untuk kemahiran bacaan awal kanak-kanak taska. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6((32-47)).
3. Elizabeth Fenwick (2002), Penjagaan Ibu & Anak – Buku Panduan Lengkap,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Johor Darul Takzim.
4. Mohamad bin Aman, Kasim bin Abd. Majid (2003), Asuhan dan Pendidikan
Awal Kanak-kanak – Kurikulum Bersepadau Sekolah Menengah, Aras Mega
(M) Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
5. https://ningsalmah.com/rutin-harian-penjagaan-bayi/
6. https://www.majalahpama.my/kalau-nak-bayi-mudah-diurus-perkenalkan-rutin-
pada-masa-yang-sama-setiap-hari/
7. https://ums.edu.my/pml/files/JADUAL-AKTIVITI-TASKA-2019.pdf
8. https://www.facebook.com/CahayaMataRasmi/posts/a-persediaan-sebelum-
memandikansediakan-semua-keperluan-mandian-dan-persalinan-s/
1470954923057832/

Anda mungkin juga menyukai