Anda di halaman 1dari 2

Salam penuh kasih, salam penuh mesra. Ya kawan-kawan, apa khabar semuanya?

Marilah dengar
cerita yang bertajuk ‘’Pasu Tanpa pokok Bunga’’.

Pohon angsana perdu melarat,


Teguh tumbuh penyejuk mata,
Raja bijaksana kesayangan rakyat,
Tiada putera pewaris tahta.

Pemuda harapan bijaksana amalan,


Pengganti kuasa peneraju Negara,
Benih diberi utusan taruhan,
Layaknya siapa memerintah tahta.

Dengar ya kawan-kawan, beginilah ceritanya…


Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sudah tua. Baginda tidak mempunyai putera untuk
mewarisi takhta baginda. Ini menyebabkan baginda berasa sungguh risau.

Pada suatu hari, Raja berfikir bagaimana hendak melantik pengganti baginda. Akhirnya
baginda mendapat satu akal. Raja memberi biji-biji benih kepada semua budak di negeri itu. Mana-
mana budak yang dapat menghasilkan bunga yang paling cantik daripada biji benih itu akan
dijadikan putera angkat baginda.

Semua budak menyemai biji-biji benih bunga itu bersungguh-sungguh. Salah seorang budak
itu bernama Sharil. Dia menjaga biji-biji benih tersebut dengan baik sehinggalah setengah bulan dan
akhirnya genap sebulan.

Sharil hairan melihat biji-biji benih yang di semainya itu tidak bercambah. Kemudian dia
bertanya kepada ibunya tentang perkara tersebut. ‘’Ibu, mengapa pokok bunga Sharil tidak tumbuh-
tumbuh?’’ "Cuba anakku, tukarkan tanah di dalam pasu ini," kata ibu Sharil. Sharil pun mengikut
sahaja apa kata-kata ibunya, tetapi biji-biji benih itu tetap tidak bercambah. Sharil berasa sungguh
sedih. ‘’Kenapa masih tidak tumbuh lagi?’’

Akhirnya hari perlantikan putera angkat itu pun tiba. Semua budak datang menghadap raja.
Mereka membawa pokok-pokok bunga yang subur itu di dalam pasu masing-masing. Ada bunga
yang berwarna merah, kuning, jingga dan bermacam-macam lagi. Pada ketika itu, Raja tidak bertitah
apa-apa. Cuma menunjukkan muka masam baginda sahaja. Rupa-rupanya baginda tidak tertarik oleh
pokok-pokok bunga yang subur itu.

Tiba-tiba, Raja ternampak seorang budak sedang menangis teresak-esak. ‘’ Hanya bunga saya
seorang sahaja yang tidak tumbuh…’’ Budak itu membawa pasu tanpa bunga di dalamnya. Raja
menghampiri budak itu lalu bertitah, "Siapakah namamu anakku? Mengapa bawa pasu tanpa pokok
bunga di dalamnya?" "Nama saya Sharil, Tuanku," jawab Sharil sambil menangis. Sharil terus
menangis teresak-esak. Seketika kemudian dia mengesat air matanya lalu berkata, "tiap-tiap hari
patik menjaga biji-biji benih itu bersungguh-sungguh, tetapi biji-biji benih itu tetap tidak
bercambah."

Raja berhati-hati mendengar keterangan Sharil itu sambil tersenyum lantas. Kemudian
baginda memegang tangan Sharil lalu membuat pengumuman. "Haha…anak ini adalah putera angkat
beta," titah Raja kegembiraan. Budak-budak lain terperanjat mendengar pengumuman baginda itul
lalu bertanya ‘’Mengapa Tuanku melantik budak yang membawa pasu tanpa pokok bunga itu
menjadi putera angkat Tuanku?’’

"Anak-anakku," titah Raja, "beta berikan anak-anakku biji-biji benih yang telah direbus. Biji-biji
benih itu sepatutnya tidak boleh bercambah sama sekali."

Ya kawan-kawan…
Budak-budak itu tunduk kerana sungguh malu setelah mendengar Raja bertitah sedemikian.
Sebenarnya mereka telah menggunakan biji-biji benih lain sebagai pengganti biji-biji benih yang
tidak boleh bercambah itu. Semua budak itu menggunakan helah, cuma Sharil sahaja yang jujur.
Oleh itu Raja melantiknya menjadi putera angkat baginda.

Ingat ya kawan-kawan, sikap seseorang yang jujur itu akan dipercayai orang lain seperti
Sharil. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sepadan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai