Anda di halaman 1dari 2

SYARAT DAN PERATURAN

PERTANDINGAN MEMANCING SURAU AL-AZIZ TAHUN 2022


Tarikh Pertandingan: 09hb Oktober 2022, Hari Ahad
Masa: 09:00 pagi – 12:00 T/hari
Tempat: Kolam 4 Sealion, Pelabuhan Klang

Tarikh Tutup Penyertaan: 05hb Oktober 2022

1. PENGANJUR PERTANDINGAN

i) Pertandingan ini dianjurkan oleh Surau Al-Aziz, Kondominium Sri Alam


dengan kerjasama SAC Anglers.
ii) Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi urusetia
pertandingan: Mohd Nizam 012903667

2. SYARAT PERTANDINGAN

i) Penyertaan terbuka kepada ahli kariah Surau Al-Aziz yang berdaftar dan ahli
SAC Anglers sahaja.
ii) Lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun ke atas.
iii) Yuran penyertaan sebanyak RM50.00 untuk satu peserta.
iv) Joran, umpan, pengangkutan dan peralatan memancing adalah
tanggungjawab peserta.

3. PERATURAN PERTANDINGAN

i) Seorang peserta hanya dibenarkan menggunakan satu joran sahaja.


ii) Hanya spesis ikan sahaja dipertandingkan dan layak di adili.
iii) Tangkapan yang memakan umpan pancing sahaja akan dikira dan
dibenarkan untuk membuat timbangan.
iv) Peserta tidak dibenarkan memberikan tangkapan kepada peserta lain untuk
ditimbang.
v) Pemenang dikira berdasarkan berat tangkapan dan jika ada dua ekor ikan
sama berat, penentuan keputusan adalah mengikut masa tangkapan yang
didaftarkan di meja hakim pertandingan.
vi) Keselamatan peserta dan keluarga tanggungjawab sendiri dan pihak
penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau
kejadian yang tidak di ingini sekiranya berlaku pada sebelum, semasa dan
selepas pertandingan ini dijalankan.
vii) Pengundian kumpulan akan dibuat secara rawak sehari sebelum
pertandingan berlangsung.
viii) Semua tangkapan akan dikumpulkan dan dibahagikan sama-rata kepada
semua peserta.

4. HADIAH-HADIAH DAN KATEGORI PERTANDINGAN

i) Yuran penyertaan peserta hanya digunakan untuk membayar


perkhidmatan, pengurusan dan sewaan tempat pertandingan.
ii) Sumber pendapatan hadiah-hadiah datangnya daripada sumbangan
individu, organisasi dan syarikat-syarikat.
iii) Setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja bagi setiap
kategori.
iv) Keputusan pengadilan adalah muktamad.
v) Pihak penganjur berhak meminda tarikh, tempat, masa, syarat dan
peraturan mengikut keadaan dan keutamaan semasa.

vi) Kategori yang dipertandingkan ialah:

1. Kategori Ikan Terberat


• Pengadilan berdasarkan timbangan paling berat. Setiap peserta
boleh membuat timbangan semua tangkapan tetapi hanya seekor
yang paling berat sahaja akan dikira.
• Timbangan MESTI dibuat sebelum berakhirnya pertandingan.
• Tiga hadiah pemenang iaitu Juara, Naib Juara dan Ketiga.

2. Kategori Ikan Terbanyak (Kumpulan)


• Pengadilan berdasarkan jumlah keseluruhan tangkapan kumpulan
yang dinaikkan. Jika ada persamaan jumlah, penentuan pemenang
mengikut berat keseluruhan tangkapan.
• Timbangan MESTI dibuat sebelum berakhirnya pertandingan.
• Satu hadiah sahaja

3. Kategori Tangkapan Pantas


• Pengadilan berdasarkan tangkapan yang paling awal dinaikkan.
• Satu hadiah sahaja

4. Kategori Ikan Terkecil


• Pengadilan berdasarkan tangkapan yang paling kecil dinaikkan.
• Timbangan MESTI dibuat sebelum berakhirnya pertandingan.
• Satu hadiah sahaja

Anda mungkin juga menyukai