Anda di halaman 1dari 12

FASA 1 : MENGANALISIS MASALAH

PENYATAAN MASALAH
• Harga dan spesifikasi telefon bimbit selalunya dipamerkan pada risalah/katalog
yang terdapat di kedai menjual telefon.
• Penyebaran maklumat secara manual seperti ini menyebabkan pembeli sukar untuk
membuat pemilihan dan menyebabkan masa proses pembelian menjadi lama.
• Pembeli sering terpengaruh dengan pujukan jurujual untuk membeli barangan
diluar budget asal.
• Pembeli juga mungkin membeli telefon bimbit yang mempunyai spesifikasi yang
sama tetapi berlainan harga
• Pihak peniaga juga sukar untuk menambah barangan baru kedalam risalah/katalog
dan perlu mencetaknya semula jika ada penambahan barangan atau penukaran
harga barang

OBJEKTIF
• Memudahkan pembeli untuk membuat pilihan barangan tanpa perlu ke kedai
telefon tersebut.
• Pembeli dapat membandingkan harga dan jenama sendiri dirumah tanpa perlu ke
kedai telefon dan proses pembelian(di kedai) nanti menjadi semakin cepat.
• Pembeli boleh meneliti spesifikasi barangan tanpa dipengaruhi oleh jurujual dalam
membuat keputusan.
• Pihak peniaga boleh menambah produk ke dalam sistem bila-bila masa tanpa
sebarang masalah pencetakan semula lagi.

1
SKOP
• Sistem jualan telefon bimbit ini hanya dapat digunakan untuk menjual telefon
bimbit yang berlainan jenama sahaja. (1 jenis barangan sahaja)
• Sistem ini hanya dapat membandingkan harga dan jenama sahaja
• Sistem ini memerlukan pengguna untuk log masuk terlebih dahulu sebelum
membuat perbandingan barangan.
• Sistem ini hanya untuk membandingkan spesifikasi telefon sahaja. Bukan untuk
melaksanakan proses pembelian secara atas talian

KUMPULAN SASARAN
Pentadbir sistem – staff / pekerja kedai telefon
Pengguna biasa - pembeli

MENILAI SISTEM SEDIA ADA


Kelebihan sistem manual
- Tidak memerlukan kos pembangunan yang tinggi
- Risalah/katalog harga boleh digunakan tanpa memerlukan capaian internet
- Penerangan oleh jurujual lebih teperinci mengenai produk yang di jual

Kelemahan sistem manual


- Sukar untuk menambah barangan(telefon baru). Perlu mencetak semula.
- Proses pembelian akan menjadi semakin lambat kerana pembeli baru membuat
pemilihan di kedai telefon.
- Promosi hanya melalui jurujual dan terhad hanya dikedai dan masa perniagaan
dibuka sahaja

Justifikasi
- Memudahkan pembeli untuk membuat pemilihan telefon sebelum membelinya agar
tidak mendatangkan implikasi yang negatif kepada pembeli

Nama Sistem
Phone to you (P2Y)

2
TEMPOH KERJA PROJEK
Carta Gantt Projek Sistem Phone2you
Ogos September Januari Februari Mac April Mei Jun
Bil Keterangan
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
FASA 1 : MENGANALISIS MASALAH
Mendapat taklimat tentang Kertas 2 sains
1
komputer daripada cikgu Amir Mat Ali
2 Mencari objektif projek.
3 Menentukan skop kerja.
4 Membuat pernyataan masalah.
5 Membuat penilaian pada sistem sedia ada.
6 Menghantar Fasa 1 kepada cikgu Amir.
FASA 2 : MEREKA BENTUK PENYELESAIAN
Mendapat taklimat tentang kerja kursus daripada
1
cikgu Amir bin Md Ali.
2 Membina Algoritma
3 Membina gambar rajah perhubungan entiti ERD
4 Membina jadual pernomalan
5 Membina antara muka input/output
6 Menghantar Fasa 2 kepada cikgu Amir
FASA 3 : MELAKSANAKAN PENYELESAIAN
Mendapat taklimat tentang kerja kursus daripada
1
cikgu Amir bin Md Ali.
2 Membuat borang mengikut fasa 2
3 Melengkapkan borang mengikut fasa 2
4 Menghasilkan query mengikut tema
5 Menyiapkan laporan mengikut tema
6 Membuat kod pengaturcaraan
7 Menghantar Fasa 3 kepada cikgu Amir
FASA 4 : MENGUJI DAN MENYAH RALAT
Mendapat taklimat tentang kerja kursus daripada
1
cikgu Amir bin Md Ali.
Memeriksa sama ada projek mempunyai ralat
2
sintaks,ralat logik dan ralat masa larian
3 Menghantar Fasa 4 kepada cikgu Amir
FASA 5 : MENDOKUMENTASI
Mendapat taklimat tentang kerja kursus daripada
1
cikgu Amir bin Md Ali.
2 Melengkapkan laporan bagi setiap fasa
3 Membuat sumber rujukan dan penghargaan
4 Membina manual pengguna
5 Melengkapkan folio laporan projek
6 Menghantar Fasa 5 kepada cikgu Amir

3
FASA 2 : MEREKA BENTUK PENYELESAIAN
ALGORITMA
Carta alir pembeli

4
Carta alir staff

5
GAMBAR RAJAH PERHUBUNGAN ENTITI (ERD)

Tujuan melukis ERD adalah untuk mencari hubungan antara entiti. Jadual pembeli tidak
mempunyai hubungan dengan mana-mana entiti. Ianya adalah pilihan samada hendak
melukis ataupun tidak.

6
PENORMALAN
BARANG

Bentuk Penormalan 0NF


Jadual barang berada pada 0NF. Jadual barang dikatakan berada pada 0NF kerana jadual
tersebut belum mempunyai kunci. Walaupun jadual tersebut telah berada dalam keadaan
atomik, tetapi jadual tersebut masih berada pada 0NF kerana tidak mempunyai kunci
primer.
Jadual barang perlu ditukarkan kepada 1NF.

skema hubungan 0NF


BARANG (kod_barang , nama_barang, kod_jenama, nama_jenama, harga, ciri,
nokp_staff, nama_staff )

Bentuk Penormalan 1NF


Untuk menukarkan jadual barang kepada 1NF, perkara penting yang perlu dilakukan
adalah menentukan atribut kunci primer bagi jadual tersebut. Atribut kunci primer adalah
atribut / medan yang mana ianya digunakan untuk membezakan setiap rekod yang ada.
Ciri-ciri kunci primer adalah unik(data tidak sama), stabil(data tidak berubah-ubah), tidak
bersifat null dan minimal(gabungan atribut paling pendek). Setiap atribut / medan pada
jadual boleh jadi kunci, tetapi pemilihan hendaklah berpandukan kepada 4 ciri yang telah
dinyatakan tadi.

kod_barang – datanya adalah unik dan tidak sama antara satu sama lain.
nama_barang – datanya berkemungkinan sama dimasa hadapan
kod_jenama – datanya tidak unik (terdapat data yang sama)
nama_jenama – datanya tidak unik (terdapat data yang sama)
harga – datanya bersifat tidak stabil dan boleh berubah-ubah
ciri – datanya berkemungkinan sama dimasa hadapan
nokp_staff - datanya tidak unik (terdapat data yang sama)
nama_staff – datanya tidak unik (terdapat data yang sama)

Berdasarkan analisa di atas, didapati bahawa atribut/ medan kod barang adalah unik dan
memenuhi semua ciri-ciri kunci primer yang baik. Maka kunci yang sesuai ada kod_barang

BARANG

7
Skema hubungan 1NF
BARANG (kod_barang<KP>, nama_barang, kod_jenama, nama_jenama, harga, ciri,
nokp_staff, nama_staff )
Jadual kini telah berada pada 1NF kerana semua data telah atomik dan medan kod_barang
yang unik telah dikenal pasti.

Isu yang timbul di 1NF


• Berkemungkinan terdapatnya kebergantungan fungsi separa dan kebergantungan
fungsi transitif.
• Terdapat anomali sisipan, anomali kemaskini dan anomali hapusan

Jadi jadual perlu di tukarkan kepada bentuk 2NF

Bentuk Penormalan 2NF


Syarat penukaran 1NF kepada 2NF
• Jadual barang telah berada pada 1NF. Maksudnya jadual barang telah ditetapkan
atribut kunci primernya.

Objektif penukaran 1NF kepada 2NF


• Menghapuskan kebergantungan fungsi separa dengan cara memecahkan jadual.
• Kebergantungan fungsi separa bermaksud apabila sesuatu atribut bukan kunci
bergantung kepada salah satu kunci sahaja.

Analisis
BARANG

Jadual barang hanya mempunyai satu atribut kunci sahaja iaitu kod barang. Ini bermaksud
jadual tersebut tidak mempunyai kebergantungan fungsi separa dan jadual tidak perlu
dipecahkan. Bentuk skema hubungan 2NF adalah sama dengan 1NF kerana jadual tidak
boleh dipecahkan.

Skema hubungan 2NF


BARANG (kod_barang<KP>, nama_barang, kod_jenama, nama_jenama, harga, ciri,
nokp_staff, nama_staff )

Jadual kini telah berada di 2NF kerana jadual tidak lagi mempunyai kebergantungan fungsi
separa.

Isu yang timbul di 2NF


• Berkemungkinan terdapatnya kebergantungan fungsi transitif.
• Terdapat anomali sisipan, anomali kemaskini dan anomali hapusan
Jadi jadual perlu ditukarkan kepada bentuk 3NF

8
Bentuk Penormalan 3NF
Syarat penukaran 2NF kepada 3NF
• Jadual telah berada di 2NF. Maksudnya jadual telah mempunyai kunci primer, telah
atomik dan tidak mempunyai kebergantungan fungsi separa.

Objektif penukaran 2NF kepada 3NF.


• Menghapuskan kebergantungan fungsi transitif dengan cara memecahkan jadual.
• Kebergantungan fungsi transitif berlaku apabila atribut bukan kunci bergantung
kepada atribut bukan kunci yang lain.

Analisis

Pada jadual barang, didapati terdapat banyak atribut bukan kunci. Maka analisis perlu
dilakukan bagi menentukan kebergantungan fungsi transitif.
Kebergantungan fungsi transitif yang wujud pada jadual adalah.
kod_jenama → nama_jenama
nokp_staff → nama_staf
kebergantungan fungsi boleh dinyatakan seperti rajah kebergantungan fungsi dibawah.

Berdasarkan rajah kebergantungan fungsi tersebut, maka jadual perlu dipecahkan bagi
menghapuskan kebergantungan fungsi transitif.
Kod jenama dan nama jenama akan dimasukkan kedalam jadual baru (jenama) dengan
menjadikan kod_jenama sebagai kunci primer. Kod_jenama ditinggalkan di jadual barang
sebagai kunci asing
nokp_staff dan nama_staff akan dimasukkan kedalam jadual baru (staff) dengan
menjadikan nokp_staff sebagai kunci. nokp_staff ditinggalkan di jadual barang sebagai
kunci asing

9
Skema Hubungan 3NF
BARANG ( kod_barang<KP>, nama_barang, kod_jenama <KA> , harga, ciri,
nokp_staff <KA> )
JENAMA ( kod_jenama <KP>, nama_jenama )
STAFF ( nokp_staff <KP> , nama_staff )

Pada peringkat ini, jadual telah berada pada peringkat 3NF kerana telah mempunyai kunci
primer, telah atomik, bebas kebergantungan fungsi separa dan bebas kebergantungan
fungsi transitif.

Akan tetapi ianya masih belum cukup untuk kita menggunakan skema hubungan 3NF
untuk menjadikan panduan pembinaan pangkalan data. Skema hubungan tersebut perlu
melalui fasa penambahbaikan bagi membolehkan ianya menjadi pangkalan data yang lebih
optimum dan stabil.

Fasa Penambahbaikan
Pada fasa ini, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan.
1. Menambah jadual baru.
2. Menukar kunci komposit kepada kunci sorrugate
3. Menambah atau membuang medan yang difikirkan tidak perlu.

Menambah Medan.
Jadual staff tidak mempunyai medan katalaluan_staff dimana ianya amat diperlukan bagi
membolehkan staff untuk login. Maka medan/atribut katalaluan staff perlu di tambah
kedalam jadual staff.
STAFF ( nokp_staff <KP> , nama_staff , katalaluan_staff)

Menambah jadual baru.


skop sistem ini membolehkan pembeli untuk login dan membuat pilihan barangan. Maka
jadual pembeli juga perlu diwujudkan.

PEMBELI ( nokp_pembeli<KP>, nama_pembeli, katalaluan_pembeli)

Maka terhasillah skema hubungan 3NF yang paling optimum dan boleh digunakan untuk
menghasilkan pangkalan data.

Skema Hubungan 3NF paling optimum.


BARANG ( kod_barang<KP>, nama_barang, kod_jenama <KA> , harga, ciri,
nokp_staff <KA> )
JENAMA ( kod_jenama <KP>, nama_jenama )
STAFF ( nokp_staff <KP> , nama_staff, katalaluan_staff )
PEMBELI ( nokp_pembeli<KP>, nama_pembeli, katalaluan_pembeli)

10
ANTARA MUKA INPUT / OUTPUT

Antara muka menu utama staff / pembeli

Antara muka borang daftar pembeli baru

11
Antara muka analisis perbandingan barang-barang

12

Anda mungkin juga menyukai