Anda di halaman 1dari 2

Kipawi Bin Abang Moh

Kampung Semera Masjid,


Sadong Jaya,
94600 Asajaya,
Sarawak

Yang Berhormat Ir. Aidel Bin Lariwoo


Timbalan Menteri Infrastuktur Dan Pelabuhan I
(Pembangunan Infrastruktur),
Kementerian Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak,
Merangkap ADUN N24 Sadong Jaya 21 OKTOBER 2022

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI PEMBIAYAAN KOS ISTERI YANG MENGHIDAP


PENYAKIT KANSER USUS TAHAP 4

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, isteri saya ROSNAH BINTI SULONG, nombor kad pengenalan
600503-13-5580 yang telah disahkan oleh doktor pakar Hospital Umum Sarawak menghidap penyakit
kanser Usus tahap 4 pada bulan April 2022 yang lalu. Doktor pakar telah membuat pembedahan usus
disebelah kiri perut isteri saya pada bulan Julai 2022 yang lalu untuk bertujuan untuk mengeluarkan najis
dan lubang najis tersebut kekal untuk seumur hidup beliau. Oleh itu, isteri saya terpaksa menggunakan
beg kampet najis untuk mengeluarkan najis tersebut. Justeru itu, isteri saya akan membuat rawatan di
Hospital Umum Sarawak seperti rawatan Chemotherapy dan ujian darah pada setiap bulan dan ia
memerlukan kos besar untuk ulang alik dari kampung Semera Masjid ke Hospital Umum Sarawak.

3. Dengan itu, saya dengan rasa rendah diri untuk memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk
memberi sumbangan kewangan dan peralatan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga
kami. Antara peralatan yang perlu digunakan oleh isteri saya setiap bulan adalah seperti berikut :

i. Convatec Sur-Fit Natura Drainable Pouch 57mm.


ii. Convatec Sur-Fit Natura Stomahesive Flexible Wafer 57mm
iii. Pampers Saiz M
iv. Tisu Basah

4. Segala jasa baik dan prihatin serta perhatian yang diberikan oleh pihak tuan mudah-mudahan akan
mendapat ganjaran yang melimpah ruah daripada Allah S.W.T dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian, terima kasih

…………………………………..
KIPAWI BIN ABANG MOH
Penduduk Kampung Semera Masjid,
Sadong Jaya,
94600 Asajaya

Anda mungkin juga menyukai