Anda di halaman 1dari 4

KERTAS PENERANGAN

KURSUS/TRADE PEMBUAT PERABOT A-010-1


TAHAP/LEVEL TAHAP 1
DUTI/DUTY 04 - APPLY CONSTRUCTION TECHNIQUES
TUGAS/TASK 04.01 - Construct variuos types of joints
OBJEKTIF Construct various types of joint by following
PENCAPAIAN the construction procdure using appropriate
PENILAIAN/TERMI tools and equipment so that the joint can be
NAL fitted perfectly
PERFORMANCE
OBJECTIVE
NAMA PELAJAR
NO KAD
PENGENALAN

JENIS – JENIS TANGGAM DALAM PEMBINAAN DAN KERJA


PERTUKANGAN KAYU.

Pembinaan tanggam dalam kerja ketukangan kayu adalah amat diperlukan untuk
menghasilkan satu sambungan diantara kayu yang kuat dan baik supaya ianya
sentiasa selamat dan tidak rosak atau lemah. Jenis –jenis tanggam yang digunakan
perlulah sesuai dengan keadaan kerja yang diperlukan supaya dapat memenuhi
kehendak diatas itu. Tanggam-tanggam ini boleh dikelaskan kepada 4 kategori
utama mengikut fungsi dan penggunaannya seperti :

i. Tanggam melebar
ii. Tanggam siku
iii. Tanggam pemidang
iv. Tanggam memanjang

TANGGAM MELEBAR

Tanggam ini digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk


dijadikan papan yang lebih lebar bagi penggunaan membina badan
perabut,lantai,dinding dan sebagainya. Kerja-kerja penyambungan dilakukan secara
muka tepi ke ketepi.
i. Tanggam gelu gesel

kedua-dua tepi kepingan kayu diluruskan kepada empat segi dan ditemukan
beberapa kepingan dengan dipegang diantara tepi oleh gelu atau paku
kedut.

a. apabila kepingan yang digelu,ianya hendaklah diperah keluar ( digesel


diantara kedua tepi dan diapit dengan apit panjang). Cantuman ini banyak
digunakan bagi muka atas meja.
b. Digunakan bagi pekerjaan yang murah, biasanya digunakan untuk
barang-barang seperti peti-peti barang murah,yang mana dipaku dengan
paku berkedut. Pekerjaan ini jarang digunakan pada pekerjaan –pekerjaan
perabut.

TANGGAM TEMU

ii. Tanggam penetap

Penetap adalah sejenis pin yang diperbuat daripada kayu,plastik,atau keluli


yang mana memadankan kepada dua lubang yang sesuai. Tanggam ini yang
menggunakan pin dipanggil tanggam penetap. Dowel atau jalur penetap
diperbuat daripada kayu cengal atau kayu getah. Ianya bergarispusat 3mm –
35mm dan 25mm – 75mm panjang. Penetap kayu atau plastik yang kecil
biasanya dibuat lurah bepintal dan meruncing dikedua-dua hujungnya. Lurah
ini akan membolehkan gelu bergerak bebas dan memberi angin keluar.

Tanggam ini serupa dengan tanggam temu,hamya kekuatannya ditambah


oleh penetap yang digelu kedalam kedua-dua belah lubang ditepi papan
yang hendak disambung. Garispusat penetap hendaklah lebih kurang 1/3
atau tidak lebih ½ daripada tebal kayu.
TANGGAM PENETAP

iii. tanggam lidah

lidah ialah kepingan kayu yang nipis,atau papan lapis yang diselitkan didalam
lurah diantara kedua bahagian sambungan. Biasanya digunakan didalam
sambungan penjuru. Lurah hendaklah dibuat pada kedua bahagian dan lidah
diselitkan diperantaraannya untuk menguatkan pegangannya.

TANGGAM LIDAH

iv. Tanggam lidah dan lurah

ialah tanggam melebar yang biasa digunakan bagi papan lantai dan peti peti
barang jenis yang baik. Jika dibuat untuk kegunaan muka atas bangku tulis
dan lain-lain,maka hendaklah digelu supaya tetap.

TANGGAM LIDAH DAN LURAH


v. Tanggam tingkat

Pada kedua-dua tanggam ini dibuat tingkat,selepas itu digelu dan diapit. Tujuan
tingkat ialah supaya luas permukaan yang terkena gelu itu ditambah.

Anda mungkin juga menyukai