Anda di halaman 1dari 2

Apa itu Gajet Perkhemahan?

Binaan yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan di sekitar perkhemahan dan


dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak
perkhemahan.

Tujuan pembinaan gajet:

- Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di
tapak perkhemahan.

- Melindungi makanan dari tercemar

- Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam

- Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat

- Mencantikkan pemandangan di Kawasan perkhemahan

- Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan

- Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.

Asas Pembinaan Gajet

 Pengetahuan

1. mengetahui dan memahami jenis-jenis gajet dan teknik pembuatan

2. Mengenali jenis-jenis bahan-bahan – pokok buluh, bemban,rotan, bertam, enau, nibong,


resam dsbnya

 Kemahiran menggunakan peralatan

1. mengetahui dan mahir menggunakan parang, gergaji, pengali

2. cara memotong dan membelah bahan seperti buluh dan daun bertam

3. meraut buluh menggunakan parang atau pisau

 Kemahiran ikatan dan simpulan

1. mahir membuat ikatan dan simpulan sekurang-kurangnya ikatan asas seperti manuk, seraya,
silang tungku, silang gunting, lilit pasdul, lilit balak, lilit tindih kejap, ikatan pengail, lilit
kacang/ular, ikatan serong dan lain-lain

2. mahir menyesuaikan ikatan dengan binaan gajet yang dibuat


3. kemahiran ikatan dan simpulan tidak sekadar menggunakan tali semata-mata, bahan lain
juga boleh digunakan seperti rotan, kulit kayu dan lain-lain.

Langkah-langkah membuat Rak Pinggan

Gambar- gambar + penerangan

Anda mungkin juga menyukai