Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN PRASEKOLAH SURIA

SK POYUT
Masa Persekolahan
 Kelas prasekolah bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi.
 Kawasan sekolah adalah Kawasan larangan bagi penjaga untuk menunggu
anak sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran walaupun emosi anak
tidak stabil.
 Jika tidak hadir, perlu dimaklumkan kepada guru atau pembantu pengurusan
murid.
 Surat amaran akan dikeluarkan sekiranya tidak hadir 3 hari berturut-turut
tanpa sebab.

Makan dan minum


 Makanan dan minuman berkhasiat disediakan sepenuhnya sebanyak 2 kali.
 Jika terdapat sebarang alahan, perlu dimaklumkan kepada guru (wajib).

Pakaian
 Memakai pakaian prasekolah dengan kemas(tshirt putih berkolar dan seluar
track gelap).
 Berkasut sekolah hitam dan memakai stoking hitam.
 Sila pastikan nama ditulis pada kasut dan stoking supaya tidak tertukar.
 Penjaga boleh membekalkan pakaian tambahan kepada murid.
 Tiada penggunaan lampin pakai buang di sekolah.
 Tiada penggunaan aksesori tambahan yang dibenarkan seperti barang kemas.
 Lencana dan dan tandan ama akan dibekalkan.

Gambar berukuran passport


 Sila berikan sekurang-kurangnya 3 keping gambar Ketika sesi persekolahan.
 Tuliskan nama di belakang gambar.

Keselamatan
 Keselamatan murid adalah tanggungjawab bersama. Jika terdapat sebarang
masalah untuk mengambil anak-anak Ketika waktu pulang, juga perlu
dimaklumkan supaya kejadian yang tidak diingini berlaku.
 Contoh: ambil lewat, penjaga lain, dan lain-lain.

Tanggungjawab
 Sila pastikan anak-anak menyiapkan kerja rumah sendiri.
 Ibu bapa atau penjaga adalah sebagai pembimbing sahaja.
 Mohon hasilkan Kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan aktiviti-
aktiviti yang dirancang oleh pihak prasekolah dalam pengurusan prasekolah,
program akademik, ko-akademik, sukan, dan sebagainya.

Yuran dan sumbangan


 Tiada sebarang yuran prasekolah yang dikenakan.
 Namun begitu, bagi menjalankan aktiviti yang dirancang, pihak prasekolah
memerlukan sumbanagn daripada ibu bapa prasekolah.
 Nilainya akan dimaklumkan kemudian.

Whatsapp group
 Hanya untuk makluman yang berkenaan dengan murid prasekolah sahaja
supaya tiada keciciran maklumat. Hal-hal lain adalah tidak dibenarkan sama
sekali.
 Sila rujuk guru kelas secara personal sekiranya terdapat sebarang kemusykilan
atau pertanyaan.

Pengurusan diri
 Haruslah diterapkan dari sekarang, seperti kebersihan diri, pengurusan diri ke
tandas serta pengurusan makan dan minum dengan cara yang betul.
 Mementingkan kebersihan diri yang baik dan kemas.

Hubungi guru kelas dan pembantu pengurusan murid


 Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi guru kelas atau pembantu
pengurusan murid.
 Pn. Faradiella binti Ahmat (013-5548170)
 Pn. Rokiah (013-5621380)

Anda mungkin juga menyukai