Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

SAMBUTAN ISRAK DAN


MIKRAJ 2022
Guru besar,
SJKC Kheng Chee,
Persiaran Indera,
47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

PROGRAM SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 2022

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w.dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di
Palestin. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Aqsa naik ke
langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Menyedari hakikat inilah, maka program ini
dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Oleh itu ia
memberi peluang untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah Taala.

2. OBJEKTIF PROGRAM

i. Menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah Taala.


ii. Menghayati perjalanan Rasulullah s.a.w. yang berlaku dalam satu malam yang penuh
dengan sejarah.
iii. Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan rejab.
iv. Mengetahui dan menghayati peristiwa di sebalik ibadat penting bagi umat Islam (solat).

3. KUMPULAN SASAR
SASARAN MURID: Semua murid yang beragama Islam

4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 28.03.2022 (Isnin)


Masa : 8.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Bilik Agama SJK (C) Kheng Chee

Tentatif Program :
8.30 pagi : Pendaftaran murid
8.45 pagi : Bacaan doa dan nyanyian nasyid Asma Ul Husna
9.00 pagi : Ceramah Israk dan Mikraj
10.00 pagi : Kuiz Israk dan Mikraj
11.00 pagi : Murid bersurai

5. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Pn. Koh Lee Lee (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En. Sow Wei Peng (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Tan Leng Leng (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Ang Kong Yew (GPK Ko-kurikulum)
Penyelaras : Pn. Zaitun Binti Jamaludin (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Setiausaha : Pn. Zaitun Binti Jamaludin (Setiausaha Panitia Pendidikan Islam)

6. SUMBER KEWANGAN
6.1 Sumber kewangan
Bil. Pendapatan Jumlah
1. Panitia Pendidikan Islam RM 100.00

6.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

PERKARA KELAS ANGGARAN JUMLAH


Kuiz Israk dan Mikraj Tahap 2 RM 5.00 X 10 RM 50.00
JUMLAH RM 50.00

7. PENUTUP

Harapan daripada Panitia Pendidikan Islam, murid-murid didedahkan dengan peristiwa-


peristiwa penting dalam Sirah Nabawiyyah dan mudah-mudahan menambahkan ilmu,
keimanan dan ketakwaan semua warga SJK (C) Kheng Chee. Insyaallah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


…………………. ……………………

(ZAITUN BINTI JAMALUDIN) (SOW WEI PENG)


[Setiausaha Panitia P.Islam] [GPK Pentadbiran]
SJKC Kheng Chee SJKC Kheng Chee
Tarikh: 21/03/2022 Tarikh: 22/03/2022
KERTAS CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN
ISRAK MIKRAJ

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Kem Bestari Solat

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Kem Bestari Solat

Ulasan:

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

(KOH LEE LEE)


Guru Besar
SJKC Kheng Chee
Tarikh: 23/03/2022

Anda mungkin juga menyukai