Anda di halaman 1dari 11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

E-Buletin
Edaran 2
ISI Kandungan

Kata Alu-Aluan 2
Tips & Tricks 3
Google Sites 4
Spotlight 8
• Kongsi dan Kolaborasi 8
• Fungsi-fungsi Menarik di Google Docs 9

E-Buletin | Edaran 2 1
Kata Alu-Aluan

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera & Salam Keluarga Malaysia.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua di atas sokongan yang telah
diberikan kepada kami dalam usaha bagi meningkatkan penggunaan aplikasi Google Workspace For
Education di kalangan warga KPM.

E-Buletin Edisi 2 ini diedarkan bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan Tips and Tricks dalam
menggunakan Google Workspace for Education bagi meningkatkan kemahiran serta penggunaan aplikasi
ini dalam tugasan harian. Selain itu, edisi kali ini juga memperincikan maklumat berkaitan langkah-langkah
membangunkan Google Sites selaras dengan hasrat kerajaan kearah pendigitalan. Kini, pembelajaran dan
pengajaran boleh dibuat secara maya dan bahan ilmiah boleh dikongsikan bersama pelajar melalui
platform Google Sites.

Selain itu, E-Buletin Edisi 2 ini juga menerangkan kepada pengguna mengenai kelebihan berkolaborasi
menggunakan aplikasi Google (Docs, Sheets, Slides..) dan tips berkongsi dan berkolaborasi dengan
Google Docs. Kaedah ini amat berguna dan memberi manfaat kepada guru-guru serta pelajar di mana
ianya merupakan inisiatif kearah mewujudkan konsep kolaborasi dalam komuniti pembelajaran
profesional.

Akhir kata, saya menyeru agar semua menyokong usaha kami dalam meningkatkan penggunaan ICT
terutamanya menggunakan Google Workspace for Education dalam kalangan warga KPM. Besar harapan
kami agar matlamat projek ini dapat dicapai seterusnya memberi banyak manfaat kepada seluruh warga
KPM.

Sekian, terima kasih.

Ts. Azlina Azman,


Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pendidikan Malaysia

E-Buletin | Edaran 2 2
Tips & Tricks

Shortcuts

1 Akses rangkaian aplikasi Google melalui shortcuts. Taip


sheet.new di ruang URL dan klik Enter
Contoh:
• sheet.new • meet.new
• doc.new • slides.new
• sites.new • sites.new

2 Cara Copy Doc/Slides/Sheet/Forms/Sites…etc melalui


shortcuts

• Salin (Copy) pautan URL dokumen tersebut


Contoh:
https://docs.google.com/document/d/1T0VxaFSPcKQsM
x1E-cH7_7ULbtOjDdXUg7oJXPcHbL8/edit
(by default)
• Gantikan perkataan edit kepada copy
Contoh:
https://docs.google.com/document/d/1T0VxaFSPcKQsM
x1E-cH7_7ULbtOjDdXUg7oJXPcHbL8/copy
• Kemudian klik Enter

3 Muat turun (Download) Doc/Slides/Sheet/Forms/Sites…etc


melalui shortcuts

Salin(Copy) pautan URL dokumen tersebut dan ganti


perkataan edit kepada export, kemudian klik Enter

Contoh:
https://docs.google.com/document/d/1T0VxaFSPcKQsMx1E
-cH7_7ULbtOjDdXUg7oJXPcHbL8/export

Aktifkan Simbol Emoticon di Google Meet


Cara Aktifkan Simbol Emoticon di Google Meet:

Bagi pengguna
Windows OS +

Bagi pengguna
Apple + + Space

Bagi Pengguna
Chromebook Search + Shift + Space

E-Buletin | Edaran 2 3
Google Sites
Bahagian ini akan memperincikan maklumat berkaitan Google Sites.
Google Sites merupakan ruang maya yang boleh digunakan sebagai
laman web untuk aktiviti-aktiviti seperti e-Porfolio Pelajar,
Pembelajaran dan Pengajaran Digital dan dokumentasi digital.

4 langkah membangunkan Google Sites anda:

• Cara membangunkan Google Sites


• Personalized Google Sites
• Kongsi dan Kolaborasi di Google Sites
• Preview dan Publish Google Sites

A. Cara Membangunkan Google Sites

1 Membangunkan Google Sites

Pilihan:
Taip sites.new di pelayar (browser) kemudian klik Enter.
Google Sites akan dipaparkan.

ATAU

Pilih Google Sites dari laman utama Google dan klik ikon
Google Sites. Kemudian pilih Start New Site - Blank.

2 Namakan Google Sites


Secara automatik Google Sites anda akan disimpan di
Google Drive sehingga laman ini diterbitkan (publish).

• Nama dokumen Google Sites - Masukkan nama unik


untuk memudahkan carian di Google Drive.
• Nama Google Sites - Nama Google Sites anda akan
dipaparkan di web browser.
• Tajuk Google Sites - Tajuk akan dipaparkan di setiap
halaman di dalam Google Sites anda. Tajuk ini juga akan
dipaparkan di bahagian navigasi.

3 Pilih imej background, header dan theme


Anda bebas untuk masukkan imej di bahagian background
dan header. Pemilihan theme juga bergantung pada
kesesuaian keseluruhan laman web anda. Sekiranya perlu
membuat perubahan, klik Undo atau Redo.

E-Buletin | Edaran 2 4
Langkah 1 Langkah 3
Tukar imej background Tukar Tema (Theme)
• Hover mouse ke • Klik Theme.
background dan klik • Pilih theme yang menarik
Change Image. atau anda boleh
• Pilih imej sama ada dari mengubahsuai theme
Galeri atau muat naik baharu mengikut
imej baharu. kreativiti anda.

Langkah 2
Kemaskini header
• Hover mouse ke imej background dan klik Header Type.
• Pilihan: Cover, Large Banner, Banner atau Title only.

4 Menyediakan navigasi Google Sites


Navigasi ini memudahkan pengguna untuk mengakses
halaman yang berbeza di Google Sites yang sama. Menu
navigasi ini akan dipaparkan di penjuru kanan atas (by
default) dan boleh diubah mengikut kesesuaian. Fungsi
navigasi ini hanya akan diaktifkan sekiranya terdapat lebih
dari satu halaman di Google Sites.

Cara tukar kedudukan navigasi di Google Sites:

Klik Setting > Navigation kemudian pilih kedudukan


paparan navigasi anda. Anda mempunyai dua (2) pilihan:
Atas (Top) atau Sisi (Side).

B. Personalized Google Sites

Seterusnya, personalized Google Sites anda agar laman ini lebih menarik dan interaktif. Anda boleh menggunakan
fungsi berikut untuk kemas kini laman anda.

• Text Box : Tambah tajuk/teks


• Embed URL : Paparkan kandungan dari laman web lain,
contoh Youtube
• Image : Muat naik imej atau pilih dari imej dari galeri
• Upload : Muat naik imej, video, atau dokumen dari Google
Drive anda
• Components : Tambah garis pembahagi (divider) pada
halaman Google Sites anda
• Google Drive: Masukkan fail atau folder dokumen untuk
dikongsikan di laman anda. Sekiranya perubahan dibuat di
dalam dokumen yang disimpan di Google Drive, perubahan
itu akan dipaparkan secara automatik di laman web anda
• Google Embeds : Kongsikan video Youtube, Calendar atau
Maps di laman anda
• Google Docs : Paparkan dokumen anda sama ada dalam
format Doc, Sheet, Forms atau Slides
• Double Click : pada halaman Google Sites untuk menambah,
kemas kini atau tambah maklumat

E-Buletin | Edaran 2 5
C. Kongsi dan Kolaborasi di Google Sites

Anda boleh berkongsi fail Google Sites ini melalui dua (2) cara:

• Kongsikan laman web anda terus dari paparan Google Sites dengan
klik pada butang
• Kongsikan laman anda melalui Google Drive, pilih fail dan klik Done

D. Preview dan Publish Google Sites

1 Lihat paparan (Preview) Google Sites


Anda boleh lihat (Preview) laman Google Sites anda melalui fungsi Preview di bahagian atas.

Fungsi ini membolehkan anda untuk melihat laman Google Sites secara menyeluruh dan paparan Google
Sites anda akan diselaraskan secara automatik apabila mengakses menerusi Telefon Bimbit, Tablet atau
Skrin Besar (Phone, Tablet, Large Skrin).

• Klik Preview di bahagian penjuru atas kanan, dan pilih pilihan paparan
- Telefon Bimbit
- Tablet
- Skrin Besar

• Sekiranya ingin kembali ke halaman utama, klik X

2 Publish Google Sites


Apabila anda ingin terbitkan (Publish) laman Google Sites anda buat pertama kali, anda perlu letakkan
nama laman web anda untuk lengkapkan pautan URL tersebut.
Ikuti langkah berikut untuk publish Google Sites anda:

• Klik Publish dan masukkan pilihan nama laman Google Sites


anda. Anda bebas menggunakan kombinasi huruf dan nombor
serta simbol dash (sengkang) “-” atau underscore” _” .

Walau bagaimanapun, domain organisasi anda tidak boleh


diubah.

• Anda mempunyai pilihan untuk menghadkan akses atau


kongsi Google Sites anda kepada umum.
Nota: Anda boleh kemas kini akses ini
Klik MANAGE di bahagian “Who can view my site” dan ubah
pada bila-bila masa selepas diterbitkan
konfigurasi default mengikut pilihan anda sama ada boleh (after published)
diakses secara umum (public) atau dalam kalangan organisasi
(within organization) sahaja.

• Kemudian, klik Publish untuk terbitkan Google Sites anda.

E-Buletin | Edaran 2 6
3 Tukar pautan laman Google Sites
Selepas laman Google Sites anda diterbitkan (Publish), anda boleh kemas kini pautan URL tersebut
(sekiranya perlu).

Langkah 2
Masukkan pautan URL
yang baharu.

Langkah 1 Langkah 3
Klik Publish kemudian Klik butang Save.
pilih Publish Settings.

E-Buletin | Edaran 2 7
Spotlight
Kongsi dan Kolaborasi
(Share and Collaborate)

Antara kelebihan menggunakan Google for Education adalah pengguna diperkenalkan dengan fungsi
Kolaborasi. Pengguna bebas mewujud, mengubah serta mengemas kini dokumen secara real time
menggunakan aplikasi Google. Pengguna dapat berkolaborasi secara serentak dan ini juga dapat menjimatkan
masa pengguna. Kongsi dan Kolaborasi ini merupakan fungsi yang sangat bagus dan menjadi satu inisiatif dalam
mewujudkan komuniti pembelajaran profesional.

Kelebihan Kongsi dan Kolaborasi (Share and Collaborate)

Sumbangsaran Kerja Kumpulan


(Brainstorming) (Group Assignment)
Anda boleh berkongsi dokumen dengan Pengguna boleh berkolaborasi dengan
pengguna lain untuk menggalakkan pengguna lain melalui fungsi Kongsi
penglibatan semua pihak dalam berkongsi (Share). Keadah ini menggalakkan
idea dan berkolaborasi di dalam satu penglibatan semua dalam melengkapkan
dokumen. tugasan.

Kongsi Nota Semakan


(Shared Notes) (Review)
Pengguna juga boleh berkongsi nota yang Fungsi ini adalah untuk menyemak serta
telah dicatatkan di aplikasi Google Keep. memberi pandangan bersama-sama
pengguna lain. Perubahan pada isi
kandungan dokumen tersebut boleh
dibuat dan dilihat serentak dengan
pengguna lain.

E-Buletin | Edaran 2 8
Spotlight
Fungsi-fungsi Menarik di Google Docs
Pelbagai teknik yang anda boleh lakukan apabila berkongsi dan berkolaborasi di Google Docs.

1 Bincang dan Kemaskini 4 Akses kepada ‘Document History”


Pilih teks yang anda ingin komen kemudian Pengguna boleh melihat perubahan yang telah
“Highlight” dan klik Insert > Comment dibuat ke atas fail Google Docs. Klik File >
(Ctrl+Alt+M) dan masukkan input yang Version History > See Version History.
diinginkan di ruang komen. Fungsi komen ini
adalah untuk memberikan penerangan lebih
lanjut tanpa perlu mengubah teks asal.
5 Smart Chips “@”
Taip “@” dalam Google Docs untuk memilih
2 Semak Ejaan dan Tatabahasa (Spelling senarai dinamik yang disediakan. Fungsi ini
and Grammar) merupakan fungsi “shortcut” yang sangat bagus
di mana pengguna boleh menambah maklumat
Fungsi ini tidak diaktifkan secara automatik,
dari aplikasi lain ke dalam Google Docs.
anda klik Tools > Spelling and Grammar.
Contohnya, kalendar dan pautan fail.
Kemudian pastikan kedua-dua Show
Spelling Suggestions dan Show Grammar
Suggestions ditandakan. Fungsi ini adalah
untuk menunjukkan kesalahan sederhana
dan sukar yang ada dalam ayat (jika ada).

3 Perbandingan antara dua dokumen


Google Docs boleh menunjukkan perbezaan
antara dua dokumen dengan mudah. Klik
Tools > Compare Documents, kemudian
pilih dokumen yang anda ingin membuat
perbandingan. Dokumen baharu akan
dipaparkan dan perbezaan akan di highlight
secara automatik.

E-Buletin | Edaran 2 9
Diterbitkan oleh:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT


ARAS 3&4 BLOK E11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKTUAN
62604 PUTRAJAYA

Anda mungkin juga menyukai