Anda di halaman 1dari 5

[SULIT]

DOKUMEN INI ADALAH HAKMILIK


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs)
________________________________________________

KERTAS CADANGAN PERMOHONAN KELULUSAN PELAKSANAAN


KURSUS PEMANTAPAN IMAM & BILAL
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan perakuan ini dikemukakan adalah untuk mendapat kepada kelulusan dan
perakuan daripada Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (EXCO) bagi
mendapatkan pertimbangan untuk Kursus Pemantapan Imam & Bilal.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Pengenalan ringkas program
Imam dan Bilal merupakan elemen penting dalam mengembangkan syiar islam,
iainya menjadi nadi penggerak masjid dan surau. Justeru itu mahasiswa perlu dididik
dan diasuh agar mereka boleh dan memiliki keyakinan untuk menjadi Imam dan
Bilal. Kursus Imam & Bilal sangat penting dalam melahirkan mahasiswa yang boleh
memimpin rakan-rakan mereka dalam melaksanakan amal ibadah. Oleh itu, satu
sistem pemarkasaan perlu dijalankan bagi memastikan peranan Imam dan Bilal di
Kolej Universiti Islam Perlis memberi kesan yang baik kepada warga Kolej terutama
mahasiswa.Kursus Pemantapan Imam & Bilal ini dibuat bertujuan untuk
memantapkan kesediaan diri para Imam & Bilal sebelum menjalankan tugas selaku
penggerak utama Balai Islam.

2.2 MATLAMAT
 Melahirkan mahasiswa yang berilmu,beramal dengan ilmu yang bermanfaat
selari dengan niche Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
 Membimbing mahasiswa berdasarkan syariat Islam.
 Menerapkan nilai-nilai kesyumulan Islam dalam mahasisiwa
 Melahirklan mahasiswa yang berkebolehan dalam pelaksanaan tugas-tugas
Imam & Bilal.

2.3 OBJEKTIF

 Melatih mahasiswa menjadi imam yang baik.


 Mendedahkan kepada mahasiswa berkenaan tugas-tugas imam.
[SULIT]

DOKUMEN INI ADALAH HAKMILIK


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs)
________________________________________________
 Mendedahkan mahasiswa cara melafazkan Azan dan Iqomah dengan baik.
 Melahirkan individu yang berkepimpinan dan boleh menyampaikan syiar
islam di Kolej Universiti Islam Perlis dan seluruh negeri Perlis.

3.0 ANJURAN
Program ini adalah merupakan salah satu program yang dilaksanakan di bawah
Pejabat Penolong Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni dengan kerjasama:

 Ustaz Fahmi Empire

4.0 CADANGAN PROGRAM


Tarikh : Akan diadakan setiap bulan pada minggu ke-3
Tempat : Auditorium Utama, Kolej Universiti Islam Perlis

5.0 ASAS PERTIMBANGAN


Asas pertimbangan bagi kelulusan kertas cadangan ini adalah:

5.1 Membolehkan semua mahasiswa tampil kehadapan.


5.2 Keterlihatan penglibatan pelajar KUIPs dalam kalangan
Masyarakat.
5.3 Mendedahkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar.
5.4 Meningkatkan imej KUIPs.
5.5 Untuk mencapai objektif graduan siswazah seimbang.

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN


6.1 Anggaran perbelanjaan program Pentas KUIPs:
Bil Perkara Ringgit Malaysia Vote
(RM)
1. Publisiti
- Banner RM 1000.00
- Poster
- Flyers
[SULIT]

DOKUMEN INI ADALAH HAKMILIK


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs)
________________________________________________
2. Cenderamata RM 1000.00 5003/0005
Jumlah Keseluruhan RM 2000.00

7.0 SYOR DAN CADANGAN


Adalah disyorkan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) memperakukan dan
meluluskan kertas pemakluman cadangan perakuan dan kelulusan peruntukan ini bagi
perkara berikut:

7.1 Meluluskan Kertas Cadangan Perakuan dan Kelulusan bagi Program


Pentas KUIPs.
7.2 Meluluskan implikasi kewangan kertas cadangan yang dianggarkan
berjumlah RM 2000.00 yang akan diadakan di Kolej Universiti Islam Perlis.

8.0 PENUTUP
Kertas cadangan ini dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan
daripada Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (EXCO)
agar dapat memberi manfaat dan faedah kepada mahasiswa/I Kolej
Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Disediakan oleh:

MUHAMAD AKMAL BIN MOHD NAZARI


Penolong Pegawai Tadbir
Pejabat Penolong Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni
Kolej Universiti Islam Perlis
20 Oktober 2022
[SULIT]

DOKUMEN INI ADALAH HAKMILIK


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs)
________________________________________________

Disemak Oleh:

MAZLAN BIN MOHD IBRAHIM


Penolong Rektor
Pejabat Penolong Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni
Kolej Universiti Islam Perlis
20 Oktober 2022

KERTAS CADANGAN PERMOHONAN KELULUSAN PELAKSANAAN


KURSUS PEMANTAPAN IMAM & BILAL
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS

DILULUSKAN DITOLAK

Ulasan:
[SULIT]

DOKUMEN INI ADALAH HAKMILIK


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs)
________________________________________________

…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….

………………………………………….
REKTOR
PROF. MADYA DR. MUHAMAD ROZAIMI BIN RAMLE
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS

Tarikh: ________________________

Anda mungkin juga menyukai