Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH

JBA9004

KERTAS KERJA
KARNIVAL e-KOAKADEMIK
TAHUN 2021

Anjuran
Sekolah Kebangsaan Seri Ma’mor

Dengan Kerjasama

Tarikh:
28 NOVEMBER 2021 – 2 NOVEMBER 2021
1. PENDAHULUAN
Karnival e-Koademik adalah pertandingan yang dilaksanakan dalam peringkat daerah
anjuran Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Ma’amor.

Karnival e-Koakademik dilaksanakan untuk meningkatkan minat murid dalam bidang


akademik melalui aktiviti berkonsepkan pembelajaran abad ke-21. Karnival ini juga dapat
mendedahkan murid-murid dengan pembelajaran bahasa, Sains dan Matematik secara
online dengan suasana kompetetif dan sihat. Diharapkan pertandingan ini dapat
mengukuhkan kemahiran aras tinggi (KBAT) di kalangan peserta-peserta yang terlibat.

2. OBJEKTIF
2.1. Mengembangkan bakat dan minat murid dalam bidang bahasa, Sains dan
Matematik dengan menggunakan medium yang betul.

2.2. Mengukuhkan pengetahuan murid-murid dalam bilik darjah atau secara PdPr
melalui pendedahan kepada pertandingan secara ‘online’.

2.3. Mencungkil bakat baharu dalam pelbagai bidang.

2.4. Mengembangkan potensi kreatif murid terhadap pembelajaran melalui medium yang
berbeza.

2.5. Menaikkan markah PAJSK sekurang-kurangnya dengan penyertaan peringkat


daerah.

2.6. Mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih erat di antara sekolah-sekolah yang
terlibat dan PPD.

3. SASARAN
3.1. Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 di yang bersekolah di sekolah tajaan KPM di dalam
daerah Tangkak sahaja.
4. SYARAT UMUM PERTANDINGAN
4.1. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahun 4,5 dan 6 bagi sekolah rendah
yang terpilih sahaja.
4.2. Para peserta perlu mematuhi SOP terkini yang telah ditetapkan MKN semasa
pertandingan berjalan dengan berada di rumah masing-masing semasa
pertandingan berjalan.
4.3. Pertandingan dijalankan secara online sahaja.
4.4. Peserta perlu ada sekurang-kurangnya satu alat peranti (computer riba, desktop,
telefon pintar atau tablet) dengan capaian internet yang stabil
4.5. Peserta perlu ada email yang berdaftar. (email DELIMA atau email persendirian)
4.6. Guru sekolah perlu mendaftarkan murid melalui Google Form/ Spreadsheet.

5. PROSES MENILAI
5.1. Setelah pertandingan tamat, panel hakim akan menilai berdasarkan kriteria yang
telah ditetapkan.
5.2. JK pertandingan akan menyediakan laporan untuk mengenal pasti keberkesanan
program.

6. ASPEK PENILAIAN PERTANDINGAN


6.1. Pertandingan Quizizz/Wordwall Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik:
6.1.1. Pemenang bagi pertandingan kuiz ini dinilai dari aspek jumlah markah
terkumpul dan masa yang paling pantas menjawab.

6.2. Sajak Bahasa Melayu dan English Poem Recitation (Online)


6.2.1. Sasaran: Terbuka Tahun 4,5 dan 6
6.2.2. Aspek pemarkahan
ASPEK SUARA (75%) GAYA DAN TEKNIK
(25%)

PENILAIAN Vokal Intonasi Nada Artikulasi Kelancaran Penghayatan Penampilan/


/Mimik Muka/ Ketertiban
Bahasa
Tubuh

MARKAH 20 15 15 15 10 15 10

6.3. Pertandingan Projek Diorama Sains: Rantai Makanan


6.3.1. Sasaran: Terbuka Tahun 4,5 dan 6
6.3.2. Aspek pemarkahan

ASPEK Diorama (65%) Persembahan (15%)

PENILAIAN Tema Kekemasan Kreativiti Penyampaian Penampilan/


Ketertiban

MARKAH 30 20 15 20 15

6.4. Pertandingan Mencipta Poster Hari Kebangsaan


6.4.1. Sasaran: Terbuka Tahun 4,5, dan 6
6.4.2. Aspek pemarkahan

ASPEK POSTER (100%)

PENILAIAN Tema Kekemasan Kreativiti

MARKA 40 40 20
H

7. HADIAH DAN SIJIL


7.1. Perincian hadiah dan sijil
Bil Pertandingan Pemenang Keputusan
1. Kuiz Bahasa Melayu 1 3 x 1 xJohan
Tahun 4 2-3 3 x 2 x Naib Johan
Tahun 5 4-6 3 x 3 x Tempat Ketiga
Tahun 6 7-10 3 x 4 x Tempat Keempat
11 - 15 3 x 5 xTempat Kelima
2. Kuiz Bahasa Inggeris 1 3 x 1 xJohan
Tahun 4 2-3 3 x 2 x Naib Johan
Tahun 5 4-6 3 x 3 x Tempat Ketiga
Tahun 6 7-10 3 x 4 x Tempat Keempat
11 - 15 3 x 5 xTempat Kelima
3. Kuiz Sains 1 3 x 1 xJohan
Tahun 4 2-3 3 x 2 x Naib Johan
Tahun 5 4-6 3 x 3 x Tempat Ketiga
Tahun 6 7-10 3 x 4 x Tempat Keempat
11 - 15 3 x 5 xTempat Kelima
4. Kuiz Matematik 1 3 x 1 xJohan
Tahun 4 2-3 3 x 2 x Naib Johan
Tahun 5 4-6 3 x 3 x Tempat Ketiga
Tahun 6 7-10 3 x 4 x Tempat Keempat
11 - 15 3 x 5 xTempat Kelima
5. Pertandingan Mendeklamasi Sajak (Atas 1 Johan
Talian) 2 Naib Johan
3 Tempat Ketiga
4-6 3 X Tempat Keempat
7 – 10 4 X Tempat Kelima
6. Poem Recitation (Atas Talian) 1 Johan
2 Naib Johan
3 Tempat Ketiga
4-6 3 X Tempat Keempat
7 – 10 4 X Tempat Kelima
7. Projek Diorama Sains 1 Johan
(Atas Talian) 2 Naib Johan
Digalakkan Tahun 6 3 Tempat Ketiga
4-6 3 X Tempat Keempat
7 - 10 4 X Tempat Kelima
8. Mencipta Poster Hari Kebangsaan 1–5 5xJohan
6 – 12 6xNaib Johan
13 – 20 7x Tempat Ketiga
21 – 30 10x Tempat Keempat
31 – 50 20x Tempat Kelima
51≥ Penyertaan

8. PROSEDUR PENYERTAAN
8.1. Sebelum Pertandingan
8.1.1. Pendaftaran peserta adalah melalui atas talian (Online).
8.1.2. Wakil guru dari setiap sekolah yang bertanding perlu mendaftarkan murid-
murid.
8.1.3. Peserta wajib mendaftar dengan e-mail DELIMA atau persendirian yang
berdaftar.
8.1.4. Semua penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap.
8.1.5. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-
syarat yang telah ditetapkan.

8.2. QUIZIZZ/ WORDWALL


8.2.1. Peserta akan diberikan taklimat melalui ‘Group Telegram’ berkenaan
prosedur semasa pertandingan berlansung.
8.2.2. Setiap peserta hanya boleh menyertai maksimum DUA PERTANDINGAN
KUIZ ONLINE sahaja.
8.2.3. Setiap peserta akan diberikan ID masing-masing oleh pihak penganjur.
8.2.4. Peserta menjawab soalan QUIZIZZ/ WORDWALL secara online dengan
menggunakan ID yang telah ditetapkan penganjur. (BUKAN NAMA SENDIRI
ATAU ALAMAT EMEL)
8.2.5. Peserta diberikan masa 20 minit untuk menjawab 1 set soalan (10 – 15
soalan).
8.2.6. Penganjur akan menutup sesi menjawab selepas 20 minit.
8.2.7. Sebarang pelanggaran syarat di atas akan menyebabkan markah peserta
ditolak atau penyertaan terbatal.

8.3. Pertandingan Mendeklamasi Sajak dan English Poem Recitation


8.3.1. Penganjur akan menyediakan 3 sajak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
8.3.2. Peserta hanya boleh memilih satu sajak sahaja.
8.3.3. Peserta diberi masa 1 minggu untuk menghafal dan membuat persediaan
yang secukupnya.
8.3.4. Pelajar perlu berpakaian uniform sekolah/ KrMJ/ baju sukan sekolah atau
baju melayu/kurung yang bersesuaian semasa mempersembahkan sajak/poem
secara online.
8.3.5. Peserta dikehendaki merakam video persembahan tanpa bantuan runut bunyi
belakang (background sounds) dan efek latar belakang (background effects).
8.3.6. Peserta boleh merakam di kawasan sekitar rumah dan memastikan keadaan
sekeliling tidak mengganggu kelicinan penyampaian.
8.3.7. Peserta dikehendaki menghantar rakaman ke Group Telegram penganjur
untuk proses penjurian.

8.4. Projek Diorama Sains: Rantai Makanan


8.4.1. Peserta diekehendaki membina diorama berdasarkan tajuk, rantai makanan.
8.4.2. Peserta diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan diorama dengan
menngunakan bahan kitar semula dan perlu menerangkan secara lisan
berkenaan diorama yang telah siap dibina.
8.4.2.1. Bahan kitar semula yang digunakan
8.4.2.2. Habitat
8.4.2.3. Haiwan dalam rantaian
8.4.2.4. Kenapa perlu mengekalkan ekosistem (rantai makanan) yang
seimbang?
8.4.3. Pelajar perlu berpakaian uniform sekolah/ KrMJ/ baju sukan sekolah atau
baju melayu/kurung yang bersesuaian semasa mempersembahkan diorama
secara online.
8.4.4. Peserta dikehendaki merakam video persembahan tanpa bantuan runut bunyi
belakang (background sounds) dan efek latar belakang (background effects).
8.4.5. Peserta boleh merakam di kawasan sekitar rumah dan memastikan keadaan
sekeliling tidak mengganggu kelicinan penyampaian.
8.4.6. Peserta dikehendaki menghantar rakaman ke Group Telegram penganjur
untuk proses penilaian.

8.5. Pertandingan Mencipta Poster Hari Kebangsaan


8.5.1. Terbuka kepada semua murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)
8.5.2. Peserta dikehendaki mencipta poster (melukis dan mewarna) poster dengan
menggunakan kertas bersaiz A4.
8.5.3. Peserta boleh menggunakan pensel warna dan krayon dengan mengikut
kemampuan dan kreativiti masing-masing. (PENGGUNAAN WARNA AIR
TIDAK DIBENARKAN)
8.5.4. Peserta dikehendaki menghantar hasil kerja ke dalam Google Form.

8.6. Majlis Penutupan dan Pengumuman Pemenang


8.6.1. Pengumuman pemenang akan diadakan pada 11 Ogos 2021
8.6.2. Guru-guru dari sekolah yang terlibat perlu mengikuti Google Meet.
8.6.3. Majlis akan berlangsung bersama dengan Majlis Penutupan.
8.6.4. Sekolah-sekolah yang terlibat boleh mengambil sijil pemenang di pigeon hole
di PPD atau di sekolah penganjur.

9. AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI EN MOHAMMED FADZIL BIN SELAMAT (GURU BESAR)


TIMBALAN PENGERUSI 1. EN ABDULLAH IHSAN BIN ZAINUDDIN (GPK KOKU)
2. PN SARIAH BINTI SOMADI (GPK 1)
3. EN SAHIMI BIN ABDULLAH (GPK HEM)

SETIAUSAHA/ 1.PN MUMTAZAH AKMA BINTI ESA (S/U KOKU)


PELAPORAN 2. EN MOHD RIDZUAN BIN JUNUS (S/U SUKAN)

PENDAFTARAN 1. CIK SITI NADHIRAH BINTI ZAINAL ABIDIN


2. PN SITI SARAH BINTI IBRAHIM

SIARAN CIK MARINA BINTI SALIM


PENGERUSI MAJLIS PN HELMA BINTI MD AKIP
HAKIM/JURI
KUIZ ONLINE PN ANIZA BINTI MASIRON
BAHASA MELAYU PN RUZIATHUL AMIRA BINTI MAZLAN
EN ABDULLAH IHSAN BIN ZAINUDDIN
BAHASA INGGERIS CIK MARINA BINTI SALIM
PN HAFIDAH BINTI ABDULLAH HASHIM
MATEMATIK EN SAHIMI BIN ABDULLAH
PN NORMA BINTI ISHAK
SAINS EN MOHAMMED FADZIL BIN SELAMAT
DEKLAMASI SAJAK PN KHAIRUNNISA BINTI MOHD JALIL KETUA
PN RUZIATHUL AMIRA BINTI MAZLAN
PN ANIZA BINTI MASIRON
POEM RECITATION CIK MARINA BINTI SALIM KETUA
EN ABDULLAH IHSAN BIN ZAINUDDIN
CIK SITI NADHIRAH BINTI ZAINAL ABIDIN
DIORAMA SAINS PN NORAZLINDA BINTI MD DOM KETUA
PN NORMA BINTI ISHAK
MENCIPTA POSTER EN RUSLAN BIN HASSAN KETUA
KEBANGSAAN PN SITI SARAH BINTI IBRAHIM
EN MOHD RIDZUAN BIN JUNUS
CIK ZARENA BINTI SAHIR

10. PENUTUP
Diharapkan semoga pertandingan ini dapat dijalankan dengan jayanya. Melalui
pertandingan ini juga diharapkan dapat melahirkan insan yang berdaya saing, berfikiran
kreatif dan positif. Seterusnya dapat membentuk pelajar yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

……………………………………..
Disediakan oleh: EN ABDULLAH IHSAN BIN ZAINUDDIN
GPK Kokurikulum SK Seri Ma’amor, Tangkak

……………………………………..
Disemak oleh: EN MOHAMMED FADZIL BIN SELAMAT
Guru Besar SK Seri Ma’amor, Tangkak

……………………………………..
Disahkan oleh:

Anda mungkin juga menyukai