Anda di halaman 1dari 2

Tanggam Kayu.

Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun projek siap dibina. Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu: Tanggam melebar Tanggam siku Tanggam pemidang Tanggam memanjang Membuat tanggam Tanggam dalam kerja kayu digunakan sebagai salah satu kaedah mencantum dua bahagian kayu. Terdapat empat kategori tanggam dalam kerja kayu iaitu tanggam melebar,tanggam siku, tanggam pemidang dan tanggam memanjang. Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkat adalah kategori tanggam melebar. Manakala tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang adalah kategori tanggam siku. Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting pula dikategorikan sebagai tanggam pemidang. Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap adalah kategori tanggam memanjang. Tanggam penetap dipasang dengan menggunakan k ayu yang dipanggil penetap atau dowel yang mempunyai pelbagai saiz dan diameter. Bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, glu, skru, bolt dan nat digunakan untuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina. Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang perlu semasa membuat tanggam dan mencantum bahagian -bahagian tanggam.

1.1. Alat Menanda dan Merancang 1.Pembaris Keluli Pembaris keluli ini diperbuat daripada keluli berkarbontinggi yang tahan karat dan keras . Permukaan pembariskeluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) danmilimeter (mm) . Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan 1 000 mm . Lihat rajah 1 di sebelah : Rajah 1 : Pembaris keluli

Anda mungkin juga menyukai